Fathulistiwa Soundscape - Romantikarat

orait.. anda kenal sapa Fathullah Luqman Yusuff???? pernah dengar band lama bernama Infectious Maggots???? Spiral Kinetic Circus???? ataupon pernah dengar lagu "Cinta" dari Flop Poppy???? ok kesimpulannya dari apa yg gua melalut diatas tu tipulah kalau x de sangkut paut dengan seorang manusia unik yg dikenali sebagai Fathul.. dan disini gua xmau melalut sembang pasal personaliti beliau tetapi gua nk berceloteh pasal album solo beliau yang telah di rilis kembali (2nd print) iaitu Fathulistiwa Soundscape  - Romantikarat..


Fathulistiwa Soundscape merupakan projek solo saudara fathul yg jauh dari unsur2 distortion, walopon beliau pernah menghasilkan projek solo sampingan iaitu Nocturna F.C yang pernah terlibat didalam sebuah kompilasi "The Sound of Brickfields - Live" yang diterbitkan oleh Ponycanyon (telah bungkus dan ditukar nama kepada Interglobal) pada 1999 (tahun rilis kompilasi juga sebuah lagu didalam kompilasi ini dimuatkan dgn nafas baru didalam Romantikarat)

Untuk album solo beliau yang bertajuk Romantikarat ini memuatkan 19 buah lagu iaitu :

1-Fakta Nyata
2-Sabar & Dengar
3-Sirna
4-Segala Rasa
5-Ya! Lagu Kita
6-Fairytale Foretold
7-Ku Hanya Aku
8-Hey! Mr. DJ
9-R.I.N.D.U
10-Cuma
11-Gustafonic Earotecha
12-Ruang Legar
13-Sendiri
14-Sekontena Boneka
15-Sirna (Unplugged)
16-Masih pedih
17-Yes! It's Our Song
18-Beban Jiwa
19-Mercy

First printed version Romantikarat rilis sekitar 2005 dan diterbitkan oleh Earotecha AV. Dengan booklet yang memaparkan artwork2 beliau dan lirik penuh kesemua lagu2 pasti akan membuatkan pemilik album ini akan berpuas hati dengan pakej yg disertakan bersama album ini. Rakaman album ini melibatkan 3 buah studio iaitu Xcess Studio (ampang), The Spa Studio (TTDI) dan Nova Smesta Studio (Jakarta).


Orait berbalik kepada penulisan lagu dan lirik Romantikarat, ianya boleh dikatakan terdiri dari lagu2 yg tunjang music nya lebih kepada Pop yang banyak menampilkan penggunaan syth dan loop namun juga terdapat beberapa lagu yang menggunakan instrument sebenar seperti bass dan akustik gitar. Lirik yang ditampilkan didalam Romantikarat agak mampu mencairkan hati kekasih anda!!! haha.. Ya ini benar kerana penggunaan bahasa yang romantik seperti yang terdapat didalamlagu Sirna, Fakta Nyata, Segala Rasa, R.I.N.D.U, Cuma dan beberapa lagu lagi. Namun jika diamati secara mendalam terdapat juga lirik yang sebenarnya menyaksikan motif sebenar iaitu kasih sayang pada Pencipta kita makhluk sekian alam.

Track ke 6 iaitu Fairytale Foretold merupakan lagu lama yg direkod kembali. Jika anda mempunya album kompilasi "The Sound of Brickfields - Live", anda bertuah kerana telah terlebih dahulu mendengar lagu ini mengikut adunan versi awalnya.

Track ke 7 iaitu Ku Hanya Aku telah dirakam semula oleh Flop Poppy didalam album mereka bertajuk Cendera Hati yang diterbitkan Oleh NSR Records.

Track 19 bertajuk Mercy adalah katya yang lebih berlatarkan music seperti hiphop dan dijayakan oleh fathul dan Naughtius Maximus.

Selain itu terdapat juga penampilan beberapa penyanyi seperti Ira untuk lagu Ya! Lagu Kita dan lagu yang sangat romantik moodnya bertajuk Sirna yang dinyanyikan secara akustik oleh Puteri (seorang kenalan fathul dari Indonesia rasanya). Lagu  Sirna telah dihasilkan dalam 2 versi untuk album ini yang mana pada track ke 3 dinyanyikan oleh fathul dan pada track ke 15 dinyanyikan oleh Puteri.

Pada pendapat gua, Romantikarat merupakan satu alternative lain kepada pengikut2 yang mengikuti perkembangan seni insan bernama Fathul ini yang sebelum ini terkenal dengan music kejam Infectious Maggots dan alunan pop indie Spiral Kinetik Circus. Satu konsep yang dinamakan sendiri oleh Fathul sebagai Pop Pontianak!!!

Gua mengungkapkan keunikan album ini adalah pada beberapa lagu yang mana Fathul berjaya menghasilkan lirik yang double meaning. Double meaning yg gua maksudkan ini ialah sekilas dengar ianya seakan2 memuja cinta pada wanita tetapi jika diamati dengar teliti ianya lebih kepada perasaan cinta seorang hamba terhadap Penciptanya. Gua tak akan ceritakan maksud2 tersirat lagu2 tersebut dan gua berharap pembaca dan pendengar dapat menilai sendiri maksud2 lirik yang "dilukis" oleh Fathul di atas "kanvas" music nya.. Juga eksperimen gila beliau pada lagu bertajuk Sabar & Dengar dimana penggunaan dua bahasa (Melayu dan Inggeris) dinyanyikan dalam sebuah lagu. Seakan2 rintihan atau luahan perasaan spontan. Sebenarnya pengamatan gua pada album ini agak mendalam dimana gua mendengar album ini selama 2minggu tanpa mendengar lagu2 lain pada ketika mula cd ini sampai ke tangan gua sekitar 2005 dahulu. Dan pada gua album ini sangat istimewa untuk jiwa2 yg memerlukan sesuatu yang segar dan bosan dengan irama2 tipikal yang bikin anda rasa muak!!!



Kepada peminat Fathulistiwa Soundscape yang terlepas mendapatkan album Romantikarat versi pertama, anda mungkin masih belum terlewat untuk mendapatkan versi kedua album ini yang diriliskan kembali dengan harga RM15 dengan menghubungi sendiri Fathul melalui facebook beliau Fathullah Luqman Yusuff.
Pastikan anda memiliki versi kedua Romantikarat yg didatangkan bersama tandatngan beliau pada CD tersebut..


Fathulistiwa Soundscape  - Sirna (live)

Sekali lagi, untuk mendapatkan Fathulistiwa Soundscape  - Romantikarat, anda boleh menghubungi beliau di :


Facebook

Myspace

2 feedbacks:

m.anas said...

huih menarik penampilannya yg terbaru...apa track yg paling best? ada cadangan penulis?

Contramen said...

track yg best pada pendengaran penulis :

Fakta Nyata, Sirna, Sabar & Dengar, Segala rasa, Ruang Legar, Fairytale Foretold..