Singhasari - Kebangkitan Nusantara: Demi Tanah Air Tercinta!

Genre Eastern Metal barangkali adalah endemik kepada scene Metal Malaysia sahaja (atau paling jauh pun, Singapura). Kalau Eastern Metal diletakkan di family tree untuk genre Metal, most probably akan jatuh ke kategori Folk/Pagan Metal. Seperti Viking Metal yang tentunya eksklusif kepada mereka yang berasal dari kawasan Scandinavia, begitu juga Eastern Metal yang khas hanya untuk Malaysia (ok lah macam tak adil, gua re-phrase, NUSANTARA!). Dan macam yang lu orang tahu, Eastern Metal muncul di Malaysia sekitar 90an (boleh dikatakan sekitar awal 90an hinggan ke zaman millennium) sebelum menyepi (sekarang dah macam ada revival pulak).

Pastinya bila sebut Eastern Metal, nama yang paling sinonim sekali adalah kepada mereka ini; As Sahar dan Langsuyr. Barangkali ada nama yang tertinggal tapi rasanya tu yang paling lekat sekali kot dengan Eastern Metal. Kemudian dah jadi macam satu fenomena pulak band-band di waktu tu bermain Eastern Metal. Kalau diikutkan macam trendy juga tapi ada kebaikannya memeriahkan scene. Antara band-band Eastern Metal yang prominent adalah Tasyim, Cryptic Malediction (ada album mereka menggunakan gamelan dan gendang!), Uprising dan..okay gua tak ingat sangat sebenarnya heheh. Kemudian menjelang millennium Eastern Metal macam dah mati dengan kebanyakan band dah tak aktif, ada yang berpecah terus.

Eastern Metal tak pernah mati sebenarnya. As Sahar masih hidup, malahan sedang dalam proses rakaman album follow up kepada Tir, Langsuyr masih hidup walaupun Batara Guru dah keluar dan album kedua tersangkut, Cryptic Malediction dah bungkus beberapa tahun yang lepas (Philosopher, si gitaris sekarang bermain gambus untuk Space Gambus Experiment, bersama-sama Kamal Sabran dan Batara Guru) dan a handful of new generation bands, seperti Santau, Al Azazhil, Polong, Simfonie Jimbalang, Ajal, Tahyidul Arwah dan Singhasari. Okay ah gua kena nyatakan la kebanyakan band generasi baru memang worship As Sahar, tak kira dari segi muzik atau pun tema. Except Singhasari. Which brings us to the review of Kebangkitan Nusantara.

Singhasari,tidak seperti band generasi baru Eastern Metal yang lain yang banyak rehash idea-idea lama As Sahar dan Langsuyr (zaman Eastern Cruelty), sebaliknya mengambil pendekatan yang mungkin hampir sama dengan Uprising. Maksud gua, daripada mengambil tema-tema tipikal Eastern Metal yang banyak tertumpu kepada Occult, Ilmu Hitam dan mitos Melayu lama, mereka bertumpu kepada Nusantara pride, perang dan paganism. Review kali in tertumpu kepada EP yang baru diterbitkan pada bulan ini iaitu Kebangkitan Nusantara (yang telah diterbitkan oleh label October's Mist dan Hellhouse Prod) selepas promo Singhasari yang diterbitkan pada awal tahun ni. Singhasari terdiri daripada 2 anak Melayu yang hanya menggunakan pseudonym yang sangat...well,archaic heheh, yakni:


Pengiran Andika Harimau Berantai - vokal, gitar, keyboard, sampling
Panglima Demang Bersiong - vokal, dram

dan dibantu oleh beberapa sessionist yang juga menggunakan pseudonym yang archaic iaitu:
Laksamana Merah Aduka Sila - bass
Daeng Setanggi - gitar utama, bass
Raden Wijaya - bass
Adukasuria - gitar utama

EP Kebangkitan Nusantara menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai simbol kebanggaan roots mereka sebagai orang Melayu. Terdapat 8 tracks dalam EP ini iaitu:


Perarakan Masuk
Srivijaya
Kebangkitan Nusantara
Rajawali
Semangat Kepahlawanan Silam
Pertempuran Gelap (Demi Kehormatan Senggaramasin)
Darah Musuh Di Mata Sundang Ku
Perarakan Keluar

Trek pertama dan terakhir merupakan intro dan outro, manakala Semangat Kepahlawanan Silam adalah interlude.

Sememangnya kesemua lagu-lagu dalam EP ini adalah berbentuk menyeru semangat patriotik dan cintakan tanah air, dan juga berbau National Romanticism. Yes, ia berbau Folk Metal juga sedikit-sebanyak. Lagu-lagu dalam EP ni memang boleh dilayan, tapi versi yang gua dapat ni adalah versi untuk local release, bukan dari October Mist atau Hellhouse Productions. Takde apa penambahan yang ketara kecuali terhadap dua lagu iaitu Kebangkitan Nusantara dan Darah Musuh Di Mata Sundang Ku yang arrangementnya diperkemaskan dengan bunyian keyboard dan gamelan. Baru boleh layan!

Lagu-lagu dalam EP ni moodnya pelbagai dari yang mid-tempo sehinggalah yang ribut menggila dengan blastbeat dan solo gitar  yang bergulung-gulung. Cuma bagi gua ada beberapa kekurangan bagi gua yang perlu diperbaiki. Pertama sekali adalah production quality, yang agak mendap sedikit. Guitar buzzing seperti nyamuk dan bagi gua sebagai seorang yang sukakan production yang bersih (tetapi bukan overproduced) agak turn off juga dengan buzzing sebegini. Drummer memang superb dengan stroke yang bad ass dan pelbagai. Namun production kualiti sekali menghampakan, barangkali miking semasa drum recording tak cukup bervariasi, menjadikan bunyi hi-hat agak tenggelam. Namun begitu nasib baik bunyi bass drum agak clear jadi ia menyerlahkan ability Panglima Demang Bersiong (what a name +____+ - ed). Bass dimainkan oleh sessionist, tiada apa yang menarik sangat kerana dalam mix ia seperti direndahkan dan kurang variety yakni hanya replicate permainan gitar. Vokal adalah so-so sahaja dengan vokal yang menderam (snarling?) tetapi ada juga terkucil sedikit-sedikit. Lagi satu production kualiti dari lagu ke lagu juga gua dapati berbeza-beza (barangkali tidak rekod dalam satu session yang sama), malang sekali EP ini mungkin boleh score lagi tinggi sekiranya kecuaian ini dielakkan. TETAPI, all hope is not lost sebenarnya, pada gua kekuatan EP ini bukan terdapat sekadar kepada muzik, tetapi juga dari segi lirik. Penulisan lirik yang mudah tetapi pada gua mampu menusuk dan membangkitkan semangat. Lirik boleh didapati di Myspace Singhasari. Satu yang gua syak (baragkali gua salah), adalah adakah intro, interlude dan outro itu adalah permainan mereka sendiri atau disampel dari mana-mana? Kalau disampel adalah perlu untuk dinyatakan sumbernya.

Macam biasa gua akan memilih lagu-lagu yang menarik:

Kebangkitan Nusantara - Lagu ni menarik sebab ada bunyian gamelan (tak pasti dari patch effects atau gamelan sebenar). Ada bahagian yang sedikit lari temponya. Lagu ni ada menyelitkan blastbeat dan juga sedikit vokal ala koir. Tidak berapa mantap koirnya tetapi percubaan yang bagus nonetheless. Solo guitar berdesing macam nyamuk, kalau tidak sudah perfect!

Rajawali - Ikon yang sinonim dengan Nusantara. Lagu ini memang chaotic dipermulaan, dan ada sedikit unsur thrash. Drummer memang menggila dalam lagu ni. Syabas! Tapi alamak, ada lagi bunyi gitar yang buzzing di bahagian yang ada bunyi ambient burung dan air. Apa pun, lagu ini memang ribut!

Darah Musuh Di Mata Sundang Ku - Lagu yang paling gua enjoy. Selain penuh dengan rasa marah dan dendam, ia juga seperti anthem untuk turun ke medan pertempuran dan mengamuk! Paling terkesan sekali adalah apabila si vokalis mengalunkan line-line berikut "Pancunglah kepala mereka, Jadikan azimat perang, Bakarkan perkampungan mereka, Jangan biarkan sesiapa terlepas!!". Whoa brother, jangan main-main! Pretty much macam Berserkir yang mengamuk di medan perang iya?Heh. Gua puji penggunaan gamelan (barangkali patch effects dari keyboard) yang turut sama menggila sebelum solo gitar masuk. Terasa meremang pula bila bunyi gamelan tu seolah-olah invoke rasa amuk dalam diri. Gua mesti memuji solo gitar dalam lagu ni. Sangat bad ass dan kejam bergulung-gulung!

Gua recommend kalau lu orang sedang mencari-cari alternatif Eastern Metal (Singhasari menegaskan mereka bermain Pagan/Folk Metal) yang mahu lari dari tema hantu setan momok dan bomoh, barangkali Singhasari adalah pilihan yang bagus. Namun ini pesanan dari gua untuk mereka, tolong perbaiki mutu produksi dan jangan berhenti sampai di sini sahaja! Singhasari bakal mengeluarkan release terbaru yang dipanggil Hikayat dari Hujung Timur Selatan. Kurang pasti ia demo ke Ep ke apa.

Pros:
- Idea yang fresh: yakni National Romanticism dan patriotism.
- Permainan instrument yang okay; terutamanya drummer yang mempunyai stroke yang bervariasi. Begitu juga dengan permainan keyboard yang banyak fill in kekosongan walaupun hanya dengan bunyian yang minima.
- Artwork cover yang bad ass. Tak lupa juga EP ini berbentuk sedikit education. Mereka patut consider untuk menyertakan fakta-fakta berkaitan sejarah nusantara nanti. Untuk Singhasari, sila rujuk band Nile bagaimana mereka menyertakan lengthy explaination untuk setiap lagu. Ya Singhasari ada buat juga tapi di Myspace mereka.

Cons:
- Production kualiti yang poor.Gitar buzzing, drum ada certain part kurang jelas. Bahagian keyboard ada yang off beat.
- Intro,interlude dan outro masih lagi menjadi misteri. Adakah ianya mainan sendiri atau disampel? (update: Ia disampel dari pemuzik diraja Selangor)

Rating: 6/10

Singhasari adalah band metal yang ada potensi untuk diketengahkan. Kebangkitan Nusantara versi tempatan adakan diterbitkan tidak lama lagi. Kalau tak sabar boleh dapatkan melaui October's Mist (boleh check di sidebar DtE) atau Hellhouse Productions. NUSANTARA RAYA! Singhasari boleh dicapai di sini.


3 feedbacks:

Abang Ben said...

excited gak dengan band ni cuma nak kena tunggu depa hantar hardcopy. Aku cuma takut depa ni berlebih-lebih dengan imej tetapi out dari segi muzikal.

A, is for Anomaly said...

order dari mana abang ben?october mist ke hellhouse?haha yeah kena dengar sendiri sebenarnya,baru bole tau cemana.

Contramen said...

harap live bleh dpt sama mcm apa yg didgr dr cd..