Humiliation - Dawn Of Warfare (2010)

Mereka muncul dikala irama sebegini tenggelam dibawa arus zaman. Namun bagi penggemar music sebegini, mereka pasti mengharapkan akan berkumandangnya lagu atau akan wujudnya band2 beraliran sebegini terutamanya dengan ketandusan pembawa irama sebegini di Malaysia. Dengan berbekalkan sebuah EP bertajuk "Face The Disaster" pada penghujung 2009, band bernama Humiliation ini terus melangkah kehadapan pada tahun berikutnya dengan menghasilkan album penuh bertajuk "Dawn Of Warfare" pada 2010. Dan mereka tetap dengan irama kegemaran mereka Old School Death Metal!

Bear Bee (vocalist), Afe (bassist), Matt (guitarist), Shah (guitarist) and Mudon (drummer)

Album bertajuk Dawn Of Warfare ini mengandungi 12 buah lagu termasuk intro dan outro. Mendengar irama old school death metal bawaan Humiliation mengingatkan gua pada Obituary, Bolt Thrower, Morgoth juga Benediction.

Humiliation - Dawn Of Warfare (2010)

Tracklist :
01 - Intro
02 - Trench
03 - The Crisis to Come
04 - Front Runner
05 - Command and Control
06 - Warts of War
07 - Minefields (A Way to Kill)
08 - Capping the T
09 - Mutiny
10 - Mustard Gas
11 - Reactor #8
12 - Outro

Sebuah album yang pada gua merupakan antara yang baik dari segi sound produksi serta kesemua instrument berada dalam tahap terbaek dan seimbang dan konsep keseluruhan yg benar2 old skool! sound lama yang dibawa oleh band2 besar yg gua sebut diatas. Jika diperhatikan Humiliation tidak menjurus kearah teknikal kerana konsep sebegini lebih kearah straight forward (bukan straight forward ala2 old skool trash) dan riffing2 juga moderate. Tidak boleh dipertikaikan kemampuan riff yg moderate kerana konsep sebegini bukan untuk menunjuk2 skill individu. Tetapi persefahaman serta pembawaan music secara berkumpulan menjadi kejayaan Humiliation mendokong irama old skool death metal.

Gua rasa tidak memadai untuk gua membuat review utk kesemua lagu kerana komposisi lagu2 seakan sama. namun sekali lagi tidak boleh dipertikaikan perkara ini kerana ianya pada gua merupakan kejayaan mereka dengan konsep sebegini. Tiada solo2 yg memukau, menggigit ala dimebag darrel dan kerry king, tiada offbeat drum ala2 tomas haake mahupun grind gila babi dr nicholas barker. Bass yg tidak perlu bunga2 seperti Flea RHCP atau pun skill menunjuk hebat dari John Myung Vocal dari Bee Bear sangat bersesuaian dengan konsep sebegini, sama seperti band2 besar yg sealiran. Solo2 juga sekadar memadai dan tidak lari dr mood lagu.

Bagi gua sebuah lagu bertajuk Crapping The T merupakan sebuah track yang menarik serta menyentuh gegendang telinga gua. Walaupon masih lagi dengan lenggok old skool death metal yang lentok namun lagu ini boleh dikira agak garang serta sedikit laju jika dibandingkan dengan track2 lain. Riffingnya pada verse yg agak berlainan dr riff2 sebelum membuatkan track ini sedikit unik. Satu percubaan berani serta satu campuran elemen yg berani dari Humiliation. Manakala tema berunsur peperangan menjadi topik utama lirik2 Humiliation untuk album ini.

Kepada golongan belasan tahun serta awal 20an yg bermula mengenali music metal dgn Lamb Of God, Slipknot, Trivium, apakata cuba dapatkan CD Dawn Of Warfare (2010) ini untuk menambah pengetahuan sejarah music metal anda. Dan pada penggemar music metal dari zaman awal 80an yang ketandusan irama2 berat yg old skool, album ini di sarankan sebagai penghilang rindu..


CD Humiliation - Dawn Of Warfare (2010) boleh didapati direct dari nebiula production menerusi laman facebook Nebiula dibawah ini..
NEBIULA PRODUCTION
atau email ke Humiliation di humiliation@gmail.com

Humiliation - Promo dari EP "Face The Disaster" (2009)

* review EP "Face The Disaster" (2009) boleh dicapai melalui link dari Krenmaut

0 feedbacks: