Dark Live Collections (1993)

Ini merupakan sebuah album kompilasi yg kult di Malaysia.Diterbitkan oleh sebuah label bernama Dark Journey Records pada tahun 1993. Kompilasi ini membariskan kumpulan2 yang meningkat naik ketika itu iaitu Brain Dead, Catarrh, Tormentor, Silent Death, Nebiras dan Nemesis. Setiap kumpulan membawakan 2 buah lagu.


Senarai lagu yg terdapat didalam kompilasi ini ialah :

1 - The 7th Winds - Brain Dead
2 - Spirit of Heloisa - Brain Dead
3 - Emptiness Laughter - Catarrh
4 - Sense of Stimulation - Catarrh
5 - Death Unleashed - Tormentor
6 - Devouring Judas - Silent Death
7 - Spellbound - Silent Death
8 - Bless Be Thy - Nebiras
9 - Region of 4th Elements - Nebiras
10 - Life Form - Nemesis

Keseluruhan lagu2 didalam kompilasi ini adalah lagu2 yg sangat baik dan ada yg merupakan rakaman terbaru. Juga lagu tunggal yg dirakamkan oleh band seperti Nemesis (band aru Koffinkanser/ROB) dan Tormentor kerana 2 band ini tidak menghasilkan sebarang rakaman EP mahupon album penuh.

3 buah band didalam kompilasi ini iaitu Brain Dead, Silent Death dan Nebiras telah mengeluarkan album mereka sebelom kompilasi ini dikeluarkan manakala Catarrh meriliskan mini album bertajok Wine of Inamria dibawah Sonic Asylum Record.


*imej poster kredit kepada auze

Brain Dead jika dilihat pada 2lagu didalam kompilasi ini agak berlainan dari konsep didalam album mereka iaitu From The Ecstacy kerana kedua2 lagu ini tempo nya agak perlahan. Mungkin kerana pada ketika itu pengaruh Rotting Christ agak kuat melanda scene metal negara.Namun alunan melodi The 7th Winds dan Spirit of Heloisa tetap kuat!!! Catarrh pula membawa 2 buah lagu yg juga terdapat didalam mini album Wine of Inamria tetapi menggunakan rakaman terbaru.Tormentor yg pula membawa lagu bertajok Death Unleashed dimana terdapat 2 vokal didalam lagu ini yg mana growl nya amat menggerunkan (boleh refer ending part pada lagu tersebut), Silent Death membawakan dua buah lagu yg berlainan vocalnya bagi kedua2 buah lagu. Growl bagi Devouring Judas dan Scream yg bergema pada Spellbound (sebuah lagu Silent Death yg kearah Black metal). Apa yg menariknya solo lagu ini dimainkan menggunakan akustik gitar (sebenarnya ini bukanlah album live sebaliknya rakaman studio dan pada starting dan ending song dimasukkan suara crowd untok mendapatkan impak bunyi live!!!), Nebiras, band yang membawakan konsep Black metal ini juga tidak kurang hebatnya dgn lagu yg agak berlainan dr apa yg selalu diperdendangkan oleh band2 metal pada zaman itu. Nemesis membawakan lagu yg pada saya merupakan sebuah lagu yg terbaik (ini pandangan saya saja, anda punya pilihan sendiri), sebuah lagu yg durasi 7minit lebih dan mengambil masa seminit lebih sebelom Aru melontarkan suaranya. Pada lagu ini sound drum nya kedengaran agak seakan trigger (tahun 1992 dah ada trigger ke?) dan pada pendapat gua ianya adalah teknik EQ yg digunakan utk rakaman track drum.

Secara keseluruhan kompilasi ini boleh dikatakan antara pemangkin kepada kemajuan scene metal tanahair selain kompilasi lain seperti Intrusion of Dark Journey yang juga membariskan band2 yg kuat seperti Demisor, Profane Creation dan lain2.

Kompilasi ini mungkin sudah sukar untuk didapati di kedai2 kaset dikala ini tetapi ada jua beberapa pihak yg menjadikannya ke versi CD. kepada anda yg mempunyai kaset asli kompilasi ini, anda sangat bertuah kerana memiliki antara satu khazanah metal berharga tempatan.



2 feedbacks:

Benign said...

bro.. nak tumpang ambik kaver ini album nak letak dalam blog aku.. hehe

Contramen said...

sila2..