Bentara - Master Jedi (Promo 2010)

ok, sebelum cd ini sampai ke rumah gua, kitorang terlebih dahulu mendapat email dr Bentara yg minta kami DtE untuk review promo beliau.. so, cd nya sudah menjadi playlist gua sejak hari ianya menjengah peti pos gua.. dan terima kasih juga pada Bentara yg dahulunya kitorang just dengar & tengok aksi2 beliau bersama ex-band nya LANGSUIR a.k.a RIUSGNAL a.k.a LANGSUYR.. kini kami di minta membuat ulasan Promo beliau ini..


Cd promo ini merupakan projek solo Bentara. ianya didatangkan bersama cover fotostat dan berformat CDR sahaja. Satu penampilan yang seakan demo. Ianya bertajuk "Master Jedi".

Terdapat 3 track didalam promo cd ini.

1 - Penasaran
2 - Jebat
3 - Master Jedi

Track 1 - Penasaran
Sebuah lagu yang berkisarkan peperangan, namun jika diamati liriknya seakan berada didunia kini dimana ianya satu "perjuangan lain" untuk kesedaran kejalan yang sebenar. Intro? xsampai 5saat terus masuk vocal. 1 idea menarik. tak perlu nk intro panjang2. Kedengaran harmoni gtar di hujung riffing pada 1st verse. Melodic yang sedikit Langsuyr namun masih terdapat jurang yang agak ketara. Juga terdapat riffing "mabuk" yang selalu boleh di dengar pada lagu2 Slipknot mahupun Pantera pada durasi 1:51 hingga 1:29 dan 1:51 hingga 2:34. Riffing ini berulang ulang namun di variasikan dengan drum pattern yg berbeza2. Solo yang tidak menunjuk2 namun kena dengan mood lagu. Manakala riffing terakhir sesuatu yg pasti tidak terdapat didalam lagu2 Langsuyr ketika Bentara bersama mereka.

Track 2 - Jebat
Adakah ini sambungan lagu bertajuk "Kronologi" dari Bentara sebelum ini? Penyampaian vocal yang seakan nasyid yang diselangi dengan growl yg tidak cukup umphh pada pendengaran gua (maaf bro, ini komen ikhlas), Solo tanpa distortion yg berlatarkan bunyi bass dan drum tanpa rhytm gtar. Durasi 2:32 hingga 2:42 kedengaran trademark Langsuyr yang sangat kuat walaupun kedua2 gitar (kiri dan kanan) memainkan riffing yang berbeza.

Track 3 - Master Jedi
Intro yang menarik hasil dari melodi riffing gitar. Jika dikaitkan dengan elemen music Langsuyr mungkin hanya ada kena mengena dengan zaman album Asyik, tiada kena mengena dengan sound the old langsuyr. Intro yang meleret sehingga 1 minit lebih namun sedap didengar. Bila masuk vocal lagu jadi agak kucar kacir. Adakah kerana melodi vocal terlalu mengikut alunan melodi yang dihasilkan dr riffing bahagian ini? Durasi 2:12 menjadi part paling menarik dalam lagu ini. Satu riffing yang sedikit death metal. Namun pada durasi 2:54 pula riffing berubah dan pada gua riffing2 begini boleh anda dengar dari album2 rock lama yang memainkan music heavy rock!!!

Ulasan Keseluruhan Promo
Pada gua, keseluruhan promo cd ini membuktikan Bentara masih punya idea untuk berkarya namun beliau agak terperangkap antara idea baru beliau sendiri dan juga trademark music Langsuyr kerana beliau juga merupakan penyumbang utama dalam penghasilan lagu2 Langsuyr ketika beliau masih bersama band itu. Beberapa riffing yang sesuai sekali digunakan untuk material langsuyr boleh di dengari didalam ketiga2 lagu.

Dari segi production, mutu dan kualiti rakaman promo ini jika dikategorikan sebagai demo, boleh dianggap memuaskan hati namun gua jugak sedikit konfius dengan penggunaan perkataan "Promo" kerana sepatutnya Promo CD sudah mencapai tahap penghasilan kualiti bunyi yang baik. Mungkin juga bagi Bentara, CD ini sekadar "promosi" untuk meluaskan pendengaran pendengar2 atau peminat Langsuyr dengan lagu2 yang diciptanya.Penyampaian vocal agak kedengaran sedikit lemah dan kedengaran juga kekurangan nafas di hujung sebutan. Mungkin untuk projek akan datang Bentara perlukan guest vocalist untuk memantapkan bahagian nyanyian.Penggunaan drum machine bagi one men band tidak dapat dinafikan namun bunyi yang agak statik agak mengganggu feel setiap lagu. Mungkin Bentara perlu melakukan sedikit adjustment pada velocity setiap pattern drum untuk material seterusnya.

1 lagi, gua terjumpa url Bentara di myspace. Lu orang bleh klik Bentaraband dan terdapat 1 lagu yg bukan dari projek Promo CD ini. Lagu bertajok "Gaza" yang ada bau2 Agalloch..

Kepada peminat Langsuyr yang merindui sentuhan Sam a.k.a Batara Guru a.k.a Bentara, Promo ini adalah menjadi kepastian buat anda semua.

Boleh didapati harga dengan RM3 (by hand) atau RM5 (snail mail).

Bank: CIMB
Account: 08090022976525
Name: Ibrisam Akbar
Sila email thebentara@gmail.com selepas bank in.

untuk pembelian 5 keping CD atau lebih = RM2 each + postage

rating dr DtE = 5.5/10

4 feedbacks:

Abang Ben said...

well balanced review. Thanks. Memang semua lagu tu untuk Langsuyr sebenarnya sebab itu feel Langsuyr sangat ketara.

Dan memang rilisan minimalis. Asalnya demo untuk other members of Langsuyr to pick up. InsyaAllah next rilisan will be better in terms of production, andaikata idea yang dilontar dalam "promo" ini dapat difahami.

This "promo" is like throwing out some ideas. Kalau buang aspek produksi, mungkin pendengar boleh ambil idea (pattern riff/lagu + lirik) sebagai inspirasi.

JePh said...

review jujur ni.
sempoi!
ni kiranya buah tangan
untuk peminat langsuyr
la ni..
gua agak je..hehehe~

A, is for Anomaly said...

ohh tu ke erti promo?ok sudah faham sekarang.anyway,we are eager to listen to your next cd,bang ben!ring us nanti ya!

yeah jeph, i guess its a gift to fans of langsuyr.its a loss lah kan bentara resigned from langsuyr.

lets keep supporting bentara punya works!

Contramen said...

idea dah ada.. pasni kena gilap kaw2 untuk hasil terbaek!!!
btw, nasib baik hanya ada 3lagu.. so focus kami hanyalah pada 3lagu tu sahaja. kalau 10 lagu mampos jugak nk fokus dengar..