Neftaraka - Eternal Harsh (2010)

Ok bertemu lagi.kali ni gua nk review pasal album penuh terbaru dari sebuah band Raw Black Metal dari Ipoh iaitu Neftaraka. Ini merupakan full length pertama mereka setelah kewujudan mereka sekitar 1996. Album bertajuk Eternal Harsh ini rilis pada 6 Julai 2010 dan dikeluarkan oleh Apocalypse Venomous Records.

Sebelum gua ulas album ni ada baiknya jika diperkenalkan dahulu line up band yg bernama Neftaraka ini.

 Xxul - Vocals, Guitar (Langsuyr, Vociferation Eternity), 
Sil-Blyss - Bass
Unknown H - Drums.

Neftaraka - Eternal Harsh (2010)

Tracklist :

01 - Into The Dead Confession
02 - Eternal Harsh
03 - Rassuk
04 - From The Unknown Winds
05 - S.T.V.R.M
06 - Between Wood, Blood & Semen
07 - Forgotten (Live)
08 - Too Old Too Cold (Darkthrone Cover)
09 - Ophoytha

Eternal Harsh yang mengandungi 9 buah lagu telah melalui proses rakaman sekitar Oktober 2009 - Mac 2010 di The Unholy Necro X Studio, Ipoh. namun terdapat 2 buah lagu yang dirakam berasingan iaitu pertama lagu bertajuk "From the Unknown Winds" yang telah direkod sekitar 2008 manakal lagu bertajuk "Forgotten" telah direkod secara live ketika gig Rator - Live Possessed sekitar Januari 2010. Dan sebuah track saduran dari Darkthrone bertajuk "Too Old Too Cold" sememangnya kedengaran menarik. Ok, apakata gua cerita detail setiap lagu. Mau? haha..

Track pertama bertajuk Into The Dead Confession merupakan intro yang agak meleret berdurasi 4minit 8saat. Intro ini walopon agak meleret namun ianya seakan menceritakan jalan cerita atau pengenalan kepada music Neftaraka.

Track kedua yang juga merupakan tajuk album ini iaitu Eternal Harsh merupakan sebuah track yang susunan musicnya straight forward, menyeramkan, suram dan tiada unsur2 belas kasihan. Mendengar riffing lagu ini benar2 seakan lagu ini punya satu rasa tekanan yang ke tahap maksima dan seakan membawa anda ke satu alam deminsi penuh kegelapan. track kedua ini berdurasi 3minit 28saat. Solo bertrademark Black Metal tanpa istilah teknikal boleh didengari bermula didurasi 2:34 sehingga tamat lagu.

Rassuk menjadi track ketiga dimana durasi lagu ini ialah 6minit 7saat. Sepertimana track kedua tadi, Rassuk juga merupakan sebuah track yang menyeramkan namun riffing yang berbunyi suram dapat didengari dimana ianya sedikit melodi tetapi tidak melampau. Pada lagu ini vocal dari Xxul semakin garang. Suara yang jahat dapat didengar dengan jelas jika dibandingkan dengan lagu pertama yang vocalnya lebih mendatar, namun untuk track Rassuk ini begitu bertenaga dan merbahaya sekali. pada pertengahan lagu ini ianya seakan tamat namun gitar membawa peranan dikala semua instrument berhenti sebelum serangan seterusnya bermula semula secara serentak. Pada gua, lagu ini juga antara tarikan utama album ini.

Track keempat bertajuk From The Unknown Winds merupakan sebuah track pendek berdurasi 1minit 59saat. Sebuah track yang punya mood tertekan. Vocal sekali lagi agak mendatar namun ada penambahan monster growl didalam lagu ini serta satu dialog seakan suara seorang dictator. walaupon track ini pendek namun ianya tetap menarik. Err, ada 1 riffing yang bikin gua rasa riffing berelemen eastern. hehe..

Track kelima bertajuk S.T.V.R.M dimulakan dengan intro bunyi siren (ini intro yg sama diguna Demonical Crisis Assembly dalam lagu War To End All War yg dimuatkan didalam kompilasi Metal To Metal II). Track kedua terpanjang iaitu berdurasi 8minit 37saat. Kali ini vocal kembali bertenaga seperti track ketiga bertajuk Rassuk. Pada gua lagu ini seakan membawa pendengar kepada situasi berada disuatu tempat dan berlari ketakutan tanpa arah tujuan (haha.. itu yg gua rasa bila layan lagu ni). Pada minit ke6 lagu ini mula meleret dgn riffing yang perlahan mengingatkan gua pada sebuah lagu Darkthrone album Under The Funeral Moon.

Between Wood, Blood & Semen, merupakan track keenam yang juga lagu terpanjang didalam album ini. Berdurasi 9minit 16 saat. lagu ini boleh dikatakan lagu yg paling bermelodi jka dibandingkan dengan kesemua lagu. Track ini juga merupakan track yang paling banyak menggunakan twin padel. Dihujung lagu ini ada kedengaran juga bunyi seakan rintihan dari seorang perempuan yang seperti dalam kesedihan dan kesayuan. Err mungkin ianya dilakukan oleh Xxul barangkali..

Forgotten merupakan track ketujuh yang juga merupakan sebuah track yang dirakam secara live ketika Neftaraka beraksi sepentas bersama band metal lagenda tanahair iaitu Rator di gig Live Possessed, One Cafe pada Januari 2010 (Ketika dengar kembali lagu ni gua teringat gua berada betol2 ditengah One Cafe untuk mendengar sound live dari Neftaraka.. haha) . Sebuah track yang berdurasi 3minit 23saat. Vocal, riffing, drum untuk track ini sama garang dan ganas!!!

Track saduran dari Darkthrone bertajuk Too Old Too Cold dipilih oleh Neftaraka untuk album penuh ini setelah mereka membawa lagu Mayhem bertajuk Pagan Fears didalam EP War Ist Law pada tahun 2009. Untuk track saduran ini gua kasi salute lah sama Neftraka. track asal yang tanpa distort pada bahagian suara di bawa dengan cara Xxul sendiri. Sedap sekali mendengar lagu Darkthrone bawaan Neftaraka ini. Jika anda rindukan Darkthrone kembali ke zaman gelapnya, track saduran dari Neftaraka ini akan menepati jiwa dan pasti akan hilang seketika rindu anda pada Darkthrone lama. Yeahhhhhh!!!!

Track terakhir bertajuk Ophoytha berdurasi 7minit 7saat. Err sebuah lagu yg ada susunannya mengingatkan gua pada lagu Freezing Moon dari Mayhem. Ketara sekali pengaruh band2 besar black metal pada Neftaraka. Lagu ini bermula dgn sound efek angin dan bunyi helang namun ianya hanya beberapa saat dimana serangan tanpa belas serta merta dilakukan. Riffing serta drumming didalam lagu ini sangat kejam. Mencetuskan perasaan seram, tekanan dan kegusaran. Vocal Xxul berada ditahap yang sama seperti track Forgotten dan Rassuk.

Keseluruhan album ini boleh dikatakan antara produk Raw Black Metal yang baik (Raw Black Metal mana ada sound clean mcm metalcore..haha) dimana sound sebenar Black Metal dapat terhasil. Dusunan lagu dan juga penciptaan riffing2 yang memberi tekanan seakan satu trademark music Black Metal. Namun terdapat juga beberapa lagu yang kualiti bunyinya agak tidak dapat dikawal dan pecah (tidak ditahap ketara) tetapi sila abaikan kualiti bunyi kerana ini produk Raw Black Metal!!! Tidak lengkap juga jika gua terlupa satu istilah iaitu Eternal Harsh adalah sekumpulan lagu2 anti teknikal. Sama seperti kualiti bunyi, sila abaikan bab teknikal untuk produk sebegini. Jika pembaca atau pendengar metal generasi baru tidak tahu apa itu "sound raw black metal" sila kenali music Neftaraka ya.. haha..

Untuk yang cuba mendapatkan material atau rilisan2 Neftaraka, disini dinyatakan juga antara rilisan2 Neftaraka.

- A.W.BM - Demo (1996)

- Official Live Bootleg (2006)
- Ejaculation ov the Wicked - Split bersama Zanthicus (Philippine) (2007)
- Live in Unholy Forest : The DEADicated (2007)
- Evil Forest - Split bersama Original Sins (China) (2007)
- Themes of the Unknown Winds - Demo (2007)
- Raw Ist Law - EP2007
- Eastern Damnation - 4 ways Split (2010)
- Eternal Harsh - (Full length 2010)

Ok, Neftaraka boleh dicapai melalui laman myspace mereka dibawah ini.
Neftaraka@Myspace



Rating : 7.5/10

0 feedbacks: