Van Canto - Hero : Metal A Capella!

Barangkali Van Canto adalah satu-satunya band metal (kalau boleh dipanggil metal la kann-ed)di dunia yang tidak berapa metal sangat dari segi instruments. Mana kan tidak. Barangkali lu orang dah biasa tengok band metal tanpa gitar atau tanpa bass atau tanpa drum (at least salah satu instrumen ni mesti ada - ed). Contohnya macam Samael (mulai zaman Passage) tidak memakai drum live, Spasm hanya menggunakan bass dan drum, Wormrot hanya employ drum dan gitar TAPI tak pernah seumur hidup gua jumpa band metal hanya guna drum dan vokal sahaja. I mean, come on! How bad ass is that eh? Van Canto membuktikan, sekalipun tanpa gitar dan bass yang soaring dan mencecah decibel yang melampau, mereka masih mampu rockin' dan membawa attitude metal ke tahap baru.

Tanpa kehadiran pemain gitar dan bass, Van Canto bergantung sepenuhnya kekuatan 5 orang vokalisnya dan seorang drummer. 2 daripada 5 vokalis adalah vokal utama manakala selebihnya...bertindak sebagai ish cemana nak cakap ni...selebihnya bertindak sebagai bass dan gitar mulut...now that doesn't sound right hahahah! Okay ah diorang simulate bunyi gitar dari bass, gitar rhythm hinggalah ke solo gitar! Ye kawan-kawan, solo gitar! Kalau dulu lu orang masa kecik-kecik duk imagine simulate solo gitaris pujaan lu orang sambil mulut bising membuat bunyi gorengan gitar, mungkin diorang ni dah buat wish korang jadi kenyataan lol! Baiklah band sextet ini berasal dari Jerman dan sebenarnya nak klasifikasikan diorang sebagai metal pun tak boleh jugak. Dah cemana nak panggil metal kalau gitar dan bass takde! Yang paling menonjol dari tekniknya tentulah a capella dan kalau dari attitudenya mestilah heavy metal to the bone! Jadinya setelah menilik dan mengkaji, suffice to say Van Canto membawakan power metal (paling jelas dari bawaan vokal utama dan drumming) dan a capella (vokal harmoni!) which themselves call hero metal a capella. Tsk.Bayangkan Innuendo membawakan power metal persis Rhapsody of Fire. Well, I'm just sayin'! Sextet hebat yang bernaung di bawah Napalm Records ini adalah:



Dennis Schunke –vokal utama
Inga Scharf – vokal utama
Stefan Schmidt – vokal rakkatakka rendah, vokal wahwah solo guitar
Ross Thompson – vokal rakkatakka tinggi
Ingo Sterzinger – vokal dandan rendah
Bastian Emig – dram

Gua sebenarnya tak boleh tangkap sangat amenda vokal rakkatakka dan dandan tu. Tiada petunjuk! Tapi barangkali ia adalah onomatopoeia kepada bunyi yang terhasil untuk simulate bunyian gitar. Alaa macam lu orang selalu grenggg grengg tu la,get it? Okay setakat ni diorang dah release 3 album dan yang terbaru adalah Tribe of Force (tajuk yang sungguh power metal!-ed) diterbitkan pada tahun ini dan gua masih belum berpeluang untuk mendengarnya lagi. Van Canto juga adalah sebuah band yang cover friendly, di mana semua album setakat ni memang akan include sekurang-kurangnya sebuah lagu cover.

Jadi lu orang macam tertanya-tanya, macam mana diorang produce suara sampai boleh replicate bunyi gitar? Lol! Tentunya dengan manipulasi vokal dan menggunakan efek serta telah diamplify. Namun, tentunya memerlukan bakat yang bukan seposen. Mereka ini adalah terdiri daripada line up-line up band power metal sekitar Jerman, patutlah vokal hebat melambung-lambung! Menariknya live pun mereka tetap pakai teknik yang sama, no guitars and bass! Vocals semata-mata, dan drum tentunya! Fuhh esoknya tekak mesti takde rupa tekak dah kahkah! Jadi untuk maklumat lanjut lu orang boleh check band metal a capella ni dekat Metal Archives atau google saja. Gua nak buat sedikit review tentang album kedua mereka yang bertajuk Hero.

Hero diterbitkan pada tahun 2008 melalui GUN Records / BMG dengan 10 trek iaitu:


Speed Of Light
Kings Of Metal (Manowar Cover)
Pathfinder
Wishmaster (Nightwish Cover)
Bard's Song - In The Forest (Blind Guardian Cover)
Quest For Roar
Stormbringer (Deep Purple cover)
Take To The Sky (menampilkan Hansi Kürsch dari Blind Guardian)
Fear Of The Dark (Iron Maiden Cover)
Hero

Seperti yang tertera, memang album ni setakat ni adalah album yang paling cover friendly dengan 5 lagu cover, kesemuanya lagu band-band hebat! Bunyian simulasi gitar memang cantik dan hebat, pertama kali gua dengar gua tak sangka pulak tu sebenarnya pakai mulut! Fuh! Disebabkan tiada bunyi gitar dan bass sebenar yang terlibat gua pun sebenarnya boleh la kata production kualiti ok sahaja. Drumming, standard untuk heavy/power metal; laju dan bervariasi tetapi takde apa yang baru sebab bagi gua yang paling outstanding bagi album ini adalah vokal rakawtfkata dan dandan tu!


Speed of Light: Merupakan single untuk album ini. Gua paling minat lagu ni. Jaga-jaga solo gitar (pakai mulut!) lagu ini sangat mind blowing! Lagu berbentuk power metal,heh.


Wishmaster: Vokalis wanita Van Canto bukan takat busty dan menawan,malahan boleh menyanyi! Walaupun takde ah setaraf Tarja Turunen, kredit patut diberikan terhadap usaha beliau! Vokal rakkatakka berbunyi lain macam di sini. Ergk sakit tekak bila cuba tiru lagu ni!

Stormbringer: Dibawakan dengan cemerlang, sampaikan gua kena dengar original version nak detect kalau diorang ada miss anything. Lol. Kalau Deep Purple dengar mesti ternganga!

Fear of the Dark:Ini pun cun jugak. Fan Iron Maiden patut check out trek ini!

Overall album ni agak fresh lah walaupun lagu cover mendominasi separuh daripada trek yang dihidangkan. Tapi siapa peduli bila lu tau takde gitar dan bass digunakan, ye tak? Pada gua percubaan diorang ni berjaya dan setakat ni mungkin dioranglah satu-satunya kumpulan a capella berkiblatkan attitude metal kehkeh. Vokal utama lelaki dan perempuan did a good job,nailing every aspect of singing. Rakkataka dan dandan vocals memang berusaha keras untuk replicate bunyi gitar dan bass serta a capella vokal yang off the scale! Drumming juga nailed it, despite takde la apa sangat pun, tapi still penting sebab tanpa drumming,karekteristik metal barangkali takkan wujud untuk band ni. Pastikan lu orang tonton video klip mereka!
Pros:
-Penggunaan vokal sebagai pengganti bass dan gitar adalah satu inovasi dan menakjubkan.
-Vokal utama lazat dan hebat!
-Seleksi lagu cover adalah bijak dan marketable,hihi.
-Solo gitar pakai mulut,peh...hilang kata-kata.

Cons:
-Kadang-kadang rasa macam lost, tapi barangkali gua aje kot.
-Original compositions patut lebih diberi oomph, ini rasa macam tribute album kadang-kadang.

Rating:
7.5/10

Van Canto boleh dicapai di sini dan sini.

Kredit:
-Metal Archives
-Google

p/s: Nah sedikit bonus, lagu tema untuk game Taboera,kali ni di sokong oleh orkestra simfoni!Wow!


1 feedbacks:

Contramen said...

1 benda yg x brapa org terpikir berkenaan instrument yg van canto guna.. iaitu mickrofon.. teknikal sesebuah mikrofon tu untuk menghasilkan bunyi dr mulut.. klu band lain kalut dgn kriteria2 utk gitar, bass apa sume tu, tp van canto kena pilih mikrofon yg tepat untuk menghasilkan bunyi yg dikehendaki.. gila2..