Qharinth - The Valley Of Humiliation & Contempt (EP 2010)

Ok, sebenarnya dah lama CD ni berada dalam tangan gua dan amat kerap kali berkumandangan menjadi santapan gegendang telinga gua.. rasa nya gua dapat cd ni setelah 2hari ianya rilis.. ok berbalik kepada EP yang bertajuk "The Valley Of Humiliation & Contempt" ini anda akan di sajikan dengan irama Symphomospheric Black Death Metal (Symphomospheric tu merujuk kepada Symphonic + Atmospheric). Jika anda pendengar Hecate Enthroned dan Dimmu Borgir, pasti anda terkejut dgn hasil garapan muzik Qharinth.


Berikut merupakan tracklist untuk EP ini..

1- Unholy Alliance / Thus The Vengeance Upon
2- Darkness Enlighten (The Battlefield of Andalusia)
3- Catastrophic Contempt (Eternal Quantum) - Instrumental
4- The Deathstone's Heron
5- Grieves To The Grave

EP yang mengandungi 5 lagu ini dimulakan dengan intro bertajuk Unholy Alliance yang berdurasi 20saat lalu dimulakan dengan Thus The Vengeance Upon. sebuah lagu sangat berbau black metal. Ditambah dengan scream dan growl yang sangat menyerlah dari Rator Flames selaku vocalist band ini. Dentuman drum juga terbaek di awal lagu ini. Sebuah lagu yang mempunyai arrangement menarik dan kedengaran tepat sekali dimana part2 tertentu yg di tonjolkan bunyian keyboard yang mampu menghidupkan lagu tersebut. Lagu ini jugak kedengaran seperti berperingkat-peringkatan. Contohnya pada durasi 2:41 lagu ini seakan sudah berakhir namun bermula semula dengan mood baru pada durasi 2:43, begitu juga dengan part sambungan ini yang berakhir pada durasi 4:16 dan disambung dengan melodi atau mood baru pada durasi menghampiri 4:18.

Darkness Enlighten (The Battlefield of Andalusia) merupakan track kedua yang dimulakan dengan mood yang santai namun drum menyerang menyebabkan mood lagu sedikit berubah dan pada durasi 1:07 Fuad Ghastly memulakan peranan dengan mengalunkan melodi gtarnya. Pada lagu ini juga gua dapat mendengar track drum berbunyi sedikit pelik dan pada gua ianya sesuatu agak sukar dimainkan dimana part single pedal dan twin pedal dimainkan secara selang. Vocal dari Rator Flames sekali lagi mendominasi lagu ini dimana growl dan screan nya agak kejam juga bunyi nya. Di akhir lagu ini kedengaran solo gitar dari Fuad Ghastly dan betul2 dihujung solo berkenaan kedengaran sedikit terkucil dan adakah ianya disengajakan atau merupakan satu kesilapan kecil? Namun perkara sebegini kadangkala sengaja dibiarkan dan tidak dibuang untuk menunjukkan keunikan rakaman sesebuah lagu tersebut.

Track ketiga iaitu Catastrophic Contempt (Eternal Quantum) merupakan sebuah instrumental yang meredakan sedikit serangan dari Qharinth.

The Deathstone's Heron menyerang sebagai track keempat dan lagu ini merupakan single terawal mereka dan dipublish terlebih dahulu dilaman myspace mereka. Sebuah lagu yang mempunyai arrangement yang sangat baik ditambah dengan kekuatan setiap permainan instrument serta vokal yang tidak perlu disangkal lagi. Lagu ini kedengaran agak kejam jika dibandingkan dengan 2 track terawal. Guitar work jugak menonjol dalam lagu ini. malah keyboard juga membawa mood yg baik keatas lagu ini. Solo gitar jugak agak lari dari solo2 tipikal walaupun solo pertama agak kedengaran sedikit sumbang namun ianya berjaya disempurnakan dengan baik sehingga berakhir track yg tamat secara fade out ini.

Track terakhir bertajuk Grieves To The Grave bermula tanpa sebarang isyarat dan kedengaran pengaruh music Black Metal yang cukup kuat pada lagu ini. Keseluruhan lagu ini kedengaran tiada sebarang kecacatan mahupun dari segi permainan instrument atau penyampaian vocal. Pada pendengaran gua lagu ini merupakan lagu yang paling gelap pengaruh Black Metalnya dan susunan lagu juga agak berlainan dari lagu2 sebelum. namun ianya disatukan menjadi sesuatu yang tidak lari dari konsep asal album.

ok, untuk keseluruhan Ep bertajuk "The Valley Of Humiliation & Contempt" ini gua menyatakan ianya adalah sebuah produk tempatan yang boleh dikatogerikan sebagai antara yang terbaik untuk tahun 2010. Kualiti rakaman yang mencapai standard atau kualiti album yang sebenar. Susunan lagu yang menarik dan sedap didengar dan kemunculan yang dilihat bersungguh-sungguh.

Beberapa kelemahan yang boleh dilihat pada album ini mungkin hanya sedikit sahaja dimana terdapat sedikit bunyi yg sedikit sumbang pada certain part solo gitar namun ianya boleh diperbaiki pada masa hadapan apatah lagi ini merupakan rakaman profesional pertama dari Qharinth. pada bahagian drum walaupun beberapa part kedengaran agak sukar dimainkan namun EJ hades berjaya juga membawa lagu tersebut dengan jayanya. Namun jika beliau dapat memberikan permainan yg lebih kental pasti setiap lagu akan lebih berbisa. Bass gitar tidak berapa menonjol didalam album ini mungkin kerana peranan Rator Flames lebih kepada vokalis dan sememangnya beliau berjaya menyampaikan nyanyian secara growl dan scream ke tahap terbaik untuk kali ini.
Satu lagi keistimewaan "The Valley Of Humiliation & Contempt" ialah senireka grafik yang digunakan untuk layout dan juga cover artwork. Pereka grafik untuk EP ini ialah vokalis merangkap pemain bass iaitu Rator Flames. 

rekaan grafik pada cd dan inner layout.

background layout.

Untuk mendapatkan EP ini, anda boleh membaca ini (sila klik -> Qharinth -  The Valley Of Humiliation & Contempt (EP 2010) atau teruskan membaca nota berbahasa inggeris dibawah ini (diambil dari facebook line up Qharinth)

To Buy Via Post / Local Only :

Transfer your money to:
166010182261 MAYBANK ( Mohd Yuhidzir bin Mohamad Yusof ) & Email to us qharinth@yahoo.com.my) the bank in slip copy for references. RM 10.00 (RM 5 postage charges (Pos Malaysia) & subject to change*) RM10 + RM5 (TOTAL:RM15). For overseas market info, its only just 8USD & 7EURO

NOTE : or Please Sms / Call Us : 019-3621102 (Mohd Yuhidzir bin Mohamad Yusof) for *confirmation on cash deposits. * your name, address & no. account bank and we will deliver to your doorsteps once you interested to buy!

* orders or wholesales, trades are also welcome but ask for trade.

DISCLAIMAER: We will only process your mail order purchase request(s) once ALL OF THE REQUIREMENTS above are met. We have the right to not entertain any mail order purchase request(s) if any one of the said requirements are not fulfilled. We will notify you via e-mail once your order(s) is/are being processed. Please allow a maximum of 3 days for your order to arrive starting from the day your order(s) is/are confirmed for process.

For any further inquiries, e-mail us at: qharinth@yahoo.com.my

Rating 8/10

Kristy Thirsk - Souvenir : Pop Rock Jujur!

Rasa macam dah lama pulak gua tak menulis ni. Sibuk dengan kerja harian campur pulak freelance job yang tiba-tiba menimbun +_________+




Anyway, kali ni gua nak bawak pasal Kristy Thirsk pulak. Pernah dengar nama dia? Kalau lu orang pernah baca pasal Sleepthief yang gua tulis sebelum ni, awek Kanada ni pernah buat penampilan dalam album Sleepthief. Memang suara dia best. Thirsk yang berasal dari Kanada ni (juga negara asal Shania Twain dan Celine Dion, fuck yeah- ed) pada awalnya menyertai band Rose Chronicles pada awal 90an. Karier Kristy bermula seawal dia berumur belasan tahun dan Rose Chronicles adalah first attempt beliau. Rose Chronicles sempat mengeluarkan dua album melalui Nettwerk sebelum disbanded. Melalui Rose Chronicles ni Kristy Thirsk berjaya merangkul Juno Award (equivalent dengan AIM kita di sini) dalam kategori album alternatif terbaik. Sejarahnya dengan RC tamat setakat tahun 1997.

Lepas tu Kristy banyak buat appearance dengan artis-artis  Nettwerk (disebabkan connection masa berada dengan RC dahulu kot) macam Delerium, Front Line Assembly dan terbaru, Sleepthief (sejak 2006). Yang gua perasan artis-artis yang collabo dengan dia semuanya berunsur elektronik/ambient tapi setakat yang gua dengar suara dia memang kena lah dengan music bawaan artis-artis ni. Selain daripada membuat penampilan dengan artis di atas, Kristy Thirsk juga muncul sebagai artis solo. Buktinya dia muncul dengan album solo pertama berjudul Souvenir (gila title album...yang generic) pada 2003. Selain daripada tu dia ada juga muncul dalam kompilasi-kompilasi seperti terbitan Nettwerk (gua rasa diorang ni la yang kasi big breakthrough kat dia ni - ed) dan jugak label lain. Khabarnya album follow up kepada Souvenir telah diusahakan sejak 2008 lagi tapi sampai sekarang takde berita. Entah apa pasal tah.

Video Klip Run Away


Di pasaran mainstream (kita kira dari perspektif pasaran muzik di USA la ya), Kristy Thirsk tidak la berapa dikenali (atau mungkin langsung tak dikenali) berbanding dengan rakan senegara seperti Shania Twain (I wuv yu Shania hihi) atau Celine Dion. Tapi itu tak bermaksud lu orang boleh abaikan Kristy Thirsk begitu sahaja, sebab bagi gua personally gua rasa dia mempunyai vokal yang mantap dan komposisi music yang boleh tahan. Barangkali dia kurang aktif dan tak mendapat exposure yang sepatutnya (selain muncul dengan artis-artis Nettwerk) yang kebanyakannya tertumpu kepada market yang bukan...mainstream kot.

Jadi macam mana nak gambarkan music dan gaya Kristy Thirsk ni? Well, kalau diikutkan dari kemunculan dia dengan artis-artis Nettwerk, suaranya boleh dikatakan angelic dan dreamy. Ikut dari album Sleepthief, dia gemar layerkan vokal dan harmonize (yang buat gua terus minat Kristy), barangkali sesuai dengan bawaan music Sleepthief yang lebih lembut dan err well...electronic. Dalam album Souvenir lain pulak sebab Kristy Thirsk lebih rocking! Dengan kebanyakan trek ditulis oleh beliau, boleh dikatakan Kristy cuba menonjolkan kebolehan beliau untuk menulis composition sendiri. Selain menjadi vokalis (obviously!) dalam album ni juga beliau berperanan sebagai gitaris. Album Souvenir ini dibantu oleh beberapa orang pemuzik iaitu:
Johnny Savella — gitar, bass
Jimmy Paxson — Dram, perkusi
Eric Rosse — Keyboard, progarmming,piano
Cameron Stone — Cello, arrangement string
Stephen Wong — keyboard

Sebanyak 13 trek dimuatkan dalam album Souvenir iaitu:




Indifference
Imagination
At The Border
Home For Angels
Run Away
Hollywood
If Only
Second Fiddle
Hypnotized
Take You On
In The Dream
Whitelight
Souvenir

versi re-release mempunyai sebuah trek ekstra iaitu Over It.

 Video Klip Over It


Jadi apa direction album ni? Sekali dengar gua bole cakap album ni pada terasnya berdiri pada pop rock. Tapi pop rock yang santai lah. Tak sepoyo Kelly Clarkson (yang jelas nampak nak jadi rock yang loud..pftt boring - ed) tapi tak terlalu lembut seperti KT Tunstall. Pendek kata, well balanced! Tapi jujur cakap, rasanya album ni ditulis bukan untuk dijadikan album yang mainstream tahap MTV. Bagi gua moodnya macam lebih kepada album yang personal. Tak terlebih-lebih. Semuanya macam sesedap rasa. Jelas Kristy Thrisk berbunyi jauh berbeza berbanding dengan kerja-kerja dia dengan artis-artis Nettwerk yang nyata push vokal dia. Untuk Souvenir, atmosferanya lebih santai. Senang cakap, lagu dia boleh bawak main dekat accoustic gitar dekat campfire (tapi takde ah accoustic based,tu maksud gua - ed).

Jadi gua pilih 3 trek terbaik dari album ni lah:

Indifference
- Trek pembuka untuk album ni. First time dengar sudah bikin gua impressed. Lenggok vokal yang bikin mencair, kena pulak cerita pasal kekecewaan dan harapan ececececece~ Recommended! Nak tau best ke tak lagu ni boleh pergi ke Tumblr gua dan boleh dengar di sini.

Run Away
- Barangkali trek paling rock sekali dalam album ni. Trek yang paling dekat sekali dengan sound female pop rock USA yang biasa kedengaran.

Souvenir - Trek terakhir dalam album ni. Dan juga paling santai dan tenang. Mood agak sombre but still menarik.

Pada gua ini bukan album yang untuk dijual tetapi lebih kepada luahan apa yang terkandung dalam kepala Kristy Thirsk. Susah nak cakap lagu-lagu yang ada unsur radio friendly dalam ni sebab semuanya macam lack of mainstream pop punya sensibility. Haha, but still gua tetap dig hasil kerja beliau yang ini.

Pros:
-Kalau nak cari lagu-lagu yang laid back dan pop yang tak overproduce, album ini mungkin jawapannya.
- Pop yang tak pop sangat. Basically minimalis pop rock kot.

Cons:
- Tak banyak trek yang bole diangkat jadi radio friendly punya song. Maybe song structure nya kot.
- Pada yang jenis nak cari strong dan catchy hook, gua jamin setengah jalan dengar dah boleh tertido haha!


Rating: 6/10

Kristy Thirsk boleh dicapai di sini dan sini.

Kredit:
-Youtube
-http://bgraef.files.wordpress.com
-Amazon.com

Fathulistiwa Soundscape - Romantikarat

orait.. anda kenal sapa Fathullah Luqman Yusuff???? pernah dengar band lama bernama Infectious Maggots???? Spiral Kinetic Circus???? ataupon pernah dengar lagu "Cinta" dari Flop Poppy???? ok kesimpulannya dari apa yg gua melalut diatas tu tipulah kalau x de sangkut paut dengan seorang manusia unik yg dikenali sebagai Fathul.. dan disini gua xmau melalut sembang pasal personaliti beliau tetapi gua nk berceloteh pasal album solo beliau yang telah di rilis kembali (2nd print) iaitu Fathulistiwa Soundscape  - Romantikarat..


Fathulistiwa Soundscape merupakan projek solo saudara fathul yg jauh dari unsur2 distortion, walopon beliau pernah menghasilkan projek solo sampingan iaitu Nocturna F.C yang pernah terlibat didalam sebuah kompilasi "The Sound of Brickfields - Live" yang diterbitkan oleh Ponycanyon (telah bungkus dan ditukar nama kepada Interglobal) pada 1999 (tahun rilis kompilasi juga sebuah lagu didalam kompilasi ini dimuatkan dgn nafas baru didalam Romantikarat)

Untuk album solo beliau yang bertajuk Romantikarat ini memuatkan 19 buah lagu iaitu :

1-Fakta Nyata
2-Sabar & Dengar
3-Sirna
4-Segala Rasa
5-Ya! Lagu Kita
6-Fairytale Foretold
7-Ku Hanya Aku
8-Hey! Mr. DJ
9-R.I.N.D.U
10-Cuma
11-Gustafonic Earotecha
12-Ruang Legar
13-Sendiri
14-Sekontena Boneka
15-Sirna (Unplugged)
16-Masih pedih
17-Yes! It's Our Song
18-Beban Jiwa
19-Mercy

First printed version Romantikarat rilis sekitar 2005 dan diterbitkan oleh Earotecha AV. Dengan booklet yang memaparkan artwork2 beliau dan lirik penuh kesemua lagu2 pasti akan membuatkan pemilik album ini akan berpuas hati dengan pakej yg disertakan bersama album ini. Rakaman album ini melibatkan 3 buah studio iaitu Xcess Studio (ampang), The Spa Studio (TTDI) dan Nova Smesta Studio (Jakarta).


Orait berbalik kepada penulisan lagu dan lirik Romantikarat, ianya boleh dikatakan terdiri dari lagu2 yg tunjang music nya lebih kepada Pop yang banyak menampilkan penggunaan syth dan loop namun juga terdapat beberapa lagu yang menggunakan instrument sebenar seperti bass dan akustik gitar. Lirik yang ditampilkan didalam Romantikarat agak mampu mencairkan hati kekasih anda!!! haha.. Ya ini benar kerana penggunaan bahasa yang romantik seperti yang terdapat didalamlagu Sirna, Fakta Nyata, Segala Rasa, R.I.N.D.U, Cuma dan beberapa lagu lagi. Namun jika diamati secara mendalam terdapat juga lirik yang sebenarnya menyaksikan motif sebenar iaitu kasih sayang pada Pencipta kita makhluk sekian alam.

Track ke 6 iaitu Fairytale Foretold merupakan lagu lama yg direkod kembali. Jika anda mempunya album kompilasi "The Sound of Brickfields - Live", anda bertuah kerana telah terlebih dahulu mendengar lagu ini mengikut adunan versi awalnya.

Track ke 7 iaitu Ku Hanya Aku telah dirakam semula oleh Flop Poppy didalam album mereka bertajuk Cendera Hati yang diterbitkan Oleh NSR Records.

Track 19 bertajuk Mercy adalah katya yang lebih berlatarkan music seperti hiphop dan dijayakan oleh fathul dan Naughtius Maximus.

Selain itu terdapat juga penampilan beberapa penyanyi seperti Ira untuk lagu Ya! Lagu Kita dan lagu yang sangat romantik moodnya bertajuk Sirna yang dinyanyikan secara akustik oleh Puteri (seorang kenalan fathul dari Indonesia rasanya). Lagu  Sirna telah dihasilkan dalam 2 versi untuk album ini yang mana pada track ke 3 dinyanyikan oleh fathul dan pada track ke 15 dinyanyikan oleh Puteri.

Pada pendapat gua, Romantikarat merupakan satu alternative lain kepada pengikut2 yang mengikuti perkembangan seni insan bernama Fathul ini yang sebelum ini terkenal dengan music kejam Infectious Maggots dan alunan pop indie Spiral Kinetik Circus. Satu konsep yang dinamakan sendiri oleh Fathul sebagai Pop Pontianak!!!

Gua mengungkapkan keunikan album ini adalah pada beberapa lagu yang mana Fathul berjaya menghasilkan lirik yang double meaning. Double meaning yg gua maksudkan ini ialah sekilas dengar ianya seakan2 memuja cinta pada wanita tetapi jika diamati dengar teliti ianya lebih kepada perasaan cinta seorang hamba terhadap Penciptanya. Gua tak akan ceritakan maksud2 tersirat lagu2 tersebut dan gua berharap pembaca dan pendengar dapat menilai sendiri maksud2 lirik yang "dilukis" oleh Fathul di atas "kanvas" music nya.. Juga eksperimen gila beliau pada lagu bertajuk Sabar & Dengar dimana penggunaan dua bahasa (Melayu dan Inggeris) dinyanyikan dalam sebuah lagu. Seakan2 rintihan atau luahan perasaan spontan. Sebenarnya pengamatan gua pada album ini agak mendalam dimana gua mendengar album ini selama 2minggu tanpa mendengar lagu2 lain pada ketika mula cd ini sampai ke tangan gua sekitar 2005 dahulu. Dan pada gua album ini sangat istimewa untuk jiwa2 yg memerlukan sesuatu yang segar dan bosan dengan irama2 tipikal yang bikin anda rasa muak!!!



Kepada peminat Fathulistiwa Soundscape yang terlepas mendapatkan album Romantikarat versi pertama, anda mungkin masih belum terlewat untuk mendapatkan versi kedua album ini yang diriliskan kembali dengan harga RM15 dengan menghubungi sendiri Fathul melalui facebook beliau Fathullah Luqman Yusuff.
Pastikan anda memiliki versi kedua Romantikarat yg didatangkan bersama tandatngan beliau pada CD tersebut..


Fathulistiwa Soundscape  - Sirna (live)

Sekali lagi, untuk mendapatkan Fathulistiwa Soundscape  - Romantikarat, anda boleh menghubungi beliau di :


Facebook

Myspace
It's the fourth day of Ramadhan, and we would like to wish our Muslim friends and readers,  

Selamat Berpuasa

Keep following us, and recommend us to your friends. If you have a blog, feel free to link us, and let us know if you want us to do the same! Take care!




From: A is for Anomaly & Contramen

A.S.A.R - Alcohol, Sex and Rock n Roll (2010)

haha.. lu orang pernah dengar band ni? lagu2 diorg? ini A.S.A.R haha.. pastikan anda cukup ROCK jika mahukan cd ini... tengok saja pada tajuk albumnya, "Alcohol, Sex and Rock n Roll" haha!!!!


A.S.A.R di anggotai oleh tiga pemuzik dari 3 buah band iaitu The Dirty Dogs, ArkhaytulMayt dan Rusty.

 
Sebelum ini mereka pernah meriliskan promo CD yg agak limited pada tahun 2008.. 

Promo 2008 (juga menyelitkan sebuah lagu dari The Unwanted bertajuk "Perpisahan"

Ok berbalik kepada rilisan terbaru mereka yg bertajuk A.S.A.R - Alcohol, Sex and Rock n Roll (2010) ini, ianya terdiri dari 10 buah lagu yg pada gua mempunyai pengaruh rock n roll yg cukup kuat!!! Permainan gitar yang benar2 mencengkam jiwa serta lirik berbahasa melayu yang sangat emm... anda beli dahulu dan anda akan dapat jawapan apa yg gua x tercapai nk tulis tu.. haha..

10 buah lagu yang terdapat didalam cd ini ialah :

1 - Alcohol
2 - Brickfield
3 - Nikmat
4 - Melakukan Dosa
5 - Rokiah
6 - Selangkah ke Neraka
7 - Sober
8 - Rock n Roll
9 - Di Pintu Sepi (lagu cover dr Search)
10 - Dendangan Lagu

Ok, anda dah baca tajuk2 lagu A.S.A.R? itu cuma apa yg anda baca, belom dengar lagi.. ok, bagi gua musically nya album ini punya bunyi rock n roll yg cukop pekat!!! Kesemua lagu mempunyai kekuatan sendiri, dari segi susunan lagu, gtar solo dan juga susunan melodi vokal yang menarik.

Bermula dengan lagu Alcohol sudah membuatkan anda berasa dalam dunia lain yg mungkin hanya yg tahu saja akan faham..haha.. Bermula dengan paluan drum solo sebelum serangan tanpa belas kasihan disusuli oleh riffing2 gtar!!!Susunan gtar line yg menarik dan rasa nk headbang pun ada rasanya ditambah pula dengan lirik yang benar2 jahanam!!! haha.. Brickfield sedikit rilek moodnya dan sekali skala lagu ini mengingatkan gua pada Twisted Sister. Sekali lagi susunan vokal yg sing along juga menambah seri lagu ini. Track ketiga iaitu Nikmat dimulakan nyanyian yg dilatar oleh strumming gtar sebelum disusuli bunyi drum.. Jika track kedua iaitu Brickfield moodnya agak rilek namun Nikmat pula lebih tepat jika dikataka sebagai sebuah track yang santai.Track keempat mengajak anda untuk sama2 menari ronggeng!!! haha lagu yang tajuknya Melakukan Dosa. Gua xmau komen liriknya tapi lagu ini menarik pada gitar line nya. Ending lagu ini kedengaran bunyi twin pedal yang sesuai dgn mood lagu ini. Track kelima merupakan sebuah lagu yg menggunakan nama wanita.. ROKIAH!!!! yaaa intro sample dr filem Allahyarham P.Ramlee dan disusuli serangan riffing gtar yg mengajak anda menari sekali lagi!!!! juga ada harmoni gtar pada lagu ini.. menarik sekali!!! lagu ini pada gua pasti lebih mencengkam jika vokalist band ini dapat menyanyikan pada kadar pitching yang sedikit tinggi dr rakaman ini. Track keenam Selangkah ke Neraka di mulakan dengan nyanyian yg berlatarkan plucking gtar sebelum riffing heavy metal menyusul. Lagu yg solo nya agak mencengkam jiwa!! haha.. Track ketujuh bertajok Sober, antara lagu yg rancak!!!! riffing gtar dan paluan drum benar2 bikin rockin' tahap gaban!!!! gaya nyanyian kali ini sesuai sekali dengan lirik yang dinyanyikan.. rancak dan laju!!!!
Track kelapan bertajuk Rock n Roll adalah sebuah track yang kurang rancak namun susunan lagu nya masih lagi menarik untuk didengar. Track ke sembilan merupakan sebuah lagu cover dari Search iaitu Di Pintu Sepi. lagu ini dibawa dengan baik oleh A.S.A.R dan pada gua hanya gaya nyanyian sahaja yang kurang "soul", namun segala permainan instrument adalah terbaek!!! track terakhir bertajuk Dendangan Lagu dimulakan dengan bunyian syth sebelum instrument gtar dan drum menyerang. lagu ini pada gua punya pengaruh Sweet Charity yang agak kuat (gua tumpukan ayat ni pada permulaan lagu) dan verse lagu ini juga agak singalong punya mood. Permainan gtar yg rilek dan bersahaja.

Ok, keseluruhan produksi album ini pada gua masih lagi belum mencapai tahap kualiti album yang sebenar, namun gua memandang semula pada latar belakang band ini, mungkin ini merupakan attitude sebenar yg A.S.A.R inginkan dari segi kualiti bunyian dan music ciptaan mereka. Secara jujurnya gua berpendapat A.S.A.R bukanlah sebarangan band. Bakat mereka terserlah lebih-lebih lagi pada pemain gtar mereka. Riffing yang benar2 bikin rasa nak headbang tanpa henti dan juga solo gitar yg benar2 penuh semangat. Hanya vocalist rasanya perlu lebih bekeje kuat untuk lebih improve dimasa hadapan.

Orait!!! album ini boleh didapati hanya dengan harga rm10 dan anda boleh kontek band ini melalui ruangan myspace mereka di sini -> A.S.A.R

rasailah penangan rock n roll yang sebenar!!! lagu dan lirik disatukan!!!!
yearghhhh!!!!

rating : 7/10

Thy Regiment - Forgive And Forget (2010)

wow.. agak lama gua x menulis.. walopon gegendang telinga asyik di attack bunyi bunyian dr beberapa keping cd.. orait, kali ni gua nk review pasal hasil terbaru band hardcore kental ni.. THY REGIMENT!!!!
ermmm gua tetiba teringat split kaset yg gua ada dulu iaitu split CHRONIC MASS/BASIC RIGHT!!!! yeahhhh!!!! ok, album dr Thy Regiment yg bertajuk Forgive And Forget ini rilis pada 1 Julai 2010..  bertunjangkan irama hardcore kental mengingatkan gua pada Hatebreed!!!

Cover album oleh Shah Always Last

album yang terdiri dari 10 buah lagu (termasuk intro) ini agak padu jugak tahap hardcorenya.. 10 buah lagu tersebut adalah :

1 - Intro
2 - Don't Disturb My Life
3 - Come & Go
4 - What Have You Done
5 - Strike Two
6 - Egocentric
7 - Forgive & Forget
8 - Hardcore Spirit
9 - Mindbleed (Bonus Track)
10 - Burial (Bonus Track)

Album yg diterbitkan oleh United Front/Nervhous Records ini juga menampilkan beberapa penyanyi undangan seperti Ein dari Second Combat, Miss HC Punk dan Ijam Restraint.

Ok start cd jek intro kedengaran bunyian didigerido dan yang cuba di "matching" bersama instrument gtar, bass dan drum.. Tamat sahaja intro, paluan irama hardcore kental serta merta menyerang dari lagu Don't Disturb My Life.. rasa nak tumbok lantai jek!!! haha.. Lagu ke 4 iaitu What Have You Done menampilkan vokalist undangan dari band Restraint!!! satu kombinasi yg mantap juga namun gua punya pilihan terbaek ialah dari track ke 6 iaitu Egocentric. lagu yang menampilkan Ein dari Second Combat. Penampilan Ein yang menyanyi seakan2 sedikit rapping mengingatkan gua pada lagu Bleed dari Soulfly (lagu Bleed ni Fred Durst yg rapping) namun sesuatu yg unik pada lagu ini ialah suara Ein yg tidak sedikit pon punya unsur growl atau memekik.. (memang ini la suara Ein dlm Second Combat) walopon kedengaran agak kontra (vokal Ein dan music Thy Regiment) tetapi bagi gua lagu ini berjaya membuatkan anda sing a long atau lebih mudah nk di ungkapkan melodinya mudah meresap kedalam minda anda..Track ke 7 pula menampilkan Miss HC Punk (seriusly gua xtau sapa minah ni..) dan nyanyian beliau dapat menghidupkan lagi lagu bertajuk Forgive & Forget ini..

Keseluruhan album ini gua boleh rungkaikan sebagai antara album hardcore tahap kental dan keras!!!! produksi bunyi nya jugak memuaskan gegendang telinga dan mencapai tahap kualiti sebenar album..

Anda boleh mendapatkan album Forgive and Forget ini melalui United Front Records atau boleh juga melalui beberapa label indiependent lain seperti Nervhous Records, Cellulite Records dan label2 lain (try tgk sidebar blog ni DtE ada kasi link ke label2 atau distro tempatan)

ok Thy Regiment boleh di hubungi melalui :
Facebook
Myspace

Kepada peminat2 hardcore tegar!!!!

rating : 7.5/10

Girls' Generation - Gee (EP): Infectious K Pop Invasion!

"Ini kerja gila" told Contramen when I pitched the idea of reviewing Girls' Generation EP. Haha! Yeap,INI KERJA GILA! 

Korean Wave is kinda a worldwide phenomenon (well,according to me,in a micro scale). I found out Malaysia is no exception. So what's with Korean Wave, and what the fuck is Korean Wave? Generally speaking,Korean Wave aka Hallyu is a phenomenon, referring to the sudden increase of interest in South Korean culture (wonder why North Korea is not included-ed) around the globe. So uhh, don't be alarmed if your little brother or mother suddenly started to watch Korean dramas, or greet you "annyeonghaseyo". Relax, they are maybe among the million who are affected by Hallyu. Get the idea? An equivalent phenonemenon is Indonesian invasion, which swept our country few years back. Yeah the times when radio stations in Malaysia preferred playing Indo songs over local songs, pesta Malam Indonesia, sinetron, and widepsread usage of Indonesian phrases such as 'Ya ampun!', 'banget' and such. Anyways, enough with the definition. So you may ask, what's with Korean Wave? Well basically Malaysia is also currently affected by Hallyu. No? You don't agree is it? Then what do you call the Winter Sonata craze? And obviously, K-Pop obsession? But I'm not sure about Korean BBQ though. Looks tasty by the way. Anyway, K-Pop is part of Hallyu, IMHO. And because of that, this time I'm going to review Girls' Generation EP 'Gee'. Hahaha fuck yeah I love Girls' Generation (aka So Nyeo Shi Dae /SNSD/SoShi)!

Gee is the first EP released by SNSD. It was released in January 2009, a follow up to their first full length 'Girls' Generation'. Gee EP was really an instant hit in 2009 and catapulted their name further. Gee EP featured the same line up from the beginning of the group, namely:
Taeyeon
Jessica
Sunny
Tiffany
Hyoyeon
Yuri
Sooyoung
Yoona
Seohyun

That's kinda a large number for a group, even for a vocal group (but Morning Musume is way weirder, with even larger number of lineup).Anyway, Gee EP consists of 5 tracks namely:


-Gee
-Way to Go
-Dear Mom
-Destiny
-Let's Talk About Love

K-Pop like its Pop music counterpart, relies on catchy choruses and melodies and typical verse-chorus-verse structure...and not to forget good looks (Choi Sooyoung yay!-ed) and dance oriented beats. After all, its a POPular music heheh so it should reflect the current trend,no?

 
The ever infectious Gee!

Anyway, each tracks in the EP bring a different vibe, which is quite okay to me. At least I don't get headache after listening to repetitive beats, which I hate. To be honest, I don't understand a single crap of the lyrics, apart of some the English sentences. But still, if you can't understand the lyrics, just enjoy the music!Or in this case, the music video. It's pretty infectious,especially the crab dance (no not the same crab dance of Attack Attack!) movement.

Gee - The killer track of the EP which set the Gee mania phenomenon, worldwide (I guess). Fast paced song and with catchy part "Gee gee gee gee baby baby baby", which kept playing in my mind for days hahah. Infectious. I was instantly hooked.

Way To Go - A guitar based song. Way To Go have a slight feel of rock in it. I kinda dig it though.

Dear Mom - A slow song, probably dedicated to mothers. A ballad, probably.

Destiny - Now why I feel like I heard this song before? Oh, it's the typical Pop song! Listen if you dig Pop, skip if you don't.

Let's Talk About Love - Yeah, another dance oriented song. I skipped it, I dig Gee more!

I must say the EP artwork is really simple.And the booklet, oh my! 3/4 of the booklet is loaded with their photos! Not that I against this, but the recording label must have invested lotsa greens on them. But then again, maybe it's a typical for K-Pop album to have lotsa images in the sleeves (mind you I listen to metal, that's why I have a different perception-ed). After all, they are selling the image as well so maybe that's why they have lotsa photos. Yes I bought their album during my visit at Bangkok hahahahahahah! I can't resist it!

Pros:
-Like other Pop music, production is squeaky clean.
-Infectious hook like Gee track, which keep playing in my head for days.
-The album booklet is loaded with photos, which keep any fanboy of SNSD satisfied (no I'm not referring to myself tihihihi-ed).

Cons:
-The downside of any K Pop album is, you get tired of the same beat over and over. Get it? The last 2 songs didn't really caught my attention.
-Not all the lineup can really sing I guess. They probably should improve their vocals.

Rating
:6/10

Girls' Generation can be contacted through here.

Listen to them if you want to know what's the big deal with Korean Wave. Stay away if you are skeptical. After all, if you don't like the music, you can enjoy the music videos. Damn good I tell you!

Credits:
-photo is taken from www.last.fm
-video is taken from Youtube.

Finntroll - Trollhammaren EP (2004)

Gua curi menulis time lunch di pejabat ni hahah.

Anyway, bagi yang kaki dengar Folk Metal mesti sudah terbiasa mendengar music (atau sekurang-kurangnya nama) Finntroll. Kumpulan Folk Metal (yang bercampur baur dengan elemen Black Metal dan rentak Hummpa) Finland ni memang lucu dan brutal pada masa yang sama. Dengar saja dari album Jaktens Tid sampai lah ke album yang terbaru pasti ada je lagu yang boleh bikin lu orang sengih. Kegilaan mereka terhadap troll (dengan mitos dibikin sendiri yakni mengenai Rifvader), sentimen anti-Kristian yang dibawa secara comedic (seperti memakan paderi Kristian), tempo music yang danceable (elemen music Hummpa yang popular di Finland) serta imej yang absurd menjadikan Finntroll sebuah band yang perlu lu orang dengar. Jadi kali ni gua nak review (nak tau pasal diorang sila lah wiki ye) mengenai EP Trollhammaren (bererti Troll Hammer dalam bahasa Sweden. Diorang ni cakap Sweden walaupun duduk dekat Finland) yang diterbitkan pada 2004. EP ni kira teaser ah kepada album Nattfodd (Nightborn) yang melonjakkan nama mereka ke persada Folk Metal antarabangsa.

Ada 5 trek dalam EP ni yakni:


1.Trollhammaren (The Troll Hammer)
2.Hemkomst (Homecoming)
3.Skog (Forest)
4.Försvinn Du Som Lyser (Begone You Who Shine)
5.Hel Vete (Hell...err ke Whole Wheat?-ed)   

dengan line up berikut:

Wilska : Vokal
Routa : Gitar
Skrymer : Gitar
Trollhorn : Keyboard
B. Dominator : Dram
Tundra : Bass

Tapio Wilska bagaimanapun meninggalkan kem Finntroll pada tahun 2006 di atas sebab tertentu. Malang sekali kerana imej Wilska adalah sangat troll (perut boroi, rambut kerinting ketak-ketak, penampilan serba brutish, senang cakap dia memang ikon Finntroll).Berbalik kepada trek-trek di atas, dah tentu la lagu Trollhammaren menjadi sandaran untuk EP ni (dan juga album Nattfodd).



 
Finntroll - Trollhammaren. Memang video yang absurd!
Trollhammaren: Lagu yang menjadi ikon kepada band ni. Sebenarnya gua bukan la paham bahasa Sweden ni tapi rasanya berkisar pasal Tukul Troll dan glorify segala benda yang berkaitan troll la +______+ Weh, it doesn' really matter ah sebab musicnya memang danceable (bukan moshing atau ala Lady Gaga, cuba bayang menari keliling unggun api tih tih tih). Laju dan lucu, terima kasih dengan keyboard works oleh Trollhorn, yang membawa elemen folk yang kuat ke dalam Finntroll. Buat yang pertama kali dengar, mesti sangka ni band folk tahap biasa-biasa aje, but wait til the guitars and vocal kick in. haha!

Hemkomst: Lagu ni ada feeling dari album Jaktens Tid. Barangkali leftover dari session album sebelum ni kot. Macam biasa temponya laju tanpa belas kasihan diselang seli dengan iringan rentak Hummpa. Menari lagi,adoi. Ada tak gua beritau band ni memang gila beer? Ye band ni tertubuh masa diorang tengah mabuk-mabuk. Memang troll!

Skog: Keyboard di awal lagu berbunyi lucu, macam bunyi trumpet tersumbat. Diorang ni suka main-main ke? Sekali dengar macam ada inspirasi dari soundtrack game Warcraft 2. Tapi track ini forgettable lah.

Försvinn Du Som Lyser: lagu ini adalah re-record dari album Visor Om Slutet (album akustik secara total!) . Malangnya macam tak best seperti versi original. barangkali lagu ni memang sesuai dimainkan di gitar akustik sahaja (versi asal siap ada backing vokal hoi hoi,hand clap dan macam-macam lagi!). Sebab ia ada unsur campfire song yang santai (santai secara troll!). Gua cadang baik lu orang dengar versi asal, lagi menarik.

Hel Vete: Mid tempo sahaja lagu ni. Pun forgettable tiada apa yang menarik. Barangkali gua terpengaruh dengan album Nattfodd dan EP Visor Om Slutet, jadi expectation sedikit tinggi.
Nasib baik album Nattfodd majoriti lagu-lagunya adalah catchy dan best, jadi takdelah kecewa sangat dengan EP ni sebab bagi gua ia hanyalah sneak peek kepada nattfodd. Tapi they should've done it better. Ini adalah appearance kedua Tapio Wilska dan dia adalah  troll!

Pros:
- Permainan instruments yang precise
-Keyboard banyak membentuk sound EP ni. Tak pasti bunyian macam akordion dan jew harp yang terdapat dalam EP ni terhasil dari keyboard atau instrument sebenar.

Cons:
-Satu keputusan yang silap untuk membawa versi baru Försvinn Du Som Lyser dalam ni sebab ia memang membazir.
- Satu-satunya lagu yang melekat dalam kepala gua adalah Trollhammaren. yang lain macam filler sahaja.
- They should've done it better!
Rating: 6/10

Finntroll boleh dicapai di sini.

August New Releases

Hello all. Just some quick updates on latest releases for the month of August. Please contact the respective artists to get their stuff. Keep supporting!



Dark Nirrajim - Promo 2010BM
Dark Nirrajim can be contacted here


Thy Regiment - Forgive and Forget
 Thy Regiment can be contacted here



The Rhymeweaver - The Mixtape Series Vol 5:Music Inspired by Superman, The Man of Steel
The Rhymeweaver can be contacted here



Demonical Crisis Assembly - Open Fire
Demonical Crisis Assembly can be contacted here