[STICKY] CONTEST AS SAHAR DEMI DARAH & MARUAH PATRIOT 2011!

Dissecting the Euphony dengan kerjasama Darah & Maruah PST dan As Sahar, bersempena dengan kedatangan gig Demi Darah & Maruah Patriot 2011, dengan bangganya mempersembahkan



PERADUAN 'AS SAHAR' DEMI DARAH & MARUAH PATRIOT 2011!

Ini adalah peluang untuk lu orang pengikut Raja Black Metal Nusantara NSBM, As Sahar untuk membuktikan yang lu orang memang follower mereka yang sebenar dan tegar! Jadi lu orang kenal dan tahu serba-serbi pasal As Sahar dari permulaan mereka hingga sekarang? Bukan setakat hafal lirik dan jamming lagu dorang di studio jam? Ini masanya untuk buktikan semua itu!
Peraduan ini adalah bersempena dengan gig Demi Darah & Maruah Patriot 2011 di mana As Sahar menjadi headliner nanti. Jadinya ia adalah terbuka untuk semua !

Pasti lu orang tertanya-tanya apa yang menarik disediakan untuk peraduan ini. Baiklah ini dia:

Pemenang utama akan memenangi:

TIKET PERCUMA KE GIG DD&MP 2011 + 1 KEPING CD DEMO TRACKS ALBUM AKAN DATANG AS SAHAR [TERHAD]* + 1 KEPING POSTER A3 AS SAHAR 2011 DITANDATANGANI OLEH LINE UP AS SAHAR [TERHAD]

Pemenang tempat kedua dan ketiga:

TIKET PERCUMA KE GIG DD&MP 2011 + 1 KEPING POSTER A3 AS SAHAR 2011 DITANDATANGANI OLEH LINE UP AS SAHAR [TERHAD]

Amacam? Rare tak?Dapat pulak tiket free, ada pulak poster! Mari mencuba! Sebelum tu lu orang kena jawab ahhh soalan peraduan dulu. Tak banyak, 5 soalan je, dan mudah pulak tu!

1. Mula-mula lu orang LIKE sama ini post dan juga di link ini untuk indicate lu orang sudah on sama ini contest.

2. Pastu jawab ni pulak:

- Drummer pertama As Sahar adalah.....
-Al-Rischa, EP pada tahun 2002 adalah berkiblat melodik black/death metal.apa erti Al-Rischa?
-Namakan lagu-lagu As Sahar yang dimuatkan dalam Eastern Damnation split CD.
-Lagu Folkcrafty Meloharvest adalah berkenaan pemujaan....
-Namakan lagu yang berkisahkan penglibatan ilmu Harimau Jadian.

3. Bila dah dapat jawab, lengkapkan slogan ni pulak:

Gua layak untuk menang peraduan As Sahar Demi Darah & Maruah Patriot ni sebab..... [tak lebih daripada 20 patah perkataan]

4. Compile jawapan dan slogan lu orang dan e-mailkan ke e-mail rasmi Dissecting the Euphony iaitu:

Sertakan juga nombor telefon lu orang supaya kami boleh hubungi lu orang nanti. Jawapan yang dihantar selain daripada ke peti inbox email DtE tidak dikira sah!

Jawapan lu orang boleh dalam bentuk bertulis, atau dalam bentuk audio recording (mp3 contohnya) atau dalam bentuk video (webcam contohnya). Jawapan yang paling tepat, kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang! Jadi gunakan cara paling kreatif!

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Januari 2011 tepat 12 malam!
Sebarang perubahan akan diberitahu kelak.

*Tertakluk kepada perubahan
**Hadiah tidak boleh ditukar kepada bentuk tunai dan lain-lain
***Tuntutan hadiah...ala tu nanti gua cerita!

Stay tuned!

Sebarang keraguan boleh tinggalkan di ruangan komen!

0 feedbacks: