Grave Dancers - Morbid Nation (2010)

Kali ini kami di Dissecting The Euphony menampilkan sebuah band dari Indonesia. Band tersebut ialah Grave Dancers. Berasal dari jakarta Indonesia, band ini merupakan band yg berpaksi irama Punk Thrash Metal atau lebih tepat gua katakan sebagai Crossover!!! Terlebih dahulu biarlah gua perkenalkan dahulu line up band ini.

Murphy Boy : Vocals
Demon : Guitars
Martyr : Guitars
Djabarantas : Bass
KC : Drums

Grave Dancers terlebih dahulu meriliskan sebuah demo pada 2007 dan demo tersebut juga bertajuk " Demo tape 2007"


Namun begitu Grave Dancers baru sahaja meriliskan sebuah album penuh pada tahun ini bertajuk Morbid Nation. Album ini telah diterbitkan oleh beberapa buah label seperti Revulsion Records (Malaysia), Suhatkor Records, Firstnote Records, Trueside Records, Gu'ide Stuff dan Alternative Assault Records.

Cover artwork oleh Denta Tok

Tracklist :

01 - Dystopia
02 - Dunia Dalam Neraka
03 - Morbid Nation
04 - Arogansi Biadab Para Penjahat Perang
05 - Ideologi Penyembah Tobat
06 - Head Bang Mosh Stage Dive and Circle Pit
07 - Ribuan Terror
08 - Maut
09 - Kulturisasi Basa Basi
10 - Kebiadaban Paradigma Kekuasaan
11 - Pedansa Kuburan

Ok, berbalik kepada band ini, jika anda penggemar Municipal Waste, pasti anda dapat bayangkan bagaimana arah music Grave Dancers. Dengan sound, groove serta lirik memberontak, ketidakpuasan hati, pada gua Grave Dancers seakan jelmaan Municipal Waste versi Asia (mungkin cara nyanyian dari Murphy Boy berlainan dari Municipal Waste). haha! Music mereka agak straight forward dan kombinasi thrash punk sangat jelas kedengaran didalam setiap lagu didalam album ini.

Showmanship Grave Dancers diatas pentas.

Jika diamati album Morbid Nation ini produksinya amat bagus sekali. Ini boleh dibuktikan melalui sound rakaman yang mencapai tahap sebenar sebuah profesional album. Kesemua instrument dapat didengar dengan jelas. Susunan musicnya juga menarik walaupun rata2 majoriti lagu2 nya hanya sekitar 1 minit ke 2 minit. Hanya track ke 6 iaitu "Head Bang Mosh Stage Dive and Circle Pit" mencapai durasi 3:03. Lagu ini merupakan lagu pilihan gua dan pada gua lagu ini mampu menggegarkan moshpit!!! yeahh!!!

Lirik2 untuk album ini pula lebih kepada semangat memberontak dan ketidakpuasan hati selari dengan gaya music dan konsep yang dibawa mereka. Sekali lagi gua ulangi track bertajuk "Head Bang Mosh Stage Dive and Circle Pit" merupakan sebuah masterpiece terbaek dari Grave Dancers. Susunan dan lirik yang sangat bersesuaian dan bertepatan dengan mood lagu ini.

Grave Dancers boleh dicapai melalui :

Jika anda dari Malaysia, album ini boleh didapati melalui Revulsion Records hanya dengan harga RM10/RM12 ppd. Anda pasti berpuas hati!!!



Yui - Dari Pentas Jalanan Ke Pentas Dunia

Orait, asyik dengan dunia metal keras, music rock dan macam2 lagi, kali ni kami dapat 1 artikel dari penulis luar iaitu Encik Anas pasal seorang artis solo wanita dari Japan..sila baca ya.. tambah pengetahuan anda.. yeahhh!

Saya tertarik dengan penulisan saudara Editor tentang penyanyi pop rock kelahiran Kanada yang menjadi pujaan hatinya iaitu Kristy Thirsk , memang menarik. Oleh itu saya sendiri telah mengambil inisiatif saya pula untuk menampilkan penyanyi pop rock yang saya minati dan dia adalah anak seni kelahiran negara matahari terbit iaitu Namidairo Yui atau nama komersialnya Yui.




Dari segi rupa paras yang agak comel dan hanya bersaiz kecil tidak menjadi satu halangan kepada beliau untuk mempunyai cita - cita yang besar. Mari kita ikuti serba sedikit kisah perjalanan anak seni ini dari pentas jalanan ke pentas dunia.

Yui dibesarkan oleh ibunya sahaja di Fukuoka, sejak dari kecil Yui telah menunjukkan minatnya yang amat bersungguh - sungguh dalam bidang seni dalam penulisan puisi dan penulisan lirik dan lagu. Yui mula bergiat serius dalam arena seni muzik ini sejak dari zaman persekolahannya atas dorongan dari rakan - rakan.
 

Pada masa permulaan beliau melibatkan diri di dalam arena seni , Yui menyertai sebuah band yang diberi nama Bianco Nero. Bianco Nero telah banyak memberi harapan dan semangat kepada Yui untuk terus serius dan berjaya dalam bidang ini. Oleh itu Yui telah mengambil keputusan untuk memasuki sekolah musik swasta untuk menjadi seorang pemuzik profesional. Dalam masa yang sama Yui mengambil inisiatif sendiri dengan membuat persembahan jalanan sebagai latihan untuk menghilangkan rasa malu bila berdepan dengan penonton. Usahanya membuahkan hasil. Yui sering kali menunjukkan bakatnya dengan persembahan jalan di hadapan sebuah stesyen Subway Tenjin di Fukuoka.

Dengan keyakinan diri yang ada pada dirinya Yui telah menyertai satu pertandingan anjuran Sony Music. Ia adalah satu pertandingan yang bakal merubah hidupnya dan menjadi suatu titik permulaan hidupnya untuk menjadi seorang artis pop rock bebas yang berjaya.

Pada ketika itu pertandingan anjuran Sony Music disertai oleh lebih kurang 20 000 perserta dan ia adalah bukan suatu pertaruhan yang mudah. Akan tetapi , dengan bakat dan keyakinan diri yang tinggi ada pada dirinya Yui berjaya di dalam pertandingan itu. Di dalam pertandingan itu Yui  mempertaruhkan 3 lagu ciptaan iaitu 'Why Me' , 'Its a Happy Line' dan 'I Know'.

Yui telah menghasilkan beberapa Album , Single dan Kompilasi. Antara albumnya adalah bermula dari tahun 2006 iaitu From Me To You , 2007 Can't Buy My Love , 2008 I Loved Yesterday dan 2010 Holiday In The Sun.

Selain itu Yui juga telah banyak menhasilkan karyanya dalam bentuk rilisan single. Pada pendapat saya kebanyakkan karyanya yang betul - betul menambat hati pendengar adalah dari penghasilan singlenya. Lagu - lagu singlenya betul - betul meninggalkan kesan dan mood yang begitu mendalam. Antara lagu hit singlenya yang menjadi kegemaran saya ialah Life pada tahun 2005 ,Tokyo dan Goodbye Days tahun 2006 dan Rolling Star tahun 2007. Antara lagu singlenya yang pertama kali menarik perhatian saya ialah lagu Rolling Star single ke 7 nya yang dijadikan sebagai lagu tema di dalam sebuah rancangan anime jepun iaitu Bleach


Video rasmi Rolling Star --- lolling starrr~



Antara kejayaannya yang terbaik ialah penjualan hit singlenya Can't Buy My Love iaitu sebanyak lebih 680 000 salinan. Pada tahun 2006 selain dari meraih kejayaan berjaya menjual single hitnya sebanyak 100 000 salinan iaitu Feel My Soul dan pada tahun yang sama dia juga telah menceburi dunia lakonan. Perjalanan anak seni ini tidak hanya terbatas di dalam dunia muzik sahaja. Dia telah menceburkan dirinya dalam arena lakonan pula. Dalam filem sulongnya yang bertajuk Taiyou No Uta bermaksud Midnight Sun. Dalam filem berkenaan Yui telah memegang watak yang besar iaitu sebagai watak utama.

Sedikit sinopsis tentang filem Midnight Sun. Ia adalah sebuah filem bergenre sedih dan romantis , mengisahkan tentang seorang pemusik muda yang mengidap suatu penyakit yang menghalang dirinya dari terkena sinaran matahari. Filem ini telah berjaya dibawa ke festival filem di Cannes.






Trailer filem Taiyou No uta - midnight sun --- sunggoh comel


Selain itu Yui telah menerbitkan DVD live tentang penglibatan beliau di dalam arena ini sepanjang usia
remajanya. Bersesuaian dengan tajuk yang diberi untuk DVD live ini iaitu Thank You My Teen. DVD ini diterbitkan juga sempena hari lahirnya yang ke 20 selain meraikan peminatnya. DVD ini menayangkan gig - gig nya dan Yui di sebalik tabir selain temu ramah khas.

Sampai disini sahaja rebiu saya kali ini tentang pengiat seni muda dalam arena musik bebas iaitu
Yui. Semoga ia dapat memberi suntikan semangat kepada pemusik bebas tempatan untuk maju setapak.

KREDIT : Sumber discografi - YUIkipedia ( Senarai album , single dan statistik jualan )

lawati official website Yui disini -> http://www.yui-net.com/

Langsuyr : Mengungkap misteri "Bullet" dan arah gema hilaiannya..

Seakan sukar dipercayai kerana email kami dari DtE telah direply oleh sebuah band yang pernah mencetus 1 fenomena di persada music metal tanahair. Langsuyr.. ya, siapa yg tidak kenal dengan band yang membawa konsep Eastern Metal ini.. Istimewa hanya di e-zine Dissecting The Euphony, sebuah temuramah alam cyber bersama wakil dari Langsuyr, Azmaniac..



1 - Langsuyr, sebuah band Ipoh yang menggegarkan persada music metal tempatan sekitar 90an hingga kini, pada anda apakah yg membuatkan langsuyr masih bertahan sehingga hari ini?
GEGAR KE?! J … SELAGI ADA ‘PASSION’ …SELAGI TU LANGSUYR  BERTAHAN…. INSYALLAH!

2 - Langsuyr pernah mendiamkan diri sekitar 1997 sehingga 2001 (kurang pasti), apakah yg menyebabkan Langsuyr bersatu dan giat semula di persada music tanahair?
2000-04 …RIP! 2005 – REFORMASI ATAS  SEBAB MUSABAB YG TIADA LAINNYA…… PASSION  JUGA!! J

3 - Langsuyr satu ketika dahulu pernah mendapat tawaran dari Peaceville Record tetapi terpaksa menolak tawaran tersebut. Siapakah yg bertanggungjawap dalam usaha sehingga pihak Peaceville melamar langsuyr menjadi artis dibawah label mereka dan apakah sebab langsuyr menolak tawaran tersebut?
…TIADA SIAPA YG BERTANGGUNGJAWAB SELAIN LANGSUYR ITU SENDIRI YG BERKERJA KERAS…PEACEVILLE  MELETAKKAN  TERLALU BANYAK SYARAT2  DIMANA WAKTU ITU KAMI TIDAK MEMPUNYAI KEWANGAN YG KUKUH ….JADI ADA BAIKNYA  KAMI  MENOLAK AWAL2!!


4 - 2010 membawa perubahan pada line up Langsuyr. Boleh nyatakan line up terkini Langsuyr? Adakah perubahan line up akan mempengaruhi konsep music yang dibawa oleh Langsuyr?
2010 – TIADA BANYAK  YG BEZA, CUMA KETIADAAN BENTARA SAHAJA!! AKU & AZLAN MASIH…& SEPERTI BIASA, DIBANTU SESSIONIST  - AZRYM/GUITAR, BOBBY/DRUM & MINAMI/BASS….AKU RASE X MENPENGARUHI ( KONSEP MUZIK )LANGSUNG KOT…SBB HAMPIR 99%  KALI NI, AKU YG ‘FUHRER’ KAN LAGU2 UNTUK LANGSUYR, JADI..AKU RASA..TIDAK PERLU TIMBUL  ISTILAH PENGARUH TU….MUNGKIN ‘PENGARUH  AKU’  JE LA…J

5 - Jika dahulu Batara Guru (Bentara) merupakan mastermind dalam band yang byk melahirkan lagu, lirik dan konsep Eastern Metal bagi langsuyr, kini setelah ketiadaannya, siapa pula yg memikul tanggungjawap menerajui tulang belakang Langsuyr?

AKU & AZLAN…SBNARNYA MASTERMIND LANGSUYR DARI DULU LAGI ADALAH KAMI BERTIGA,CUMA..BENTARA YG LEBIH TERSERLAH, MUNGKIN ‘KERJA-KERJA  DIBELAKANG TABIR’  SELALU DIPANDANG ENTENG KOT…..TU YG KAMI (AKU & AZLAN) TENGGELAM TU…
CUMA  DIRECTION LIRIK (SEJAK REFORMED) BAWAAN KAMI MASIH LAGI ‘MELAYU’  TAPI AMAT BEBAS!

6 - Boleh nyatakan kenapa Langsuyr selalu mengubah nama LANGSUYR dari "langsuir" kepada "riusgnal" dan terbaru "LANGSUYR"?
RIUSGNAL – DULU2 NAK BUAT GIG, KENA ADA PERMIT  POLIS LA..ETC.ETC. JADI TME TU LANGSUYR TERPAKSA DITERBALIKKAN, LANGSUNG TERUS MENJADI SEBUTANNYA ‘RIUSGNAL’ ….
LANGSUYR - SEMUA NI IDE AKU & AZLAN DISEBABKAN ‘LANGSUYAR’ (@ RIBEIRO KOT NAME DIA…XSILAP AKU LA..) OF MOONSPELL!! 

7 - Terlalu kerap masalah kelewatan terbitnya album2 Langsuyr di pasaran. Dari album "Asyik" yg hampir setahun terperap sebelum menemui peminat dan terbaru "Bullet" yang semakin samar, apakah penyebab berlakunya masalah2 ini. Boleh langsuyr nyatakan agar peminat dapat mengetahui apa yg sebenarnya berlaku?
MMM..AKU LETIH NK HADAP BENDA2 MCM NI, LANGSUYR XDE MASALAH DGN BULLET SBB KERJA2 KAMI DH SELESAI (REKOD APE SMUA TU….) SELEBIHNYA SEKARANG URUSAN LABEL!! LABEL YG BERMASALAH & BERPENYAKIT SAHAJA AKU RASA AKAN MENYUSAHKAN ORANG2 SEPERTI KITA!!!!! FUCK OFF AND DIE!!!

8 - Perbezaan tema antara lagu2 dan lirik2 dari album Asyik jika dibandingkan dengan material the old langsuyr tampak begitu drastik sekali. Jika dahulu lirik2 lebih kepada mitos dan perkara tahyul ketimuran tetapi didalam Asyik lebih kepada perkara2 realiti kini seperti isu masalah sosial, pemikiran dan perkara2 moden. Adakah perkara ini disengajakan atau langsuyr mempunyai target atau sasaran atas perubahan yg dilakukan tersebut?

TIADA TARGET OR WHATSOEVER…TAPI  STILL LAGI  ‘MELAYU’ , SBNARNYA BAGI AKU LA…MITOS MELAYU BAWAAN KAMI DULU2…DH TEPU LA NK BAWAK SKANG…BOSAN!! KERIS,BANGSAWAN APE SEMUA TU LA… ANYWAY AKU BANGGA SBB…LANGSUYR DPT MENCETUS SATU KEGHAIRAHAN  PARA PENGIKUTNYA UNTUK MENCINTAI BAHASA MELAYU!!






Langsuyr - Tangisan Embun Pagi (Penang MetalFest 1997)







Klip video "Sunut" dari album Asyik

9 - Penggunaan warna2 cerah didalam artwork dan cover sleeve album Asyik menunjukkan keberanian pereka grafiknya yg cuba lari dr penggunaan warna gelap dan hitam dalam penghasilan artworknya. Boleh saudara Azmaniakh menghuraikan maksud tersirat disebalik artwork cover album Asyik tersebut?
YANG AKU YAKIN…BAHAWASANYA IBLIS DAN SYAITAN..XSEMESTINYA ADA DITEMPAT YG GELAP & GLOOMY KE!!! DALAM KEADAAN WARNA-WARNI PELANGI SEKALI PUN…IA TETAP ADA, MENYESATKAN KITA!!!  AKU HARAP KO PAHAM MKSUD AKU, PERSONALLY…. AKU XBAPE BEKENAN  ARTWORK2 YG TIPIKAL & STEREOTYPE UNTUK METAL BAND, LANGSUYR DARI DULU PUN MMG SUKA ‘LANGGAR’!!!! KAMUS LANGSUYR SIMPLE JE….DALAM MUZIK TIDAK ADA SEKATAN@UNDANG2!!! KENAPA KITA PERLU TUNGGU PANTERA @ HIM  DGN TOPI KOBOINYA..BARU KITA BERANI APPEAR BERTOPI KOBOI?! KENAPA KITA PERLU TGK ENTOMBED DULU2 BER-DREAD LOCK SORANG TU TAPI DEATH METAL? KENAPA PERLU TUNGGU OMPUTIH BUAT SEMUA TU BARU KITA NAK BUAT?!! APA SALAHNYA KITA CETUSKAN  DULU BENDA2 YG KITA SUKA UNTUK APPLIKASI BAND KITA SENDIRI….?! INI PENDAPAT AKU SHJ! ANYWAY..AKU TAK AGAINST MANA2 BAND PUN YANG MASIH BERTERUSAN RASA APA YG MEREKA  BUAT (UNTUK BAND MASING2) ITU BETUL…HIDUP INI INDAH & MUDAH….BUAT APA LU SUKA AS LONG AS KORANG ENJOY!!!! AKU PUN TERINGIN NK BIKIN SATU BAND, KONSEP – ELECTRO BLACK METAL POP!!! SEBAB?! AKU BOLEH BUAT APA YANG AKU SUKA!!!!!

 Rekagrafik oleh Azmaniac

10 - "Misery" merupakan lagu Cromok yg dipilih oleh langsuyr dalam kompilasi Hail To The King: A Tribute To Cromok, bagi gua lagu tersebut antara lagu terbaik didalam kompilasi tersebut walaupun penggunaan drum mesin dapat didengar pada lagu tersebut. Kenapa memilih drum mesin dan tidak menggunakan pemain drum yang sebenar?
SEBENARNYA 50% MESIN 50% HUMAN…AKU MIX KAN KEDUA2NYA….HONESTLY, SORRY TO SAY…AKU (OR SAPA2 PUN LA..) PUNYAI EXPECTATION YG AMAT TINGGI UNTUK LAGU2 AKU, TAPI MOSTLY..DRUMMER YG ADA.. X UP TO PAR LA…LIMITED! KEBENARAN UNTUK KEBEBASAN DRUMMER LANGSUYR UNTUK MENCIPTA KREATIVITI SENDIRI  ADALAH 20% SAHAJA!! SEBAB..MOSTLY LAGU2 YG SEDIA ADA, DAH PUN DI PATTERN KAN OLEH KAMI SENDIRI (MASA PRE-COMPOSITION LG).  KADANG2 AKU TRINGIN NK BEAT & PATTERN TU SEBEGITU (CTH – MISERY), ADA GROOVY  VIBE KT CERTAIN2 PART TAPI TU LA….’MANUSIA LOKAL’ YG KITA ADA, GIFTED DIA AMAT LIMITED! J  ITU SAHAJA JALAN YG AKU SUKA & PILIH!

11 - Apakah perancangan terbaru Langsuyr? rakaman album baru mungkin?

MASIH TRAUMA  NAK BER-KOMITED DGN PEMBANGUNAN LANGSUYR, INSYALLAH… IANYA AKAN  ADA SOMETHING…INSYALLAH!!

12 - Selain Langsuyr, adakah line up terkini Langsuyr mempunyai side projek atau menganggotai band2 lain?

HANYA AZRYM AKU REKRUT DARI M.O.C (BAND AKU SENDIRI MANIAC’S OUTERSPACE COMRADES) & BOBBY DARI PYRON. AZLAN JUGA DGN BAND HELLFROZEN NYA! M.O.C & HELLFROZEN SETAKAT NI MATERIAL DIA X JUAL..JUST UNTUK KAWAN2 DEKAT SHJ!

13 - Satu soalan berkenaan scene music tempatan, apa pendapat Langsuyr berkenaan pandangan mereka yg "True Metal" yang menidakkan music metal modern seperi "metalcore" yang dianggap tidak 100% metal?

ITU PILIHAN MASING2, BG AKU SIMPLE JE, AKU XDA MASALAH NGN DRG2 NI BUT…AKAN TETAPI..ONCE DRG RASA DH MCM TRUE N BAGUS DITAMBAH PULA BRANI MENGOMEL-NGOMEL BAND ORG LAIN….THEN AKU  KENA ‘START’ SELF-DEFENSIVE  LA..JGN  LA MARAH OR TERASA PLAK NNTI APA YG AKU CAKAP KAN!!!?? BENDA NI SENANG JE..PUSING2 SITU BALIK,PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK,XPYH LA KITA NK MANDAI2 NGOMEL ITU INI..BLA..BLA..KT BAND TU, BAND NI…ALAHAIII….AKU CAKAP KO JGN MARAH EH?KO TAU SEBAB APE?SEBABNYA? SEBABNYA MUDAH JE…ITU LAH MELAYU!M.E.L.A.Y.U. ….YESS… MELAYU!!! ‘MELAYU TIPIKAL’  MESTI KENA ADA HASAD DENGKI, HATI YG BUSUK..SEMUA YG KOTOR2 LA….:)  LAGI SATU AKU MMG DI AJAR DARI DULU OLEH BAPA AKU,” MAN.ORG TUA YG HARUS DIHORMATI ADALAH ORG TUA YG TAHU MENGHORMATI ANAK2 MUDA DISEKELILINGNYA SHJ! KESIMPULANNYA..KALAU ORG YG LEBIH TUA DARI KAMU MENYAKITI HATI KAMU, BALAS LA IA, AKAN TETAPI..PASTIKAN BALASAN YG DIBERI ITU BERGANDA DARI APA YG DIA LAKUK  KAN NYA PD DIRI KAMU!!!!” I LOVE YOU ABAH!!! J

14 - Kata2 terakhir Langsuyr untuk pembaca Dissecting the Euphony (DtE e-zine), mungkin berita terkini dan harapan Langsuyr pada masa hadapan?
TERIMAKASIH KAWAN2 DI ATAS TEMURAMAH YG BAGUS INI….TAKE CARE! ALLDABEZZ UNTUK APA YG KAMU PERJUANGKAN & HORMATILAH KEDUA2 ORG TUA MU!!!






Langsuyr - In The Name of Silkhannas & My Oath For Thee
Live at Orang Timur

Kenali langsuyr melalui :
Myspace
Facebook

kredit :
imej : dari myspace & facebook Langsuyr
video : youtube (Nem Records, 6J6 Production dan Tapahroad)

Aidilfitri is upon us!

Hello readers, as Aidilfitri is just a step away (tomorrow to be precise), we would like to wish our Muslim readers and followers a Selamat Aidilfitri! Have a safe journey back to kampung! Dissecting the Euphony is taking a short break for Raya Celebration. Have a blast of rendang and ketupat, people! Take care and salam!



A, is for Anomaly and Contramen,
Dissecting the Euphony


Svart - Namnlös Och Bortglömd (2010)

Ada dekat sejam lebih lagi sebelum masuk waktu berbuka puasa, jadi gua pikir baik gua tulis a short review. Entah kenapa kebelakangan ni review Dissecting the Euphony banyak terarah kepada Black Metal. Mungkin kami pun nak tunjuk tough la kot kahkah! Anyway gua nak bawakan sebuah EP dari band depressive black metal dari Sweden iaitu Svart.

Barangkali lu orang familiar dengan apa tu Black Metal, tak kira la lu orang dapat definisi tu dari wikipedia ke, Harian Metro ke, Mastika ke takpun dari mak lu orang ke kan. Tipikal characteristics Black Metal seperti yang lu orang tau adalah seperti bunyi gitar yang buzzing, sound overall yang mendap, bass tak kedengaran, vokal shrieking, mutu produksi yang rendah dan sebagainya. Dari segi imej pulak macam biasa ah ada Corpse Paint, spikes mencacak sana sini, kalau bergambar mesti nak pose ganas dan bersenjata dan sebagainya. Dari segi tema dan lirik macam sentiasa digembar-gembur oleh Mastika dan Harian Metro (lol!), banyak berkisar kepada satanism, anti-ketuhanan, individuality, misathropic, dan banyak lagi sebenarnya. Tapi depressive black metal cemana pulak? Lupakan apa yang gua tulis tadi. Depressive black metal lebih kepada pergolakan dan tekanan perasaan hence the name Depressive Black Metal. Bila dengar bole invoke rasa despair dan sadness. Well, either you love it or hate it. Rata-rata yang gua baca di Internet bersetuju menyatakan Burzum adalah pelopor atau at least pave way kepada kewujudan Depressive Black Metal. Kebanyakan band yang main genre sebegini banyak mengambil style Burzum, dari segi sound dan mutu produksi terutamanya. Depressive Black Metal takde ah laju pun tempo muziknya. Boleh dikatakan takde la selembab Doom takde la selaju well..err seperti Black Metal standard. Kebanyakan band sebegini lebih kepada projek individual, maka kualiti recording selalunya terabai. Antara band-band Depressive Black Metal yang pernah gua dengar adalah seperti Happy Days, I Shalt Become dan banyak lagi. Menariknya mereka ni selalunya adalah one man band.



Baiklah gua malas nak bebel lagi, kita terus ke review Svart. EP yang release pada tahun ini bertajuk Namnlös och Bortglömd atau dalam Inggerisnya berjudul Nameless and Forgotten (see?gila depressive tajuk dia!-ed). EP 3 lagu ni sepatutnya dikeluarkan sebahagian split album dengan Happy Days pada tahun 2008 tapi malangnya terbengkalai lantas dikeluarkan sebagai stand alone EP pada tahun ni. Gua dah dengar version split dengan version EP, takde beza sangat cuma mungkin sedikit touch up pada mixing rasanya. Berikut adalah senarai trek:

Den Hemlöses Klagosång (The Homeless Lamentation)
Den Sista Droppen Utav Liv (The Last Drops of Life)
Namnlös Och Bortglömd (Nameless and Forgotten)

Peh tajuk lagu je dah bikin hati sayu lol. Dirilis pada Mac 2010 oleh Frostscald Records, Draug adalah the mainman untuk hampir kesemua instruments dan vokal. Ketiga-tiga trek yang dihidangkan memang panjang-panjang dan melampaui 5 minit serta dragging dengan mood yang sombre. Trek terakhir adalah instrumental dengan hanya diwarnai dengan piano sahaja. Depressive siot :( Rasa macam masuk rumah orang gila pun ada.

Sekalipun Svart tidaklah bermain Black Metal yang laju namun terdapat part-part lagu yang dihiasi dengan dentuman twin pedal yang sesedap perisa. Ini menarik dan tak menjadikan penghayatan lagu lemau. Bunyi gitar memang tajam dan keras tapi tak ah menenggelamkan vokal dan instrument lain. Gua suka bunyi drum dalam EP ni,semuanya jelas dan tak mendap. Vokal pulak macam standard untuk Depressive Black Metal; semi-wailing dan shrieking, tapi takde la ke tahap ridiculous macam Happy Days yang wooo wooo wooo (sapa dengar HD tau la camne diorang punya vocal style-ed) tu lol. Keyboard ada membuat penampilan di beberapa tempat, sekadar untuk menambahkan nilai atmosferik dan ambient, dan i a agak berjaya lah. Malang sekali sekali gua takde lak jumpa lak translation untuk lirik EP ni jadi gua agak clueless gak ah nak memahami apa sebenarnya penyampaian si Draug ni. Lepas gua dengar EP ni, gua macam ada rasa emptiness dalam diri. Barangkali terkesan dengan trak terakhir yang memang berunsur hiba dan sangat tertekan. Good Job, Draug. Tapi suka gua nak ingatkan, riffing guitar dalam EP ni banyak berulang-ulang jadi kemungkinan lu orang akan jadi lemau dan bosan. Tapi tak bagi gua sebab ia macam a slow progression dan slowly building untuk menaikkan mood depressive. Kena ah tu kan?

Pros:
- Boleh terasa ah aura depressive yang dibawa. Tak seperti kebanyakan band depressive lain yang gua dengar kadang-kadangnya seperti half-baked punya effort, Svart tidak mencacatkan listening experience.
-Excellent piano work di trek terakhir.

Cons:
-Riffing guitar yang berulang boleh menjadi turn off factor buat sesetengah pendengar.


Rating: 7/10

Svart boleh dihubungi di sini dan di sini.

Kredit:
-Metal Archives


Demonical Crisis Assembly - Open Fire (2010)

Arghhhhhhhh!!! band ini antara band yg femes 1 ketika dahulu kerana menjadi penghias suratkhabar tempatan dan juga majalah paling "sensasi" dengan cerita2 yg gua sendiri xtau nk komen.. haha.. ok, kali ini DtE ingin mereview album baru dari band Shah Alam yang membawa konsep War Black Metal!!! Band apa lagi kalau bukan Demonical Crisis Assembly atau singkatannya DCA!!! Setelah bergelut dengan rakaman studio kini DCA telah meriliskan sebuah album penuh bertajuk Open Fire.

Cover artwork oleh Blazer Massacre

Untuk makluman anda, Open Fire dirilis oleh label Korea iaitu Infernal Kaos Production. Rilisan ini terhad hanya kepada 1000 copy sahaja. So, anda yang membaca sila rembat CD ini sebelum ianya habis!!!

Terdapat 8 track didalam Open Fire. Antaranya ialah :

1 - Battle Ov The Atlantic
2 - The Rise Ov The Goat Soldier
3 - Dominate : The Earth
4 - Sign Ov The Conqueror
5 - Monument Ov Sorrow
6 - Beyond the Grace Ov War
7 - The Black Regiment
8 - War To End All War

Ok, untuk rilisan kali ini sound setiap lagu dan keseluruhan album (sila ketepikan track terakhir kerana diambil dari kompilasi Metal To Metal II) agak berlainan jika di bandingkan dengan Blood War Death EP 2005 juga sebuah lagu dari kompilasi Mertal To Metal (track 8). Sound production bagi Open Fire berbunyi agak mendap dan elemen Black Metal dapat dikesan. Perubahan ketara juga jika anda pendengar DCA dan mengikuti progres band ini. Dari segi music boleh dikatakan DCA memainkan irama metal yang laju namun kualiti sound kali ini sememangnya mendap dan lebih gelap jika dibandingkan rilisan2 sebelum ini. 

Kelapan2 lagu kedengaran agak statik dan bagi pendengar yang pertama kali mendengar pasti akan mengatakan setiap lagu seakan-akan sama namun bagi pendengar metal kental pasti dapat membezakan antara setiap track yang diperdengarkan. 

Pada pendengaran gua, beberapa perubahan drastik dapat dikesan melalui Open Fire ini. Pertama dari segi penyampaian vocal oleh Blazer Massacre. Cara nyanyian yang berlainan dari yang dilakukan untuk EP dahulu namun gua rasa cara nyanyian terbaru ini lebih baik dari yang terdapat dalam EP dahulu. Walaupun kedengaran seakan vocal cuba mencapai key untuk setiap lagu namun dari sudut positifnya ianya kedengaran agak unik dan tidak terlalu tipikal dengan genre music yang dibawa.

Begitu juga dengan sound gitar yang terlalu mendap. Tidak terlalu bingit namun gua rasa istilah paling sesuai ianya mempunyai sound sgt agak mendap. hasil sebegini mungkin terhasil ketika proses mixing dan mastering. Bunyi bass seperti kebanyakan sound2 black metal lain, kurang ditonjolkan.

Untuk part drum pula, overall sound yang mendap agak menenggelamkan tone sebenar drum dan kedengaran hi-hat dan symbol melebihi level dari lain-lain. Juga snare yg bunyi agak ketara dan sayang sekali pedal drum tidak berapa menonjol jika dimainkan secara laju. Agak rugi jika equipment yang berkualiti gagal mengeluarkan tone menarik untuk proper rekoding. Apa pun, mungkin untuk menghasilkan sound War Black Metal yang diingini, ini adalah ramuannya. hanya DCA yang punya jawapannya.

Pada gua, gua memilih track The Black Regiment sebagai track pilihan kerana terdapat part ditengah lagu yang menggunakan riffing tersangkut-sangkut. Agak menarik part tersebut. Jika diberi pilihan kesemua 8 track gua terpaksa memilih track terakhir War To End All War kerana kualiti rakaman lagu tersebut lebih jelas dan ianya antara lagu DCA yang paling kejam pernah gua dengar!!! \m/

Keseluruhannya pada awal sebelum rilisnya album ini, gua beranggapan Open Fire mampu menandingi keupayaan dan bakal menggugat kewibawaan Impiety namun tanggapan gua sedikit meleset. Pada gua jika rakaman lebih clear (semua instrument boleh dengar clear) pasti Open Fire mampu menjadi antara album terbaek 2010. Mungkin juga DCA punya agenda tersendiri terhadap Open Fire. hanya DCA yang tahu.

Orait untuk mendapatkan album berharga RM20 ini, anda boleh menghubungi sendiri DCA melalui laman myspace Demonical Crisis Assembly atau menghubungi Infernal Kaos Production


Battle Ov The Atlantic (Live at Vokill Fest 2010)

rate : 6.5/10


Senandung Pawer Kord - Saduran Pop 80'an Oleh Kugiran Perasan (2009)

Anda mahu irama retro??? lagu2 zaman kecik2 dulu? dan dibawa oleh band2 yg rata2 nya lagu2 yg di"cover" mereka ini menjadi santapan telinga mereka tika mereka masih berbasikal ke sekolah rendah dahulu.. heh.. Senandung Pawer Kord - Saduran Pop 80'an Oleh Kugiran Perasan (2009) merupakan tajuk kompilasi yang mengenengahkan 17buah band yg membawa pelbagai genre dari pop, ska, alternative, indie dan punk. Sebuah rilisan dari Nervhous Records, Pissart Records dan Red Ink Ent.

Sempoi gila cover kompilasi ni.. haha
Oleh Napi Stick No Bill

Orait berbalik kepada isi kompilasi ini..
17 buah band digabungkan bersama 17buah lagu yg majoritinya boleh dikatakan evergreen. OK, gua tulis dulu tracklist kompilasi ini..

1. T.I.M - Dia (Sheila Majid)
2. Carbon 4 Teen - Gadis Ayu (Black Dog Bone)
3. Toxictoy - Antara Cinta dan Kasih (Aishah)
4. 679 - Chow Kitt Road (Sudirman)
5. Half-Asleep - Sinaran (Sheila Majid)
6. Skunkfix - Masih Aku Terasa (Gersang)
7. Killing Steward - Basikal Tua (Sudirman)
8. The Liberals - Penganggur (Sudirman)
9. Soul Savior - Khabar Buat Ibu (Alleycats)
10. Stick No Bill - Hanya Di Radio (Headwind)
11. Cock Say Cock Dung - Suratan Takdir (Gersang)
12. Sally Faerie - Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud)
13. Always Last - Persamaan (Freedom)
14. Geng Gemok Keji - Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
15. Moda Moody - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
16. Sleepyjeremy - Ayahku Dan Angkasawan (Kembara)
17. Dum Dum Tak - Rupa Tanpa Wajah (Kembara)

Ingin dinyatakan disini kompilasi ini sebenarnya terdapat 2 track intro dan outro yang menggunakan background channel radio dan dicelotehkan dengan rakaman permintaan lagu.. idea yg kena dengan konsep kompilasi ini.

Lihat saja tracklist diatas. Lagu2 menarik dari Sheila Majid, Rahimah Rahim, Ogy, Alleycat, Allahyarham Sudirman, Headwind, Gersang dan banyak lagi..

Gua rasa kalau nk review semua lagu mau jugak terjuih lidah nk baca dan terkehel jari gua nk taip.. so gua amik 5 lagu terbaek bagi pendengaran gua ok.. Bukan bias terhadap band2 yg kurang attrack telinga gua tapi 17 track beb!!! haha..

First gua sangat tertarik pada band T.I.M yang membawa lagu Dia dari lagenda jazz negara Sheila Majid. Satu arrangement menarik yg dirock kan. Permainan instrument juga baik serta idea tribute yg segar. Gaya nyanyian dari vocalist band ini juga tidak keterlaluan dan berjaya membawa lagu ini dengan baik.

Moda Moody membawakan lagu popular Rahimah Rahim bertajuk Gadis dan Bunga. Alunan vocal wanita dari band ini membawa dimensi baru terhadap lagu ini. Muzik yang dibawakan punya unsur pop ska.

Skunkfix band yang membawakan lagu popular dari kumpulan Gersang bertajuk Masih Aku Terasa agak menonjol dengan susunan yang lebih laju namun kena dengan tempo dan mood lagu ini. Kemampuan pengawalan intrument juga meyakinkan. Solo yang disesuaikan dengan mood lagu kedengaran menambah kekutan pada arrangement lagu ini.

Carbon 4'Teen yang membawakan lagu Gadis Ayu juga perlu diberi perhatian. Dengan intro lagu yang menarik membuktikan mereka punya idea untuk memberi perisa yang cukup untuk lagu evergreen dari Black Dog Bone ini. Solo yang direndahkan level dikala chorus lagu kena dengan lagu yang dinyanyikan. juga penyampaian vocal oleh penyanyi band ini berjaya menghidupkan lagu ini.

Sallyfalrie membawakan lagu dari Fauziah Ahmad Daud bertajuk Wajah Rahsia Hati mengingatkan gua pada filem2 klasik lakonan Ogy. Namun pada gua bakat band ini boleh digilap lagi dimasa hadapan terutama lenggok vokal penyanyinya dan juga kawalan instrumen oleh line up band ini.

Selain 5 lagu diatas masih terdapat banyak lagu menarik malah kesemua band terlibat punya bakat dan idea seperti 679 yang membawa lagu Chow Kid Road dengan gaya ska yang laju. Soul Savoir yang punya melodi menarik pada vokalisnya untuk lagu Alleycats iaitu Khabar Untuk Ibu. Dan juga Half Asleep yang benar2 mentribute kan lagu Sheila Majid ke irama punk bawaan mereka. haha..

Mutu rakaman untuk kompilasi ini boleh lah dibanggakan mungkin budget yang ciput mengurangkan hanya sedikit kualiti rakaman nya namun masih berbaloi untuk telinga2 yang cerewet untuk menilainya.

Cd ini juga didatangkan dalam bentuk booklet 12pages yang setiap band terlibat punya halaman masing2 dan yang menariknya dinyatakan kenapa mereka memilih lagu2 tersebut untuk di bawa mereka. Design cakera padatnya juga kena dengan mood retro kompilasi ini. Seakan sebuah piring hitam. yeahhh!!!

Satu idea menarik dari Nervhous Records, Pissart Records dan Red Ink Ent.

Ok,  untuk mendapatkan kompilasi "segar" ini anda boleh menghubungi Nervhous Records, Pissart Records dan Red Ink Ent. dengan harga Rm15 (by hand)/RM16 (by post). Malah CD kompilasi ini juga dijual oleh label2 lain seperti Revulsion Records

Orait diharap penangan lagu2 evergreen ini dapat mengubat rindu anda pada nostalgia2 silam!!! yeahh!!

Rate : 7/10

Setherial - Hell Eternal (1999)

Kali ni gua nak review album black metal. This is going to be a short one, I promise.

Selain daripada Norway, negara Sweden juga menghasilkan band-band Black Metal yang bad ass dan keji-keji belaka. Second Wave Black Metal yang melanda pada awal 90 turut terkena tempias kepada Sweden dan melahirkan band-band yang kini jadi ikon kepada movement second wave seperti Dissection (RIP), Dark Funeral, Marduk dan sebagainya. Setherial adalah sebahagian daripada gelombang kedua Black Metal di Sweden dan ditubuhkan pada 1993. Gua setakat ni dah dengar album Lords of the Nightrealm (1998) dan Hell Eternal (1999). Jadi gua nak review Hell Eternal ah.

Diterbitkan pada 1999 dengan line up berikut:
Wrath - Vokal
Kraath - Gitar & Bass
Choronzon - Gitar & Keyboard
Alastor Misteriis - Dram
Sasrof - Bass

Sebanyak 7 trek dihidangkan iaitu: 
 

Towards Thy Realm
Shadows Of The Throne
Hell Eternal
The Aeschma Deava
The Sign Of Wrath Awaked
The Nightrealm
Guardians Of The Gates Of Flame

Apa gua boleh cakap? Laju nak mampus. Macam Dark Funeral + Marduk. Ha tu comparison paling dekat boleh gua gambarkan. Dari trek pertama Towards Thy Realms sampai la ke trek terakhir Guardians Of The Gates Of Flame, memang takde rasa nak berhenti berehat. Tempo memang kejam dan tak berhati perut. Ringkas cakap, moodnya memang cold dan grim. Guitar dengan serangan tremolo picking yang berterusan (tak penat ke siut main laju-laju camni - ed) dan penuh keributan dan ngeri, drummer Alastor Misteriis dah macam drum machine dengan continuous blastbeat dan double bass yang bikin mana-mana drummer dengar luruh kepala lutut. Macam band-band black metal lain, bass adalah inaudible; samada direndahkan dalam mix atau bassist main replicate guitar line. Tak pasti la tapi bunyinya memang mendap pun. Wrath (kini vokal untuk Naglfar) berbunyi macam Legion (ex Marduk), pehh sekali dengar rasa macam kembar Marduk pun ada ni. Fast can die Black Metal! Pada gua ni adalah alternatif kepada Dark Funeral dan Marduk. Yeap, boleh bikin banging sampai tercabut tengkuk.




At least gitar tak berbunyi buzzing dan kering. Drummer memang impressive ah, takde main sloppy dan tak pakai trigger. Jahat gila sial dia main haishh! Buat kaki yang jenis nak lagu yang laju memanjang, album ni gua sangat recommend, dan juga yang dah penat dengar Marduk atau Dark Funeral, boleh ah cuba dengar. Favourite tracks gua adalah Towards Thy Realm dan Hell Eternal. Buat yang tak familiar dengan style fast black metal camni pasti akan susah nak differentiate antara tracks sebab semuanya laju nak mati! Cheers!

Pros:
-Black Metal yang laju gila tapi still boleh hadam.
-Production yang ok lah, takde ciri-ciri low fi sangat

Cons
:
-Susah nak bezakan antara trek sebab semuanya laju gila dan struktur hampir sama
-Terlalu resemble Marduk dan Dark Funeral. Boleh kata Hell Eternal inspired by these two. Bagi gua ini adalah reason gua slash rating jadi 6.5, kalau tak disebabkan persamaan ni mungkin gua kasi lagi tinggi.

Rating
: 6.5/ 10

Kredit: Metal Archives dan Youtube