Qharinth: Black Metal 'berisi'


Kalau dengarkan nama Qarin, sudah pasti ada antara kita yang mengaitkannya dengan unsur demonic,jahat dan err..Black Metal. Tak memeranjatkan sebab band yang berasal dari utara Malaysia (secara precise, dari Sungai Petani) Qharinth (corruption ejaan dari Qarin) sebenarnya memang memainkan Black Metal. Tapi sebelum kita menghukum mereka baik kita dalami apa sebenarnya intipati dan misi bawaan Qharinth ni. Bagi gua, mereka interesting. Interview dengan Qharinth (diwakili oleh drummer mereka EJ Hadeas) melalui chat laman sesawang Facebook sebelum berlanjutan ke inbox pula. Interview berjalan dengan smooth , sebab EJ Hadeas memang friendly, isi-isi interview tidak limited pada aktiviti Qharinth tetapi juga mengenai scene tempatan. Syabas.


Qharinth dibarisi oleh Rator Flames (vocals/bass), EJ Hadeas (drums), Mat Stygian (synth/keyboards) dan Fuad Ghastly (guitars). Secara kasarnya Qharinth memainkan Black Metal yang bermelodik dan bersimfoni dengan lyrical themes yang lari dari band-band Black Metal tipikal. Kalau dari segi sound pula ada bawaan old Dimmu Borgir, Hecate Enthroned, Illnath.. senang cakap band yang bawa Melodic Black Metal. Gua rasa baik lu orang baca la terus interview di bawah:


Berkaitan dengan pengunaan nama Qharinth sebagai moniker untuk band ni

Sebagai seorang Muslim mesti mempercayai akan kewujudan qarin jadi nama ini ada bersangkut dgn sejarah hidup aku dan famili aku.

Macam mana pulak dengan lyrical theme untuk band Qharinth ni?

Lirik kami lebih memfokuskan tentang keagamaan,sejarah kisah silam Arab Jahiliah,kisah-kisah para nabi dan rasul dalam memperjuangkan syiar Islam,contohnya lirik pada lagu single kami di Myspace.Sebenarnya aku ingin membuat kelainan skit,sebab sebelum ini ramai yg mencaci dan menjatuh kan konsep Black Metal,jadi kami ingin menyangkalkan segala dakwaan tersebut bahawa Black Metal pun mempunyai lirik yang membawa mesej reminder,keagamaan,kesucian etc. (unblack metal?-ed)


Lagu The Deathstone Heron? Macam nama bandar purba dalam kisah-kisah nabi je...

The Deathstone Heron mengisahkan tentang tentera Abrahah yang iri hati tentang kota suci Mekah akibat dari tumpuan masyarakat arab terutama Islam utk memajukan kota itu jadi mereka nekad meyerang kota suci Mekah...

Oh burung Ababil! (malu pulak gua tersalah teka!)

akibatnya datangnya tentera dari langit (Almighty God) menyeru burung Ababil melemparkan dari langit batu dari neraka.

Oh bagus jugak.kira ada nilai education gak la dalam lirik korang.Good effort! Jadi siapa yang jadi the driving force dalam Qharinth ni, in terms of music writing, lyrics etc?

Segala idea datang dari aku, jadi aku meyeru abg aku Rator Flame (bass,vox) menulis lirik tersebut. (Laa ada adik-beradik dalam band ni rupanya!-ed)

Right, jadi sebagai seorang drummer, apa gear yang ko pakai untuk performance dan recording?

Carlos twin pedal, Tama drumsticks dan sekarang aku dalam proses nak mencari China. Untuk line up lain;

Rator Flame: Santa Cruz bass
Mat Stygian: Yamaha Keyboard
Fuad Ghastly: Ibanez Guitar

Sori la aku tak boleh ingat dengan tepat jadi tu ajelah aku mampu beritau.

Aku tengok dari foto-foto performance, setup drums ko agak pelik la. Ko kidal ke?

Yup aku drummer kidal,segala simbal akan aku ubah ke kiri, aku hanya ketuk tumpu pada left side

Aku dgr Deathstone Heron,ada ketara influence Hecate Enthroned (zaman Kings of Chaos) ngan old Dimmu Borgir (zaman stormblast).Betul ke?Betulkan aku kalau salah.

Hmm betul kaa??? hahaah tq sebab menilai lagu tersebut,memang tak di nafikan bahawa lagu tersebut mmg aku buat ke arah 2 band tersebut,ada 1 lagu band yang ko lupa; ILLNATH jadi aku tak nak di bayangi band2 tersebut maka aku mengalun kan sedikit cara QHARINTH dengan di bayangi band lama aku dahulu NARRATOR (di penghujung 90 an, sekarang dah rip)maka ia terjadi cara folk eastern yang kami pernah mainkan sebelum ini di tambah dengan melodic death /black

Illnath?cool! oh ada elemen folk?Maksud ko elemen folk tu cemana?Korang manifestkan elemen tu dari segi apa?Scaling ke ataupun korang gunakan instrument traditional?
Ok soalan yang menarik nih,sebenarnya bagi kami konsep folk tu sendiri adalah lahirnya dari jiwa dan minda kami,tiada menggunakan apa2 element tradisional yang lahir hanyalah melodi lagu yang berunsur ala2 ketimuran,Arabic,Viking,dan di tambah dengan mesej2 setiap lagu.
Kemudian, disebabkan masalah connection, interview tergendala menyebabkan gua terpaksa PM EJ dan beliau berbesar hati untuk menjawab soalan-soalan yang gua tinggalkan di inbox beliau
Siapa yang bikin grafik utk Qharinth?Aku tengok grafik artworknya modern skali.
Segalanya di buat oleh abang aku sendiri yang merangkap sebagai bass/vox Qharinth,iaitu saudara Mohd Yushizam atau Rator Flame,beliau memang mahir dalam bidang sebegini,banyak band-band yang telah beliau sumbangkan artwork nya melalui cover cd,Myspace, etc.
Boleh ceritakan pasal EP korang yang akan datang ni iaitu The Valley Of Humiliation & Contempt. bole kasi sneak peek sket tak EP ni berkisar pasal apa? bila akan rilis dan brape jumlah akan dikeluarkan dan dalam format apa ye (cd?kaset?)?
Planning kami setelah bersusah payah mengharunginya dengan sendiri akhirnya setahun kami akan merelease EP pertama kami The Valley Of Humiliation & Contempt yang mengandungi 5 lagu berunsurkan folk/melodic black/death metal,ia akan di release kan dalam format CD dengan limited edition sebanyak 1000 copy,EP ini berkisahkan tentang peringatan,sejarah,zaman-zaman Arab Jahiliah dan kesucian dalam agama dan pengorbanan dalam menegakkan syiar Islam,nanti anda boleh refer dgn sendiri di dalam cover EP kami segala liriknya ada di dalam,insya Allah bulan July 2010 akan keluar. Tarikhnya akan tuhan yg tentukan
So far apa planning Qharinth?
Planning yaaa selepas release EP,aku bercadang nak bawa nama band ini ke oversea insya Allah,nak tengok penerimaan orang luar terhadap scene kita,dan next akan menghasilkan stuff-stuff yang berkualiti lagi diingati,dan mengekalkan konsep begini rupa yang seakan dilupai.

Setakat ni gig mana yang paling korang puas main?Oh korang ada bikin merchandise ke?
Gig kami baru sekali aja Dethrock Dancing 6/6 hari tu itu adalah gig yang terbaik bagi kami hail!Insya Allah pas release EP CD nih aku cadang nak buat baju pula
Ok soalan lepas-lepas ni secara general dalam scene ya bro.aku harap ko leh elaborate dengan details la kalo boleh. Apa pendapat ko pada menjadi true Black Metal di Malaysia ni.Ko rasa ada ke such thing as being true Black Metal kat malaysia ni?
Soalan yg menarik nih hahahah,ok Amin aku pernah melaluinya sebelum ini masa isu nih panas di tahun 2001,cerita dia depa nampak ada budak2 poser/trendy yg pakai baju unsur band2 BM/DM pergi koyak ayat suci Al Quran,lepas tu isu ni di perbesarkan dengan meluasnya hingga habis scene jd kacau bilau dan pergerakan menjadi slow ekoran isu ini. Ko nak tau tak abang aku di tahan polis kerana hanya pakai baju hitam aja oleh polis.dan Min satu lagi ko nak tahu tak sebenarnya aku tahu siapa wartawan akhbar Metro mula2 mengupas isu ini,ia adalah budak sekolah lama aku dulu ,kalau ko nak tahu budak nih masa kat sekolah pun jahat mcm dajal jgk tapi yg bestnya dia boleh menunjukkan dirinya alim seolah-olah dia tidak tahu asal sejarah silamnya,sebenarnya aku tahu sapa dia budak nih sebab dia ada datang ke rumah aku masa tahun 2001 dgn kawan2 wartawannya dari akhbar Berita Harian dan New Straits Times (terasa lak gua +___+ - ed),hanya semata-mata nak tahu isu sebenar ini aku pun terkejut juga tapi aku menerangkan semula mereka nih,biasa laaa depa nih nak bagi laku paper depa kena bagi berita hangat laaa.
Dan terakhir sekali;

antara cd,kaset, dan piring hitam,mana ko lagi prefer?
Sekarang zaman da moden semua nya da moden,jd kenapa kita nak ke belakang lagi?????,Cukup laa zaman kegemilangan vinyl,kaset, sekarang zaman CD dgn formatnya WMA ,la ni pun da canggih boleh main download dlm tenet dgn adanya mp3 hahahah tapi formatnya kecil jd CD adalah yg terbaik bt masa ni bagi aku.
Hey bro, terima kasih la atas kesudian ko untuk luangkan masa menjawab interview untuk DtE. Any last words?
Ok terima ksh buat saudara Amin yg sudi menemuramah kami,aku amat menghargainya dan aku ucapkan syabas buat ko yang tanpa penat jemu utk menaikkan scene (ti) tak kira apa jenis genre music pun,semoga ko berjaya apa yang ko lakukan hanya tuhan aja dapat membalas segala keikhlasan ko noh,jadi kata-kata terakhir dari aku,tak kira lah ko main apa konsep sekali pn apa yg penting kita bersepakat dan menghormati apa yg org lain lakukan.

Qharinth, ini bukan Black Metal tipikal! Qharinth boleh dihubungi di www.myspace.com/qharinth . Sokong band tempatan dan beli yang asli!

Photo credit: Semua foto telah diambil dari page Myspace Qharinth


0 feedbacks: