Setherial - Hell Eternal (1999)

Kali ni gua nak review album black metal. This is going to be a short one, I promise.

Selain daripada Norway, negara Sweden juga menghasilkan band-band Black Metal yang bad ass dan keji-keji belaka. Second Wave Black Metal yang melanda pada awal 90 turut terkena tempias kepada Sweden dan melahirkan band-band yang kini jadi ikon kepada movement second wave seperti Dissection (RIP), Dark Funeral, Marduk dan sebagainya. Setherial adalah sebahagian daripada gelombang kedua Black Metal di Sweden dan ditubuhkan pada 1993. Gua setakat ni dah dengar album Lords of the Nightrealm (1998) dan Hell Eternal (1999). Jadi gua nak review Hell Eternal ah.

Diterbitkan pada 1999 dengan line up berikut:
Wrath - Vokal
Kraath - Gitar & Bass
Choronzon - Gitar & Keyboard
Alastor Misteriis - Dram
Sasrof - Bass

Sebanyak 7 trek dihidangkan iaitu: 
 

Towards Thy Realm
Shadows Of The Throne
Hell Eternal
The Aeschma Deava
The Sign Of Wrath Awaked
The Nightrealm
Guardians Of The Gates Of Flame

Apa gua boleh cakap? Laju nak mampus. Macam Dark Funeral + Marduk. Ha tu comparison paling dekat boleh gua gambarkan. Dari trek pertama Towards Thy Realms sampai la ke trek terakhir Guardians Of The Gates Of Flame, memang takde rasa nak berhenti berehat. Tempo memang kejam dan tak berhati perut. Ringkas cakap, moodnya memang cold dan grim. Guitar dengan serangan tremolo picking yang berterusan (tak penat ke siut main laju-laju camni - ed) dan penuh keributan dan ngeri, drummer Alastor Misteriis dah macam drum machine dengan continuous blastbeat dan double bass yang bikin mana-mana drummer dengar luruh kepala lutut. Macam band-band black metal lain, bass adalah inaudible; samada direndahkan dalam mix atau bassist main replicate guitar line. Tak pasti la tapi bunyinya memang mendap pun. Wrath (kini vokal untuk Naglfar) berbunyi macam Legion (ex Marduk), pehh sekali dengar rasa macam kembar Marduk pun ada ni. Fast can die Black Metal! Pada gua ni adalah alternatif kepada Dark Funeral dan Marduk. Yeap, boleh bikin banging sampai tercabut tengkuk.




At least gitar tak berbunyi buzzing dan kering. Drummer memang impressive ah, takde main sloppy dan tak pakai trigger. Jahat gila sial dia main haishh! Buat kaki yang jenis nak lagu yang laju memanjang, album ni gua sangat recommend, dan juga yang dah penat dengar Marduk atau Dark Funeral, boleh ah cuba dengar. Favourite tracks gua adalah Towards Thy Realm dan Hell Eternal. Buat yang tak familiar dengan style fast black metal camni pasti akan susah nak differentiate antara tracks sebab semuanya laju nak mati! Cheers!

Pros:
-Black Metal yang laju gila tapi still boleh hadam.
-Production yang ok lah, takde ciri-ciri low fi sangat

Cons
:
-Susah nak bezakan antara trek sebab semuanya laju gila dan struktur hampir sama
-Terlalu resemble Marduk dan Dark Funeral. Boleh kata Hell Eternal inspired by these two. Bagi gua ini adalah reason gua slash rating jadi 6.5, kalau tak disebabkan persamaan ni mungkin gua kasi lagi tinggi.

Rating
: 6.5/ 10

Kredit: Metal Archives dan Youtube


2 feedbacks:

Anonymous said...

bagi aku black metal gini is very generic.structure of songs often the same, often to the faster type like this.kalau depressive punya aku rasa could be a bit different, or something like Burzum.Which i find rather interesting.

aku rasa agak trend black metal sekarang suka main laju2 macam ni.

A, is for Anomaly said...

sorry gua tak follow trend black metal skang, tapi betul ke semua duk pakat nak main laju-laju camni?ribut sangat ah tak boleh masuk jugak kadang-kadang.

kalau yang depressive black banyak pulak yang jenis gua jumpa kualiti bedroom recording yang sangat menghampakan. tapi gua rekomen satu ah, Svart. Gua dengar EP Namnlös och bortglömdyang tu memang best. slow, ada piano interlude lagi, kualiti takde la sampah sangat,aura depressive pun terasa. ni kalau bedroom black metal buat gua jadi depressie bukan sebab aura/ isi lagu tapi sebab kualiti yang cincai. memang ah nak raw/grim/etc tapi kalau dah drum programming pun lari tempo, vokal duk wooo wooo sapa nak dgr?

tapi thanks ah mate for the 2 cents.