Kinetik Control - Antara Rock, Electronica dan Pop.

Bertemu lagi. kali ini gua ingin bercerita mengenai sebuah band yang punya keupayaan dan perlu perhatian dari anda kerana music yang dihasilkan mereka unik dan melodi lagu2 nya menarik untuk di layan. Kombinasi dari irama rock (mungkin lebih ke gotik rock), electronica, pop (lagu2 mereka boleh jual dan menduduki carta2 top ten di negara mereka, Finland). Ok, band untuk diketengahkan kali ini ialah Kinetik Control.

 Kinetik Control (2010)

Kinetik Control merupakan sebuah band yang ditubuhkan sekitar 2000. Berasal dari Finland, band ini secara asasnya di tunjangi oleh Sauli Vuoti yang memegang peranan sebagai penyanyi juga pemain gitar. Tertubuhnya Kinetik Control adalah dari idea Sauli Vouti sendiri dimana beliau telah mengajak rakannya iaitu Toni Raehalme (Keyboardist) untuk berkolabrasi bersamanya. Walaupun berbeza root music antara kedua2 individu ini namun kegigihan mereka dalam mencipta lagu malah usaha mencari identiti music akhirnya tercapai kerana majoriti lagu2 awal di era awal penubuhan Kinetik Control adalah didominasi oleh kedua2 mereka.

 Sauli Vuoti & Toni Raehalme

Perjalanan Kinetik Control bermula secara serius pada tahun 2006 dimana kedua2 individu ini telah meriliskan sebuah EP bertajuk "Enslaving The Audio" yang mengandungi 5 buah lagu.

Kinetik Control - Enslaving The Audio (EP 2006)

Tracklist :
1. Each Time
2. Threeway-Ticket
3. (You) Don't Believe In Yourself
4. No Tomorrow
5. A Small Leap Of Faith

EP bertajuk "Enslaving The Audio" ini mendapat ulasan memberansangkan dari zine2 terkemuka malah Metal Hammer turut memberi ulasan yang menarik kerana keunikan music Kinetik Control. Duo ini semakin ghairah mencipta lagu sehingga pada 2008 mereka sekali lagi memasuki studio untuk rakaman album penuh bertajuk "Lack Of Divine Inspiration". Album yang mengandungi 11 buah lagu ini menampakkan kematangan music sebenar Kinetik Control. Elemen electronica, rock, gotik, metal dan pop kedengaran dengan jelas sekali dalam setiap lagu2 dari album ini.

 Kinetik Control - Lack Of Divine Inspiration (2008)

Tracklist :

1. Vanguard Of The New World
2. Lack Of Divine Inspiration
3. Who Does Not Want Freedom
4. The Mutt
5. No One Knows About Us
6. Walk Through Fire
7. Silence The Serenade
8. Killing Inferno
9. Waves Of Redemption
10. What Is Love (Haddaway cover)
11. Grey

Keistimewaan album ini ialah majority lagu2 nya punya melodi yang menarik dan catchy. Juga cara penyampaian nyanyian dari Sauli Vuoti yang punya gaya trademark Gotik Rock. Juga video klip untuk track pertama Vanguard Of The New World sebagai promosi dilakukan secara profesional.

Kelahiran album ini juga seakan satu permulaan serius apabila Kinetik Control mula melengkapkan line up nya namun beberapa perubahan line up berlaku sekitar promosi dan persembahan live mereka. Antara line up yang pernah terlibat adalah Pasi Nopanen, Shades dan Jani Relax-o-saari sebagai pemain bass, Jarkko Luukkonen, Vassilis Koskinas dan Medusa sebagai pemain drum manakala Jack Tragedy pula sebagai pemain gitar.

2010 merupakan tahun dimana Kinetik Control  telah menemui direction baru didalam music mereka dan paling menggembirakan apabila masalah pertukaran line up berakhir setelah Pasi Nopanen memegang peranan sepenuhnya sebagai pemain bass, manakala Miro Kontio dan Andy Velin bertanggungjawap keatas posisi sebagai pemain gitar. Ini memudahkan Sauli Vuoti untuk mengfokuskan nyanyiannya. Rakaman album terbaru bertajuk “Only Truth Remains” telah berakhir dan bakal menemui peminat antara akhir 2010 atau awal 2011. Bersama beberapa single seperti “In This Life” (telah rilis pada April 2010) nama Kinetik Control sekali lagi menjadi perhatian apabila menduduki carta keempat di Finland. Begitu juga dengan single kedua bertajuk “All Fours” yang rilis pada Ogos manakala single terakhir menemui peminat baru2 ini bertajuk “Latest But Not The Leastest”.

Berdasarkan lagu2 terbaru ini terdapat sedikit perubahan pada music Kinetik Control dimana elemen electronica tidak berapa menggila jika dibandingkan dengan album pertama Lack of Divine Inspiration (2008). Kali ini music mereka lebih menonjolkan permainan gitar, gaya nyanyian yg bermelodi serta arrangement yang sudah mula kompleks.

Kinetik Control - Only Truth Remains (2010)

Ok, sama2 kita nantikan kelahiran album terbaru Kinetik Control yang bertajuk "Only Truth Remains" yang bakal menjengah pasaran mungkin diakhir 2010 atau awal 2011.

Kinetik Control boleh dicapai melalui link dibawah video ini :

 
Kinetik Control - Vanguard of the New World


Official Homepage
Myspace
Facebook

0 feedbacks: