Apraxia: Laungan Paganism dari Eropah Timur!

Sejahtera readers! Kali ni kami feature kan sekali lagi penulisan daripada guest writer kami iaitu Ababil. Entry ini tentang band yang bernama Apraxia. To be honest, gua pun tak pernah dengar nama band ni. Jadi sama-sama la kita ikuti entry pasal Apraxia ni, lepas ni artikel dari Contramen pulak akan menyusul, berkenaan sebuah album kompilasi tempatan. Gua expect by midnight artikel beliau akan dah di up disini, but until then, read on and keep supporting Dissecting the Euphony! Kalau lu orang rasa nak contribute any writing materials (review/feature/gig reports/any shits related to music), boleh mail kami di e-mail yang disertakan di sudut belah kanan atau boleh juga PM kami di Facebook. Jangan risau, kami akan letak nama anda sebagai penulis asal. Tak main la rip off kerja orang! Oh by the way (sorry gua suka membebel), blog ni kami dah protect dengan scripting yang halang right click, tak caya cuba ah. Ini adalah salah satu safety measure yang kami ambik nak halang kegiatan copy paste aka curi artikel. Boo you plagiarists!

Silakan, Apraxia!

oleh: Ababil (for correspondent purpose please e-mail to antichristwar666@yahoo.com)

Asal: Belarus
Tema:Nasionalisme, Paganisme, Slavonic Pride, NS

APRAXIA di dalam kamus bahasa Inggeris bermaksud gangguan sistem saraf, yang dicirikan oleh ketidakupayaan untuk melakukan gerakan atau sesuatu tujuan, bila melihat nama ini pastinya mencerminkan musikal death metal, tetapi tidak pada kumpulan yang berasal dari negara Belarusia ini, Belarusia? Di mana kah itu? Kebiasaan penggemar metal tanahair pastinya lebih tertumpu pada scene Eropah utara (Skandinavia) serta Eropah tengah (Jerman, Inggeris, Perancis) jarang sekali penggemar-penggemar metal di Tanah Melayu ini mengetahui akan scene metal dari kawasan Eropah timur, kalau ada pun sudah tentu Polania yang terkenal dengan scene modern death metal (Behemoth), jarang sekali, amat jarang sekali, penggemar metal tanahair mengenali kumpulan yang membawakan konsep Pagan Metal atau NSBM. Ini yang aku cuba ketengahkan, kerana Pagan Metal atau NSBM adalah merupakan satu cabang musik metal yang menarik pada pandangan aku, dan yang paling utama, di sini tak ramai yang kenal, haa aku ni memang suka kalau orang tak kenal aku lagi suka laa, hahaha..

Bercerita mengenai kumpulan Apraxia ini, sebenarnya aku sendiri pun jarang mendengar nama daripada negara Belarusia, negara Belarusia memang kecil kalau dilihat di dalam peta, antara negara paling kecil di Eropah timur, kebiasaannya scene Pagan metal dan NSBM lebih tertumpu pada negara-negara seperti Polania, Ukraina serta Rusia. Ada pun negara lain turut serta mengembangkan ideologi demikian khususnya Republik Czech, Slovakia, Serbia, Bosnia namun kuantitinya tidak lah se-gah seperti tiga negara yang aku sebutkan tadi.


Album 'Ideology' (Apraxia di zaman kegemilangan mereka)



Apraxia berdiri sebagai sebuah kumpulan bermula pada tahun 1995, asalnya membawakan konsep death metal dan mengeluarkan sebuah demo pada tahun 1995 dengan konsep demikian, ya ini tidak hairan kenapa mereka menggunakan nama Apraxia itu tadi sejak mula, namun begitu mereka mengubahkan konsep mereka kepada Pagan black/death metal serta mengubahkan persepsi lirikal mereka ke arah Paganisma, NS serta Nasionalisme pada tahun 1996 dengan munculnya demo yang diberi judul “Return to Ancient”, demo yang mempunyai 8 trek ini dengan pantasnya terus menaikkan nama Apraxia di dalam scene Pagan/NSBM Eropah timur dan mereka kemudiannya mendapat kontrakt rakaman untok album penoh yang muncul pada tahun 1998, album penoh yang diberi judol “Hymns of Dark Forest” merupakan rilisan yang cukup gah, dengan lahirnya album ini Apraxia telah diletakkan sebaris dengan nama besar scene Pagan/NSBM, jika Polania punyai Graveland mereka, Ukraina punyai Nokturnal Mortum, Rusia punyai Temnozor, maka Belarusia punyai Apraxia! Album pertama mereka ini mempunyai sound Pagan black/death/folk metal yang cukup kuat, lengkap dengan vokal clean serta bisikan, gitar lead yang memainkan peranan membawa melodi folk serta beat drum yang cukup menarik menjadikan album ini kuat. Tidak dilupakan juga lirikal yang bermakna.


Apraxia di zaman “Blood &Soil”, Kelihatan ada di antara line-up sudah mula berimej skinhead

Apraxia kemudiannya terus menyerang dengan menghasilkan album penoh pada tahun 2000 yang diberi judol “Ideology”, sebuah EP pada tahun 2001 “Blood & Soil” dan album penoh lagi pada tahun 2003 yang diberi judol “Kolovrat”, melalui album Kolovrat ini kita boleh lihat perubahan ketara Apraxia, kini lebih berani menyuarakan pendapat NS mereka, mereka tidak lagi berambut panjang dan tidak lagi mengenakan pakaian pagan tetapi telah berubah menjadi Skinhead! Perubahan ketara Apraxia ini sama sekali mengejutkan, namun begitu kontent album Kolovrat ini masih mencerminkan sound folk/pagan yang kuat, dengan melodi-melodi folk yang indah, namun begitu aku hampa sedikit dengan kualiti rakaman album ini kerana album ini menggunakan khidmat dram programming serta kibod midi, ke-dua dua elemen digital ini memusnahkan mood indah musik Apraxia sama sekali, namun begitu aku tetap enjoi apabila mendengar trek nombor dua di mana bagi aku adalah trek terbaik dari Apraxia, ya ini lah trek pertama Apraxia yang aku dengar dahulu daripada sebuah kompilasi Rusia, kompilasi tersebutlah yang memperkenalkan aku kepada kumpulan unik ini, trek nombor dua yang diberi judol “Wake up, Russia!” ini dinyanyikan di dalam bahasa Rusia dengan pelat Belarus, tapi kalau anda rajin, apa salahnya bukak google translation kemudian terjemahkan saja lirik lagu ini, lirik ini memang indah, aku sendiri sebagai seorang nasionalis walaupun bukan dari keturunan Slavik (aku Melayu Nusantara sejati!) turut rasa bersemangat apabila membaca lirik serta mendengar lagu tersebut, liriknya menggesa rakyat moden Belarus agar bangkit dengan kesedaran Nasionalisme. Dengan rilisan Kolovrat ini, dengan buku album nya yang menampilkan line-upnya berkepala botak sambil memakai t-shirt dengan lambang-lambang berhaluan kanan telah membuktikan bahawa kumpulan ini akan mula beralih arah, pada tahun 2004 Apraxia muncul dengan album split baru mereka tetapi hampanya lagu-lagu adalah diambil daripada rilisan “Blood & Soil” mereka yang lalu, apabila membaca buku album itu kita tahu yang Apraxia kini telah tamat legasinya, split ini muncul bersama sebuah kumpulan RAC/thrash metal dari Belarus juga yang diberi nama Molot (di dalam bahasa Belarus bermaksud, Tukul), Molot ini sebenarnya adalah kumpulan projekt ahli-ahli Apraxia, di dalam buku album, Molot menampilkan empat orang ahli Apraxia, berkepala botak, memakai flight jeket dengan lambang swastika, di dalam buku album itu juga tertulis yang Apraxia kini telah tiada, mereka membuat keputusan untok menukarkan nama serta konsep mereka kepada Molot yang membawakan konsep RAC/Thrash metal, tujuan penukaran ini ditulis “Sebagai menyahut peperangan terhadap korupsi Yahudi serta Judeo Kristen dan juga sistem globalisasi serta kemodenan politikal moden, kami dengan ini bercadang menukar Apraxia kepada Molot, ini kerana musikal Apraxia lebih ke arah zaman kuno, demi menentang sistem moden, kami mesti menentangnya dengan cara moden, maka Molot pun dihasilkan, kini kami akan lantang bersuara untok menentang segala sistem kemodenan dan fahaman palsu Yahudi, berjaga-jaga, Molot adalah selanjutnya!”. Dengan statement rasmi ini, Apraxia pun kini berubah menjadi Molot………… R.A.C THRASH METAL dari Belarusia!!

Molot; reinkarnasi Apraxia. Perhatikan imej mereka yang dah ke arah skinhead!



0 feedbacks: