Yui - Dari Pentas Jalanan Ke Pentas Dunia

Orait, asyik dengan dunia metal keras, music rock dan macam2 lagi, kali ni kami dapat 1 artikel dari penulis luar iaitu Encik Anas pasal seorang artis solo wanita dari Japan..sila baca ya.. tambah pengetahuan anda.. yeahhh!

Saya tertarik dengan penulisan saudara Editor tentang penyanyi pop rock kelahiran Kanada yang menjadi pujaan hatinya iaitu Kristy Thirsk , memang menarik. Oleh itu saya sendiri telah mengambil inisiatif saya pula untuk menampilkan penyanyi pop rock yang saya minati dan dia adalah anak seni kelahiran negara matahari terbit iaitu Namidairo Yui atau nama komersialnya Yui.




Dari segi rupa paras yang agak comel dan hanya bersaiz kecil tidak menjadi satu halangan kepada beliau untuk mempunyai cita - cita yang besar. Mari kita ikuti serba sedikit kisah perjalanan anak seni ini dari pentas jalanan ke pentas dunia.

Yui dibesarkan oleh ibunya sahaja di Fukuoka, sejak dari kecil Yui telah menunjukkan minatnya yang amat bersungguh - sungguh dalam bidang seni dalam penulisan puisi dan penulisan lirik dan lagu. Yui mula bergiat serius dalam arena seni muzik ini sejak dari zaman persekolahannya atas dorongan dari rakan - rakan.
 

Pada masa permulaan beliau melibatkan diri di dalam arena seni , Yui menyertai sebuah band yang diberi nama Bianco Nero. Bianco Nero telah banyak memberi harapan dan semangat kepada Yui untuk terus serius dan berjaya dalam bidang ini. Oleh itu Yui telah mengambil keputusan untuk memasuki sekolah musik swasta untuk menjadi seorang pemuzik profesional. Dalam masa yang sama Yui mengambil inisiatif sendiri dengan membuat persembahan jalanan sebagai latihan untuk menghilangkan rasa malu bila berdepan dengan penonton. Usahanya membuahkan hasil. Yui sering kali menunjukkan bakatnya dengan persembahan jalan di hadapan sebuah stesyen Subway Tenjin di Fukuoka.

Dengan keyakinan diri yang ada pada dirinya Yui telah menyertai satu pertandingan anjuran Sony Music. Ia adalah satu pertandingan yang bakal merubah hidupnya dan menjadi suatu titik permulaan hidupnya untuk menjadi seorang artis pop rock bebas yang berjaya.

Pada ketika itu pertandingan anjuran Sony Music disertai oleh lebih kurang 20 000 perserta dan ia adalah bukan suatu pertaruhan yang mudah. Akan tetapi , dengan bakat dan keyakinan diri yang tinggi ada pada dirinya Yui berjaya di dalam pertandingan itu. Di dalam pertandingan itu Yui  mempertaruhkan 3 lagu ciptaan iaitu 'Why Me' , 'Its a Happy Line' dan 'I Know'.

Yui telah menghasilkan beberapa Album , Single dan Kompilasi. Antara albumnya adalah bermula dari tahun 2006 iaitu From Me To You , 2007 Can't Buy My Love , 2008 I Loved Yesterday dan 2010 Holiday In The Sun.

Selain itu Yui juga telah banyak menhasilkan karyanya dalam bentuk rilisan single. Pada pendapat saya kebanyakkan karyanya yang betul - betul menambat hati pendengar adalah dari penghasilan singlenya. Lagu - lagu singlenya betul - betul meninggalkan kesan dan mood yang begitu mendalam. Antara lagu hit singlenya yang menjadi kegemaran saya ialah Life pada tahun 2005 ,Tokyo dan Goodbye Days tahun 2006 dan Rolling Star tahun 2007. Antara lagu singlenya yang pertama kali menarik perhatian saya ialah lagu Rolling Star single ke 7 nya yang dijadikan sebagai lagu tema di dalam sebuah rancangan anime jepun iaitu Bleach


Video rasmi Rolling Star --- lolling starrr~



Antara kejayaannya yang terbaik ialah penjualan hit singlenya Can't Buy My Love iaitu sebanyak lebih 680 000 salinan. Pada tahun 2006 selain dari meraih kejayaan berjaya menjual single hitnya sebanyak 100 000 salinan iaitu Feel My Soul dan pada tahun yang sama dia juga telah menceburi dunia lakonan. Perjalanan anak seni ini tidak hanya terbatas di dalam dunia muzik sahaja. Dia telah menceburkan dirinya dalam arena lakonan pula. Dalam filem sulongnya yang bertajuk Taiyou No Uta bermaksud Midnight Sun. Dalam filem berkenaan Yui telah memegang watak yang besar iaitu sebagai watak utama.

Sedikit sinopsis tentang filem Midnight Sun. Ia adalah sebuah filem bergenre sedih dan romantis , mengisahkan tentang seorang pemusik muda yang mengidap suatu penyakit yang menghalang dirinya dari terkena sinaran matahari. Filem ini telah berjaya dibawa ke festival filem di Cannes.






Trailer filem Taiyou No uta - midnight sun --- sunggoh comel


Selain itu Yui telah menerbitkan DVD live tentang penglibatan beliau di dalam arena ini sepanjang usia
remajanya. Bersesuaian dengan tajuk yang diberi untuk DVD live ini iaitu Thank You My Teen. DVD ini diterbitkan juga sempena hari lahirnya yang ke 20 selain meraikan peminatnya. DVD ini menayangkan gig - gig nya dan Yui di sebalik tabir selain temu ramah khas.

Sampai disini sahaja rebiu saya kali ini tentang pengiat seni muda dalam arena musik bebas iaitu
Yui. Semoga ia dapat memberi suntikan semangat kepada pemusik bebas tempatan untuk maju setapak.

KREDIT : Sumber discografi - YUIkipedia ( Senarai album , single dan statistik jualan )

lawati official website Yui disini -> http://www.yui-net.com/

4 feedbacks:

Anonymous said...

wah!!~~~ x sangka men jg minat yui-chan!!!!
kne tgk movie dia 'taiyou no uta'!! best & touching men!!! XD

-anno-

Contramen said...

woho..
ini kena tanya Encik Anas, kerana artikel ini belaiu yg karangkan..

m.anas said...

muvi tu mmg best!
sbenarnye jalan cter muvi tu ada dikaitkan sket dgn perjalanan idupnya sbgai anak seni..
so peminatnya dapat tau juga serba sedikit style dia dalam filem tu..

m.anas said...

aik pesal video rolling star bertukar ek?
tu bukan video rasmi tu..