A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music (1993)

Sekali lagi gua menulis pasal sebuah kompilasi lama yg rilis dikala kegemilangan music2 bawah tanah.. jika sebelum ini gua menulis berkenaan sebuah kompilasi metal tempatan, kali ini kita beralih angin pula dgn irama awal indie dan alternatif music. Kompilasi yg gua maksudkan ini bertajuk "A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music" yang rilis pada tahun 1993.. Dikalangan kawan2 lama gua dulu, kompilasi ini disebut kompilasi "tulang ikan" kenapa? lihat sahaja cover album nya..

A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music (1993)
atau di sebut "album tulang ikan"

01 - Subculture - G6T 3
02 - A.R.T - Stop The Madness
03 - Flop Poppy - Flop Poppies
04 - Spiral Kinetik Circus - Iris
05 - Deflowered - Daffoddils - She's Drowning
06 - Society - Hologarvst
07 - Commoner - Commoners
08 - Bone - Bone
09 - Sludge - They're Sludge
10 - Soulwound - Rats

Apa keistimewaan kompilasi tulang ikan ini? haha.. pada gua, kerana kompilasi ini menjadi antara platform awal band2 yg anda pernah dgr lagu2 mereka sekarang. Contohnya, Flop Poppy dan Subculture, Juga tidak lupa pada Spiral Kinetik Circus iaitu band indie bermelodi dari Fathul bersama rakan2 (juga Andy Flop Poppy). Selain dari kompilasi ini terdapat juga 1 lagi kompilasi berteraskan music alternative, sori gua btol2 lupa tajuk kompilasi tu dan yg gua ingat kavernya ada gambar muka budak pakai spek sambil tersenyum dan antara band terlibat ialah Psycho Sonic.

Ok berbalik kepada kompilasi ini, boleh lah dikatakan ini antara permulaan bagi band2 yang disebut diatas berjinak dengan dunia rakaman secara profesional. Contohnya track pertama dari Subculture bertajuk G6T 3 yang merupakah rakaman pertama mereka secara profesional (demo kita letak tepi dulu sebab gua fokuskan profesional recording) dimana sound juga penyampaian vocal dari mereka agak berbeza dari sound album pertama mereka yg rilis setahun selepas kompilasi iaitu Love & Hate pada 1994. Flop Poppy juga merupakan antara band terawal didalam genre alternatif ini dimana istimewanya didalam kompilasi ini menampilkan antara line up terawal dimana Radhi OAG bertindak selaku vocalist bersama Flop Poppy. Track bertajuk Flop Poppies ini merupakan lagu asal yang dirakam semula OAG didalam album Melody Mocker (1999) dan diberi tajuk Knocked Silly. Namun arrangement lagu ini diberi nafas baru oleh OAG.

OAG - Knocked Silly (Nafas baru oleh OAG dr lagu bertajuk Flop Poppies)

Spiral Kinetik Circus (mereka telah reform semula..yeahhh!!!) band yg diterajui oleh Fathul (Infectious Maggots, Fathulistiwa Soundscape, Nocturno FC) pula membawa lagu Iris yang juga merupakan rakaman awal sebelum mereka meriliskan album penuh bertajuk "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Heart" pada tahun 1997.

Spiral Kinetic Circus - Sweetened Condensed Tunes For The Broken Heart (1997)


Spiral Kinetic Circus - Iris (Live at Surf Up gig)


Selain kejayaan band2 seperti Subculture, Flop Poppy dan Spiral Kinetic Circus, lagu2 dari band2 seperti A.R.T, Deflowered, Society, Commoner, Bone, Sludge dan Soulwound juga tidak kurang hebatnya. Band yg menggunakan nama A.R.T dengan lagu bertajuk Stop The Madness tampil dengan irama yg moderate dan punya sound yang tipikal dengan band2 sealiran mereka. Deflowered (Daffoddils) jika tidak silap adalah band yg punya vocalist dr Kelantan turut membawa irama alternatif yang biasa namun gaya lenggok vocalist band ini menyerikan lagu ini walaupun kedengaran seakan beliau menyanyi dengan biasa sahaja. Namun sesuatu yang unik dipersembahkan oleh band bernama Society dimana lagu bertajuk Hologarvst yang diadun dengan baek seakan bereksperimen bersama irama reggae (musically) dan juga cara penyampaian melodi vocal yang menarik dan berbeza dgn band2 lain yg terlibat didalam kompilasi ini. Commoner dengan lagu yg juga bertajuk Commoner kedengaran lebih santai tanpa bunyian gitar berdistortion. Bone yang turut juga dengan lagu bertajuk Bone mempunyai kekuatan pada bahagian vocal. ianya mengingatkan gua pada suara berdaya tinggi Maman Teacher's Pet. Lagu ini agak layan juga sebenarnya. Sludge dengan lagu bertajuk They're Sludge pula tampil dengan music yg sedikit seakan grunge tetapi majoriti lagu masih kuat bauan alternatif (sesuai sgt kerana sekitar tahun2 ini penangan alternatif di malaysia sgt kuat beb..) Soulwound sebagai band penutup kompilasi ini tampil dengan lagu bertajuk Rats. Sebuah lagu dengan komposisi yang laju, penyampaian vocal yang bersemangat serta sedikit perasa punk rock didalam lagu ini.

Produksi rakaman album ini boleh lah dibanggakan kerana kompilasi ini mungkin juga merupakan percubaan pertama band2 mencuba peralatan rakaman secara profesional. Dan kompilasi ini sebenarnya hanya rilis dalam bentuk kaset namun gua agak terkejut kerana pernah terjumpa 1 gambar di internet album ini dalam bentuk CD (1 lagi gua terkejut Naked Butterfly punya album pun ada dlm bentuk CD, xtau la itu copy punya or original, kalau ori memang RARE lah)

Ok, kepada yang membaca artikel ni, tambahan pula yang baru2 mengenal dunia music indie jgn lah pula melabelkan Bunkface, Hujan, Pesawat etc... sebagai pioneer music bergenre ini. Kerana awal 90an dahulu (dah hampir 20 tahun) sebuah kompilasi alternatif dan indie telah berada dipasaran dan menjadi kegilaan sejenak bagi warga muda ketika itu. Kompilasi ini juga antara faktor pendengar2 music di Malaysia mula memandang pada genre music sebegini (ini antara promosi). So, album kompilasi bertajuk "A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music" ini merupakan antara yang perlu disenaraikan didalam khazanah music tempatan. Anda punya kompilasi ini? apa??? mp3 sahaja? anda rugi kerana tidak memiliki nya. Mendengar lagu sambil membelek2 cover sleeve nya.. heh!

Intrusion Of Dark Journey (1993)

Bila banyak band2 lama reform sejak kebelakangan ni, gua terasa nk dengar kembali lagu2 lama diorg. dari kompilasi Dark Live Collection, Circle of Friends, The Beginning dan tetiba gua terpikir berapa ramai warga metal alaf baru ni yg kenal band2 lama seperti didalam kompilasi yg gua nk ulas ni... Intrusion Of Dark Journey yang rilis sekitar 1993 dulu..


Kompilasi ini membariskan 8 buah band yang terdiri dari Demisor, Profane Creation, Incubated Worms, Nebiras, Aradiakh, Bazzah, Misanthrope dan Kitanaichi. Berikut dinyatakan tracklist untuk kompilasi ini..

01. Demisor - Oljud Knulla
02. Profane Creation - On The Grave We Wept
03. Incubated Worms - Sadistic Torture
04. Nebiras - In The Horde Of The Lightbearer
05. Aradiakh - Dream To The Northern
06. Bazzah - The Eye Of Thousand Shadows Abyssic
07. Misanthrope - Unholy Invocation Moonspell Of Winged Goat
08. Kitanai Chi - Scattered Emotion

Kompilasi yang dirilis oleh label bawah tanah Dark Journey ini dilihat antara kompilasi terbaik pada awal 90an selain Dark Live Collection yang boleh dikatakan antara rilisan "cult" di persada music metal Malaysia. Jika dilihat pada senarai band2 yang terlibat didalam kompilasi ini, dapat dinyatakan bahawa beberapa band telah kembali semula memeriahkan scene metal tempatan seperti Aradia (Aradiakh) yang telah rilis album penuh pada awal tahun 2010, juga Profane Creation band teknikal death metal Ipoh yang muncul ketika gig Rator awal 2010, Bazzah yang membawa genre Black Metal dari Pahang, serta penampilan semula Demisor dan Kitanaichi (meriliskan sebuah EP dibawah nama Mystery) di gig besar di Pulau Pinang pada April 2011 nanti.

Kepelbagaian genre didalam kompilasi ini tidak menjadi masalah buat pendengar music metal tempatan kerana rata2 band adalah antara band terbaek sekitar 90an. Walaupun 4 buah band (Nebiras, Aradiakh, Bazzah dan Misanthrope - menukar nama kepada Ravenlord ketika ramakan album "Martyr, Hail") mendominasi kompilasi ini dengan genre Black Metal namun keempat2 band membawa rentak yang berlainan walaupun berada didalam 1 golongan iaitu Black Metal. 

Serangan irama gelap dari 4 band tersebut tidak memberi impak kepada 4 band lain yang turut punya keistimewaan tersendiri. Contohnya Demisor yang punya kekuatan dibahagian dual-vokal yang mengkucar kacirkan emosi lagu bertajuk Oljud Knulla. Begitu juga dengan penampilan veteren Ipoh iaitu profane Creation dengan lagu On The Grave We Wept yang punya struktur lagu yang sedikit berbelit di bahagian riffing gitar nya. Incubated Worms juga menamplikan sebuah lagu dengan riffing catchy serta kepelbagaian vocal dan juga Kitanaichi yang punya kekuatan vocal dan dentuman drum yang menarik.

Jika ditanya pendapat gua mengenai lagu terbaek didalam kompilasi ini, telinga gua lebih terpikat pada 2 buah lagu iaitu "The Eye Of Thousand Shadows Abyssic" dari Bazzah dan "Sadistic Torture" dari Incubated Worms. "The Eye Of Thousand Shadows Abyssic" garapan Bazzah jika di perhatikan merupan sebuah masterpiece terbaek mereka dimana lagu ini punya kelainan dari irama Black Metal yang biasa kita dengar. Lagu yang lebih penggunaan cymbal serta hihat pada drum, serta riffing yang memberi impak seakan benar2 tertekan membuatkan lagu ini kedengaran begitu serius skali. Ditambah pula dengan cara nyanyian yang kedengaran sayup2. Lagu ini benar2 memukau telinga2 yang mendengarnya! "Sadistic Torture" dari Incubated Worms pula sebenarnya punya riffing yang biasa sahaja namun arrangement lagu ini membuatkan ianya kedengaran catchy. Kekuatan pada bahagian vocal mendominasi keseluruhan lagu ini. Jika didengar dengan teliti lagu ini seakan punya 3-4 penyanyi, namun ini merupakan rakaman studio dan segala nya boleh dilakukan mengikut track by track. Sayang sekali band ini tidak dapat dihidupkan semula dan hilang dari persada music metal tempatan.

Ini merupakan antara kompilasi yang antara faktor menaikkan scene metal Malaysia dan ia nya merupakan antara khazanah berharga bagi mereka2 yang masih mempunya album ini. Hail!!!

Bohren and der Club of Gore - Mitleid Lady EP

Just a short review on Bohren and der Club of Gore latest EP; Mitleid Lady. The CD was supposed to be released in 2007 but something came up and the release was delayed to 2009. Nothing much on this CD because the EP only have 1 track, I mean a quite long track spanning almost 10 minutes. Mitleid in Deutsch means Pity, but actually if you separate the Mit and Leid you'll get with Sorrow (thanks to Google translate and my level 3 Deutsch language skills!-ed) whcih could bring a totally different meaning. Don't get it? Ok here it is.

If you just take it as it is; Mitleid Lady = Lady Pity (Lady is an English word) and if you take Mit Leid Lady = Lady With Sorrow. I don't know whether the Bohren dudes are actually playing with the title, I just don't know and it's just purely my theory muhahahah! Anyway the CD was released on limited edition by Southern Records and probably by now it's already sold out lol.


Continuing from the previous album, Mitleid Lady is a very minimalist album, a very loose album with a crawling pace (you might fall asleep midway through the song lol-ed),darker and the doomy feeling is stronger in the album. Percussion played a very minimal role in the track, merely appearing this and there (specifically hi-hat and bass drum!). Rhodes and keyboard dominate much of the song. And I can't help but wonder wehether guitar made an appearance in the album?Or maybe it's just the effect they used for the recording. I don't know. Sax appeared towards the last 4 minutes of the song, and it's not like the usual sexy and alluring sax (refer to Sunset Mission album and you'll get what I mean-ed), it's totally different. I would say it's very dark and sick, as if it was lifted from a  a horror movie.

It's a pretty good stuff, considering for a one track EP. Definitely a filler to Dolores album. And you can't expect more from a single track EP right? So I don't think I should give the EP a rating I suppose? Ok maybe you people just watch the video I provide and give your own rating in the comment section, yes? Come on, participate and give your 2 cents!


Bohren und der Club of Gore can be contacted here and here.
 
Credits:
-Google
-Youtube

Synthetic Breed - Perpetual Motion Machine (2010) - Cyber Metal Alaf Baru.

Ok, pernah dengar music2 teknikal yg moden dan bersains fiction? haha.. Ini mungkin kesinambungan daripada genre industrial serta gabungan elemen "djent", math metal, teknikal dan barangkali termaktub juga sound2 atmospheric.Jika sebelum ini Fear Factory terkenal dgn bunyian sekental robot, Meshuggah dengan kiraan matematik dalam susunan lagunya, kini muncul sebuah lagi band yang memanipulasi kedua elemen ini lantas lahir lah terma Cyber Metal yang serba serbi penuh dgn atmosfera masa depan. Band ini ialah Synthetic Breed.


Synthetic Breed telah ditubuhkan sekitar 2001 di Melbourne, Australia dan line up terkini mereka adalah Cal Hughes - Vocals, Vinn Zylstra - Lead Guitar & Backing Vocals, Jonas Bahlo - Bass & Vocals dan Daniel Luttick - Drums. Sebelum nama Synthetic Breed dipilih, terlebih dahulu mereka menggunakan nama Cybernetics, kemudian sekali lagi menukar nama kepada Neuro Connectivity, dan Synthetic Breed merupakan nama ketiga mereka dan nama ini kekal sehingga sekarang.

Berbalik kepada album terbaru mereka bertajuk Perpetual Motion Machine ini, ia merupakan album penuh kedua mereka setelah kelahiran album pertama pada 2008 bertajuk Catatonic. Album terbaru bertajuk Perpetual Motion Machine ini diterbitkan oleh Symbiotic Records.

 Synthetic Breed - Perpetual Motion Machine (2010)

Terdapat 11 buah track didalam album Perpetual Motion Machine ini. Antaranya ialah :

01 - Resilience
02 - Beyond the Sphere of Reason
03 - Oblivion
04 - Convergence
05 - Molecular Self Assembly
06 - Narcissistic Indulgence
07 - Scourge
08 - Mirrored Reflections
09 - Afflictions of Advancement
10 - The Quiescent Subject
11 - Reciprocated Damnation

Produksi album ini amat baik sekali dan dinyatakan didalam website diorg, ini merupakan antara rakaman metal music terbaik di Australia pada 2010. Antara lagu yang punya riffing yg melekat di kepala gua ialah Resilience (lagu pembukaan yang permulaan lagu punya susunan menarik dan solo gitar yg segar), Oblivian dan Convergence (part tengah2 lagu ni rasa nk banging). Pada gua kredit patut diberikan kepada kesemua line up kerana kemampuan permainan teknikal yang ditunjukkan oleh setiap line up (bassist mungkin tenggelam sedikit tapi bukan mudah nk main music sebegini ya..) Penyampaian vocal dari Cal Hughes agak sama rata pada bahagian growl/scream dan juga clean vocal. Gitar pula memainkan peranan dalam permainan yang tersekat2 mengikut beat drum dan juga bunyian2 pelik yang pastinya dihasilkan dari efex2 yang seperti enjin kereta barangkali.. haha. Walaubagaimana pun gua sediit musykil dengan sound drum kerana ianya seakan drum machine. Paling ketara pada bahagian snare. Jika Daniel Luttick mampu memainkan lagu2 album ini secara live bermakna beliau merupakan seorang pemain drum yang handal kerana susunan beat drum untuk album ini agak kompleks sekali (gua masih terbayang drumbeat lagu Bleed dari Meshuggah, siap main velocity lagi utk dpt bunyi turun naik beat..ishh gila!!!)

Susunan music Perpetual Motion Machine jika dibandingkan dengan rilisan pertama Catatonic dahulu, boleh lah dikatakan album baru ini mempunyai struktur yang lebih tersusun. Jika album pertama lebih kepada permainan instrument yg laju, drum seakan robot namun kali ini susunan lagu tidak keterlaluan laju. Mungkin juga trend music sebegini sudah mula berani bermain dengan mood2 perlahan dan punya elemen atmospheric. Beberapa bahagian lagu juga menampilkan riffing perlahan dan mendayu. Ini mengingatkan gua pada satu lagi nama yang pasti akan meletup sedikit masa lagi iaitu Tesseract. Namun gua tidak kata Synthetic Breed dari rumpun yg sama dengan Tesseract tetapi jika anda pernah mendengar band seperti Mnemic, mungkin juga akan ada sedikit persamaan namun ianya tidak ketara.

Bagi yang belum mengenali irama metal alaf baru dengan elemen2 cyber, futuristik, science, teknology, fizik dan seantaranya, anda boleh jengok2 band ini di laman web rasmi, myspace serta facebook mereka. Link untuk mengenali mereka kami sertakan dibawah video mereka ini.


Synthetic Breed - Resilence (2010)


Synthetic Breed - Catatonic (2008)

Synthetic Breed - Techno Sedation (Live)
*lagu dipetik dari album pertama  Catatonic (2008)

Neftaraka - Eternal Harsh (2010)

Ok bertemu lagi.kali ni gua nk review pasal album penuh terbaru dari sebuah band Raw Black Metal dari Ipoh iaitu Neftaraka. Ini merupakan full length pertama mereka setelah kewujudan mereka sekitar 1996. Album bertajuk Eternal Harsh ini rilis pada 6 Julai 2010 dan dikeluarkan oleh Apocalypse Venomous Records.

Sebelum gua ulas album ni ada baiknya jika diperkenalkan dahulu line up band yg bernama Neftaraka ini.

 Xxul - Vocals, Guitar (Langsuyr, Vociferation Eternity), 
Sil-Blyss - Bass
Unknown H - Drums.

Neftaraka - Eternal Harsh (2010)

Tracklist :

01 - Into The Dead Confession
02 - Eternal Harsh
03 - Rassuk
04 - From The Unknown Winds
05 - S.T.V.R.M
06 - Between Wood, Blood & Semen
07 - Forgotten (Live)
08 - Too Old Too Cold (Darkthrone Cover)
09 - Ophoytha

Eternal Harsh yang mengandungi 9 buah lagu telah melalui proses rakaman sekitar Oktober 2009 - Mac 2010 di The Unholy Necro X Studio, Ipoh. namun terdapat 2 buah lagu yang dirakam berasingan iaitu pertama lagu bertajuk "From the Unknown Winds" yang telah direkod sekitar 2008 manakal lagu bertajuk "Forgotten" telah direkod secara live ketika gig Rator - Live Possessed sekitar Januari 2010. Dan sebuah track saduran dari Darkthrone bertajuk "Too Old Too Cold" sememangnya kedengaran menarik. Ok, apakata gua cerita detail setiap lagu. Mau? haha..

Track pertama bertajuk Into The Dead Confession merupakan intro yang agak meleret berdurasi 4minit 8saat. Intro ini walopon agak meleret namun ianya seakan menceritakan jalan cerita atau pengenalan kepada music Neftaraka.

Track kedua yang juga merupakan tajuk album ini iaitu Eternal Harsh merupakan sebuah track yang susunan musicnya straight forward, menyeramkan, suram dan tiada unsur2 belas kasihan. Mendengar riffing lagu ini benar2 seakan lagu ini punya satu rasa tekanan yang ke tahap maksima dan seakan membawa anda ke satu alam deminsi penuh kegelapan. track kedua ini berdurasi 3minit 28saat. Solo bertrademark Black Metal tanpa istilah teknikal boleh didengari bermula didurasi 2:34 sehingga tamat lagu.

Rassuk menjadi track ketiga dimana durasi lagu ini ialah 6minit 7saat. Sepertimana track kedua tadi, Rassuk juga merupakan sebuah track yang menyeramkan namun riffing yang berbunyi suram dapat didengari dimana ianya sedikit melodi tetapi tidak melampau. Pada lagu ini vocal dari Xxul semakin garang. Suara yang jahat dapat didengar dengan jelas jika dibandingkan dengan lagu pertama yang vocalnya lebih mendatar, namun untuk track Rassuk ini begitu bertenaga dan merbahaya sekali. pada pertengahan lagu ini ianya seakan tamat namun gitar membawa peranan dikala semua instrument berhenti sebelum serangan seterusnya bermula semula secara serentak. Pada gua, lagu ini juga antara tarikan utama album ini.

Track keempat bertajuk From The Unknown Winds merupakan sebuah track pendek berdurasi 1minit 59saat. Sebuah track yang punya mood tertekan. Vocal sekali lagi agak mendatar namun ada penambahan monster growl didalam lagu ini serta satu dialog seakan suara seorang dictator. walaupon track ini pendek namun ianya tetap menarik. Err, ada 1 riffing yang bikin gua rasa riffing berelemen eastern. hehe..

Track kelima bertajuk S.T.V.R.M dimulakan dengan intro bunyi siren (ini intro yg sama diguna Demonical Crisis Assembly dalam lagu War To End All War yg dimuatkan didalam kompilasi Metal To Metal II). Track kedua terpanjang iaitu berdurasi 8minit 37saat. Kali ini vocal kembali bertenaga seperti track ketiga bertajuk Rassuk. Pada gua lagu ini seakan membawa pendengar kepada situasi berada disuatu tempat dan berlari ketakutan tanpa arah tujuan (haha.. itu yg gua rasa bila layan lagu ni). Pada minit ke6 lagu ini mula meleret dgn riffing yang perlahan mengingatkan gua pada sebuah lagu Darkthrone album Under The Funeral Moon.

Between Wood, Blood & Semen, merupakan track keenam yang juga lagu terpanjang didalam album ini. Berdurasi 9minit 16 saat. lagu ini boleh dikatakan lagu yg paling bermelodi jka dibandingkan dengan kesemua lagu. Track ini juga merupakan track yang paling banyak menggunakan twin padel. Dihujung lagu ini ada kedengaran juga bunyi seakan rintihan dari seorang perempuan yang seperti dalam kesedihan dan kesayuan. Err mungkin ianya dilakukan oleh Xxul barangkali..

Forgotten merupakan track ketujuh yang juga merupakan sebuah track yang dirakam secara live ketika Neftaraka beraksi sepentas bersama band metal lagenda tanahair iaitu Rator di gig Live Possessed, One Cafe pada Januari 2010 (Ketika dengar kembali lagu ni gua teringat gua berada betol2 ditengah One Cafe untuk mendengar sound live dari Neftaraka.. haha) . Sebuah track yang berdurasi 3minit 23saat. Vocal, riffing, drum untuk track ini sama garang dan ganas!!!

Track saduran dari Darkthrone bertajuk Too Old Too Cold dipilih oleh Neftaraka untuk album penuh ini setelah mereka membawa lagu Mayhem bertajuk Pagan Fears didalam EP War Ist Law pada tahun 2009. Untuk track saduran ini gua kasi salute lah sama Neftraka. track asal yang tanpa distort pada bahagian suara di bawa dengan cara Xxul sendiri. Sedap sekali mendengar lagu Darkthrone bawaan Neftaraka ini. Jika anda rindukan Darkthrone kembali ke zaman gelapnya, track saduran dari Neftaraka ini akan menepati jiwa dan pasti akan hilang seketika rindu anda pada Darkthrone lama. Yeahhhhhh!!!!

Track terakhir bertajuk Ophoytha berdurasi 7minit 7saat. Err sebuah lagu yg ada susunannya mengingatkan gua pada lagu Freezing Moon dari Mayhem. Ketara sekali pengaruh band2 besar black metal pada Neftaraka. Lagu ini bermula dgn sound efek angin dan bunyi helang namun ianya hanya beberapa saat dimana serangan tanpa belas serta merta dilakukan. Riffing serta drumming didalam lagu ini sangat kejam. Mencetuskan perasaan seram, tekanan dan kegusaran. Vocal Xxul berada ditahap yang sama seperti track Forgotten dan Rassuk.

Keseluruhan album ini boleh dikatakan antara produk Raw Black Metal yang baik (Raw Black Metal mana ada sound clean mcm metalcore..haha) dimana sound sebenar Black Metal dapat terhasil. Dusunan lagu dan juga penciptaan riffing2 yang memberi tekanan seakan satu trademark music Black Metal. Namun terdapat juga beberapa lagu yang kualiti bunyinya agak tidak dapat dikawal dan pecah (tidak ditahap ketara) tetapi sila abaikan kualiti bunyi kerana ini produk Raw Black Metal!!! Tidak lengkap juga jika gua terlupa satu istilah iaitu Eternal Harsh adalah sekumpulan lagu2 anti teknikal. Sama seperti kualiti bunyi, sila abaikan bab teknikal untuk produk sebegini. Jika pembaca atau pendengar metal generasi baru tidak tahu apa itu "sound raw black metal" sila kenali music Neftaraka ya.. haha..

Untuk yang cuba mendapatkan material atau rilisan2 Neftaraka, disini dinyatakan juga antara rilisan2 Neftaraka.

- A.W.BM - Demo (1996)

- Official Live Bootleg (2006)
- Ejaculation ov the Wicked - Split bersama Zanthicus (Philippine) (2007)
- Live in Unholy Forest : The DEADicated (2007)
- Evil Forest - Split bersama Original Sins (China) (2007)
- Themes of the Unknown Winds - Demo (2007)
- Raw Ist Law - EP2007
- Eastern Damnation - 4 ways Split (2010)
- Eternal Harsh - (Full length 2010)

Ok, Neftaraka boleh dicapai melalui laman myspace mereka dibawah ini.
Neftaraka@Myspace



Rating : 7.5/10

Finntroll - Jaktens Tid: Hummpa Metal!

Gua kena buat pengakuan. Dalam banyak-banyak genre Metal, gua paling minat Folk Metal (selain daripada Doom Metal). Asal ada aje band yang masukkan unsur Folk, tak kira la folk Eastern Europe ke, Celtic ke ataupun South East Asia sekali pun, asalkan ada unsur Folk + Metal, peratusan untuk gua jadi peminat tegar band tersebut adalah tinggi! Dan band yang pertama sekali yang perkenalkan perisa Folk Metal kepada gua adalah Finntroll, that was way back masa gua baru tahun pertama di universiti.


Gua dah pernah review EP Trollhammaren sebelum ni, kali ni gua akan review album kedua mereka iaitu Jaktens Tid (atau dalam Inggerisnya Time for A Hunt). Pada gua Finntroll adalah sebuah band yang lucu dan penuh dengan perasaan savage yang melampau. Brutal tapi lucu, get it? Ah fuck, memikirkan Finntroll aje dah buat gua sengih. Seriously, first time gua dengar stuff diorang, instead of ternganga kagum, gua boleh bantai gelak and then baru disusuli dengan rasa 'fuhh ini rare'.

Anyway, album ini diterbitkan oleh Spikefarm Records pada 18 Spetember 2001 dengan line up yang berikut:

Trollhorn - Keyboard
Somnium - Gitar utama/ Akustik
Katla - Vokal
B. Dominator - Dram/Perkusi/Koir
Skrymer - Gitar kedua
Tundra - Bass/Koir

dan juga dengan pemuzik jemputan:

Jonne Järvelä -nyanyian Joik dan koir
Hanky Bannister - Banjo
Vicar Tapio Wilska - bebelan Latin dalam lagu Kyrkovisan

Album ini adalah yang terakhir yang menampilkan Somnium, yang kemudiannya terkorban akibat terjatuh dari jambatan pada tahun 2003. Tapio Wilska yang membuat penampilan sebagai paderi Kristian yang memberi syarahan dalam lagu Kyrkovisan pada masa akan datang menjadi vokalis utama menggantikan Katla (kini Wilska sudah meninggalkan Finntroll dan digantikan oleh Vreth). Terdapat 13 tracks termasuk intro dan outro dalam album ini yakni:


Krig [War]
Födosagan [Tale of Birth]
Slaget Vid Blodsälv [Battle at the Bloodriver]
Skogens Hämnd [The Forest's Revenge]
Jaktens Tid [Time for a Hunt]
Bakom Varje Fura [Behind Every Fir-tree]
Kitteldags [Kettle-Time]
Krigsmjöd [War Mead]
VargTimmen (Hedningarna cover) [Wolf Hour]
Kyrkovisan [The Church Song]
Den Hornkrönte Konungen (Rivfaders Tron) [The Horn-Crowned King (Rifvader's Throne]
Aldhissla
Tomhet Och Tystnad Härska [Reign of Silence and Emptiness]

Bila mendengar album ni, satu je term yang boleh describe: LUCU. Serius wei, Jakten Tid memang penuh komedi, sehingga menjadikan metal macam sebuah genre music kurang serius! Tapi bukanlah lucu sampai unsur metal itu hilang, music wise ia tetap brutal dengan paduan twin pedal dan frantic tempo yang...well, tight! Gua mesti mention kerja-kerja keyboard Trollhorn adalah penyumbang utama kepada sound mereka yang unik. Barangkali dia juga bertanggungjawab kepada bunyi-bunyi lucu dan folk-ish (berinsipirasi daripada muzik Hummpa) Finntroll! Tema Finntroll, seperti album sebelum ni dan seterusnya, tertumpu kepada kebencian mereka terhadap manusia (mereka menganggap diri mereka sebagai troll) terutamanya kepada Christians, berburu di hutan, mitos Rifvader, berparti unggun api, mabuk, bunuh manusia, makan manusia dan segala menda merepek dan barbaric.

Anyway macam biasa gua akan pilih beberapa lagu yang gua rasa outstanding dari album ni. Gua sebenarnya menghadapi dilema bila nak memilih lagu-lagu yang menarik sebab the whole album is interesting.

Krig - Pembukaan kepada album ni. Ada feel bersedia untuk berperang, sebab ada bunyi perkusi seperti war drum. Ada iras-iras soundtrack untuk game perang. Warcraft barangkali?

Slaget Vid Blodsälv - Lagu yang frantic dengan style hummpa yang sangat infectious! Accordion dalam lagu ni adalah elemen terpenting. Macam lagu nak parti mabuk pun ada, tapi pasal perang kot.


Jaktens Tid - Keyboard memainkan feel seperti Krig, tapi kali ini ditemani oleh Joik singing! Wahkahkah tergelak gua dengar! Macam biasa style hummpa bertaburan dalam lagu ni. Gitar biasa saja memainkan riff-riff yang laju yang berpalm muted



Bakom Varje Fura - Sebuah instrumental, tanpa gitar elektrik dan...lucu. Seolah-olah diangkat dari soundtrack untuk sitkom. Maksud gua dia punya feel. Ahhh sengih saja bila dengar.

 

Kyrkovisan - Aduh, kelakar lagi! Lagu makan paderi! Ini interpretasi gua: Seorang paderi tengah menyampaikan sermon di gereja, seekor troll masuk melalui pintu depan, setapak demi setapak menuju ke paderi dan...dibunuh/dimakan oleh si troll. Memang terbaik sebab lepas audio jeritan si troll, lagu terus kick in dengan manner yang paling brutal dalam album ni iaitu dengan blastbeat disamping dengan style hummpa!



Tomhet Och Tystnad Härska - Outro sama sahaja macam intro, dan gua tak hadap sangat pun kecuali toward the end,ada hidden track! Jaktens Tid versi mabuk!Dengan joik singing, macam-macam instruments folk (accordion, trombone pun ada rasanya) dan nyanyian bersahut-sahutan. Betul-betul macam orang mabuk! Memang gua tergelak lepas dengar hidden track ni!

Album Jaktens Tid ni memang penuh bertenaga dan fun untuk didengar. Sorry takde ballad ke apa ke, semuanya serba pantas dan...danceable mungkin. Hey betul apa!Lu tak rasa nak menari ke dengar lagu diorang? 

Pros:
-Semuanya fast paced dan cukup perasa metal dan boleh buat hayun kepala/
-Keyboard memainkan peranan paling besar untuk sound folk Finntroll.
-Topik bawaan Finntroll adalah sedikit berbeza dengan band-band Folk Metal yang ada (kebanyakan folk metal banyak tumpu kepada paganism, heathenism dan sebagainya)

Cons:

-Ada sesetengah lagu macam resemble each other, barangkali sebab karakteristik musik hummpa menyebabkan ia hampir indistinguishable.
-Takde gitar solo? Awwwwwwhh.

Rating:
8/10

Finntroll boleh dicapai di sini dan sini. Selamat berseronok di kem unggun api sambil minum mead!Hehe.

Kredit:
-Metal Archives
-Youtube
-Google

The Sins of Thy Beloved - The Lake of Sorrow : Kesedihan Maksimum!

Salam Diwali kepada yang beragama Hindu. Kali ni gua nak review sebuah album dari band yang gua rasa dah berpecah kot; iaitu The Sins of Thy Beloved. Band yang berasal dari Norway ni (the land of True and Grim Black Metal,muahahaha-ed) sebenarnya dah lama mendiamkan diri sejak tahun 2001. Dari desas-desus di Internet ada cakap diorang ni dah lama dissolved, ada cakap original vokalis Anita Auglend re-join band ni pada 2007, tapi sampai sekarang haram tak dengar apa-apa cerita. Rasanya lepas release live album Perpetual Desolation, mereka terus senyap disusuli Anita Auglend dan Ingfrid Stensland pulak keluar dari TSoTB.


Baiklah, buat yang belum pernah dengar nama dan hasil TSoTB, biar gua beritau sedikit info pasal diorang. TSoTB (panjang gila nama, gua terpaksa pendekkan-ed) adalah sebuah band dari Norway yang memainkan Symphonic Gothic/Doom Metal (berpandukan daripada Metal Archives). Pehh kalau dengar lagu diorang ni boleh bikin hati hiba dan sayu. Sebab tema dan lirik lagu-lagu mereka memang tentang loss, betrayal, hate, cinta tak kesampaian dan kematian. Oh damn it, gila depressive ni.

Album The Lake of Sorrow diterbitkan pada 1998 melalui Napalm Records dengan sebanyak 7 tracks. Line up untuk album ini adalah seperti berikut:
Anita Auglend - Vokal
Glenn Morten Nordbø - Gitar/Vokal
Arild Christensen - Gitar/Vokal latar
Ola Aarrrestad - Bass
Anders Thue - Keyboard
Ingfrid Stensland - Keyboard
Stig Johansen - Dram

Ya saudara saudari, ada dua kibodis! Jadi lu orang bole bayanglah macamana fat dan grand nya sound mereka! Anyway, 7 tracks tersebut adalah:


My Love
The Kiss
Worthy of You
Lake of Sorrow
Until the Dark
All Alone
Silent Pain

Secara kasarnya, album ini sangat melankolik dan sayu. Barangkali sesuai untuk mereka yang baru break up wahkahkah!Uhm maaf, kekuatan TSoTB tentunya terletak pada vokal Anita Auglend, paduan 2 keyboard, dan atmosfera music dan tentunya tema mereka yang gua dah mention di atas tadi. Lupa pulak nak nyatakan dalam album ni ada pemuzik jemputan iaitu Pete Johansen yang memainkan violin, sebagai satu lagi faktor yang menjadikan lagu-lagu album ni serba sayu dah tentunya. Err serius ni gua tak tipu. Musicnya macam biasa untuk gothic dan doom tidaklah laju, hanya midpaced sahaja.

Macam biasa gua akan pick beberapa lagu untuk di dissect:

Until the Dark- Ahhh apa gua boleh cakap. Lagu cinta! Lagu yang sebenarnya kalau liriknya ditulis untuk band seperti Scoin, Spoon, Spiranza atau SUP boleh buat lu orang mencarut berkati-kati. Seriously liriknya memang jiwang tetapi bila dah combine dengan music doom/gothic, ia jadi sangat beautiful, in dark sort of way lah. Siap ada iringan suara grunt dari Glenn Morten lagi dan juga ada section yang drummernya employ twin  pedal. Jiwang dan terarah kepada longing untuk bersama-sama selamanya. Oh so touching +_____+

All Alone - live Perpetual Desolation

All Alone - Wooooo ini boleh buat mana-mana jiwa yang keras jadi lembut! Music wise, lagu ini berjaya membangkitkan rasa despair. Thumbs up kepada keyboardists yang membuat lagu ini serba sempurna, dan juga violin yang memberi perisa sedih yang overdose!Anita Auglend sangat berjaya dalam lagu ni, terutamanya membangkitkan rasa hiba akibat kehilangan cinta. No, gua serius ni. Siap ada merintih-rintih lagi. Baca line ini 'I feel so lost I fall on my knees,I think about times that used to be' dan ini 'I don't know how to say goodbye' serta ini 'I've lost my hope...My...my will to live...My last farewell...forever...all alone". Ahhh pedihnya jiwa gua bila mendengar!

Silent Pain - Trek terakhir untuk album ni. Anita Auglend masih lagi berjaya membawa mood sedih + hiba + patah hati untuk lagu ni. And it never gets stale okay? Glenn Morten sekali lagi menyumbangkan suara gruntnya untuk lagu ni dan juga mainan violin Pete Johansen yang berperisa jiwa kacau. Sedih, tetapi tak sesedih All Alone.

Senang cakap, kalau lu rasa lagu-lagu band post-hardcore atau emo yang lu dengar tu dah cukup sedih, wait till you listen to TSoTB, barangkali lu akan tau erti loss cemana wuhahahah! Seriously, kalau lu sedang mencari band yang mampu membawa emosi sedih tetapi masih nak kelihatan metal, TSoTB barangkali sesuai ngan lu. TSoTB sudah tidak mempunyai official website semenjak mendiamkan diri pada 2001. Jadi gua tak dapat nak kasi la URL website rasmi ke apa.Tapi barangkali boleh check di Napalm Records.

Pros:

-Tema yang common dalam genre gothic dan doom, tetapi dari segi pembawaan mesej adalah berjaya.
-Vokal Anita, violin dan keyboards adalah elemen terkuat dalam album ni

Cons:

-Gua rasa macam trek-trek terawal agak stale, hanya nampak kekuatan towards the end of the album.
-Macam kurang puas pulak dengan 7 trek heheh. Mungkin kalau ada 10 trek baru lengkap jadi sebuah album yang penuh unsur sedih dan kekecewaan.

Rating:
7.5/10

Kredit:
-Metal Archives
-Google

IRON MAIDEN - THE FINAL FRONTIER (WORLD TOUR SINGAPORE 2011)

IRON MAIDEN
"THE FINAL FRONTIER"
 - WORLD TOUR SINGAPORE 2011 -


FEBRUARY 15, 2011
SINGAPORE INDOOR STADIUM
 
TICKETS FROM SISTIC 6348-555

MORE INFORMATION AT :