Piorun: Legasi Musik Folk Zaman Lampau

Minggu ni adalah minggu paling produktif untuk kem Dissecting the Euphony. Kurang dari 24 jam, DtE dah ada hampir 4 artikel untuk tatapan lu orang. Gua tengok counter pun dah makin menaik, terima kasih la ye. Tadi waktu siang gua tengah leka menulis kat pejabat (ye gua seorang penulis in real life :p) Ababil buzz gua dan cakap dia ada artikel terbaru. Ini sudah bagus! Jadinya gua bukak mail dan untuk kali ni Piorun pulak di feature. Gua pernah dengar Piorun dulu, sebuah band dari Eastern Europe yang bawak music folk, tapi jenis folk dia semacam ah gua macam takleh masuk plak (sebab gua lebih masuk ke Cetic & Scandinavian folk). Anyway, enough trash talking, meh baca tulisan Ababil ni...weh lu ni makin panjang la tulis apahal bro?!Cis!

PIORUN BERSAMA PAGAN FOLK AMBIENTNYA, STAJEMY JAK OJCE SEBAGAI AYAH KEPADA PAGAN EROPAH


oleh: Ababil (boleh dihubungi melalui antichristwar666@yahoo.com)


Asal: Gdansk, Polania
Lirikal: Paganism, Nasionalisme

Daulat semua, kali ini aku ingin perkenalkan genre Folk/Ambient kepada anda semua, oh tidak, genre ini langsung tidak menggunakan instrumen-instrumen moden seperti gitar elektrik dan juga dram akan tetapi instrumen-instrumen yang biasa digunakan adalah terdiri dari instrumen-instrumen tradisional (mengikut band itu dari mana) lagaknya, oleh kerana ianya telah dicampurkan dengan elemen Ambient demi untok menambahkan mood dan suasana jadi biasanya dicamporkan dengan instrumen kibod ataupun bunyi-bunyi sampling. Apabila menyebut Folk pasti ramai akan teringat akan Folk tradisional yang dinyanyikan oleh orang-orang zaman dahulu tetapi telah dibawa semula dengan nafas Neo-Folk ataupun Folk metal, dan bila menyebut mengenai Ambient pasti ramai teringat akan Dark Ambient/Dark Wave atau Noise, bunyi-bunyi yang dikaitkan dengan kesah seram, romantikisme, kegelapan kerana kesuraman bunyi yang dihasilkan, tetapi tidak pada Folk/Ambient, oleh kerana ia adalah campuran dua jenis musik, maka Folk/Ambient ini mudah dikatakan adalah sejenis musik yang ingin mengembalikan suasana zaman kuno dengan lebih kuat, bayangkan musik tradisional folk yang telah decamporkan dengan bunyi dan suasana pastinya membangkitkan mood dan fikiran anda akan terus melayang ke era zaman tersebut, begitulah betapa kuatnya penangan Folk/Ambient ini!

Kumpulan yang aku ingin perkenalkan kepada anda semua yang tegar ini adalah PIORUN, sebuah kumpulan yang berpusat di Polania dan terdiri dari enam hingga tujuh orang ahli pemusik dari kumpulan-kumpulan metal sekitar Polania dan Ukraina. Mereka ini adalah Wilk Wojbor – Vokal, Wojnar Sawigrom - Vokal/Kibod/Gitar Akustika, Gniew Gromoslaw – Vokal, Knjaz Varggoth - Gitar Akustika/Vokal/Roda Hembus/Paip Hembus, Munruthel – Dram/Perkusi serta Saturious – Serunai. Pemusik-pemusik yang dikatakan ini juga sangat dikenali di Eropah timur sebagai penggiat scene NS/Pagan di sana, rata-rata mereka ini terlibat dengan kumpulan seperti Wojnar, Swastyka, Sunwheel, Nokturnal Mortum dan banyak lagi.

Gniew Gromoslaw (vokal utama Piorun) dari Gdansk

Apa yang menarik mengenai Piorun? Untok berkata secara jujur, Piorun merupakan kumpulan Folk/Ambient yang paling aku minati sekali dan yang paling berjaya membawakan suasana era Pagan Eropah ke dalam musik mereka, walaupun adanya projek-projek sebegini yang lainnya seperti Wojnar, Lord Wind, Dark Ages dan sebagainya tetapi Piorun aku letakkan sebagai projek Folk/Ambient yang paling benar-benar berhasil bagi aku, sepanjang karier mereka sejak tahun 1996 Piorun telah melahirkan sebuah demo pada tahun 1997, sebuah EP pada tahun 1998 berjudol “Goreja Wici Wojenne” (diterjemah dari bahasa Polania - Bendera Perang Yang Terbakar) EP dan demo pertama Piorun tidak berapa berjaya pada pandangan aku kerana kekurangan instrumen-instrumen tradisional folk kerana ianya lebih tertumpu kepada instrumen kibod sahaja, sudah tentu apabila mendengar hasil kerja mereka selepas split bersama Stara Piesn pada tahun 1999 iaitu album penoh pada tahun 2004 yang diberi judol “Stajemy Jak Ojce” (Kita Sebagai Ayah), EP ”Goreja Wici Wojenne”, Split ’99 serta demo pertama kelihatan seperti musik Ambient biasa sahaja yang lemah pengaruh folknya.

”Stajemy Jak Ojce” merupakan rilisan terunggul dari Piorun kerana ianya lengkap dengan segala jenis Folk serta Ambient yang diperlukan untok menaikkan suasana era Pagan Eropah, dengan kover hadapan album ini yang menampilkan gambar pasangan suami isteri Slavik berpakaian Slavik kuno serta gambaran imej dewa Perun di langit cukup menambahkan mood dan suasana era Pagan mereka. Album ini dimulakan dengan intro yang diberi judol ”Nadbuzanski Swit” (Serangga Subuh), intro ini dipenohi dengan bunyian instrumen Paip Hembus oleh Knjaz Varggoth, Serunai oleh Saturious serta Perkusi oleh Munruthel, ke-tiga tiga pemusik berbakat ini adalah dari kumpulan NSBM Ukraina yang tidak asing lagi iaitu Nokturnal Mortum, tak hairanlah mereka ini berbakat besar dalam memainkan instrumen tradisional bangsa Slavik mereka ya! Walaupun terdapat sedikit bahagian yang dimainkan dalam key yang salah (paling ketara pada Serunai bermula dari minit ke 1:27 hingga tamat lagu tersebot) serta kekurangan nafas ketika menghembos menjadikan bahagian Serunai itu kedengaran sedikit cacat serta lawak, tetapi intro ini tetap bagus! Macam mana pun ianya sangat Tulen tanpa meniru sesiapa! Itu yang paling penting. Trek ke-dua diberi judol ”Juz Nadszedl Czas” (Masa telah Tiba) dan lagu ini dimulakan dengan hembusan Paip Hembus oleh Knjaz Vargoth serta kibod oleh Wojnar, trek ini penoh dengan dialog vokal yang diselangi oleh bunyi Kibod serta Paip Hembos, oleh kerana lirik untok album Piorun ini tidak disiarkan di mana-mana termasuklah di buku CD/kaset mereka jadi aku tak tahu apa yang disampaikan dalam lagu-lagu mereka kerana semuanya di dalam bahasa Slavik dialekt Polania, tapi aku boleh teka yang lagu ini mungkin lagu yang mengingatkan anak bangsa mereka bahawa masa kebangkitan bangsa Slavik telah tiba.

Goreja Wici Wojenne (EP 1998, keluaran Eastside/Easthate Rekod)

Trek ke-tiga ”Przywrócimy Stary Lad” (Kembalikan Institusi Tradisional) dimulakan dengan petikan Gitar Akustika sambil diselangi dengan Kibod (Synth), Serunai serta Perkusi, lagu ini antara lagu Piorun kegemaran aku, susunannya begitu indah dan melodi lagunya berbunyi sedikit riang, apabila tamat petikan gitar serta paluan perkusi itu tadi, maka dua vokalis Piorun pun masuk sambil berdialog di dalam bahasa Polania, kemudian diselangi semula lagi oleh instrumen-instrumen yang dikatakan tadi itu. Trek selanjutnya yang merupakan title trek untok album ini ”Stajemy Jak Ojce” (Kami Adalah Ayah) adalah trek yang berbunyi sedikit melankolik, trek ini dimiliki oleh instrumen gitar akustika serta kibod yang menambahkan mood, seperti biasa vokal berdialog di dalam bahasa Polania juga turut ada untok menjadikan album ini seperti sebuah jalan cerita. Trek berikotnya iaitu trek ke-lima ”Wladyka Podniebnych Burz” (Dewa Langit dan Ribut) adalah trek yang ditunjangi oleh Serunai serta Perkusi, berpandukan pada tajuk lagu ini, aku tahu yang lagu ini pastinya didedikasikan untok tuhan lama (Pagan) Slavik iaitu tuhan Perun (dewa langit serta ribut) trek ini turut dimasukkan sampling bunyi hujan serta ribut petir untok lebih menambahkan mood serta feel lagu ini.

Pergi ke trek selanjutnya ”Do Boju!” (Untok Perjuangan) adalah trek yang lebih kurang sama susunannya seperti trek sebelom ini iaitu ”Przywrócimy Stary Lad”. Trek nombor 7 ”Bialy Rumak Bozyca” (Kuda Putih Bozyca) adalah sebuah trek yang melankolik dan berbunyi epik, tunjang lagu ini adalah gitar akustika, serunai serta kibod. Trek ke-8 adalah antara trek paling menarik di dalam album ini, trek yang diberi judol ”Nam Ojczyzny Nie Wydrzecie” (Tanahair Kita Tidak Akan Hilang) ini seolah-olah sebuah jalan cerita epik dari filem Slavik pula lagaknya, ini kerana ada dialog yang macam tengah berbincang-bincang sambil berkelahi sesama sendiri sambil dilatarbelakangkan kibod serta perkusi perang, ya memang bunyinya seperti kelakar tapi hakikatnya trek ini memang unik, aku cukup berkenan hahaha. ”Tu Sie Urodzic, Walczyc... I Umrzec” (Kau Telah Dilahirkan, Perang... Aku Pergi) adalah trek ke-9 daripada 11 track album ini, lagu ini juga kedengaran epik, walaupun aku tak faham bahasa Polania tapi aku boleh katakan yang lagu ini mengisahkan mengenai seorang anak Slavik yang dilahirkan dan telah ditakdirkan untok perang dan menggantikan ayahnya serta keturunannya yang telah pergi, lagu ini kedengarannya sangat dekat dengan jiwa setiap anak bangsa Slavik yang kuat semangat patriotismenya, lagu ini seperti biasa adalah dialog vokal yang berlatarbelakangkan gitar akustik dan juga perkusi. Trek berikotnya kita punyai solo kibod yang berbunyi melankolik serta romantik oleh Wojnar, trek ini diberi judol ”Nadbuzanski Zmierzch” (Serangga Tengah Malam) dan merupakan outro bagi album ini, trek ini menampilkan kibod serta perkusi dan menampilkan kelainan sedikit kerana satu-satunya trek di dalam album ini yang mempunyai suara wanita (wanita ini walaubagaimanapun namanya tidak ditulis di dalam buku album ”Stajemy Jak Ojce” jadi namanya tidak diketahui siapa). Trek ke-11 merupakan trek tambahan bagi album ini setelah tamatnya lagu ”Nadbuzanski Zmierzch” tadi, tiada tajuk yang diberikan untok trek ke-11 ini dan ianya cuma merupakan trek yang ditunjangi oleh Paip Hembus dan Serunai sahaja (hampir iras dengan trek intro tadi cuma kali ini tanpa Perkusi).

Stajemy Jak Ojce (kaset keluaran Werwolf Produksi, 2004)

Dengan tamatnya album ”Stajemy Jak Ojce” tiada lagi berita mengenai Piorun yang didengari lagi. Aku pun tak pasti apa yang telah terjadi pada projek unik ini, mungkin telah dibubarkan kerana setiap ahli-ahli sibuk dengan kumpulan masing-masing, atau mungkin juga misi mereka telah tamat dengan lahirnya ”Stajemy Jak Ojce” yang lengkap dengan elemen Pagan Folk Eropah, siapa tahu? Yang pastinya, Piorun tetap diletakkan sebagai sebuah kumpulan Folk Ambient yang paling berani membuat kelainan di Eropah timur pada masa itu, Slava Bogum!!!!

A.


Addendum by ed: Gua rasa nak tambah sikit lah. Gua letak video yang ada lagu Piorun, cun? Bole dapat gambaran sedikit sebanyak cemana sound diorang. Enjoy!







2 feedbacks:

M.Anas said...

truut tut tuut ti tut ti tut ti tut...saya rasa ada kekeliruan sedikit tentang peralatan musik yg digunakan..kadang2 bunyik rekoder pon ada seruling pon ada..hehe..xda hal lah..ini bukan satu persoalan yang boleh menghalang dari pendengar menjadikan Piorun sbgai alunan melodi halwa di telinga mereka..semoga Piorun dapat memberikan kita suatu bayangan pengalaman menjelajah ke era Pagan Eropah...

2 thumbs up utk penulis artikel dan penulis euphony :)

A, is for Anomaly said...

lepas ni nak review album akustik finntroll lah.hahah~