Kristy Thirsk - Souvenir : Pop Rock Jujur!

Rasa macam dah lama pulak gua tak menulis ni. Sibuk dengan kerja harian campur pulak freelance job yang tiba-tiba menimbun +_________+




Anyway, kali ni gua nak bawak pasal Kristy Thirsk pulak. Pernah dengar nama dia? Kalau lu orang pernah baca pasal Sleepthief yang gua tulis sebelum ni, awek Kanada ni pernah buat penampilan dalam album Sleepthief. Memang suara dia best. Thirsk yang berasal dari Kanada ni (juga negara asal Shania Twain dan Celine Dion, fuck yeah- ed) pada awalnya menyertai band Rose Chronicles pada awal 90an. Karier Kristy bermula seawal dia berumur belasan tahun dan Rose Chronicles adalah first attempt beliau. Rose Chronicles sempat mengeluarkan dua album melalui Nettwerk sebelum disbanded. Melalui Rose Chronicles ni Kristy Thirsk berjaya merangkul Juno Award (equivalent dengan AIM kita di sini) dalam kategori album alternatif terbaik. Sejarahnya dengan RC tamat setakat tahun 1997.

Lepas tu Kristy banyak buat appearance dengan artis-artis  Nettwerk (disebabkan connection masa berada dengan RC dahulu kot) macam Delerium, Front Line Assembly dan terbaru, Sleepthief (sejak 2006). Yang gua perasan artis-artis yang collabo dengan dia semuanya berunsur elektronik/ambient tapi setakat yang gua dengar suara dia memang kena lah dengan music bawaan artis-artis ni. Selain daripada membuat penampilan dengan artis di atas, Kristy Thirsk juga muncul sebagai artis solo. Buktinya dia muncul dengan album solo pertama berjudul Souvenir (gila title album...yang generic) pada 2003. Selain daripada tu dia ada juga muncul dalam kompilasi-kompilasi seperti terbitan Nettwerk (gua rasa diorang ni la yang kasi big breakthrough kat dia ni - ed) dan jugak label lain. Khabarnya album follow up kepada Souvenir telah diusahakan sejak 2008 lagi tapi sampai sekarang takde berita. Entah apa pasal tah.

Video Klip Run Away


Di pasaran mainstream (kita kira dari perspektif pasaran muzik di USA la ya), Kristy Thirsk tidak la berapa dikenali (atau mungkin langsung tak dikenali) berbanding dengan rakan senegara seperti Shania Twain (I wuv yu Shania hihi) atau Celine Dion. Tapi itu tak bermaksud lu orang boleh abaikan Kristy Thirsk begitu sahaja, sebab bagi gua personally gua rasa dia mempunyai vokal yang mantap dan komposisi music yang boleh tahan. Barangkali dia kurang aktif dan tak mendapat exposure yang sepatutnya (selain muncul dengan artis-artis Nettwerk) yang kebanyakannya tertumpu kepada market yang bukan...mainstream kot.

Jadi macam mana nak gambarkan music dan gaya Kristy Thirsk ni? Well, kalau diikutkan dari kemunculan dia dengan artis-artis Nettwerk, suaranya boleh dikatakan angelic dan dreamy. Ikut dari album Sleepthief, dia gemar layerkan vokal dan harmonize (yang buat gua terus minat Kristy), barangkali sesuai dengan bawaan music Sleepthief yang lebih lembut dan err well...electronic. Dalam album Souvenir lain pulak sebab Kristy Thirsk lebih rocking! Dengan kebanyakan trek ditulis oleh beliau, boleh dikatakan Kristy cuba menonjolkan kebolehan beliau untuk menulis composition sendiri. Selain menjadi vokalis (obviously!) dalam album ni juga beliau berperanan sebagai gitaris. Album Souvenir ini dibantu oleh beberapa orang pemuzik iaitu:
Johnny Savella — gitar, bass
Jimmy Paxson — Dram, perkusi
Eric Rosse — Keyboard, progarmming,piano
Cameron Stone — Cello, arrangement string
Stephen Wong — keyboard

Sebanyak 13 trek dimuatkan dalam album Souvenir iaitu:




Indifference
Imagination
At The Border
Home For Angels
Run Away
Hollywood
If Only
Second Fiddle
Hypnotized
Take You On
In The Dream
Whitelight
Souvenir

versi re-release mempunyai sebuah trek ekstra iaitu Over It.

 Video Klip Over It


Jadi apa direction album ni? Sekali dengar gua bole cakap album ni pada terasnya berdiri pada pop rock. Tapi pop rock yang santai lah. Tak sepoyo Kelly Clarkson (yang jelas nampak nak jadi rock yang loud..pftt boring - ed) tapi tak terlalu lembut seperti KT Tunstall. Pendek kata, well balanced! Tapi jujur cakap, rasanya album ni ditulis bukan untuk dijadikan album yang mainstream tahap MTV. Bagi gua moodnya macam lebih kepada album yang personal. Tak terlebih-lebih. Semuanya macam sesedap rasa. Jelas Kristy Thrisk berbunyi jauh berbeza berbanding dengan kerja-kerja dia dengan artis-artis Nettwerk yang nyata push vokal dia. Untuk Souvenir, atmosferanya lebih santai. Senang cakap, lagu dia boleh bawak main dekat accoustic gitar dekat campfire (tapi takde ah accoustic based,tu maksud gua - ed).

Jadi gua pilih 3 trek terbaik dari album ni lah:

Indifference
- Trek pembuka untuk album ni. First time dengar sudah bikin gua impressed. Lenggok vokal yang bikin mencair, kena pulak cerita pasal kekecewaan dan harapan ececececece~ Recommended! Nak tau best ke tak lagu ni boleh pergi ke Tumblr gua dan boleh dengar di sini.

Run Away
- Barangkali trek paling rock sekali dalam album ni. Trek yang paling dekat sekali dengan sound female pop rock USA yang biasa kedengaran.

Souvenir - Trek terakhir dalam album ni. Dan juga paling santai dan tenang. Mood agak sombre but still menarik.

Pada gua ini bukan album yang untuk dijual tetapi lebih kepada luahan apa yang terkandung dalam kepala Kristy Thirsk. Susah nak cakap lagu-lagu yang ada unsur radio friendly dalam ni sebab semuanya macam lack of mainstream pop punya sensibility. Haha, but still gua tetap dig hasil kerja beliau yang ini.

Pros:
-Kalau nak cari lagu-lagu yang laid back dan pop yang tak overproduce, album ini mungkin jawapannya.
- Pop yang tak pop sangat. Basically minimalis pop rock kot.

Cons:
- Tak banyak trek yang bole diangkat jadi radio friendly punya song. Maybe song structure nya kot.
- Pada yang jenis nak cari strong dan catchy hook, gua jamin setengah jalan dengar dah boleh tertido haha!


Rating: 6/10

Kristy Thirsk boleh dicapai di sini dan sini.

Kredit:
-Youtube
-http://bgraef.files.wordpress.com
-Amazon.com

0 feedbacks: