Aradia - Draconis' Eulogy (2010)

Aradia, merupakan antara band black metal tempatan yg lari dari tahap tipikal dari golongan music jenis ini.. bermula dengan nama Sri Mangkat sekitar awal 90an kemudaian memilih nama Aradia pada 1993. band ini tampil dengan material studio melalui kompilasi Storm of Nebiula dgn 2 buah lagu iaitu Kissing Thy Shadows dan As I Am The Thy Heir Of The Throne. Kemudian disusuli dengan sebuah album yg dirakam secara live di Fire Discoteque Kuala Lumpur bertajuk Alive.."Gospel of Draconian Blackheart".. Kemudian pada sekitar 1998 band ini dilihat seakan berkubur...


The Burning Twilight - Drums, percussion, keyboards
Faustus Storm - Vocals, guitar
Cor-Draconis - Vocals, bass
Trismegistus - Guitar (guest, permanent member 1997-2002)

2009 iaitu hampir 11tahun selepas menghilang aradia muncul semula dengan formasi terbaru dan bonus sempena penampilan kembali mereka ke persana music tempatan ialah penghasilan sebuah album penuh bertajuk "Draconis' Eulogy"...


Penantian sekian lama sebuah album penuh dari Aradia akhirnya berbaloi dengan lahirnya Draconis' Eulogy pada 2010. Album ini memuatkan 10 buah lagu.. 

Tracklist :

01 - Of Those Who Dare To Ride The Dragon
02 - Kissing Your Shadow
03 - Hordes Of The Exalted Axis
04 - Huntsman's Epic
05 - Coming Into Light
06 - Enthroned Na'batengi
07 - Thus Kalachakra Illuminated
08 - The Dance Of Sunset Bride
09 - The Silenced Serenade
10 - Draconis' Eulogy

Jika di lihat pada senarai lagu, boleh dilihat beberapa lagu lama yg terdapat didalam album Live mereka juga dirakam semula untuk album ini seperti The Dance of Sunset Bride dan Huntsman's Epic. Tetapi jika anda benar2 peminat Aradia anda pasti akan dapat menghidu bahawa lagu Kissing Your Shadow merupakan lagu yg di kembangkan musicnya dari lagu asal Kissing Thy Shadows yang terdapat didalam kompilasi Storm of Nebiula dahulu. Begitu juga lagu Coming Into Light yang merupakan lagu lama yg terakam di Fire dahulu iaitu Pect Em Hru.The Dance of Sunset Bride yang menjadi pembukaan rakaman live mereka dahulu juga dimuatkan kembali didalam album ini namun ketiga2 lagu ini diberi nafas baru yang ternyata lebih segar dan bisa membuatkan anda mahu headbang!!!

Jika dilihat pada produksi album ini, ianya boleh dikategorikan sebagai antara album terbaik kerana mutu bunyi nya sangat jelas dan amat baik. Penulisan lagu2 nya juga matang dan tidak salah jika gua katakan ianya boleh mencapai tahap international kerana konsep music sebigini jarang ditemui walopon gua terasa masih boleh terhidu pengaruh2 seperti Enslaved dan Emperor didalam lagu2 Aradia.

Album ini boleh dibeli dengan harga RM23 dan apa yg menariknya ianya didatangkan dengan pakej poster bersaiz A3, mini flyers dan stiker cover album ini. Cover sleeve album ini juga menarik dan kualiti cetakannya adalah terbaik (siap UV varnish lagi beb!!!) dan apa yg gua boleh katakan anda tidak rugi memiliki album ini dengan kadar harga tersebut!!! apa yg anda ingin kan lagi dengan kualiti music terbaik dan free gifts yg disediakan????? ianya BERBALOI!!!!

* imej kredit kepada fesbuk EVP.

Album ini juga boleh didapati di kedai2 music underground di campbell atau pertama dan boleh juga di perolehi dari Eastern Voice Production.

Anda boleh melayari http://www.myspace.com/draconisaradia untuk sesi pra-dengar album ini.
Ini merupakan antara produk terbaik 2010!!!
support local music!!!

5 feedbacks:

Abang Ben said...

one of the Malaysian best!

Contramen said...

\m/

Man666 said...

hail Aradia!!

Benign said...

mantabullazi... mana nak beli ini album.. Campbell ada ka? sound dia sedap dengar..

mr said...

Begign : campbell ada.. try ushar kedai jaei.. free A3 poster + 1 mini flyers + stiker kaver album.. berbaloi!!!