Sisi tersembunyi Marlinspike

Berikut merupakan inteview dari pihak DTE bersama Marlinspike (Eddie)
  1. Sejak bila Marlinspike secara rasminya ditubuhkan? atau mungkinkah anda ada menggunakan nama lain sebelom terpilihnya nama Marlinspike sebagai nama rasmi band ini?
    Band marlinspike sebelum rasminya mmg mempunyai nama lain.. iaitu intrusions.. dimana lineupnya terdiri dari saya(eddie), farouk dan sham kedah... dan selepas zaman permulaan scene ug di central market.. sy dan farouk mengambil keputusan untuk menghadkn anggota dari tiga kepada 2 iaitu saya dan farouk.. dan band dengan rasminya digelar MARLINSPIKE pada tahun 1991.. (zaman kegemilangan scene UG di CM)
  2. Jika dilihat review2 dahulu Marlinspike dikatogerikan sbg band industrial metal.. adakah Marlinspike benar2 sebuah band industrial metal?
    Secara terperinci nya kami ingin di labelkn sebagai arty maverick avant garde tetapi tidak tahulah adakah jarak masa kami berkecimpung di dlm industri ini melayakkan kami di gelar avant garde atau tidak hahaha! musics kami adalah cliche diantara metal dan experimental seperti mana band John Zorn(painkiller) dimana beliau menerapkn genre metal dan jazz di dalam segi permainannya..
  3. Artikel2 dahulu ada juga menyatakan Marlinspike punya idola2 music yg sangat berbeza dr pure metal. adakah music Marlinspike satu experiment dalam mempelbagaikan scene metal di Malaysia? atau marlinspike mempunyai agenda tersendiri dalam scene music tempatan?
    Agenda kami bukan lah menjadi provokatif kepada soalan pihak saudara.. secara terus terang.. kami ingin membuka mata masyarakat bahawa musics greyarea ini mungkin satu hari boleh di terima.. dan berharap generasi akan dtg tidak di belenggu arus stereotaip semata..mata didalam menentukn arah minat mereka di dalam scene Underground atau lebih tepat OutSource Element Ini...
  4. Boleh ceritakan bagaimana album Structure of the Circuit dihasilkan? maksud saya bagaimana Marlinspike menghasilkan lagu, rakaman dan terbitnya album ini. Juga siapa yg terlibat didalam album ini?
    Banyak sutradara atau orang perseorangan terlibat di dalam memberi idea termasuk abg fathul kita(infectious maggots) oji mutilation dan kami tahu band mereka merupakan cabang grindcore terawal di malaysia.. di mana saya sendiri memberi cadangan kepada saudara farouk.. bahawa kami harus berginjak sedikit dari element grindcore kepada jenis musics yg mempunyai element harshes noise seperti swans dan throbbing gristle dan ini di guna pakai juga kepada band godflesh, scorn dan pitch shifter pada tahun sama kami menceburkn diri di dalam sub genre ini... kami juga tidak suka diberi jolokkan nama band GODFLESH malaysia disebab musik kami berunsur sedikit berbeza dgn sutradara Justin Broadrick dari Godflesh itu...
  5. Boleh Marlinspike nyatakan bagaimana penghasilan artwork untuk album Structure of the Circuit? apakah maksud disebalik cover artwork tersebut?
    Soalan ini mungkin menjadi tricky sedikit di mana zaman 90 an dahulu penggunaan komputer kurang diguna pakai oleh smua band2 underground tempatan.. di dalam structure.. kami mendapatkn gambar art clips dari majalah luar negara.. secara jujurnya kami meng cut and paste(gunting dan tampal pakai gam kertas) smua element artwork itu..dan saya(eddie) merekakn font ARIAL BLACK MARLINSPIKE... tetapi sekarang dengan menggunakan technology hasil artwork MARLINSPIKE saya melahirkan sendiri dgn menggunakan applikasi TIF_FX oleh fouda foundation(sebuah applikasi membuat graphics render standalone) dan maksud yang ingin disampaikan didalam artwork structure(seperti mana di bincangkn oleh saya dan farouk) ialah cabang circuit yg cuba di utarakn di dalam bentuk pergerakkan badan manusia...
  6. Siapakah yg menjadi mastermind atau tulang belakang dalam Marlinspike? Siapa pula yg banyak menghasilkan lagu2 dan juga dalam penyusunan lagu2 Marlinspike?
    Saya suka jika rakan rakan melihat kami(farouk dan saya) merealisasi kn bahawa kami adalah equally mastermind.. di mana kebanyakkan lagu yg dihasilkn juga telah di vocalkan bersama2 oleh saya dan farouk.. dan diharap jawapan ini menjadi titik noktah jawapan yg menyelubungi peminat peminat kami semua..
  7. Anda (Eddie) juga terlibat dgn sebuah band bernama Mechanical Baby. Boleh ceritakan serba sedikit mengenai Mechanical Baby?
    Pada pertengahan tahun 90 an setelah farouk pulang ke pangkuan keluarganya di sarawak untuk meneruskan perniagaan keluarganya disana.. saya telah menubuhkan sebuah band yang berunsur experimental alternatif "MECHANICAL-BABY" dimana ianya telah di sertai semula oleh farouk pada lewat 90 an dan kami banyak pula menerapkan konsep artcore didalam music kami 'similar' dengan band grunge2 dimasa itu seperti "SONIC YOUTH" "DINOSAUR JR" dan "PIXIES" dan kami amat mencintainya di dalam mengeluarkan riff riff feedback guitar dan macam2 lagi secara experimental...
  8. Berbalik kepada Marlinspike, siapakah line up terbaru Marlinspike?
    Selepas mempunyai perselisihan paham dengan farouk pada awal tahun ini.. saya dan farouk mengambil keputusan untuk membawa arah masing2 tetapi saya mengekalkan 'MARLINSPIKE' dengan line terbaru yang dianggotai oleh saya sebagai vocals dan guitars, aliff abdil(guitars) nihilist(borneo thrash metaller) sebagai sutradara sampling dan programming dan yunus atau nos sebagai basist mengambil alih tempat saya dari terdahulu(saya menggantikn tempat farouk didalam menghasilkan riff riff visionary guitar)
  9. Apakah perkembangan terbaru Marlinspike? perancangan album baru mungkin? atau mungkinkah juga konsep baru?
    Untuk ini saya sekarang lebih banyak menghabiskan masa bersama ahli anggota baru Marlinspike iaitu saudara nihilist dari sarawak dan kami dalam perancangan untuk meng-riliskan keluaran L.P kami "StrikeLightning" yg terbaru dan kelima untuk dipasarkan tidak lama lagi.. diharap peminat kami bersabar menunggu kehadirannya.. dan mempunyai sedikit kelainan dari E.P dan L.P sebelumnya.. kami ingin menerapkn element dark harshes indust atau lebih rawk secara analog dan digital...
  10. Boleh pihak DTE tahu apakah playlist terbaru anda? mungkinkah jua ia akan mempengaruhi penghasilan lagu2 terbaru Marlinspike nanti?
    Marlinspike banyak mendengar band bandexperimental greyarea seperti SWANS, THROBBING GRISTLE, CAN, BRIAN ENO, PSYCHIC T.V, COIL, SPK, JOHN ZORN (dengan Painkiller) sila layari http://myspace.com/m4rlinspike untuk mengetahui antara faverit playlist kami di sana atau sebagai influential..
  11. Boleh Marlinspike nyatakan band2 baru yg pada anda harus diberi perhatian. local dan international band.
    Band harshes tempatan seperti Neurotic Euphoria - http://myspace.com/neuroticeuphoria dan krosot - http://myspace.com/mykrosot mempunyai potensial untuk dipertengahkan lagi diarena indust/experimental/harshes ini..
  12. Anda sudah lama bergelumang dalam scene bawah tanah Malaysia. kami di DTE ingin memdapatkan pendapat anda berkenaan fenomena gig "Pay to Play" yg berlaku sekarang. dan adakah fenomena ini juga pernah berlaku di awal kemuncak underground scene negara suatu ketika dulu?
    Pada era tahun 90'an dahulu ini sama sekali tidak terjadi dimana jika sesuatu events dilansungkn kami mempunyai spirit setiakawan "Circle Of Friends" sesama kami dan sudah semestinya kami berdiri secara D.I.Y dan menyebarkan flyers kertas fotokopi sesama sndiri untuk menjempot crowd dan rakan rakan ke mana event yg di adakan oleh penganjur..
  13. Kata2 terakhir anda sebagai penutup kata? mungkin juga bagaimana untuk peminat menghubungi Marlinspike atau anda ingin menyampaikan berita2 terkini mengenai Marlinspike?
    Sila lawat fanbased web kami di http://www.ekipsnilram.nl.ae/ atau terus add kami di MySpace Musics di http://myspace.com/m4rlinspike dengan akhir kata dari MARLINSPIKE "BE URSELF!"



    This MS DNS Was Sponsor By: | Free domain: www.nl.ae
    www.ekipsnilram.nl.ae This is my website www.ekipsnilram.nl.ae!

0 feedbacks: