Ex Deo - Romulus: Pendidikan sejarah Rom yang brutal

Siapa sangka kelas sejarah yang membosankan (ngaku je ah, gua dulu time sekolah selalu gak tido - ed) kini dihidupkan kembali dengan bergaya oleh Ex Deo! Band yang merupakan side projek ahli-ahli Kataklysm (Canadian Death Metal) ini ternyata menarik perhatian dengan membawa tema sejarah Rome dan music death metal yang simfonik. Kelas sejarah tidak pernah sebegitu menarik macam ini! Album Romulus merupakan debut untuk Ex Deo dan peminat-peminat mereka (yang gua pasti merupakan peminat Kataklysm juga) memberi sambutan yang baik. Gua pada asalnya menyangka Ex Deo hanyalah satu lagi band modern death metal modern yang lame dan lemau yang balik-balik bawak isu bunuh cincang makan rogol atau pun personal isu seperti Christianity, relationship blablabla (yang banyak dibawakan oleh band metalcore yang anggap diorang main death metal,err ye ke?)

Anyway, Romulus (2009, Nuclear Blast) mengandungi 11 trek yang sarat dengan kisah yang berkisar tentang Rome:


1.Romulus
2.Storm the Gates of Alesia
3.Cry Havoc
4.In Her Dark Embrace
5.Invictus
6.The Final War (Battle of Actium)
7.Legio XIII
8.Blood, Courage and the Gods That Walk the Earth
9.Cruor Nostri Abbas
10.Surrender the Sun
11.The Pantheon (Jupiter's Reign)

Ada beberapa pemuzik jemputan dijemput untuk menyumbangkan solo gitar dan vokal mereka iaitu:

-Nergal (Behemoth) - vokal dalam Storm the Gates of Alesia
-Karl Sanders (Nile) - gitar dalam lagu The Final War (Battle of Actium)
-Obsidian C (Keep of Kalessin) - gitar dalam Cruor Nostri Abbas

Macam gua cakap tadi, kesemua trek dalam Romulus adalah berdasarkan lagenda dan peristiwa benar dalam sejarah Rome. Seperti opening track iaitu Romulus. Ia adalah direct reference kepada raja pertama Rome iaitu Romulus. Trek pertama menceritakan foundation of Rome, perebutan kuasa antara dua beradik iaitu Romulus dan Remus dan sebagainya. Epic, itu je gua mampu cakap. Liriknya takde nak berkias-kias. Straight to the point. The Final War (Battle of Actium) pula adalah berdasarkan perang yang benar-benar berlaku dia antara bala tentera Octavia dengan Marc Anthony + Cleopatra, manakala Legio XIII adalah tentang unit legion Julius Caesar yang paling hebat dan berkuasa, dimana mereka yang bertanggungjawab membawa Julius Caesar ke tampuk pemerintahan.

Musically, Ex Deo membawakan death metal yang bertempo sederhana dan bersimfoni (dengan iringan keyboard, yang memberi feel epik dan atmosferik). Tiada blastbeat yang laju-laju. Sumbangan daripada artis jemputan juga memberi umphhh kepada trek-trek yang berkaitan, macam solo Karl Sander yang rabak dan jahat dalam The Final War dan Nergal yang menyanyikan ucapan Julius Caesar 'Veni Vedi Vici' dalam Storm the Gates of Alesia.

Kalau dilihat dari segi lirik pula ia adalah straightforward dan tak banyak nak menceceh. Ok ah tu kan. Senang nak hadam. Pulak tu boleh belajar pasal sejarah dalam masa yang sama.

Personal pick gua adalah Romulus, Storm the Gates of Alesia, The Final War (Battle of Actium) dan Legio XIII.

Apa pun pakej yang menarik selain daripada tema sejarah Rome dan musicnya yang superb adalah music video yang dihasilkan sangat impressive! Dah tengok? Baik lu orang tengok! Boleh kata diinspirasikan daripada filem 300!


Ex Deo - Romulus


Ex Deo - The Final War (Battle of Actium). Macam filem 300!

Pros:
-Membawakan tema sejarah Rome, sekaligus bersifat educational
-Production kualiti bagus, kesemua instruments jelas. Keyboard memberi feel epic.
-Lirik yang straightforward, ada sebahagiannya macam sedang memberi ucapan dan membangkitkan semangat.

Cons:
-Ada sebahagian trek gua terasa macam nak skip sebab rasa macam membawa feel yang serupa.
-Ada ketika Maurizio berbunyi macam terlalu memaksa vokalnya.
-Tempo kebanyakan lagu hampir sama, kurang variasi, namun diselamatkan oleh keyboard.

Rating:8/10

Jadi kalau lu orang inginkan sesuatu yang berbeza dan berbentuk sedikit educational, Ex Deo mungkin sesuai buat santapan telinga lu orang. Ex Deo boleh dicapai di sini.

Kredit photo: Metal Archives

0 feedbacks: