Detektivbyrån: Folk/Elektronika ceria!

Lu orang pernah tak bayangkan muzik yang zahirnya berbunyi macam ala-ala innocent, sedikit comel dan dreamy tetapi menggunakan instrument yang mudah dan basic? Cuba dengar band yang gua tampilkan kali ni. Gua sebenarnya susah nak gambarkan macam mana hala tuju muzik Detektivbyrån ni. Duo Swedish ni (asalnya bertiga) sememangnya membawa muzik yang pada gua, comel, kiut, berperisa keanak-anakan dan paling penting, seolah invoking child hood memories. Sedikit pengenalan buat yang kurang familiar dengan band folk/elektronika ni. Detektivbyrån bermaksud Agensi Detektif dalam bahasa Sweden (yang kaya dengan scene Gothenburg Metalnya dan juga negara asal band legend Bathory heheh \m/-ed) asalnya merupakan pemuzik jalanan (buskers eh term dia?-ed). Bermula dengan trio yakni:


Anders Molin - kotak muzik, akordion
Martin Molin - glockenspiel, theremin, traktofon, piano mainan
Jon Nils Emanuel - dram, sound box

tetapi sayangnya Emanuel keluar setelah terbitnya album Wermland. Sekarang hanya tinggal dua-beradik tu ajelah yang meneruskan. Apa yang menarik pasal Detektivbyrån ni? Pada gua muziknya yang bernada gembira,ceria, keanak-anakan, folk yang uptempo bercampur baur dengan elektronika menjadikan gua terus jadi fan diorang. Takde unsur depresif, segalanya gembira, membangkitkan rasa childish dalam diri. At times kadang-kadang rasa macam kat parti minum petang yang ada badut takpun ada rasa seperti lepak di tepi cafe jalanan di Paris. Dan paling ekstrim, pada gua ah, mengimbau kenangan masa kecil. Kemungkinan pemilihan instrumen bukan standard (music folk biasa ah pakai non standard instrument!) menjadikan ia sedikit hipnotik. Dan dalam album E18, mereka juga ada gunakan gunting sebagai instrumen (untuk menghasilkan bunyi clicking), boleh check di Youtube dan cari lagu berjudul Dansbanan. Hah! Amacam? Gunting pun boleh guna! Barangkali ini terinspirasi dari latarbelakang mereka sebagai pemuzik jalanan yang kadangkala memaksa mereka improvise apa sahaja barang yang boleh dijadikan instrumen,kot. Oh lupa nak cakap, tiada vokal digunakan ya. Bagi gua adalah lebih baik Detektivbyrån terus begini sebab ia dah cukup cantik.

Satu contoh penggunaan gunting dalam lagu Dansbanan. Ah cool!

Di negara asal mereka, penerimaan peminat adalah sangat baik malah telah tercalon dalam beberapa anugerah dan berjaya merangkul sebijik dua award. Untuk sebuah band yang baru, ia adalah sangat bagus! Malahan mereka juga telah muncul dalam beberapa rancangan tv dan membuat persembahan. Kira ok ah tu memandangkan mereka bukannya memainkan music extreme dan bising. Selain tu jugak, muzik mereka telah digunakan untuk soundtrack filem dari Amerika yakni Tenure.

Om Du Möter Varg live

Seperti yang gua cakap tadi, mereka sangat stand out disebabkan penggunaan instrument yang eksotik. Muzik mereka sering dihiasi dengan piano, disusuli dengan akordion atau pun xylophone. First time gua dengar, macam muzik rancangan kanak-kanak,takpun sarkas. Selain itu muzik Detektivbyrån juga dihiasi dengan unsur elektronik namun takde la overpower instruments yang gua sebut di atas.

Memandangkan Detektivbyrån tidak mempunyai vokal dan lirik, jadi interpretasi music directionnya hanya boleh dibuat melalui....well,muziknya lah. Susah nak cakap, yang gua boleh ulas ianya berkaitan kegembiraan,fantasi,rasa escapism,imaginasi keanak-anakan dan semua yang positif ah.

Oleh itu apa kata gua bagi sedikit review album Wermland, amacam?

Album yang direlease oleh label Danarkia pada tahun 2008 ni mempunyai 14 trek yang semuanya menangkap pendengaran yakni:


1. Om Du Möter Varg (If You Meet the Wolf)
2. Kärlekens Alla Färjor (Love All the Ferries)
3. Honky Tonk Of Wermland
4. Rymden I En Låda (Space in a Box)
5. Generation Celebration
6. Life/Universe
7. Neonland
8. Hus Vid Havet (Houses at Sea)
9. Partyland
10. Camping
11. Sista Tryckaren (Final Push Server)
12. En Annan Typ Av Disco (Another Type of Disco)
13. Dygnet Runt (Around the Clock)
14. 054

Susah nak pilih trek yang terbaik kerana semuanya listenable dan membawa mood gembira yang berbeza-beza. Ada rasa macam parti kanak-kanak (apasal ayat gua berbunyi pedo ni?-ed), ada yang macam dreamy (terutama trek yang pakai instrument music box ahhhhh indahnya!). Gua amik keputusan untuk pilih 4 lagu paling outstanding yakni:


Om Du Möter Varg - Jikalau bertemu dengan serigala, ahahah tajuknya begitu innocent sekali! Penggunaan music box di awal lagu dan juga instrument Theremin mulai minit ke 1:19 menambahkan lagi mood yang disulam dengan akordion. Kalau tatau camne Theremin berbunyi boleh tengok kat Youtube. Bunyinya macam ethereal sedikit.

Camping - Trek ni berbunyi sedikit dreamy sebab penggunaan piano (tak pasti piano mainan ke apa kan). Hanya piano sahaja mendominasi trek ini namun cukup untuk bawak gua termenung.Ewah~

En Annan Typ Av Disco - Trek yang rancak dengan permainan akordion dan xylophone yang laju. Dram membuat penampilan disini dan ada feeling nak berdansa sedikit. Sesuai untuk muzik garden party ahhh.

054 - Kalau lagu E18 didedikasikan kepada highway berdekatan tempat mereka dibesarkan, 054 ni pasal apa pulak? Anyway, trek penutup ni memang cantik. Penggunaan elemen elektronika yang sesedap rasa bersama instrument lain buat lagu ni menjadi penutup yang sangat gemilang. Dreamy lagi.

Macam gua cakap, gua susah nak pilih trek yang terbaik. Jujurnya bila tamat 14 trek kesemuanya gua rasa tak puas pulak. I want more!

Pros:
-Mood yang dibawakan dalam album E18 (sila dengar juga ya!) diteruskan malahan semakin improved.
-Penggunaan instrument non standard sangat refreshing dan indah
-Elemen elektronika dan folk yang seimbang
-Muzik yang santai dan bikin emosi melayang-layang.

Cons:
-Sungguhpun lagunya berjumlah 14 trek, rasa tak puas pulak.Tolong next time letak 30 lagu!
-Susah nak dapatkan albumnya (hahaha bole ke letak camni kat cons wei?-ed)

Rating: 8/10

Gua cadangkan kepada sesiapa yang berminat nak tau duo Swedish ni,sila tengok video-video mereka di Youtube, atau jenguk Myspace mereka atau laman sesawang rasmi mereka di sini. Recommended!


Kredit:
-foto dari web rasmi Detektivbyrån dan diambil tanpa kebenaran untuk tujuan promosi.
-video dari web Youtube
-Terjemahan tajuk trek adalah menggunakan Google Translate


5 feedbacks:

Abang Ben said...

best best!!!

A, is for Anomaly said...

dia punya music semacam la bang ben.ala-ala dreamy gittew. toy piano ngan gunting pun bole jadi instrument tu!

m.anas said...

emm agak menghiburkan hati...rasa mcm ada kt sarkis atau taman tema zaman 60an..yg hebatnya ins. gunting hehhe..agaknya cemana la solo gunting? aa ya ya...lipatan gunting? tendangan gunting ke? hehe..neway mmg bgs sound diorg ni..mmg mcm rasa terawang awang je minda..rasa hepi ada rasa cam nk seram pon ada..terpulang pd imaginasi aku ketika itu smbl mendengar saudara2 detektivbyran...

weirdjazzman said...

Lagu yang terbaik album ni Kärlekens Alla Färjor...no doubt bout it

A, is for Anomaly said...

glad u people like their music!