Soulfly - Omen (2010)

anda bukan mat metal sejati jika anda tidak kenal frontman band ini!!!! haha..

ok Soulfly yg merupakan band yg dikepalai oleh Max Cavalera (ex-Sepultura, Nailbomb - sekarang bersama Cavalera Conspiracy dan Soulfly) telah melancarkan album ke 7 mereka yg bertajok "Omen".


album ke 7 ini mempunya 11 track yg boleh bikin kepala goyang jugak lah.. 

01. Bloodbath & Beyond
02. Rise Of The Fallen (featuring Greg Puciato of The Dillinger Escape Plan)
03. Counter Sabotage
04. Jeffrey Dahmer
05. Lethal Injection (featuring Tommy Victor of Prong)
06. Great Depression
07. Mega-Doom
08. Kingdom
09. Off With Their Heads
10. Vulture Culture
11. Soulfly VII

dan juga 3 cover song (gua rasa hanya terdapat dlm digipack version or japan punya edition)
12. Four Sticks [Led Zeppelin cover]
13. Refuse/Resist [Sepultura cover]
14. Your Life, My Life [Excel cover]

Soulfly terkenal dgn album2 yg mengenengahkan featuring artis yg terdiri dr rakan2 music mereka. untuk album Omen mereka telah menjemput 2orang penyanyi iaitu Greg Puciato dari band The Dillinger Escape Plan dan juga Tommy Victor dari band Prong. Greg Puciato telah menyanyikan sebuah lagu bertajok Rise of the Fallen manakala Tommy Victor didalam lagu Lethal Injection. 

Pada pendengaran gua album ini lebih kepada pengaruh groove/hardcore. memang gua tersilap kerana menjangkakan album ini jugak berbau groove/Thrash Metal seperti album terdahulu iaitu Conquer (album Conquer merupakan album Soulfly kembali ke akar music Max dahulu tetapi tidak sampai tahap seperti Arise, Beneath The remain atau Schizoprenia apatah lagi Bestial Devastation.haha) dari segi music pula gitarist mereka iaitu Marc Rizzo telah bereksperimen dgn bunyi2an dr gtarnya dimana beberapa lagu yg ada bunyi seperti sample tetapi ianya datang dari gitarnya seperti yg terdapat didalam lagu Rise of The Fallen. Drummer mereka Joe Nunez juga hebat dgn pukulan dan hentakan drum nya..Max Cavalera juga masih maintain dgn suara nya walopon makin meningkat usia..

berita mengenai Max Cavalera yg akan bergabung semula dgn Sepultura juga makin samar2 walopon itulah yg dikehendaki oleh peminat Max Cavalera dan Sepultura. namun Max pernah menyatakan beliau ingin merialisasikan impian anaknya yg ingin melihat Sepultura bersama line up asal.. pastinya bersama Jairo T.. ok sama2 kita nantikan apa kah perancangan Max Cavalera!!!

0 feedbacks: