A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music (1993)

Sekali lagi gua menulis pasal sebuah kompilasi lama yg rilis dikala kegemilangan music2 bawah tanah.. jika sebelum ini gua menulis berkenaan sebuah kompilasi metal tempatan, kali ini kita beralih angin pula dgn irama awal indie dan alternatif music. Kompilasi yg gua maksudkan ini bertajuk "A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music" yang rilis pada tahun 1993.. Dikalangan kawan2 lama gua dulu, kompilasi ini disebut kompilasi "tulang ikan" kenapa? lihat sahaja cover album nya..

A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music (1993)
atau di sebut "album tulang ikan"

01 - Subculture - G6T 3
02 - A.R.T - Stop The Madness
03 - Flop Poppy - Flop Poppies
04 - Spiral Kinetik Circus - Iris
05 - Deflowered - Daffoddils - She's Drowning
06 - Society - Hologarvst
07 - Commoner - Commoners
08 - Bone - Bone
09 - Sludge - They're Sludge
10 - Soulwound - Rats

Apa keistimewaan kompilasi tulang ikan ini? haha.. pada gua, kerana kompilasi ini menjadi antara platform awal band2 yg anda pernah dgr lagu2 mereka sekarang. Contohnya, Flop Poppy dan Subculture, Juga tidak lupa pada Spiral Kinetik Circus iaitu band indie bermelodi dari Fathul bersama rakan2 (juga Andy Flop Poppy). Selain dari kompilasi ini terdapat juga 1 lagi kompilasi berteraskan music alternative, sori gua btol2 lupa tajuk kompilasi tu dan yg gua ingat kavernya ada gambar muka budak pakai spek sambil tersenyum dan antara band terlibat ialah Psycho Sonic.

Ok berbalik kepada kompilasi ini, boleh lah dikatakan ini antara permulaan bagi band2 yang disebut diatas berjinak dengan dunia rakaman secara profesional. Contohnya track pertama dari Subculture bertajuk G6T 3 yang merupakah rakaman pertama mereka secara profesional (demo kita letak tepi dulu sebab gua fokuskan profesional recording) dimana sound juga penyampaian vocal dari mereka agak berbeza dari sound album pertama mereka yg rilis setahun selepas kompilasi iaitu Love & Hate pada 1994. Flop Poppy juga merupakan antara band terawal didalam genre alternatif ini dimana istimewanya didalam kompilasi ini menampilkan antara line up terawal dimana Radhi OAG bertindak selaku vocalist bersama Flop Poppy. Track bertajuk Flop Poppies ini merupakan lagu asal yang dirakam semula OAG didalam album Melody Mocker (1999) dan diberi tajuk Knocked Silly. Namun arrangement lagu ini diberi nafas baru oleh OAG.

OAG - Knocked Silly (Nafas baru oleh OAG dr lagu bertajuk Flop Poppies)

Spiral Kinetik Circus (mereka telah reform semula..yeahhh!!!) band yg diterajui oleh Fathul (Infectious Maggots, Fathulistiwa Soundscape, Nocturno FC) pula membawa lagu Iris yang juga merupakan rakaman awal sebelum mereka meriliskan album penuh bertajuk "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Heart" pada tahun 1997.

Spiral Kinetic Circus - Sweetened Condensed Tunes For The Broken Heart (1997)


Spiral Kinetic Circus - Iris (Live at Surf Up gig)


Selain kejayaan band2 seperti Subculture, Flop Poppy dan Spiral Kinetic Circus, lagu2 dari band2 seperti A.R.T, Deflowered, Society, Commoner, Bone, Sludge dan Soulwound juga tidak kurang hebatnya. Band yg menggunakan nama A.R.T dengan lagu bertajuk Stop The Madness tampil dengan irama yg moderate dan punya sound yang tipikal dengan band2 sealiran mereka. Deflowered (Daffoddils) jika tidak silap adalah band yg punya vocalist dr Kelantan turut membawa irama alternatif yang biasa namun gaya lenggok vocalist band ini menyerikan lagu ini walaupun kedengaran seakan beliau menyanyi dengan biasa sahaja. Namun sesuatu yang unik dipersembahkan oleh band bernama Society dimana lagu bertajuk Hologarvst yang diadun dengan baek seakan bereksperimen bersama irama reggae (musically) dan juga cara penyampaian melodi vocal yang menarik dan berbeza dgn band2 lain yg terlibat didalam kompilasi ini. Commoner dengan lagu yg juga bertajuk Commoner kedengaran lebih santai tanpa bunyian gitar berdistortion. Bone yang turut juga dengan lagu bertajuk Bone mempunyai kekuatan pada bahagian vocal. ianya mengingatkan gua pada suara berdaya tinggi Maman Teacher's Pet. Lagu ini agak layan juga sebenarnya. Sludge dengan lagu bertajuk They're Sludge pula tampil dengan music yg sedikit seakan grunge tetapi majoriti lagu masih kuat bauan alternatif (sesuai sgt kerana sekitar tahun2 ini penangan alternatif di malaysia sgt kuat beb..) Soulwound sebagai band penutup kompilasi ini tampil dengan lagu bertajuk Rats. Sebuah lagu dengan komposisi yang laju, penyampaian vocal yang bersemangat serta sedikit perasa punk rock didalam lagu ini.

Produksi rakaman album ini boleh lah dibanggakan kerana kompilasi ini mungkin juga merupakan percubaan pertama band2 mencuba peralatan rakaman secara profesional. Dan kompilasi ini sebenarnya hanya rilis dalam bentuk kaset namun gua agak terkejut kerana pernah terjumpa 1 gambar di internet album ini dalam bentuk CD (1 lagi gua terkejut Naked Butterfly punya album pun ada dlm bentuk CD, xtau la itu copy punya or original, kalau ori memang RARE lah)

Ok, kepada yang membaca artikel ni, tambahan pula yang baru2 mengenal dunia music indie jgn lah pula melabelkan Bunkface, Hujan, Pesawat etc... sebagai pioneer music bergenre ini. Kerana awal 90an dahulu (dah hampir 20 tahun) sebuah kompilasi alternatif dan indie telah berada dipasaran dan menjadi kegilaan sejenak bagi warga muda ketika itu. Kompilasi ini juga antara faktor pendengar2 music di Malaysia mula memandang pada genre music sebegini (ini antara promosi). So, album kompilasi bertajuk "A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music" ini merupakan antara yang perlu disenaraikan didalam khazanah music tempatan. Anda punya kompilasi ini? apa??? mp3 sahaja? anda rugi kerana tidak memiliki nya. Mendengar lagu sambil membelek2 cover sleeve nya.. heh!

14 feedbacks:

Prettyrain said...

tq for the information bro..agak lama x nampak bro pos pasal band2 UG yang lama2 ni..knowledgeable n informatif..teruskan usaha anda..

Contramen said...

thankz kerana sapot..
kami akan berusaha lebih gigih.

skamyroll said...

album budak pkai spek tu Alternative Connection

Contramen said...

yup..
btol2..
rambut kaler lagi..

APiT said...

ade lirik commoner - commoners x??post lerr..terbaekk..

Contramen said...

kami x pasti 1st press punya versi ada lirik ke x.. yg kami ada cuma versi remastered.. xde lirik bro apit..

APiT said...

okey..tq btw...

myownmind said...

Bone lepas tue dimelayukan oleh penyanyi dia dan menang AIM sebagai band nama Violet..

myownmind said...

Bone tue dah dibawak ke dalam BM oleh penyanyi dio nama Bone.. menang AIM tahun berapa tah.. band dia nama Violet masa gone mainstream, rekod BM tue.. tp aku x beli pun album tue ohhohoho skool tak keje2 .. atau sibuk cari pengaruh music yg lain masa tue..

Contramen said...

Thanks MyOwnMind (macam nama lagu pilgrims) untuk info berguna.. tengkiyu seribu kali..

Emmie van Halen said...

finally aku mendarat di zon yang terbaik skali... aku membesar dgn muzik2 ini... ada sesiapa punya copy Alternative Connection???

Contramen said...

Alternative Connection aku punya tape dah hilang bro. info dari cover sleeve xde plak.kalau x, memang aku dah review. Mungkin sikit hari lagi bila dapat semula aku akan review.

Anonymous said...

commoner commoners terbaik ! Lagu masa sekolah rendah

Kaboi Tanduk said...

lagu Commoner yang dikatakan tanpa distortion dan santai tu sebenarnya bukan Commoner tapi Society, saya ada tulis sikit di SINI