Intrusion Of Dark Journey (1993)

Bila banyak band2 lama reform sejak kebelakangan ni, gua terasa nk dengar kembali lagu2 lama diorg. dari kompilasi Dark Live Collection, Circle of Friends, The Beginning dan tetiba gua terpikir berapa ramai warga metal alaf baru ni yg kenal band2 lama seperti didalam kompilasi yg gua nk ulas ni... Intrusion Of Dark Journey yang rilis sekitar 1993 dulu..


Kompilasi ini membariskan 8 buah band yang terdiri dari Demisor, Profane Creation, Incubated Worms, Nebiras, Aradiakh, Bazzah, Misanthrope dan Kitanaichi. Berikut dinyatakan tracklist untuk kompilasi ini..

01. Demisor - Oljud Knulla
02. Profane Creation - On The Grave We Wept
03. Incubated Worms - Sadistic Torture
04. Nebiras - In The Horde Of The Lightbearer
05. Aradiakh - Dream To The Northern
06. Bazzah - The Eye Of Thousand Shadows Abyssic
07. Misanthrope - Unholy Invocation Moonspell Of Winged Goat
08. Kitanai Chi - Scattered Emotion

Kompilasi yang dirilis oleh label bawah tanah Dark Journey ini dilihat antara kompilasi terbaik pada awal 90an selain Dark Live Collection yang boleh dikatakan antara rilisan "cult" di persada music metal Malaysia. Jika dilihat pada senarai band2 yang terlibat didalam kompilasi ini, dapat dinyatakan bahawa beberapa band telah kembali semula memeriahkan scene metal tempatan seperti Aradia (Aradiakh) yang telah rilis album penuh pada awal tahun 2010, juga Profane Creation band teknikal death metal Ipoh yang muncul ketika gig Rator awal 2010, Bazzah yang membawa genre Black Metal dari Pahang, serta penampilan semula Demisor dan Kitanaichi (meriliskan sebuah EP dibawah nama Mystery) di gig besar di Pulau Pinang pada April 2011 nanti.

Kepelbagaian genre didalam kompilasi ini tidak menjadi masalah buat pendengar music metal tempatan kerana rata2 band adalah antara band terbaek sekitar 90an. Walaupun 4 buah band (Nebiras, Aradiakh, Bazzah dan Misanthrope - menukar nama kepada Ravenlord ketika ramakan album "Martyr, Hail") mendominasi kompilasi ini dengan genre Black Metal namun keempat2 band membawa rentak yang berlainan walaupun berada didalam 1 golongan iaitu Black Metal. 

Serangan irama gelap dari 4 band tersebut tidak memberi impak kepada 4 band lain yang turut punya keistimewaan tersendiri. Contohnya Demisor yang punya kekuatan dibahagian dual-vokal yang mengkucar kacirkan emosi lagu bertajuk Oljud Knulla. Begitu juga dengan penampilan veteren Ipoh iaitu profane Creation dengan lagu On The Grave We Wept yang punya struktur lagu yang sedikit berbelit di bahagian riffing gitar nya. Incubated Worms juga menamplikan sebuah lagu dengan riffing catchy serta kepelbagaian vocal dan juga Kitanaichi yang punya kekuatan vocal dan dentuman drum yang menarik.

Jika ditanya pendapat gua mengenai lagu terbaek didalam kompilasi ini, telinga gua lebih terpikat pada 2 buah lagu iaitu "The Eye Of Thousand Shadows Abyssic" dari Bazzah dan "Sadistic Torture" dari Incubated Worms. "The Eye Of Thousand Shadows Abyssic" garapan Bazzah jika di perhatikan merupan sebuah masterpiece terbaek mereka dimana lagu ini punya kelainan dari irama Black Metal yang biasa kita dengar. Lagu yang lebih penggunaan cymbal serta hihat pada drum, serta riffing yang memberi impak seakan benar2 tertekan membuatkan lagu ini kedengaran begitu serius skali. Ditambah pula dengan cara nyanyian yang kedengaran sayup2. Lagu ini benar2 memukau telinga2 yang mendengarnya! "Sadistic Torture" dari Incubated Worms pula sebenarnya punya riffing yang biasa sahaja namun arrangement lagu ini membuatkan ianya kedengaran catchy. Kekuatan pada bahagian vocal mendominasi keseluruhan lagu ini. Jika didengar dengan teliti lagu ini seakan punya 3-4 penyanyi, namun ini merupakan rakaman studio dan segala nya boleh dilakukan mengikut track by track. Sayang sekali band ini tidak dapat dihidupkan semula dan hilang dari persada music metal tempatan.

Ini merupakan antara kompilasi yang antara faktor menaikkan scene metal Malaysia dan ia nya merupakan antara khazanah berharga bagi mereka2 yang masih mempunya album ini. Hail!!!

4 feedbacks:

Anonymous said...

aku beli kaset dia, mmg best..time tu cd masih blom popular sgt....

Contramen said...

ikutkan memang kompilasi ni x rilis cd bro..
kalau jumpa cd pon itu versi rip kaset punya..

lyme skamyroll said...

kintanai chi org relau kan?

Contramen said...

aku pun x pasti sgt.. zaman ni aku x mendalami dunia demo tape dan zine lagi..ni saja info yg aku tau pasal kitanaichi zaman ni.tape mainstrem..hehe