Singhasari - Kebangkitan Nusantara: Demi Tanah Air Tercinta!

Genre Eastern Metal barangkali adalah endemik kepada scene Metal Malaysia sahaja (atau paling jauh pun, Singapura). Kalau Eastern Metal diletakkan di family tree untuk genre Metal, most probably akan jatuh ke kategori Folk/Pagan Metal. Seperti Viking Metal yang tentunya eksklusif kepada mereka yang berasal dari kawasan Scandinavia, begitu juga Eastern Metal yang khas hanya untuk Malaysia (ok lah macam tak adil, gua re-phrase, NUSANTARA!). Dan macam yang lu orang tahu, Eastern Metal muncul di Malaysia sekitar 90an (boleh dikatakan sekitar awal 90an hinggan ke zaman millennium) sebelum menyepi (sekarang dah macam ada revival pulak).

Pastinya bila sebut Eastern Metal, nama yang paling sinonim sekali adalah kepada mereka ini; As Sahar dan Langsuyr. Barangkali ada nama yang tertinggal tapi rasanya tu yang paling lekat sekali kot dengan Eastern Metal. Kemudian dah jadi macam satu fenomena pulak band-band di waktu tu bermain Eastern Metal. Kalau diikutkan macam trendy juga tapi ada kebaikannya memeriahkan scene. Antara band-band Eastern Metal yang prominent adalah Tasyim, Cryptic Malediction (ada album mereka menggunakan gamelan dan gendang!), Uprising dan..okay gua tak ingat sangat sebenarnya heheh. Kemudian menjelang millennium Eastern Metal macam dah mati dengan kebanyakan band dah tak aktif, ada yang berpecah terus.

Eastern Metal tak pernah mati sebenarnya. As Sahar masih hidup, malahan sedang dalam proses rakaman album follow up kepada Tir, Langsuyr masih hidup walaupun Batara Guru dah keluar dan album kedua tersangkut, Cryptic Malediction dah bungkus beberapa tahun yang lepas (Philosopher, si gitaris sekarang bermain gambus untuk Space Gambus Experiment, bersama-sama Kamal Sabran dan Batara Guru) dan a handful of new generation bands, seperti Santau, Al Azazhil, Polong, Simfonie Jimbalang, Ajal, Tahyidul Arwah dan Singhasari. Okay ah gua kena nyatakan la kebanyakan band generasi baru memang worship As Sahar, tak kira dari segi muzik atau pun tema. Except Singhasari. Which brings us to the review of Kebangkitan Nusantara.

Singhasari,tidak seperti band generasi baru Eastern Metal yang lain yang banyak rehash idea-idea lama As Sahar dan Langsuyr (zaman Eastern Cruelty), sebaliknya mengambil pendekatan yang mungkin hampir sama dengan Uprising. Maksud gua, daripada mengambil tema-tema tipikal Eastern Metal yang banyak tertumpu kepada Occult, Ilmu Hitam dan mitos Melayu lama, mereka bertumpu kepada Nusantara pride, perang dan paganism. Review kali in tertumpu kepada EP yang baru diterbitkan pada bulan ini iaitu Kebangkitan Nusantara (yang telah diterbitkan oleh label October's Mist dan Hellhouse Prod) selepas promo Singhasari yang diterbitkan pada awal tahun ni. Singhasari terdiri daripada 2 anak Melayu yang hanya menggunakan pseudonym yang sangat...well,archaic heheh, yakni:


Pengiran Andika Harimau Berantai - vokal, gitar, keyboard, sampling
Panglima Demang Bersiong - vokal, dram

dan dibantu oleh beberapa sessionist yang juga menggunakan pseudonym yang archaic iaitu:
Laksamana Merah Aduka Sila - bass
Daeng Setanggi - gitar utama, bass
Raden Wijaya - bass
Adukasuria - gitar utama

EP Kebangkitan Nusantara menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai simbol kebanggaan roots mereka sebagai orang Melayu. Terdapat 8 tracks dalam EP ini iaitu:


Perarakan Masuk
Srivijaya
Kebangkitan Nusantara
Rajawali
Semangat Kepahlawanan Silam
Pertempuran Gelap (Demi Kehormatan Senggaramasin)
Darah Musuh Di Mata Sundang Ku
Perarakan Keluar

Trek pertama dan terakhir merupakan intro dan outro, manakala Semangat Kepahlawanan Silam adalah interlude.

Sememangnya kesemua lagu-lagu dalam EP ini adalah berbentuk menyeru semangat patriotik dan cintakan tanah air, dan juga berbau National Romanticism. Yes, ia berbau Folk Metal juga sedikit-sebanyak. Lagu-lagu dalam EP ni memang boleh dilayan, tapi versi yang gua dapat ni adalah versi untuk local release, bukan dari October Mist atau Hellhouse Productions. Takde apa penambahan yang ketara kecuali terhadap dua lagu iaitu Kebangkitan Nusantara dan Darah Musuh Di Mata Sundang Ku yang arrangementnya diperkemaskan dengan bunyian keyboard dan gamelan. Baru boleh layan!

Lagu-lagu dalam EP ni moodnya pelbagai dari yang mid-tempo sehinggalah yang ribut menggila dengan blastbeat dan solo gitar  yang bergulung-gulung. Cuma bagi gua ada beberapa kekurangan bagi gua yang perlu diperbaiki. Pertama sekali adalah production quality, yang agak mendap sedikit. Guitar buzzing seperti nyamuk dan bagi gua sebagai seorang yang sukakan production yang bersih (tetapi bukan overproduced) agak turn off juga dengan buzzing sebegini. Drummer memang superb dengan stroke yang bad ass dan pelbagai. Namun production kualiti sekali menghampakan, barangkali miking semasa drum recording tak cukup bervariasi, menjadikan bunyi hi-hat agak tenggelam. Namun begitu nasib baik bunyi bass drum agak clear jadi ia menyerlahkan ability Panglima Demang Bersiong (what a name +____+ - ed). Bass dimainkan oleh sessionist, tiada apa yang menarik sangat kerana dalam mix ia seperti direndahkan dan kurang variety yakni hanya replicate permainan gitar. Vokal adalah so-so sahaja dengan vokal yang menderam (snarling?) tetapi ada juga terkucil sedikit-sedikit. Lagi satu production kualiti dari lagu ke lagu juga gua dapati berbeza-beza (barangkali tidak rekod dalam satu session yang sama), malang sekali EP ini mungkin boleh score lagi tinggi sekiranya kecuaian ini dielakkan. TETAPI, all hope is not lost sebenarnya, pada gua kekuatan EP ini bukan terdapat sekadar kepada muzik, tetapi juga dari segi lirik. Penulisan lirik yang mudah tetapi pada gua mampu menusuk dan membangkitkan semangat. Lirik boleh didapati di Myspace Singhasari. Satu yang gua syak (baragkali gua salah), adalah adakah intro, interlude dan outro itu adalah permainan mereka sendiri atau disampel dari mana-mana? Kalau disampel adalah perlu untuk dinyatakan sumbernya.

Macam biasa gua akan memilih lagu-lagu yang menarik:

Kebangkitan Nusantara - Lagu ni menarik sebab ada bunyian gamelan (tak pasti dari patch effects atau gamelan sebenar). Ada bahagian yang sedikit lari temponya. Lagu ni ada menyelitkan blastbeat dan juga sedikit vokal ala koir. Tidak berapa mantap koirnya tetapi percubaan yang bagus nonetheless. Solo guitar berdesing macam nyamuk, kalau tidak sudah perfect!

Rajawali - Ikon yang sinonim dengan Nusantara. Lagu ini memang chaotic dipermulaan, dan ada sedikit unsur thrash. Drummer memang menggila dalam lagu ni. Syabas! Tapi alamak, ada lagi bunyi gitar yang buzzing di bahagian yang ada bunyi ambient burung dan air. Apa pun, lagu ini memang ribut!

Darah Musuh Di Mata Sundang Ku - Lagu yang paling gua enjoy. Selain penuh dengan rasa marah dan dendam, ia juga seperti anthem untuk turun ke medan pertempuran dan mengamuk! Paling terkesan sekali adalah apabila si vokalis mengalunkan line-line berikut "Pancunglah kepala mereka, Jadikan azimat perang, Bakarkan perkampungan mereka, Jangan biarkan sesiapa terlepas!!". Whoa brother, jangan main-main! Pretty much macam Berserkir yang mengamuk di medan perang iya?Heh. Gua puji penggunaan gamelan (barangkali patch effects dari keyboard) yang turut sama menggila sebelum solo gitar masuk. Terasa meremang pula bila bunyi gamelan tu seolah-olah invoke rasa amuk dalam diri. Gua mesti memuji solo gitar dalam lagu ni. Sangat bad ass dan kejam bergulung-gulung!

Gua recommend kalau lu orang sedang mencari-cari alternatif Eastern Metal (Singhasari menegaskan mereka bermain Pagan/Folk Metal) yang mahu lari dari tema hantu setan momok dan bomoh, barangkali Singhasari adalah pilihan yang bagus. Namun ini pesanan dari gua untuk mereka, tolong perbaiki mutu produksi dan jangan berhenti sampai di sini sahaja! Singhasari bakal mengeluarkan release terbaru yang dipanggil Hikayat dari Hujung Timur Selatan. Kurang pasti ia demo ke Ep ke apa.

Pros:
- Idea yang fresh: yakni National Romanticism dan patriotism.
- Permainan instrument yang okay; terutamanya drummer yang mempunyai stroke yang bervariasi. Begitu juga dengan permainan keyboard yang banyak fill in kekosongan walaupun hanya dengan bunyian yang minima.
- Artwork cover yang bad ass. Tak lupa juga EP ini berbentuk sedikit education. Mereka patut consider untuk menyertakan fakta-fakta berkaitan sejarah nusantara nanti. Untuk Singhasari, sila rujuk band Nile bagaimana mereka menyertakan lengthy explaination untuk setiap lagu. Ya Singhasari ada buat juga tapi di Myspace mereka.

Cons:
- Production kualiti yang poor.Gitar buzzing, drum ada certain part kurang jelas. Bahagian keyboard ada yang off beat.
- Intro,interlude dan outro masih lagi menjadi misteri. Adakah ianya mainan sendiri atau disampel? (update: Ia disampel dari pemuzik diraja Selangor)

Rating: 6/10

Singhasari adalah band metal yang ada potensi untuk diketengahkan. Kebangkitan Nusantara versi tempatan adakan diterbitkan tidak lama lagi. Kalau tak sabar boleh dapatkan melaui October's Mist (boleh check di sidebar DtE) atau Hellhouse Productions. NUSANTARA RAYA! Singhasari boleh dicapai di sini.


Dimmu Borgir - Abrahadabra (2010)

Tarikh 22 September 2010 menjadi tarikh bagi mereka yang menanti lahirnya album terbaru dari Dimmu Borgir. Sebuah band yang menuju kejayaan dipersada mainstream apabila album2 mereka meletup diserata dunia. Walaupun mendapat banyak kritikan dari peminat era lama mereka namun Dimmu Borgir tidak kembali menoleh kebelakang. Abrahadabra yg membawa maksud "I Will Create As I Speak" (agak kontraversi tajuk ini sebenarnya) ini juga menjadi penantian setelah "In Sorte Diaboli" menemui peminat sekitar 2007.


Untuk album terbaru bertajuk Abrahadabra ini Dimmu Borgir terpaksa menggunakan beberapa orang sessionist bagi menggalas tugasan dibahagian bass, keyboard dan drum. Ini merupakan satu cabaran bagi Silenoz, Galder dan Syagrath dalam mempertahankan takhta mereka dalam menerajui persada Black Metal seluruh dunia setelah pengunduran Mustis (Keyboard) dan Vortex (Bass).

Terdapat beberapa sessionist yang terlibat didalam album ini. Antaranya ialah  Agnete Maria Forfang Kjølsrud, Kristoffer Rygg dari Ulver, Ricky Black dari Chrome Division, Andy Sneap, Gerlioz dan juga penglibatan The Norwegian Radio Orchestra yang di conduct oleh Gaute Storaas dan koir oleh The Schola Cantorum Choir.

Abrahadabra boleh didefinisikan sebagai sebuah album yang agak teliti. Melibatkan beberapa negara sepanjang proses rakaman. Album ini telah dirakam di Sweden untuk track vocal dan drum manakala track gitar, bass dan keyboard dirakam di Norway. Proses mixing dan mastering pula dijalankan oleh Andy Sneap dan Dimmu Borgir sendiri manakala proses mastering dilakukan oleh Russ Russell serta Dimmu Borgir sekali lagi turut terlibat dalam proses ini. Kedua2 proses mixing dan mastering ini dilakukan di England. Keseluruhan tempoh masa rakaman adalah selama 11 bulan.

Cover artwork oleh Joachim Luetke

Jika dilihat, Abrahadabra rilis dalam pelbagai versi dan setiap versi pula mengandungi track yang berbeza2 namun terdapat 10 track rasmi untuk album ini.

1 - Xibir
2 - Born Treacherous
3 - Gateways
4 - Chess With The Abyss
5 - Dimmu Borgir
6 - Ritualist
7 - The Demiurge Molecule
8 - A Jewel Traced Through Coal
9 - Renewal
10 - Endings And Continuations

Untuk versi2 lain seperi digipack, vinyl, i-tune version dan versi2 lain terdapat beberapa bonus track (berbeza mengikut format produk) seperti Gateways (Orchestral Version), The Demiurge Molecule (Orchestral Version), Dimmu Borgir (Orchestral Version), Perfect Strangers (Deep Purple Cover) dan D.M.D.R. (Dead Men Don't Rape) (GGFH Cover).

Sebelum rilisnya ini Dimmu Borgir telah meriliskan sebuah single bertajuk "Gateway" dimana bersama single ini juga terdapat video klip yang mana juga ianya melibatkan Agnete Maria Forfang Kjølsrud yang menyumbangkan suara serta karektor yang agak jahat didalam video klip ini. Untuk pengetahuan anda, Dimmu Borgir telah mengundang Andy Sneap (Gitarist dari band lagenda Sabbat) untuk menyumbangkan solo untuk lagu ini. Andy Sneap juga menyumbangkan 1 lagi solo untuk track bertajuk "Renewal".





Video klip "Gateway" yang rilis pada 14 September


Abrahadabra turut menggunakan elemen orkestra, sama seperti beberapa album terdahulu seperti Puritanical Euphoric Misanthropia (2001) yang menggunakan The Gothenburg Opera Orchestra dan elemen ini berterusan jika tidak pada keseluruhan album pasti terdapat satu atau dua lagu yang menggunakan elemen orkestra ini pada setiap album. Untuk album terbaru ini Dimmu Borgir menggunakan khidmat The Norwegian Radio Orchestra dan untuk bahagian koir pula Dimmu Borgir menggunakan khidmat The Schola Cantorum Choir. Single "Gateway" menjadi pilihan untuk album ini dan kombinasi orkestra dan irama black metal Dimmu Borgir kedengaran mampu menandingi lagu2 lama seperti Progenies Of The Great Apocalypse dan The Serpentine Offering.

Berbalik kepada track2 didalam album ini ternyata single utama iaitu Gateway merupakan track yang paling menonjol jika dibandingkan dengan track2 yang lain. Namun track kedua bertajuk "Born Treacherous", "The Demiurge Molecule" dan "Renewal" yang juga agak menarik. Gua sebenarnya agak tertarik dengan bonus track yang juga lagu cover dari Deep Purple bertajuk Perfect Stranger yang dibawa dan disusun semula mengikut perisa Dimmu Borgir. Satu olahan menarik dan paduan vocal dari Syagrath dan Snowy Shaw untuk clean vocal tetapi lenggok nyanyian Snowy Shaw menjadikan lagu ini unik. Jangan pula anda mengharapkan terdapat unsur grind atau attack drum menggila dalam lagu ini kerana mood nya moderate sahaja.

Dari segi produksi dan kualiti rakaman, tidak dapat disangkal lagi album ini ternyata mempunyai kekuatan tersendiri. sama seperti album2 terdahulu. manakala dari segi bunyi untuk setiap lagu, pada gua yg mengemari tone dan cara permainan Nicholas Barker (bekas pemain drum Dimmu Borgir) album ini jelas lari dari beat2 dan stroke trademark Nicholas dan tiada hentakan padel selaju Hellhammer (terlibat untuk album In Sorte Diaboli). Namun grind beat dari instrument drum pada track terakhir "Endings And Continuations" agak mengejutkan!!! Untuk rakaman album ini, sessionist yang digunakan untuk posisi drum ialah Daray. Manakala posisi bass pula digalas oleh Snowy Shaw.

Rasakan aura gabungan dua genre berlainan iaitu orkestra dan black metal yang menghasilkan irama symphonic, epik dan pasti anda akan terasa akan gegaran sebenar seni music tanpa batasan ini.

Sebarang berita terkini berkenaan Dimmu Borgir boleh dicapai melalui laman web rasmi mereka atau melalui laman myspace dan facebook mereka.


Official Dimmu Borgir's Homepage
Myspace
Facebook

Swallow the Sun - Hope (2007) : Dalam kehampaan ada harapan!

Peminat doom metal! Band ni mesti berada dalam senarai perhatian lu orang. Band yang bernama Swallow the Sun, berasal dari Finland ini tak habis-habis menghasilkan releases yang semuanya hebat-hebat belaka. Membawakan doom metal berperisa modern yakni melodic doom/death; riffing gitar yang crushing, melodi kibod yang berhantu, tempo yang kadang-kadang sangat slow tetapi tiba-tiba meletus dengan hentaman pedal berkembar, vokal works yang sangat throaty disusuli dengan clean vokal yang melodic dan jalinan tema yang berkisar tentang kematian, kehampaan, kisah horror, maka lu orang akan dapat Swallow the Sun. Dibarisi oleh:

Mikko Kotamäki - vocals
Juha Raivio - guitar
Markus Jämsen - guitar
Aleksi Munter - keyboards
Matti Honkonen - bass guitar
Kai Hahto - drums

Kai Hahto  (ex Rotten Sound, Wintersun) baru saja menyertai rank StS menjelang album terbaru mereka yakni New Moon (eh macam nama sequel Twilight ya dok - ed) menggantikan Pasi Pasanen yang mengundur diri disebabkan lack of motivation. Kemasukan Hahto menguatkan lagi StS dan memberi dimensi baru kepada sound StS, yang lebih padat, berat dan darker. Contohnya dalam album New Moon dah ada blastbeat yang jahat tonenya. Thanks kepada Kai Hahto yang pernah berkhidmat dengan unit Grindcore hebat Rotten Sound, kali ni dia bawak intensity grindcore ke StS pulak. Manakala vokalis Mikko Kotamaki pulak sekarang bukan setakat employ low growl dan clean vokal (yang tentunya merdu lol),malah dah include skali black metal shriek.

Anyway, Swallow the Sun bermula pada tahun 2000. Line up mereka ni asalnya berasal dari line up band-band lain di Finland seperti Empyrean Bane (melo black metal), Plutonium Orange (stoner metal), Funeris Nocturnum (melo black metal) dan banyak lagi. Pada gua setiap release oleh mereka adalah wajib didengari dan susah bagi gua nak cakap mana album yang terbaik! Setakat ni diorang dah mempunyai 4 full length dan 1 EP dengan New Moon diterbitkan pada penghujung 2009. Favourite gua? Semua kecuali Ghost of Loss (sebab gua tak dengar lagi) dan Plague of Butterflies (sebab panjang sangat, 1 lagu 35 minit!).

Gua sebenarnya tak tau nak highlight album yang mana satu. Tapi gua pilih Hope ah sebab ni album diorang yang pertama gua dengar. Album ketiga mereka ini diterbitkan oleh Spinefarm Records pada 2007 dengan line up yang berikut:

Era The Morning Never Came
Mikko Kotamäki - Vokal
Juha Raivio - Gitar
Markus Jämsen - Gitar
Matti Honkonen - Bass
Aleksi Munter - Keyboard
Pasi Pasanen - Dram

8 tracks dihidangkan dalam Hope (9 tracks kalau digipak limited edition) yakni:


  Hope
  These Hours of Despair   
  The Justice of Suffering   
  Don't Fall Asleep (Horror Pt. 2)   
  Too Cold for Tears   
  The Empty Skies   
  No Light, No Hope   
  Doomed to Walk the Earth   
  These Low Lands (Timo Rautiainen & Trio Niskalaukaus cover) [hanya dalam limited edition]

Mendengar Swallow the Sun sebenarnya mengingatkan gua kepada My Dying Bride di era As The Flower Withers. Death Metal yang berat, lembap, crushing tetapi melankolik. In case lu orang tak tau, ini adalah amalgamation Death + Doom Metal aka Death/Doom. Sebenarnya ada juga kedapatan style early Paradise Lost dan Anathema, gua rasa. Tetapi StS lebih melodik gua rasa, dengan nyanyian yang lebih syahdu (betol ni gua tak tipu!-ed) dan melankolik. Buat yang kurang familiar dengan death/doom, genre ni overlapped dengan Doom dan Death Metal (hence the name) jadi ada ketika lagu-lagu jenis ini akan jadi sangat slow (ke tahap Funeral Doom Metal) dan boleh jadi kemudiannya burst ke tempo yang laju seperti Death Metal dengan hentaman twin pedal dan dalam sesetengah kes,dengan blastbeat (boleh refer ke lagu Lights on the Lake [horror part III] dalam album mereka New Moon). Anyway kita tengok 5 lagu terbaik daripada album Hope:

Hope - Opening track untuk album ni. Lagu ini beautiful tetapi painful. Clean vocal lagu ini memang gah (dengan gaya yang crooning), begitu juga dengan growl yang begitu monstrous sekali. Pembuka yang mantap. Iya lagu ni sebenarnya cerita pasal apa ya? Putus harapan kot.

These Hours of Despair - Barangkali lagu paling brutal dan laju dalam album ni. Permulaan lagu aje dah dimulakan dengan dentuman twin pedal yang rapid fire. Lagu ini menyerlahkan side Death Metal mereka yang kental. Vocal yang separa berbisik menjadikan lagu ini lebih layan. Kredit juga mesti diberikan kepada keyboard yang mewarnai lagu yang serba kental ni.

The Justice of Suffering - Vokalis Katatonia Jonas Renkse(Doom/Death Metal dari Sweden) membuat penampilan dalam lagu ni dengan menyumbangkan clean vokal beliau. Berlemak sekali. Disebalik growling Miko Kotamaki yang macam badak yang tengah beranak, vokal Renkse mewarnai lagu yang depressive ni dengan clean vokal yang umph!

Official video Don't Fall Asleep. Siapa sebenarnya perempuan tu?

Don't Fall Asleep (Horror part II) - Sequel kepada Swallow (Part I) dari album The Morning Never Came. Merupakan lagu kegemaran gua dari album ni. Sekali lagi crooning vocal dan growling Miko Kotamaki tetap menjadi dalam lagu ni. Dan bila masuk part yang semuanya jadi heavy nak mampos (dan disertakan dengan twin pedal) keadaan jadi sangat doom-ish dan horror. Sekali lagi keyboard memainkan peranan penting dalam lagu ni. Somehow lagu ni invoke perasaan desolate dan claustrophobic.

These Low Lands - Hanya terdapat dalam versi digipak. Lagu cover yang menarik! Hampir faithful kepada versi asal Timo Rautiainen & Trio Niskalaukaus kecuali dengan suara yang..macam badak tengah beranak heheh. Miko Kotamaki can actually sing. Lagu ni menyerlahkan kebolehan beliau menyanyi dengan suara yang..err lunak.

Pros:
- Hope adalah sebuah perjalanan emosi dan perasaan tentang kegagalan hidup. Dan Swallow the Sun berjaya mebawa essence tersebut
- Vokal Miko Kotamaki adalah highlight album ni dan juga keyboard works oleh Aleksi Munter.
- Bukan Death/Doom yang bosan.

Official video Doomed To Walk the Earth. Agak disturbing dan creepy

Cons:
- Sebuah full length dengan total playing selama 63:37 adalah...agak dragging terutama bagi yang tidak biasa dengan genre doom yang sememangnya panjang-panjang lagunya.

Rating:
8/10

Swallow the Sun adalah generasi baru Doom/Death yang ada potensi dan mempunyai pakej yang bagus. Setiap releases mereka boleh dilayan dan worth for listening. Release yang terbaru New Moon menampakkan kematangan dengan kemasukan unsur-unsur black metal (musically) dan lebih dark.Swallow the Sun boleh di capai di sini dan sini.

Kredit:
- Google
- Youtube


For My Pain - Tertundanya kegemilangan gothic rock buatan Finland

Bertemu lagi dalam penulisan kali ini.. dan kali ini gua ingin berkongsi pengetahuan dgn anda semua berkenaan sebuah band gothic rock/metal dari Finland. Ermm bila sebut saja gothic, bagi yg baru dengar, pakai celak, kuku hitam, kasut berheel 7 inci, pasti bila sebut saja gothic anda akan tau HIM, HIM, HIM.. xde lain selain HIM.. hahaha.. ok, sebenarnya banyak band2 terdahulu yang memperjuangkan genre gothic rock mahupun gothic metal. Antaranya Entwine (era awal yang penuh dgn aura gothic rock yg kuat), To Die For serta band yg gua ingin ketengahkan kali ini iaitu For My Pain.


For My Pain dibarisi oleh Juha Kylmänen selaku vocalist utama, Olli-Pekka Törrö dan Lauri Tuohimaa di posisi gitar, Altti Veteläinen menggalas tugas sebagai pemain bass, Tuomas Holopainen (sapa x kenal mamat ni jgn kata anda peminat Nightwish ok!!!) manakala drummer pula Petri Sankala.

Jika dikaji sejarah penubuhan band ini, For My Pain ditubuhkan sekitar 1999 di Oulu, Finland oleh Altti Veteläinen (bass) dan Petri Sankala (drum). Mereka berdua merupakan line up kepada band Eternal Tears of Sorrow. Idea penubuhan For My Pain muncul apabila mereka berdua ini ingin menubuhkan sebuah lagi band berirama gothic. Setelah bersepakat mereka menjemput 2orang kawan mereka iaitu Tuomas Holopainen (Nightwish) dan Lauri Tuohimaa (Charon/Embraze/Maple Cross) untuk mengisi bahagian keyboard dan gitar kedua. Namun oleh kerana kesibukan bersama band masing2, idea dan penulisan material terpaksa ditangguh buat sementara waktu.

Pada tahun berikutnya iaitu 2000, Altti Veteläinen dan Petri Sankala mula serius dengan progres For My Pain. Keadaan ini bersesuain kerana pada ketika itu Eternal Tears of Sorrow mempunyai masalah dalaman band dan hampir menemui keretakan yg boleh mengakibatkan perpecahan. Begitu juga dengan band pemain keyboard mereka Tuomas Holopainen iaitu Nightwish dimana Nightwish terpaksa memberi ruang kepada penyanyi mereka iaitu Tarja Turunen yang masih didalam pengajian di German. Formasi For My Pain tampak tidak mantap tanpa seorang lagi pemain gitar lantas Altti Veteläinen dan Petri Sankala menjemput rakan lama mereka yang pernah menganggotai Eternal Tears of Sorrow iaitu Olli-Pekka Törrö untuk menyertai mereka. Bagi mengisi posisi dibahagian nyanyian, mereka turut menjemput kenalan mereka dari kumpulan Reflexion iaitu Juha Kylmänen.

Dengan membawa genre gothic rock/metal, band ini telah meriliskan sebuah album penuh dan juga sebuah mini album (EP). Album penuh pertama bertajuk Fallen rilis pada 2003 dengan memuatkan 10 buah lagu.

album artwork oleh Travis Smith (www.seempieces.com)

Tracklist : 
1 - My Wound is Deeper Than Yours
2 - Dancer in the Dark
3 - Queen Misery
4 - Sea of Emotions
5 - Rapture of Lust
6 - Broken Days
7 - Dear Carniwhore
8 - Bed of Dead Leaves
9 - Autumn Harmony
10 - Tomorrow is a Closed Gate (Dead For So Long)

Album ini pada asalnya telah bermula penulisan lagu2 nya pada 2000 namun setahun kemudian baru lah mereka mula menjejakkan kaki ke studio rakaman dan studio Tico-Tico(Finland) telah dipilih sebagai tempat yang bakal menjadi detik permulaan For My Pain. Album ini dirakam oleh Ahti Kortelainen. Tahun berikutnya proses mixing dilakukan disebuah lagi studio iaitu Finnvox Studio. Proses mixing dilakukan oleh Mikko Karmila sentuhan terakhir untuk mastering di sudahkan oleh Mika Jussila.

 Killing Romance (2004)

Pada tahun berikutnya For My Pain sekali lagi memberikan buah tangan terbaru kepada peminat dengan lahirnya single bertajuk Killing Romance dimana terdapat 3 buah lagu iaitu Killing Romance, Joutsenlaulu (Yö cover) dan sebuah lagu yg sepatutnya terdapat didalam album pertama mereka iaitu Too Sad To Live. Sepatutnya mereka meriliskan album kedua namun kerana kesibukan line up bersama band masing2, For My Pain terpaksa menunda tarikh rilisnya album kedua mereka. Penundaan ini berlarutan dan mengambil masa yang lama, namun sekitar 2007 For My Pain ada mengumumkan akan meriliskan album terbaru namun pengumuman itu tidak dapat direalisasikan kerana jadual yang padat antara setiap line up bersama band masing2.

Oleh kerana tahap kesibukan dengan band masing2 For My Pain mengumumkan untuk "berehat sejenak" dan tidak menyatakan bila akan muncul semula. Bersama kenyataan ini juga For My Pain turut memohon maaf kepada peminat2 yang menanti hasil rakaman album penuh mereka yang kedua.

Adakah For My Pain bakal kembali dengan menggegarkan persada music gothic rock/metal yang sekarang didominasi generasi baru? Sama2 kita nantikan...








For My Pain boleh di capai laman myspace mereka dibawah ini :
For My Pain

Turtle Jr - Bintang Mati (2008)

Orait.. sebelom gua menulis gua nk minta maaf kerana tidak dapat menulis utk DtE kira2 3minggu jugaklah kerana gua terpaksa pulang ke utara kerana bertukar kerja. Dan e-zine ini terpaksa dikendalikan secara berseorangan oleh rakan gua A is for Anomaly. Ok, kali ini gua ingin memperkenalkan 1 lagi band dari tanah seberang (Indonesia) yang membawa genre Punk yang bercampur baur Hardcore serta sedikit perasa Crusty.. Band yg gua maksudkan ialah Turtle Jr.

Turtle Jr - Adi - Vocals, Badick - Guitars, Boodfuck - Bass, Boentar - Drums

Berikut pula andalah rilisan2 yang dihasilkan mereka.


Berbalik kepada rilisan ke4 mereka iaitu Bintang Mati, ianya antara rilisan yg terbaek pernah gua dengar dengan rakaman yg profesional dimana kesemua instrument jelas kedengaran mengenepikan sound raw seperti diawal kemunculan mereka dahulu. 

Bintang Mati (2008)

Tracklist :

1. Bakar Bendera
2. Bebaskan
3. Smash Goverment
4. War Is Hell
5. Crash Out
6. Fucking Money
7. Gila
8. Love Dead
9. Senioritas
10. Bintang Mati

Jika dilihat pada tajuk lagu pasti anda dapat menggambarkan betapa "rebel" nya Turtle Jr, apatah lagi jika menghayati liriknya. Lagu pertama sahaja sudah cukup membuatkan anda terasa aura Punk yang mengalir ditubuh line up band ini. Namun begitu rata2 lagu didalam album ini berdurasi 1 ke 2 minit sahaja malah track pertama "Bakar Bendera" hanya berdurasi 58 saat. Ia nya bersesuaian dengan konsep music sebegini yang straight forward serta tidak menunjuk2.

Dari segi music pula album ini bukanlah sebuah album punk yg melulu kerana terdapat lagu2 yang disertakan solo pada lagu2 nya. Walaupun agak simple namun solo2 yang dihasilkan mereka sekali lagi bertepatan dengan konsep keseluruhan band ini. 



Bakar Bendera (Feat Tekuy Errorbrain and Ebby Kontrasosial)

Ok, kepada mat punk diluar sana yang mahukan music agresif dan muak dgn Exploited barangkali, gua sarankan cuba lah garapan dari Turtle Jr.

Anda boleh mengenali mereka melalui laman myspace mereka dibawah ini..

Kredit :
- Imej dari myspace Turtle Jr
- Video dr Youtube

 

So Nyeo Shi Dae in Korean Pop Night Concert 2010

Girls' Generation South East Asia fans, get ready! So Nyeo Shi Dae is coming down to Singapore this Saturday for Korean Pop Night Concert 2010! Think you still have time to prepare? Hell yeah. Pack up your bag, get your passport ready and head to Singapore this weekend!


I know this is such a last minute notice, but it's better late than never! Any questions can be submitted to the K Pop Night Concert official Facebook.

Marduk LIVE in Singapore Dec 2010

Swedish War Black Metal panzer unit, Marduk is coming down to South East Asia this December! Metalheads, it's time for Blood, War, Death! Details can be referred to flyer below.


Any query please refer to Cynical Sounds official Facebook or Myspace.

As of 20 October, no opening bands are announced yet. Stay tuned.

Upcoming Release: As Sahar - Phenomistik re-release 2010

Minta maaf lama tak update. Apparently gua dan Contramen masih lagi terkial-kial nak biasakan diri di tempat baru dan masing-masing takde sambungan Internet di rumah baru. Ini menjelaskan kenapa takde update sangat. Anyway just a short update.


Eastern Black Metal king, the mighty As Sahar is going to re-release their debut Phenomistik this December 2010 in digipak format.Phenomistik will be released in limited 500 copies. Pre order now before 1st December and your CD will be included with A3 sized As Sahar poster with 2pc As Sahar water proof sticker. This however, limited to only first 200 orders. Better make a move now!

RM 30 at stores
RM 35 via mail 

Please contact these distributors to get your Phenomistik CD or for more information:

Blackwinds Production, Singapore (Hanael) - +65 9015 1762
RDL Distro and Records Malaysia/Singapore (Reymond Dark Legend) - +6012 7814198
Nebiula Heavy Metal Shop, Malaysia (Jaei) - +6013 2193383
Necropapic Elite Productions, Malaysia (Farid) - +6012 3781349
Eastern Voice Productions, Sarawak, Malaysia (Osman) - +6016 8765462
Abyss Inc Productions, Sabah, Malaysia (Maxx Bruno) - +6017 2976685
Suria 666 Distro, Johor, Malaysia (Isa Gonddrong) - +6019 7661202
Inokii Heavy Metal Shop Singapore
Infernal Kaos Productions, South Korea, click here or here

To pre-order (before 1st December 2010):
text to 012 7814198, indicate your full name, complete address, and item you wish to order. Bank-in RM 30 (additional RM 5 if order through mail) to Maybank Account 1013 1101 0639  (Zulkifli Bin Abdul Rahman)

 Additionally if you have any query regarding the release feel free to drop questions to RDL at Facebook

I am also informed that Wan Barchiel of As Sahar is also selling the CD.

Long Live Eastern Black Metal regime!

All informations are taken from RDL Facebook.

Attack Attack! - Someday Came Suddenly: It's So Bad It's Good lol

What's kicking, readers? I just got back from the office and I feel like to write something down.

So I've been listening to Attack Attack!'s first full length; Someday Came Suddenly for the last 3 days. I thought of giving a chance since I rarely listens to Metalcore (not that I have anything against them-ed), so yeah I give it a try. 'Sides I'm dying to know what's the big deal with Crabcore (AA! is labelled as Crabcore, that is just...funny-ed). Yeah yeah I know Crabcore dah basi, but come on, the Crabcore body posture is hilarious,fucking hilarious!

So anyway Someday Came Suddenly was released by Rise Records in 2008 with the following line up:
Austin Carlile - lead vocals
Johnny Franck - clean vocals, rhythm guitar
Andrew Whiting - lead guitar
John Holgado - bass guitar
Andrew Wetzel - drums, percussion
Caleb Shomo - synthesizers, keyboards, vocals

However Carlile left AA! and replaced by Nick Barham. Thing didn't look good and Barham left and Shomo stepped in as vocalist while retaining his position as keyboardist. The vocalist in the Stick Stickly video is Nick Barham. He just lip snyced to Austin Carlile vocals. Shishh, that Barham is no good anyway tsk tsk.


Hot Grills and High Tops
Stick Stickly
Bro, Ashley's Here
Shred, White, and Blue
Party Foul
What Happens If I Can't Check My MySpace When We Get There?
Interlude
The People's Elbow
Kickin' Wing, Animal Doctor
Dr. Shavargo, Pt. 3
Catfish Soup
Outro

12 tracks with some of them appeared in the EP If Guns Are Outlawed, Can We Use Swords?. Basically AA! is playing Metalcore with hints of electronica. Yeap, you heard me. Don't expect some tough guy image ala Hatebreed or..Winds of Plague. But worry not, they still have breakdown parts and some of your favorite metalcore clean vocals hahah. So what makes them a little bit different from other generic Metalcore bands out there? I must say its their electronica parts and auto-tune vocals. But hold it right there! I said different, and that doesn't mean being different is good. Let me put it this way. IT'S SO BAD THAT IT'S GOOD. Fuck, I hate the dance/electronica part, and I even hate the auto tune vocals more. Not to mention the random breakdown parts. Like, is it really necessary to go breakdown for every 2 minutes?

I picked 5 songs to review:

Hot Grills and High Tops - Someday Came Suddenly starts with Hot Grills and High Tops. Listening to it for the first time reminds me of Albuquerque's crunkcore unit, Brokencyde. Nothing really outstanding, just some generic dance beat, with some toasting and screaming (which really sounded like Brokencyde). Well, not really impressive.


Stick Stickly - Probably the most outstanding track of the album. Yes, I hate the crabcore posture, I even hate their video. What's making the video worse is, the sudden techno/electronica part, breakdown parts strewn all over the song.and the auto tune vocals..ahh it's so annoying! But then I listened to it 3 or 4 times and I got hooked hahah. It's stupid,it's bad but it's so good cause it's so infectious. I still hate the horrible auto tuned vocals. Even Mishka the singing dog can sing better than that! But still, Stick Stickly is probably the catchiest song of the album..and did I tell you the lyrics ..uhh revolve around Christianity? Whatever.

Party Foul - Another generic metalcore song. The keyboard in this track reminds me of The Padang's No Mercy. Resembles much? You decide. Oh hey no auto tuned vocals!

Interlude - I don't know why Caleb Shomo included the track from his side project. Seriously it's just a waste. Probably he just throw in whatever he can get. What do you think?

Outro - An instrumental piano piece. Surprisingly it's good. Yes, I mean it in a good way.

Pros:
-Production wise, the recording quality is good. Every instruments are audible.
- The element of surprise, for example the techno part on the second track. But it's either you loe it or hate it.

Cons:
-Does not really stand out from other generic Metalcore. Bland.
-The auto tune vocals suck real bad. A huge turn off of the album. Should've not include it in the album.
-Unispiring song structures, I tend to skipped each song whenever they hit 1 minute of playing.
-The gimmick Crabcore does not really help it either.

Rating: 4/10

Attack Attack! can be contacted here.

Credits:
-Wikipedia (photos)
-Attack Attack! official website
-Google
-Youtube


Eluveitie - Spirit: Gelombang Baru Folk Metal!

Gua dah lama tak menulis. Sebabnya tiba-tiba sahaja lepas raya jadi sibuk ya amat. Gua dengan berbesar hati mengumumkan gua dan Contramen sedang melalui satu lagi fasa dalam kehidupan iaitu berpindah rumah kahkah! Tu yang sibuk tu. Tadi gua duk sibuk punggah stuff-stuff gua, ternampak lak CD Eluvetie yang dari dulu lagi gua nak review tapi tak tercapai gak. Jadi sementara gua dah punggah keluar semua CD gua, termasuk yang baru sampai dari Norway minggu lepas hihihi, baik gua review album Spirit, yang pada gua yang terbaik dan menjadikan gua gila Eluveitie sampai sekarang. Sebelum tu mari cuci mata dengan stuff yang baru sampai dari Norway minggu lepas....


Amacam? Burzum - Belus yeaghhhhhhhhhhhh!

Baiklah, gua tak nak menyimpang jadi gua teruskan lah dengan review gua. Mari kita dissect album Eluveitie - Spirit.


Terus-terang gua sebenarnya discover Eluveitie dengan tak sengaja. Gua tak pernah pun dengar nama diorang walaupun gua sebenarnya memang peminat band folk metal dan dengan bangganya cakap kat orang gua memang mamat folk. Tapi satu hari masa gua duk surf online gua terjumpa cover album Spirit ni dan automatik gua jadi macam terpesona dengan artwork dia yang....sungguh Celtic. Dude, sapa nak letak gambar kubor jadi cover? Ada beberapa kemungkinan je. Satu, mungkin mereka ni band black metal. Dan dua, mungkin mereka ni obses dengan budaya Celtic. Ok gua pergi dengan second possibility tu sebab, gambar dekat cover tu adalah Celtic burial mound (siapa yang ikut pasal culture Celtic mesti tau) dan satu lagi ada gambar pokok oak kat tepi tu. Oak memang selalu dikaitkan dengan Celtic, lagi-lagi berkaitan Druidism. OK sah diorang ada influence Celtic ni. Gua memang skeptical kalau nak mendengar music ni, sebab kang kalau salah dengar boleh bikin hati bengang.Hahah. Anyway, gua buat sedikit research lah (back then gua masih student dan banyak masa terluang) dan mendapat tau diorang memainkan Folk/ Melodic Death Metal. Satu lagi genre folk metal yang asing pada gua. Sebab, tak pernah lak gua dengar style camni. 

Nevertheless, gua download (but remember, kalau suka, beli yang ORIGINAL!) jugak untuk mengetahui cemana sound Eluvetie ni. Sah. Memang best! Memang ada unsur melo-death ala Gothenburg dan jugak folk (dengan kehadiran alat muzik non-standard seperti uilleann pipes, hurdy gurdy, etc). Bila sebut pasal Gothenburg sound ni gua kurang arif sebab gua bukan kaki melodeath terutamanya bawaan Gothenburg (In Flames, Dark Tranquillity dan At the Gates) jadi gua merujuk kepada kawan-kawan dan didapati Eluveitie ni membawa soud ala Dark Tranquillity zaman awal. Jadi sound Eluveitie boleh disimpulkan sebagai = Dark Tranquillity yang dimainkan oleh sekumpulan peminat muzik folk. Boleh ke camtu? Hahahah. Tetapi adalah jelas Eluveitie tergolong dalam movement New Wave of Folk Metal yang sekarang semakin berkembang di Eropah sana bersama-sama dengan band seangkatan seperti Finntroll, Ensiferum, Folkearth, just to name a few. Kalau di American continent Deathcore yang pegang, di Eropah NWoFM pulak yang berkuasa!

Bagi lu orang mungkin akan tertanya-tanya band folk metal apa tema yang diorang selalu bawak? Sebenarnya tema dalam music folk metal adalah meluas. Ada yang cerita pasal mitos, sejarah, beer (lol!), paganism, party unggun api, memburu, nationalism, patriotism. Jadi Eluveitie jatuh kepada kategori mana? Pada gua mereka banyak menceritakan tentang perang, mitos, sejarah Celtic dan juga unsur-unsur patriotism.

Spirit adalah album debut Eluveitie yang berasal dari Swiss pada 2006 oleh Fear Dark Recs setelah EP Ven keluar pada 2004. Album ni adalah radical departure daripada EP Ven sebab pertukaran line up yang besar-besaran. Bermula pada album Spirit, line up ini kebanyakannya kekal sehingga kini (hanya adik beradik Kirder, Linda Suter dan Sarah Kiener sahaja yang keluar). Line up untuk recording Spirit adalah:

Chrigel Glanzmann - Vocals, Acoustic guitars, Uilleann pipes, Bodhràn, Tin and
low whistles
Ivo Henzi - Guitars
Simeon Koch - Guitars, Vocals
Rafi Kirder - Bass, Vocals
Merlin Sutter - Drums
Meri Tadic - Fiddle, Vocals
Linda Suter - Fiddle, Vocals
Sevan Kirder - Irish flute, Tin whistles, Bagpipes, Vocals
Sarah Kiener - Hurdy Gurdy, Bass-shalm, Crummhorn, Zugerörgeli, Vocals


Chrigel Glanzmann adalah mastermind di sebalik band ini. Bermula dengan sekadar band studio, akhirnya dikembangkan menjadi sebuah band yang real dan tour ke seluruh dunia! Anyway berikut adalah tracklist untuk Spirit:

  1. Spirit
  2. Uis Elveti
  3. Your Gaulish War
  4. Of Fire, Wind & Wisdom
  5. Aidû
  6. The Song of Life
  7. Tegernakô
  8. Siraxta
  9. The Dance of Victory
  10. The Endless Knot
  11. AnDro

 Album Spirit gua adalah versi re-release daripada Twilight Recs pada 2007. Takde apa perubahan sangat, semuanya hampir sama. Anyway pada gua dari opening track Spirit hinggalah ke penutup AnDro semuanya memang membangkitkan semangat untuk headbanging dan at certain times, ada perasaan aneh yang menusuk. Barangkali disebabkan kehadiran instrument tradisional tu yang menyebabkan sedikit lain kot.

Pada gua semua lagu dalam album ni best, tapi macam biasalah di Dissecting the Euphony kami pick the best 5 untuk diulas:

Spirit - Album ni dibuka dengan intro Spirit, yang pada gua antara intro yang paling hebat gua pernah dengar dalam mana-mana album metal (yang lain adalah intro oleh Nokturnal Mortum - Tears of Paganism). Dibuka dengan bunyi hentakan kuda, bunyi api yang marak, askar marching, tangisan bayi.. pendengar akan rasa seolah-olah dibawa ke zaman lampau sebelum fiddle, whistle dan chanting "Imm! Uelor! Uediumi! Gussu! Andedion Uediiiumi Diiuion Risun Artiu.Artiu Mapon Aruerifatin"sebelum meletus dengan dentuman gitar dan drum dan scream dari Chrigel. Whoah memang set the mood lah intro ni! Maaf gua tak dapat the translation untuk chanting tersebut sebab tak tau ditulis oleh siapa. Barangkali diambil dari stone engraving kot sebab kat booklet cakap ia ditulis 2000 tahun lepas. Hoh!

Uis Elveti - Merupakan re-recorded version daripada EP Ven. Dan tentunya sound lebih gempak dan improved! Tapi maaf ah, liriknya masih dalam bahasa Gaul yang telah pupus. Mana diorang dapat jangan tanya, gua pun tak tahu! Tapi kalau lu orang dengar original version Uis Elveti, not bad juga.


Your Gaulish War - Lagu kegemaran gua! Dalam mana-mana release Eluveitie setakat ni pun, takde yang mampu challenge vibe lagu ni! Terus terang gua cakap lagu ni yang buat gua gila dengan Eluveitie! Lagu ni bagi gua paling kuat sekali karakteristik pengaruh melodic death metalnya dari riffing gitarnya skali dengar boleh bikin orang cakap eh ni Dark Tranquillity ke band metalcore ke ni?Kehkeh. Paling menonjol dalam lagu ni adalah tin whistlenya lah. Fuhh gila babi Celtic sungguh! Lagu ni sebenarnya boleh bikin lu orang rasa nak banging and then menari dalam circle! Tune tin whistle adalah daripada Eion Duignan (lu orang kalau berminat dengan Celtic music boleh check out pasal pak cik ni). Lagu ini berkisar tentang penentangan terhadap Rome. Dulu kan puak Helvetii (nama Eluveitie adalah bermaksud aku adalah bangsa Helvetii, peh bangganya dengan roots mereka!) berperang dengan Roman Republic.


Of  Fire, Wind and Wisdom - Tengok tajuk sahaja dah tahu pagan gila ah wei! Intro lagu ni sangat menggila dengan permainan gurdy gurdy oleh Sarah Kiener (dalam MV OFWaW di potray oleh Anna Murphy) sebelum diterjah keras dengan blastbeat oleh Merlin Sutter. Kena tengok MV diorang beb. Gua gerenti lu orang pun sama-sama hayun kepala tengok! Gua tak reti nak ulas lirik lagu ni tapi yang secara generalnya dia berkisar kepada endless knot dan circle of life yang menjadi kepercayaan orang Celtic dahulu kala. Kalau tengok videonya siap ada druid berjalan-jalan merentas hutan dan satu part tu dia dan Chrigel membuat sign Celtic sun, hahah. Pagan! 

AnDro - Penutup kepada album Spirit. Sebenarnya adalah lagu folk Breton (dan accompanied dengan tarian!) tapi Eluveitie membawanya dalam versi folk metal. Well, masih dance-able dan boleh layan dan sebuah penutup yang baik. Buat gua terus memainkan album ni berulang-ulang kali.

 Pros:
- Production yang clean. SEMUA instruments jelas dan kedengaran. Standard untuk produksi melodic death metal.
-Folk instruments sangat oustanding, boleh kata menjadi tunjang kepada Eluveitie!
-Tema yang menarik, at the same time berbentuk pendidikan sejarah hihi.
-Artwork yang sangat cantik dan Celtic. Kalau lu orang perasan beginning dari rilis ni hingga yang terbaru, semua cover album mereka ada unsur-unsur calar-balar. Gua tatau kenapa tapi gua macam suka pulak.

Cons:
-Gitar kurang outstanding. Barangkali sebab banyak sangat instruments nak diketengahkan. Tapi gitar masih mempunyai moment tersendiri, terutamanya di lagu Your Gaulish War.
-Vokal Chrigel sebenarnya biasa-biasa sahaja tetapi ada certain part berbunyi sangat awesome.

Pendek kata debut full length ni memang terbaik dan membuka mata semua pihak. Pada album seterusnya Eluveitie disambar oleh Nuclear Blast dan semakin banyak tour ke sana-sini. Pada gua, pada sesiapa yang baru nak mengenali apa itu Folk Metal, Eluveitie adalah album yang paling sesuai. Dan juga kepada Celtic culture enthusiasts, album ni mungkin boleh melengkapkan journey korang untuk mengenali apa itu budaya Celtic dan music mereka. Oh by the way, nantikan interview gua dengan Chrigel Glanzmann pada masa akan datang.

Rating: 9/10

Eluveitie boleh di capai di sini dan sini.

Foto dan Video credits:
-Youtube, Google & Metal Archives