Takkan Melayu Hilang Di Dunia (Split CD): Patriotik dengan Gaya Tersendiri!

Untuk entry kali ni, Dissecting the Euphony dengan rasa teruja memperkenalkan guest writer iaitu Ababil, dengan review beliau tentang Split CD antara Brown Attack & Revival 98. Brown Attack boleh dikatakan sebuah band yang rajin bermain gig, paling latest hari tu di Tribute to Rock Kangkang. Band Oi! main gig rock kangkang? Why not? Setau gua Brown Attack ni pekat jugak sound diorang dengan unsur-unsur Heavy Metal. Talking about the diversity of influence eh? Well, kat sini jugak gua nak tekankan, kami takde rasa prejudis nak review/feature apa-apa band/music. Kalau next time ada rasa nak feature band 2 step emo hardcore, so be it. Kalau nak feature Raw Black Metal, why not? Even kalau Bubblegumpop sekali pon, kalau worth for you people attention, so be it. Set aside your musical genre and ideology, kita punya music scene kecik aje.Kalau lu orang rasa ada nak bagi input ke idea ke, boleh e-mail kami di dissecting.the.euphony@gmail.com ataupon drop kat ruangan talkbox, atau yang kenal kami di Facebook, pm aje. Senangkan? Bersama-sama kita bangunkan scene kita,tanpa rasa prejudis, sebab in the end, it's all about music and passion. Okay, gua bawakan, tulisan dari Ababil.

BROWN ATTACK & REVIVAL 98 - TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA (SPLIT CD 2007)

oleh: Ababil

01. Revival 98 - Revival 98
02. Revival 98 - If There is a Riot
03. Revival 98 - Law of Justice
04. Revival 98 - Bangsaku (My Race)
05. Revival 98 - Brother Against Brother
06. Brown Attack - Takkan Melayu Hilang Di Dunia
07. Brown Attack - Ingkar
08. Brown Attack - Kenang Kembali
09. Brown Attack - Entah Ke Mana?
10. Brown Attack - Akhirnya
11. Brown Attack - Malay Power (Spider War cover)

Split CD antara dua band R.A.C berpengaruh di Tanah Melayu, tak perlu pengenalan lagi, sesiapa yg dalam scene MP sudah tentu mengenali mereka bukan?? Ini kerana ke-dua dua band ini merupakan antara band MP yang paling berpengaruh dan paling lama wujud di dalam scene MP, Brown Attack sebagai mewakili scene KL Troopers dan Revival 98 sebagai mewakili scene Seremban Rompers. CD ini dikeluarkan dalam format PRO-CD yang dicetak di atas funding ke-dua dua band ini sendiri, ianya diterhadkan sebanyak 1000 keping bercetak, lengkap dengan dua muka surat yang penoh dengan gambar-gambar lama serta terkini Brown Attack & Revival 98. Sebuah terbitan yang bagus memandangkan ini adalah terbitan unggul dan professional dari scene Malay Power di mana sejarah penubuhan scene ini bermula pada tahun 1996. Mari kita ungkapkan mengenai sound musikal pula, terdapat 11 track kesemua sekali di dalam CD ini, 5 buah lagu dari Revival 98 & 6 buah lagu dari Brown Attack.

Memulakan split CD ini adalah kumpulan Revival 98, sebuah kumpulan yang sangat dikenali dengan bawaan ideologi “Rock Against Communism” pada era kebangkitan mereka sekitar 1998-2001. Sememangnya Revival 98 adalah kumpulan yang tidak harus dipandang remeh, struktur musikalnya walaupun mudah tetapi kedengaran kompleks dan padat, memulakan trek mereka dengan lagu yang diberi judul “Revival 98”, setting sound gitar yang ditambah dengan efek korus dan delay seolah-olah sebuah jelmaan dari kebiasaan kumpulan RAC Eropah, liriknya bertemakan Nasionalisme, Patriotisme serta semangat persaudaraan tetapi dibawa di dalam bahasa Inggeris, harap selepas ini Revival 98 akan pertimbangkan untok membawa lagu-lagu mereka di dalam bahasa Melayu pula ya, apa yang menarik mengenai trek pertama ini kerana ianya amat catchy dan melodinya mudah meresap ke dalam kepala, vokal line yang bagus dengan lenggok ala-ala dialek Inggeris pekat (mungkin terpengaruh Skrewdriver?) aku paling suka bahagian lirik lagu ini yang mengatakan “This is our country let’s take it back!! Racial war is on the track!!” bersemangat sungguh aku bila mendengar rangkap tersebut. Ke-lima lima lagu Revival 98 mengadunkan resipi yang lebih kurang sama tetapi semuanya mempunyai sound dan originaliti yang sememangnya bila didengari “hah! Ini Revival 98 ni!” berani aku katakan yang Revival 98 mempunyai sound yang original dan sangat berbeza jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan Oi! tanahair yang lain. Seperti tertulis di dalam buku CD, Revival 98 – THIS IS R.A.C!!

Manakala bagi Brown Attack, mereka membawakan sound Oi! yang tipikal pada pendengaran aku akan tetapi lagu trek pertama "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" mempunyai sound Heavy Metal yang kuat dengan scale serta riffing yang lebih kompleks berbanding lagu-lagu lainnya, syabas untok itu, harap lepas ni Brown Attack akan menghasilkan lebih banyak lagu yg mempunyai sound sebegini, lagu-lagu lain seperti “Akhirnya”, “Kenang Kembali”, “Ingkar” & “Entah Ke Mana” adalah di dalam sound tipikal Oi!/Street Rock, tiada apa yang menarik boleh diperkatakan mengenai struktur ke-4 4 buah lagu ini kecuali bab lirikalnya, terus terang aku katakan aku amat tertarik dengan lirikal Brown Attack, semangat Nasionalisme, Patriotisme serta dilema bangsa yang ditonjolkan oleh mereka sememangnya serius dan jujur serta menunjukkan kesedihan yang nyata akan apa yang telah berlaku terhadap nasib bangsa kita, bangsa Melayu. Lirikal “Entah Ke Mana” antara yang paling menunjukkan kesedihan dan dilema, rangkap “Bumi sendiri hidup sengsara, maruah kini tiada harganya lagi, kita bagaikan boneka usang, tanah sendiri diambil orang” kedengaran begitu mendalam, dan jika anda seorang nasionalis yang nyata pastinya menitiskan airmata apabila menyanyikan rangkap tersebut. Lagu terakhir bawaan Brown Attack serta di dalam CD ini adalah sebuah lagu cover daripada sebuah kumpulan Malay Power yang cukup berpengaruh pada era 90an dahulu iaitu Spider War, sebuah kumpulan yang dibarisi oleh 5 orang Skinhead MP dan pernah menghasilkan sebuah demo pada tahun 1998 dahulu berjudul “No Malay Lost in the World”, Spider War merupakan band MP yang pertama sekali mengeluarkan demo mereka pada ketika itu. Lagu Spider War yang diberi judul “Malay Power” ini juga struktur musikal yang simple seperti kebiasaan band Oi!/Street Rock/RAC di mana ia bergantung kepada 3 kord yang diulang-ulang, apa yang menarik mengenai trek ini kerana ia dijadikan sebagai trek bonus dan juga dinyanyikan secara bergilir-gilir, “Kami bangga jadi Melayu! Kuasa Melayu pegangan kami!!”..

Akhir kata, rilisan ini boleh dijadikan batu loncatan untuk menaikkan scene Malay Power lebih ke tengah, aku harap kumpulan-kumpulan NS Tanah Melayu yang lain akan mengeluarkan rilisan professional mereka sikit masa lagi bagi lebih memeriahkan scene MP kita ini.

Rating: 9/10.

A.

2 feedbacks:

M.Anas said...

Satu medium yang mempunyai kelainan yang amat berbeza dari segi cara pembawakan musik dan idea yang segar dari ladang...lebih - lebih lagi perubahan yang amat mengagumkan dari segi permainan dibawa oleh Brown Attack dari dulu hingga sekarang...Dengarkan sendiri dan alami perubahan itu :)

Support musik kita!

A, is for Anomaly said...

indeed :)

thanks,man!