For My Pain - Tertundanya kegemilangan gothic rock buatan Finland

Bertemu lagi dalam penulisan kali ini.. dan kali ini gua ingin berkongsi pengetahuan dgn anda semua berkenaan sebuah band gothic rock/metal dari Finland. Ermm bila sebut saja gothic, bagi yg baru dengar, pakai celak, kuku hitam, kasut berheel 7 inci, pasti bila sebut saja gothic anda akan tau HIM, HIM, HIM.. xde lain selain HIM.. hahaha.. ok, sebenarnya banyak band2 terdahulu yang memperjuangkan genre gothic rock mahupun gothic metal. Antaranya Entwine (era awal yang penuh dgn aura gothic rock yg kuat), To Die For serta band yg gua ingin ketengahkan kali ini iaitu For My Pain.


For My Pain dibarisi oleh Juha Kylmänen selaku vocalist utama, Olli-Pekka Törrö dan Lauri Tuohimaa di posisi gitar, Altti Veteläinen menggalas tugas sebagai pemain bass, Tuomas Holopainen (sapa x kenal mamat ni jgn kata anda peminat Nightwish ok!!!) manakala drummer pula Petri Sankala.

Jika dikaji sejarah penubuhan band ini, For My Pain ditubuhkan sekitar 1999 di Oulu, Finland oleh Altti Veteläinen (bass) dan Petri Sankala (drum). Mereka berdua merupakan line up kepada band Eternal Tears of Sorrow. Idea penubuhan For My Pain muncul apabila mereka berdua ini ingin menubuhkan sebuah lagi band berirama gothic. Setelah bersepakat mereka menjemput 2orang kawan mereka iaitu Tuomas Holopainen (Nightwish) dan Lauri Tuohimaa (Charon/Embraze/Maple Cross) untuk mengisi bahagian keyboard dan gitar kedua. Namun oleh kerana kesibukan bersama band masing2, idea dan penulisan material terpaksa ditangguh buat sementara waktu.

Pada tahun berikutnya iaitu 2000, Altti Veteläinen dan Petri Sankala mula serius dengan progres For My Pain. Keadaan ini bersesuain kerana pada ketika itu Eternal Tears of Sorrow mempunyai masalah dalaman band dan hampir menemui keretakan yg boleh mengakibatkan perpecahan. Begitu juga dengan band pemain keyboard mereka Tuomas Holopainen iaitu Nightwish dimana Nightwish terpaksa memberi ruang kepada penyanyi mereka iaitu Tarja Turunen yang masih didalam pengajian di German. Formasi For My Pain tampak tidak mantap tanpa seorang lagi pemain gitar lantas Altti Veteläinen dan Petri Sankala menjemput rakan lama mereka yang pernah menganggotai Eternal Tears of Sorrow iaitu Olli-Pekka Törrö untuk menyertai mereka. Bagi mengisi posisi dibahagian nyanyian, mereka turut menjemput kenalan mereka dari kumpulan Reflexion iaitu Juha Kylmänen.

Dengan membawa genre gothic rock/metal, band ini telah meriliskan sebuah album penuh dan juga sebuah mini album (EP). Album penuh pertama bertajuk Fallen rilis pada 2003 dengan memuatkan 10 buah lagu.

album artwork oleh Travis Smith (www.seempieces.com)

Tracklist : 
1 - My Wound is Deeper Than Yours
2 - Dancer in the Dark
3 - Queen Misery
4 - Sea of Emotions
5 - Rapture of Lust
6 - Broken Days
7 - Dear Carniwhore
8 - Bed of Dead Leaves
9 - Autumn Harmony
10 - Tomorrow is a Closed Gate (Dead For So Long)

Album ini pada asalnya telah bermula penulisan lagu2 nya pada 2000 namun setahun kemudian baru lah mereka mula menjejakkan kaki ke studio rakaman dan studio Tico-Tico(Finland) telah dipilih sebagai tempat yang bakal menjadi detik permulaan For My Pain. Album ini dirakam oleh Ahti Kortelainen. Tahun berikutnya proses mixing dilakukan disebuah lagi studio iaitu Finnvox Studio. Proses mixing dilakukan oleh Mikko Karmila sentuhan terakhir untuk mastering di sudahkan oleh Mika Jussila.

 Killing Romance (2004)

Pada tahun berikutnya For My Pain sekali lagi memberikan buah tangan terbaru kepada peminat dengan lahirnya single bertajuk Killing Romance dimana terdapat 3 buah lagu iaitu Killing Romance, Joutsenlaulu (Yö cover) dan sebuah lagu yg sepatutnya terdapat didalam album pertama mereka iaitu Too Sad To Live. Sepatutnya mereka meriliskan album kedua namun kerana kesibukan line up bersama band masing2, For My Pain terpaksa menunda tarikh rilisnya album kedua mereka. Penundaan ini berlarutan dan mengambil masa yang lama, namun sekitar 2007 For My Pain ada mengumumkan akan meriliskan album terbaru namun pengumuman itu tidak dapat direalisasikan kerana jadual yang padat antara setiap line up bersama band masing2.

Oleh kerana tahap kesibukan dengan band masing2 For My Pain mengumumkan untuk "berehat sejenak" dan tidak menyatakan bila akan muncul semula. Bersama kenyataan ini juga For My Pain turut memohon maaf kepada peminat2 yang menanti hasil rakaman album penuh mereka yang kedua.

Adakah For My Pain bakal kembali dengan menggegarkan persada music gothic rock/metal yang sekarang didominasi generasi baru? Sama2 kita nantikan...








For My Pain boleh di capai laman myspace mereka dibawah ini :
For My Pain

0 feedbacks: