TMFDC: Serangan Sonik Bertalu-talu

Banyak kali bila orang tanya gua apa tu music Drone, gua akan mendapati gua macam kelu dan tak reti nak explain. Even sampai sekarang pun gua masih tak boleh nak jelaskan Drone itu macam mana form dia. Paling selalu gua explain kat orang pun, "Drone itu music dia macam lu lekap telinga kat belakang peti ais, takpun lekap telinga kat mesin parut kelapa masa" dan semestinya akan ada soalan susulan, "cemana pulak bunyi dia?" yang seterusnya gua akan surrender dengan jawapan "Bunyi dia humming la,bunyi drone, paham tak?Drone!"

Pengalaman pertama gua dengar music Drone (take it as a general, drone banyak jenis) adalah melalui band Sunn 0))), dari USA. Band yang ditunjangi oleh Stephen O'Malley dan Greg Henderson ni memang gila (ke semua band drone memang gila?hahah). Dari imej diorang yang super grim (pakai robe) hinggalah ke kegemaran mereka stack amp besar nak mampus masa main live dengan volume yang bingit dan berat tak ingat punya. Kalau diikutkan gua memang kurang berminat dengan Drone sebab pada gua mana rentak dia? Kenapa dia main satu not dan sustain sampai dekat sepuluh saat dan paling penting, kenapa lagu lu panjang sangat siut! Anyway, point gua bukan nak bercakap pasal Sunn 0))). Maybe lain kali lah. Tapi gua nak bercakap pasal satu band yang ada dan dekat dengan unsur drone, which happened, gua terminat pulak dek kerana satu, unsur noise/elektronik diorang memang KA-POW!


To those who never heard the name of The Mount Fuji Doomjazz Corporation, now it's the time! Okay sebenarnya The Mount Fuji Doomjazz Corporation (selepas ini dipanggil TMFDC atau Mount Fuji) adalah alter ego kepada band The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble. Iye, nama diorang ada jazz, clearly written there! Semestinya diorang bawak jazz, habeh di mana dronenya? Okay, dari pendengaran gua, Mount Fuji membawakan free form jazz/drone/noise. Yeap. Jazz yang ada unsur drone. Gua pun tak pernah terfikir. Tapi Kilimanjaro pulak lain, jazz diorang lagi berstruktur rasanya (gua tak khatam dengar TKDE lagi hahah). Okay la, gua malas nak bercerita pasal the band itself, sebab lu orang bole dapatkan info pasal diorang kat Internet (walaupun sebenarnya info pasal diorang sangat limited kat Internet, gila ah!).

Macam gua cakap tadi TMFDC sebenarnya terdiri daripada ahli yang sama untuk band TKDE gak, so tak payah la kot nak cakap pasal tu lagi.Setakat yang gua tau, TMFDC dah release 2 album yakni Succubus dan Doomjazz Future Corpses!, yang mana 2 album ni memang ketara jugak la perbezaan pembawakan jazz diorang. Kegemaran gua? Kedua-duanya gua suka! Terdapat beberapa facts yang buat gua tertarik dengan kedua-dua album ni. Kita mulakan dengan Succubus.



Album Succubus (2009) terdiri daripada 13 tracks dan tajuk Succubus ni diambil daripada tajuk filem Jess Franco yang bertajuk Succubus*Necronomicon Dreamt Sin. Nak jadikan cerita pulak, album ni sebenarnya direkod secara live dan improv (maknanya secara spontan!), sambil menonton filem ni! Bayangkan, mata duk tengok film, tangan duk galak main instrumen! Sebab tu kalau lu orang perasan, semua track lagunya bersambung-sambung dan hampir tiada struktur lagu biasa (verse-chorus-verse). Tapi tak macam album Doomjazz Future Corpses!, album ni lebih menonjolkan unsur jazz dan noise, dan sekurang-kurangnya masih ada form (barangkali sebab terikut-ikut flow cerita Succubus) lagunya. Sepanjang 13 lagu yang bermain, gua masih boleh kenal lagi instrument dimainkan, contohnya ada trombone, trumpet kot dan sebagainya. Kehadiran beat drum yang berentak jazz (dah nama pun band jazz!) menjadikan album ni kurang sludgy dan agak pantas sedikit berbanding Doomjazz Future COrpses!. Ini merupakan album pertama TMFDC yang gua dengar dan gua aak impressed gak la. Dengan instrumentnya yang macam mendayu-dayu, diselangi ada suara-suara perempuan (bukan nyanyi,tapi macam apa ye susah nak cakap) dan efek-efek elektronik, gua sangka barangkali ni dah cukup extreme.

Enter Doomjazz Future Corpses! yang release 2 tahun sebelum tu. Album first menggunakan nama TMFDC ini memang sumpah bikin hipnotik siut! Unsur drone dan bunyi-bunyian elektronik dan noise memang mendominasi album ni! Arghh! Rasa macam melayang siut! Bermula dari track pertama (semua track dalam album ni tak bernama,sekadar dilabel dengan turutan nombor sahaja) sampai yang terakhir, gua simply boleh cakap it's a pure sonic mayhem! Masih menggunakan instrument jazz (tapi percussion macam takde pulak) dan juga bunyian elektronik dan tak lupa gitar berdistortion berat (yang mendominasi track-track terakhir). Serius cakap, gua memang masa first time dengar rasa macam efek-efek elektronik dia gila merapu tapi layan ah. Boleh kata bunyik dia macam radio wave ke angkasa lepas pun ada hahah! Album DFC memang sangat jauh berbeza kalau dengan Succubus yang lebih berstruktur.Ye DFC pun memang free form jugak, tapi lagi wild siut. Semua instruments seolah-olah dimainkan dan dibiarkan sustain untuk mewujudkan droning. Peghh!Nak cakap pun memang tak guna, kena dengar sendiri. Kalau lu orang into music yang free form dan drone, TMFDC mungkin jawapannya. Oh lagi satu, DFC direkod secara live jugak, siap masa ending track ke 7 boleh dengar orang tepuk tangan lagi! Bagi gua, ini soundtrack untuk gua kala tengah sakit jiwa hahahah!

Untuk maklumat lanjut, boleh capai mereka di www.tkde.net

0 feedbacks: