Prognosis Death - We're Still Swingin' (EP 2010)

Prognosis : Death merupakan sebuah band yang lahir dari kesatuan beberapa line up dari band2 seperti Dicktracy, Asthalin dan My Precious Wish. Pada gua, sejak pertama kali membaca biografi band ini, terdetik dihati gua apabila mereka menyatakan mereka membawakan konsep Metalcore yang di mix kan bersama unsur Southern Rock/Metal. Ok, disini dinyatakan rasanya belum ada band di Malaysia yang serius membawa elemen Southern Metal secara amnya. Jika di teliti, band yang terkenal dengan irama sebegini ialah Pantera (lebih kepada Groove / Southern Metal) dan juga Down (Rex dan Phil Anselmo juga dari Pantera). Malah tidak sah juga jika menyebut Southern Metal tetapi tidak berfikir Sludge Metal serta bunyi2an cowboy! Yeahhh!


Prognosis : Death terdiri dari :

Anep - Vocal
Tom - Guitar
Fizi - Guitar
Adzier - Bass
Adee - Drums

Pada 23/10/2010 Prognosis : Death secara rasminya meriliskan EP bertajuk We're Still Swingin' (EP ini rilis awal dari tarikh ini secara unofficial) dimana tarikh tersebut juga turut menjadikan tarikh official launching dimana mereka serta beberapa band lagi berpeluang menunjukkan bakat tersendiri bertempat di MyEco Clubhouse, Pandan Indah Kuala Lumpur.

Prognosis  Death - We're Still Swingin' (EP 2010)

Tracklist :

1 - Across These Roads, We'll Survive
2 - Your Mouth, Your Gun
3 - Spit (For Satisfaction)
4 - The Sandstorm
5 - Off Sweats and Sins
6 - Goodnight, Mr Lonely

"We're Still Swingin'" telah menjalani rakaman di the Band Shop Studio taman Melawati dan proses rakaman, mixing dan mastering dilakukan oleh Nash (gua rasa ini pasti bukan Nash Lefthanded..haha). Ok, apa kata kalau gua review setiap lagu yang terkandung didalam EP bertajuk "We're Still Swingin'" ini. Mungkin membuahkan minat untuk anda pembaca semua untuk memiliki EP ini..

Track pertama bertajuk "Across These Roads, We'll Survive" membuka perkenalan kepada music bawaan mereka. Bermula dengan intro seakan suara kartun namun ianya tidak melalut untuk lagu bermula. Oh ya, ini bukan produk kepada mereka yang meminati genre mengejar kelajuan kerana track pertama ini lebih kepada pengawalan instrument juga keseragaman setiap line up dalam membawa lagu ini menjadi sesuatu hebat. Sesuatu yang menonjol buat pertama kali mendengar lagu ini ialah kawalan nyanyian oleh Anep selaku vocalist dimana beliau bukan sekadar mampu melakukan jeritan malah kemampuan mendendangkan melodi vocal patut dipuji. ya, bukan semua vocalist band metal mampu menyanyi (ada beza antara jeritan dan nyanyian dlm irama metal). Gua terhidu mungkin juga vocalist band ini membuat kajian tentang vocalist2 band metal yang mampu menyanyi dengan baik seperti Lajon dari Sevendust dan Phil Anselmo dari Pantera. Dan pada gua juga track pertama ini mempunyai struktur susunan yang baik jika dibandingkan dengan lagu2 berikutnya.

"Your Mouth, Your Gun" merupakan track kedua yang mana mood nya juga seakan2 track pertama namun disini kedengaran pengaruh metalcore yang agak kuat terutama pada riffing gitar namun ianya diselangi dengan riffing berbau Southern Metal. Vocal banyak melakukan jeritan pada lagu ini dan drum juga agak sedikit laju dari lagu pertama.

Track ketiga bertajuk "Spit (For Satisfaction)" dengan riffing melodic metalcore dan satu percubaan vocalist dalam melakukan nyanyian dalam cara jeritan dan masih boleh dikesan melodi vocalnya disini. Beberapa bahagian gitar juga terdapat elemen harmonic yang dimainkan oleh kedua2 gitarist. Backup vocal yang dilakukan bersama2 di hujung lagu juga menampakkan pengaruh old skool hardcore turut diselitkan kedalam music Prognosis : Death.

"The Sandstorm" menjadi track keempat dimana permulaan lagu bermula dengan agak laju dengan dentuman drum yang agak statik. Sekali lagi vocalist band ini melakukan tugas dengan menggunakan teknik nyanyian yang baik pada chorus lagu ini. Riffing yang bersesuaian dengan alunan melodi vocal oleh penyanyi. Track ini boleh dikatakan menarik juga diantara track2 lain. Penghujung lagu sekali lagi vocalist melakukan tugas yang baek dengan membawa alunan melodi dalam nyanyiannya.

"Off Sweats and Sins" yang menjadi track kelima merupakan sebuah lagu perlahan (ini bukan lagu pop atau ballad) yang terkandung didalam EP ini. Satu percubaan berani dengan memasukkan track sebegini didalam rilisan bergenre Metal. Sebuah lagu yang pada gua antara track yang bagus. Mempunyai pengaruh Southern metal yang kuat walaupun dibawa dalam mood yang perlahan. Kesemua line up memainkan peranan yang baik dalam penghasilan lagu ini. begitu juga dengan vocalist yang mampu menyanyikan lagu ini dengan baik walaupun terdapat bahagian2 yang memerlukan beliau melakukan jeritan pada tahap yang agak tinggi. Ok, pada gua vocalist band ini punya kesesuaian dalam menyanyikan lagu dalam genre sebegini. Mungkin untuk menambah perisa cowboy dalam lagu ini, mereka boleh memasukkan bunyi harmonica barangkali. Lebih kedengaran seakan seorang cowboy di Texas! Yeahhhh! Dan ini adalah track pilihan gua!

"Goodnight, Mr Lonely" yang menjadi track terakhir tidak menunggu lama untuk bermula dimana riffing beserta hentakan drum dan alunan vocal terus memecahkan gegendang anda setelah berehat sejenak dengan track ke5 tadi. "Goodnight, Mr Lonely" kedengaran agak metalcore jika dibandingkan dengan track2 lain. Namun seperti track2 lain, riffing berbau Southern Metal tetap diselitkan didalam lagu ini.

Sound produksi EP ini memuaskan pendengaran semua yang mendengar kerana kesemua instrument dapat didengar dengan baik namun pada track kedua terdapat sedikit bunyi yang agak melambung (bass yang menenggelamkan sedikit bunyi instrument lain) yang mungkin tidak disedari ketika proses mixing dijalankan. Overall sound adalah terbaek dan antara produk terbaek jika mahu dikaji dari segi mutu rakaman local band.

Dari segi packaging CD pula ianya didatangkan didalam bentuk Cardboard Jacket dan terdapat lirik yang disertakan bersama kertas bersaiz A5. Ianya nampak simple tetapi menarik. Namun lebih baik jika CD (cakera padat) ini turut dilakukan pro-printed memandangkan hasil bunyian dari rakaman adalah memuaskan. Mungkin juga mereka kekurangan budget kerana segala urusan adalah atas mereka sendiri kerana Prognosis : Death tidak bernaung dibawah mana2 label.

Ini 1 produk bagi anda yg tersa ingin kelainan dari hasil tempatan. Mungkin sesuatu yang segar untuk pendengaran anda dari rock dan metal local scene kita.

Dapatkan CD original Prognosis  Death - We're Still Swingin' (EP 2010) dengan harga RM7 dengan kontek mereka melalui link2 dibawah atau email mereka di progdeath@yahoo.com

Facebook

Atomic Death - Missile Massacre (EP 2009)

Atomic Death merupakan sebuah band yang lahir dari idea menggabungkan elemen Thrash dan Punk. Bermastautin di Shah Alam, Selangor band ini bergerak aktif menghuru hara kan gigs2 yang disertai termasuk juga menjadi opening act untuk Warbringer pada 21 May 2010.

Kerrykaufmann (Guitar), Remydeen (Drum), Pattomizer (Guitar), Faiz (Vocal/Bass)

 Atomic Death menjadi opening act untuk Tour Asia band Warbringer.

Dengan membawa genre yang pada gua sesuai di katogerikan sebagai Crusty Thrash, mereka terus bergerak kehadapan menghasilkan sebuah EP bertajuk "Missile Massacre" pada June 2009. EP mengandungi 4 buah lagu ini di rilis oleh Black Konflik Records dalam format kaset sahaja.

Atomic Death - Missile Massacre (EP 2009)

Tracklist :

1 - Bestial Pain
2 - War Ripping Skull
3 - Bringer Of Thousand Fear
4 - Zero Tolerance

Jika diteliti music Atomic Death merupakan campuran dari genre Crusty, Punk dan Thrash Metal. Berbekal 4 buah track didalam EP bertajuk Missile Massacre ini, menyaksikan kemampuan sebenar mereka menghasilkan lagu2 yang punya mood untuk menghuru hara moshpit dan pasti menggegarkan kepala anda yang mendengarnya. Malah riffing2 merbahaya mereka juga ada kedengaran sedikit bau2 Slayer, dentuman drum yang punya elemen D-Beat menambah lengkapkan perisa didalam ramuan music Atomic Death.

Track pertama bertajuk "Bestial Pain" menjadi salam perkenalan didalam EP ini dengan dendangan gitar dalam mood moderate namun serangan attack dari drum dan kemasukkan riffing dari gitar terus membuatkan lagu ini menjadi huru hara. Lontaran vocal Faiz pada lagu ini mencapai tahap memuaskan, begitu juga solo gitar yang menepati mood lagu. Drum yang menggunakan twin pedal juga menjadikan music Atomic Death punya kekuatan tersendiri jika dibandingkan dengan band2 sealiran mereka.

War Ripping Skull merupakan track ke2. Secara ikhlasnya gua memilih track ini sebagai track pilihan gua. Sungguh teruja! Hahah.. War Ripping Skull bermula dgn hentakan padel/cymbal bersama gtar/bass. Susunan permulaan yang menarik dimana riffing yang disertakan dengan solo yang diakhiri dengan attack dari drum dan riffing guitar yang merbahaya. Sekali lagi pada gua, Faiz selaku vocalist berjaya membawa lagu ini dengan kawalan mutu suara baik. Beberapa pekikian beliau juga mencapai tahap maksima. Begitu juga dengan beberapa bahagian yang di sertakan nyanyian bersama line up yang lain. Kedengaran juga sedikit harmoni gitar pada lagu ini. Kawalan instrumen yang terbaek dari setiap line up pada lagu ini. Terbaek!

Bringer Of Thousand Fear juga bermula seakan war Ripping Skull namun ianya tidak meleret kerana serangan twin padel dari Remydeen menambah kucar kacir track ini. Mood lagu ini agak perlahan jika dibandingkan dengan track pertama dan kedua namun riffing2 guitarnya serta penggunaan twin padel banyak menyelamatkan keadaan. Kegilaan pada lagu ini seakan bermula pada durasi 3:16 dimana mood bertukar namun ia kembali ke riffing verse dan berlarutan hingga ke akhir lagu.

Track terakhir bertajuk Zero Tolerance merupakan track paling chaos! Sejak permulaan lagu anda boleh menyaksikan serangan tanpa belas dari keempat2 line up ditambah dengan sahutan dari backing vocal menjadikan lagu ini antara yang paling kecoh dan menggila. Susunan menarik dimana solo guitar diletakkan di penghujung lagu. Bersesuaian dengan mood lagu sebelum verse penghabisan dilaksanakan dengan baek oleh mereka.

Kaset Atomic Death - Missile Massacre (EP 2009) boleh didapati dari Black Konflik Records dengan harga RM8/EURO. 

Terkini Atomic Death dalam proses meriliskan split album (format CD) bersama Bloodstone dibawah label Blood Of War Records dan juga sebuah lagi split bersama Katghor (format 7") dibawah label Basement Records.

 Atomic Death - Zero Tolerance

Atomic Death boleh dikenali melalui blog mereka dibawah ini :
Blogspot :Atomic Death Squad
Email : atomicdeathsquad@gmail.com

Support Local Scene!

VotW: Borknagar - Future Reminiscence

Gua dan Contramen sependapat untuk mengemukakan ruangan baru untuk DtE yakni Video of the Week. Segmen ni adalah di mana kami akan feature video (persembahan/MV/etc) untuk setiap minggu untuk tatapan lu orang. Selain bertujuan untuk perkenalkan band/artis yang mungkin lu orang tak pernah dengar, atau pernah dengar lagu tapi tak tahu nama, ini juga bertujuan untuk mengelakkan DtE menjadi stale hohoho, maklum saja sibuk dengan kerja, kadang-kadang terlupa nak update. Jadi gua akan mulakan VotW yang pertama iaitu Borknagar - Future Reminiscence!


Regards,
A is for Anomaly.


Merupakan trek daripada album Epic 2004. Borknagar macam biasa gua susah nak faham intipati tema mereka ni. Tapi secara amnya banyak menyentuh isu kosmik dan sains. Ahahah, ya boleh cakap ada nilai education di situ. Trek ni paling terbaik untuk dijadikan MV demi promotional purpose sebab: vokal Vintersorg baik grunt atau clean sungguh bad ass, keyboard yang ketara unsur progressive dan drum yang secukup rasa. Sebenarnya bila gua dengar gua teringat zaman student dulu duk pasang lagu ni hahahahahah!

Facts:
- Kesemua vokalis yang pernah berkhidmat dengan Borknagar iaitu Garm (Ulver, Head Control System), ICS Vortex (Ex Dimmu Borgir, Ex Arcturus) dan terbaru Vintersorg, mempunyai range vokal yang awesome, baik secara grunt atau pun operatic. 
- ICS Vortex kini merupakan touring vocalist Borknagar untuk sementara waktu.
- Borknagar dahulunya banyak bertemakan Odinism dan Viking, kini lebih kepada sains, kosmos dan alam semulajadi.


T-SHIRT SUFFERCATION DESIGN BARU..!! PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG!!

Kami di DtE sekadar membantu dalam penjualan T-Shirt terbaru dari Oldtimer Death Metal tanahair iaitu Suffercation. Sila baca untuk infomasi lebih lanjut.

T-SHIRT SUFFERCATION - DESIGN TERBARU..!! PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG..!!

PENGUMUMAN: Bagi yang nak pre-order t-shirt Suffercation, aku baru dapat berita stok saiz S, M dan XXL buat masa ni terhad sbb nak Raya Cina, so printing untuk saiz2 ni akan hanya boleh start selepas 15hb Feb nanti. Tapi kalu nak pre-order skrg tetap boleh supaya dapat saiz yg korang nak, tapi akan dpt tshirt ujung bulan dpn, atau boleh juga pre-order bermula 10hb Feb nnt. Untuk saiz L dan XL takde masalah...boleh pre-order sekarang..!! 

Front Design

Back Design
Saiz: S, M, L, XL, XXL

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan t-shirt Suffercation design terbaru ini, sila lakukan pre-order sekarang kerana 1st print akan dilakukan 1 minggu dari sekarang.
Tujuan dilakukan pre-order ini adalah untuk memastikan saiz bagi setiap permintaan dapat dipenuhi.

Harga jualan: RM35
Kos Penghantaran: RM7 -Nationwide


Cara melakukan pre-order:

1. Buat pembayaran penuh berserta kos penghantaran ke no akaun: 
AFFENDY BIN ILIAS - MAYBANK 158033245555.

2. Sila hantarkan butiran pembayaran ke e-mail: jeffsuffercation2011@gmail.com

Butiran yang perlu disertakan di dalam email:
- Berapa jumlah (helai) pesanan
- Saiz pesanan (sila sediakan senarai jika menempah lebih drp 1 helai)
- Cara pembayaran dilakukan (maybank2u.com / cash transfer/ cash bank-in)
- Jumlah pembayaran dibuat
- Tarikh pembayaran dibuat
- Masa pembayaran dibuat
- Nama penuh (nama sebenar)
- Alamat lengkap penghantaran
- No utk dihubungi (h/p atau rumah)

Nota: Sekiranya anda melakukan pembayaran melalui maybank2u.com, adalah digalakkan untuk anda Print-Screen log pembayaran dan hantar ke alamat email di atas sebagai attachment.

PENTING: SEGALA INFO PRE-ORDER INI ADALAH UNTUK BILANGAN CETAKAN PERTAMA YANG AKAN DILAKUKAN PADA 25hb JANUARI 2011. TEMPOH CETAKAN ADALAH 2 MINGGU. T-SHIRT TEMPAHAN ANDA AKAN DIHANTAR SELEPAS TEMPOH CETAKAN BERKENAAN. JADI SILA PASTIKAN SEGALA BUTIRAN DI DALAM PRE-ORDER ANDA ADALAH TEPAT.

Black Skull - Blind Side Still Remain (1994)

Kembali semula ke zaman silam.. Zaman Malaysia dilanda demam irama Thrash Metal. Zaman dimana wujudnya segelintir komuniti yang memperjuangkan irama bergenre laju, bunyi bising dari distortion kuning, double bass drum merajai studio rakaman dan persembahan live, generasi2 ini antara yang muak dengan lagu slow rock lantas pengaruh dari music luar dibawa dengan acuan sendiri di Malaysia ini. Generasi2 Thrash Metal awal Malaysia seperti Nemesis, Punisher, Slap Death, FTG, Cromok, Picagari mendapat suntikan awal dengan pengalaman persembahan2 live namun hanya beberapa buah band sahaja yang berpeluang merakamkan album sendiri seperti Cromok dan FTG. Tidak ketinggalan juga sebuah band yang sepatutnya dikenali oleh warga metal sekarang kerana mereka ini juga antara band yang memeriahkan industri Thrash dan Heavy Metal tempatan. Meraka ialah Black Skull.

Black Skull
Ogy (gitar & vocal), Leman (drum), Acong (bass).

Black Skull - Blind Side Still Remain (1994)
Ilustrasi Artwork oleh Fathul & Cover Design oleh Lee Omar

Tracklist :
01 - Blind Side Still Remain
02 - Rule The Game
03 - Lost In Lust
04 - Destiny
05 - Roar (Instrumental)
06 - Silent Pain
07 - Wasted Cry
08 - Slave Of Mistake
09 - Dont Be A Shit Crowd

Album penuh yang mengandungi 9 buah lagu (termasuk sebuah lagu instrumental) ini diterbitkan oleh Suara Cipta Sempurna (SCS Record) Sdn Bhd pada 1994. Rakaman dijalankan di King Studio oleh Danny dan melalui proses mixing dan mastering oleh Jig, Ogy dan Zairi. Kesemua lagu di cipta oleh Black Skull manakala lirik ditulis oleh Ogy.

Jika diteliti genre Thrash Metal yang dibawa oleh Black Skull boleh dihidu pengaruh mereka seperti Sacred Reich, Exodus, Annihilator, Metallica, serta sedikit Sepultura (old) dan beberapa band besar luar negara yang hebat2 belaka. Muzik Thrash bawaan Black Skull juga boleh dikatakan punya unsur speed thrash (bukan speed metal solo bergulung mcm band Power Metal) dimana riffing dan drum attack yang agak thrashing. Penyampaian vocal oleh Ogy jugak bersesuaian dengan bentuk muzik yang mereka cipta. Solo2 Black Skull juga punya jiwa yang baik untuk genre seumpama ini. Tidak terlalu teknikal untuk penyampaian susunan irama 4X4 ini. Dentuman drum oleh Leman juga baik dan ianya sememangnya berjiwa Thrash Metal.


Lagu2 yang terdapat didalam album ini majoritinya laju2 belaka. Tidak perlu di bandingkan dengan Cromok atau FTG kerana Black Skull punya acuan music mereka tersendiri. Track ke 3 bertajuk "Lost In Lust" merupakan sebuah lagu perlahan dan hanya kedengaran bunyi distortion gitar di pengakhiran lagu. Lagu ini mengingatkan gua pada susunan lagu dari FTG bertajuk "Dream" dari album "Spirit To Rebel" dan "Song From Unwanted Child" dari album "To The Front". Track bertajuk "Rule The Game", "Destiny" dan "Silent Pain" merupakan track2 yang boleh menggegarkan kepala otak anda dan juga pengunjung persembahan Black Skull satu masa dahulu. Namun lagu bertajuk "Blind Side Still Remain" mungkin menjadi taruhan utama album ini jika dikira dari susunan lagunya yang agak kompleks jika dibandingkan dengan track2 yang lain. Album yang berdurasi hampir 40 minit ini terdiri dari lagu2 yang berdurasi antara 2 minit 46 saat (kita tolak instrumental bertajuk "Roar" yang hanya berdurasi 1 minit 28 saat) hingga 6 minit 44 saat.

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Black Skull telah berkubur (Ogy menubuhkan ABOI setelah Black Skull berkubur), mungkin juga perlu untuk ketiga2 mereka kembali menghangatkan industri music bawah tanah tempatan.Siapa tahu... Yeahhh \m/

[STICKY] CONTEST AS SAHAR DEMI DARAH & MARUAH PATRIOT 2011!

Dissecting the Euphony dengan kerjasama Darah & Maruah PST dan As Sahar, bersempena dengan kedatangan gig Demi Darah & Maruah Patriot 2011, dengan bangganya mempersembahkan



PERADUAN 'AS SAHAR' DEMI DARAH & MARUAH PATRIOT 2011!

Ini adalah peluang untuk lu orang pengikut Raja Black Metal Nusantara NSBM, As Sahar untuk membuktikan yang lu orang memang follower mereka yang sebenar dan tegar! Jadi lu orang kenal dan tahu serba-serbi pasal As Sahar dari permulaan mereka hingga sekarang? Bukan setakat hafal lirik dan jamming lagu dorang di studio jam? Ini masanya untuk buktikan semua itu!
Peraduan ini adalah bersempena dengan gig Demi Darah & Maruah Patriot 2011 di mana As Sahar menjadi headliner nanti. Jadinya ia adalah terbuka untuk semua !

Pasti lu orang tertanya-tanya apa yang menarik disediakan untuk peraduan ini. Baiklah ini dia:

Pemenang utama akan memenangi:

TIKET PERCUMA KE GIG DD&MP 2011 + 1 KEPING CD DEMO TRACKS ALBUM AKAN DATANG AS SAHAR [TERHAD]* + 1 KEPING POSTER A3 AS SAHAR 2011 DITANDATANGANI OLEH LINE UP AS SAHAR [TERHAD]

Pemenang tempat kedua dan ketiga:

TIKET PERCUMA KE GIG DD&MP 2011 + 1 KEPING POSTER A3 AS SAHAR 2011 DITANDATANGANI OLEH LINE UP AS SAHAR [TERHAD]

Amacam? Rare tak?Dapat pulak tiket free, ada pulak poster! Mari mencuba! Sebelum tu lu orang kena jawab ahhh soalan peraduan dulu. Tak banyak, 5 soalan je, dan mudah pulak tu!

1. Mula-mula lu orang LIKE sama ini post dan juga di link ini untuk indicate lu orang sudah on sama ini contest.

2. Pastu jawab ni pulak:

- Drummer pertama As Sahar adalah.....
-Al-Rischa, EP pada tahun 2002 adalah berkiblat melodik black/death metal.apa erti Al-Rischa?
-Namakan lagu-lagu As Sahar yang dimuatkan dalam Eastern Damnation split CD.
-Lagu Folkcrafty Meloharvest adalah berkenaan pemujaan....
-Namakan lagu yang berkisahkan penglibatan ilmu Harimau Jadian.

3. Bila dah dapat jawab, lengkapkan slogan ni pulak:

Gua layak untuk menang peraduan As Sahar Demi Darah & Maruah Patriot ni sebab..... [tak lebih daripada 20 patah perkataan]

4. Compile jawapan dan slogan lu orang dan e-mailkan ke e-mail rasmi Dissecting the Euphony iaitu:

Sertakan juga nombor telefon lu orang supaya kami boleh hubungi lu orang nanti. Jawapan yang dihantar selain daripada ke peti inbox email DtE tidak dikira sah!

Jawapan lu orang boleh dalam bentuk bertulis, atau dalam bentuk audio recording (mp3 contohnya) atau dalam bentuk video (webcam contohnya). Jawapan yang paling tepat, kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang! Jadi gunakan cara paling kreatif!

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Januari 2011 tepat 12 malam!
Sebarang perubahan akan diberitahu kelak.

*Tertakluk kepada perubahan
**Hadiah tidak boleh ditukar kepada bentuk tunai dan lain-lain
***Tuntutan hadiah...ala tu nanti gua cerita!

Stay tuned!

Sebarang keraguan boleh tinggalkan di ruangan komen!

Antichrisis - A Legacy of Love [Mark II]

Hey I'm back. After few days of struggling with works related issues(job hunting to be precise) and working out some matters, I feel like writing again. But first thing first, some of you may notice some links to record labels/distro has been deleted due to request by the owners. Anyway we would like to welcome any bands who like us to write review on their stuff. Just notify us through e-mail :)



Probably some of you have heard Antichrisis name, but worry not if you never. Because this time, I'm reviewing their compilation allbum' A Legacy of Love - Mark II'. I think it is basically a re-recorded version of A Legacy of Love album with some minor changes and of course, in better quality. To be honest I have never listened to any of their releases except this Mark II album.

You can define this album as Folk rock music. I rather not say this is a metal release although from the previous albums they were more into Black/Gothic/Folk Metal. This is not a total folk rock album, in fact I would rather use the term loosely. The folk music can actually be applied to the music, but not to the esence. Long story short, yes it's a folk album (they have folk instruments) but  lyricwise, they kinda strayed off path from a folk band suppose to have. But that doesn't really matter. It's just me.

Anyway this release offers 11 tracks in total. You gotta love the uilleann pipes I tell you.Very nice.


How Can I Live On Top Of The Mountain?
Nightswan
Our Last Show
Forever I Ride
Dancing In The Midnight Sun
Baleias Bailando
Planet Kyrah
End Of December
The Sea
Trying Not To Breathe
The Farewell

However I didn't really enjoy the album,save a few tracks. Firstly, the male vocals. I think he sings horribly and lame. They should've left his part out from the mix. He even ruined some of the best songs in the album. Secondly, I find some of the tracks are uninspired and dragging. Or again, probably because the male vocals ruined it. The typical instruments (guitar,bass, keyboard) are nothing to shout about. Pretty standard and so-so. The female vocals in the other hand is quite good. Yea at least she can sing. But most of her shining moments are ruined by the male vocals. I wish I could mute the male part! The folk instruments are the star of the show especially the pipe.

My personal pick would be the first track,How Can I Live On Top Of The Mountain?. Probably the folk-iest track in the album. I find myself clapping my hands to the beat,heh. Very Celtic. The second track fared good together with Planet Kyrah track. others, they are not that brilliant. But this re-recorded version is better than the original release.

Antichrisis is from Germany and can be reached here and here

Credits:
-Metal Archive
-Google

   

Soulfly - Wacken Open Air (2006) - DVD

Ini merupakan sebuah review DVD. Sebuah persembahan Live dari Soulfly yang dirakam ketika berlangsungnya Wacken Open Air 2006.

Line up Soulfly - Wacken 2006
Joe Nunez (Drum), Max Cavalera (Vocal/Guitar), Bobby Burns (Bass), Marc Rizzo (Guitar)
 

 
Tracklist :

01 - Intro
02 - Babylon
03 - Prophecy
04 - Seek N' Strike
05 - Jumpda-Fuckup - Bring It
06 - Fire - Mars
07 - Refuse/Resist
08 - Execution Style
09 - Fuel The Hate - Beneath The Remains - Cockroaches - Electric Funeral
10 - L.O.T.M. - Angel Of Death
11 - Porrada
12 - Drum Jam
13 - Troops Of Doom
14 - Corrosion Creeps
15 - Frontlines
16 - Back To The Primitive
17 - Spit
18 - The Song Remains Insane
19 - The Prophet
20 - Eye For An Eye - Creeping Death

Jika dilihat pada tracklist, boleh dikatakan Soulfly membawa lagu dari setiap album yang pernah di lahirkan. Malah mereka turut membawa sebuah lagu dari projek Max Cavalera iaitu Nailbomb. lagu tersebut ialah Cockroaches yang dibawa secara terus terusan selepas tamatnya lagu Beneath The Remain (Sepultura). Cockroaches mung dipilih kerana bersesuaian dgn konsep Soulfly kerana lagu fast bertajuk Wasted Away pernah gua tengok dibawa secara live oleh sebuah lagi projek band Max iaitu Cavalera Conspiracy.

Jika dilihat dari segenap persembahan mereka di temasya ini boleh dikatakan sistem bunyian adalah terbaik untuk santapan gegendang telinga anda.walaupun ada ketikanya Max Cavalera hanya memainkan open string chord ketika beliau menyanyi namun, bunyian stereonya masih lagi kedengaran baik.

Kembali kepada track2 yang dimainkan terdapat beberapa track yang menarik dan boleh dikatakan track2 berunsur Thrash/Groove menjadikan moshpit kucar kacir. track lama Sepultura iaitu Beneath The Remain, Troop Of Doom, The Song Remains Insane dan Frontlines menyaksikan crowd seakan2 diserang histeria. Haha..Track bertajuk Jumpdafuckup mungkin akan lebih menggila jika ianya dinyanyikan berduet bersama Corey Taylor dari Slipknot (penyanyi asal yg berduet bersama Max Cavalera dalam album kedua Primitive). Outro untuk persembahan ini ada sedikit gimik kerana mereka membawakan intro Metallica bertajuk Creeping Death. Yeahhh! Namun sedikit menyedihkan kerana didalam DVD ini tidak terkandung track Root Bloody Root yang terdapat didalam album Sepultura iaitu Root. lagu ini turut dimainkan ketika persembahan ini.

Soulfly - Root Bloody Root (Live Wacken 2006)

Dari segi permainan instrument dari setiap line up, pada gua kredit harus diberikan kepada Marc Rizzo (Guitar) dan Joe Nunez (Drum). Jika diperhatikan Marc Rizzo bukanlah sebarangan gitarist. Untuk pengetahuan anda, Marc Rizzo telah mengeluarkan beberapa buah album solo. Mungkin beliau bukan termasuk dikalangan guitar hero seperti Joe Satriani, Steve Vai atau sebagainya atau mungkin juga masa beliau mencapai tahap itu belum sampai.. haha.. Joe Nunez selaku pemain drum juga merupakan antara tulang belakang yang menjadikan music bawaan Soulfly penuh kekuatan. Hentakan drum dari Joe Nunez begitu konsisten sekali. Agak unik set drum nya seakan2 sama seperti drummer asal Soulfly iaitu Roy Mayorga (sekarang bersama Stone Sour). Namun kedua2 drummer ini punya kekuatan dan keistimewaan tersendiri. Jika dibandingkan dari segi permainan gitar Soulfly dan Sepultura, pada mungkin Marc Rizzo punya sedikit kelebihan dari Andres Kisser (Sepultura) dari segi permainan dan kawalan permainan kerana beliau lebih kepada pengekplorasian bunyi guitar dan bunyian efek. namun Andres Kisser pula punya kelebihan dengan membawa lagu dengan lebih soul atau dlm ertikata lain pengamatan lagu yg lebih feel. (sori susah nk translate dgn kata2..haha) Dari segi permainan drum pula Joe Nunez, Roy Mayorga dan Igor Cavalera, ketiga2 mereka punya kelainan tersendiri. namun album pertama Soulfly bersama Roy Mayorga menyaksikan kemampuan Roy Mayorga menyesuaikan lantas menghasilkan sound serta beat pelik yang sekaligus menusuk kedalam album pertama mereka. Joe Nunez punya permaianan yang konsisten dan ligat dipentas manakala Igor (kembali bersama Max didalam Cavalera Conspiracy) punya hentakan yang menghasilkan tone yang baik hasil dari hentakan yang cukup padu. (gua masih lagi teringat hentakan dari igor didalam lagu Arise ketika Pinkpop 1996.. cukup padu!!!). Untuk pengetahuan anda pemain bass Bobby Burns telah keluar dari Soulfly dan Soulfly belum mempunyai pemain bass tetap buat masa ini. Untuk persembahan live atau tour, posisi pemain bass digalas oleh Johny Chow.

Ok, rasanya DVD ini mudah untuk dibeli distore2 DVD berhampiran (tidak seperti DVD Wacken 2007, dah x jumpa dah..haha). harga cuma RM21.90 dan didistribute oleh Advance Sound Production Co. Ltd.

Soulfly boleh dicapai melalui :
Myspace

Soulfly - Frontliners (Live at Wacken 2006)

Ajal: New Merchandise

Few days ago, Ajal contacted me through Facebook and requested me to promote their merchandise. Ajal t shirt is now on sale, only 66 pieces are produced. RM 26 by hand / RM 30 by post. For any enquiries contact Yus: 017 3204301 or through Ajal official Facebook.


Happy 2011!

Time sure fly fast, and now we are in 2011. A whole new year, and numerous goals to achieve. I just can't believe 2010 ended just few hours ago. It has been a very challenging year, with many transitions; both smooth and rough. I met lots of new and interesting people and reconnect with old friends, not to forget lost handful of people I love. When I and Contramen started Dissecting the Euphony 5 months ago, we barely knew anything about music writing but we pretty much gambled and did it anyway. We survived after 5 months, at least we still want to write haha! We are looking forward for this year, to meet, discover and observe new and old talents to flourish the scene. Keep supporting the bands/artists you love. If you like the stuff we write on this website,don't hesitate to promote us to your friends/bands/labels/whatever. Email us, or leave comments. Dissecting the Euphony wishes all of you a happy 2011. Buckle up,people! We have lots to achieve this year and a world to win! Take care and god bless, people!


regards,
A is for Anomaly


[STICKY] Demi Darah & Maruah Patriot gig, 05 Februari 2011

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang ada satu dua gig besar bakal berlangsung di sekitar South East Asia. Gua rasa lu orang tau kot tentang Marduk dan Iron Maiden akan singgah dan perform di Singapore iaitu pada December 2010 (Marduk) dan Februari 2011 (Iron Maiden). Jadinya sibuklah para metalhead mengumpul duit, mengorek/memecah tabung hatta meminjam/mengutip duit serta menjual stuff-stuff untuk menampung duit tiket dan perbelanjaan ke Singapore! Tapi lu orang perasan tak, in between tarikh tersebut, sebuah band bertaraf..well, bertaraf lagenda akan turun ke Kuala Lumpur? Tau? Tatau? Takpe. Refer ke flyer di bawah.


Ya, As Sahar akan kembali beraksi di Kuala Lumpur! 2011 bakal kali ketiga mereka turun ke Kuala Lumpur semenjak launching album TIR pada 2008 dan Metal Hardcore Fest 2009. Gig yang bernama Demi Darah & Maruah Patriot ini bakal berlangsung pada 5 Februari 2011 di One Cafe, Kuala Lumpur. Aaa sekarang lu orang tick kat kalendar okay? Gig ini akan diheadline oleh As Sahar dan Samartary dan juga dimeriahkan oleh beberapa lagi buah band.

As Sahar - Perintis Nusantara NS Black Metal [Singapura]
Samartary - Black/Thrash Metal [Langkawi]
Brown Attack - KL Troopers RAC/Street Rock [KL]
Spider War - RAC/Street Rock [Perlis]
Santau - Nusantara Black Metal [Klang]
Hellscream - NS Black/Thrash Metal [PJ]
Hikayat - Nusantara Heavy Metal
Zeox - Power Metal [PJ]
Chaos City - Punk Rock [Melaka]


Tiket adalah berharga RM 30 [di pintu]. Apa? Mahal? Usah risau, penganjur sedang menjual pre-sale tiket di mana harga adalah lebih murah dari harga di pintu! Kira early bird offer aaa ni. Yang bestnya bukan sekadar harga akan dicantas hampir RM5 ke RM10 malahan ada juga freebies! Ini adalah satu tawaran menarik. Ini bukan saja menjamin kehadiran lu ke gig tersebut (ada kebarangkalian untuk sold out!As Sahar okay!), malahan boleh membawa pulang barangan best-best! Ini boleh diumpamakan alah membeli, menang memakai! Sila rujuk details di bawah:

Tiket pre-sale ada dua jenis iaitu berharga RM20 dan RM25. Lain harga, lain freebies yang lu orang dapat :p

RM 25 - Pembelian tiket harga ini akan melayakkan lu orang mendapat tiket gig + sehelai t-shirt (organiser tak menyatakan t shirt apa,mungkin band shirt atau gig shirt - ed)

RM20 - Pembelian tiket harga ini pulak melayakkan lu orang mendapat tiket gig + sekeping PVC patches (again, gua tak diberitau patches apa - ed)

Bagaimanapun, penjualan pre-sale tiket hanya akan berlangsung mulai sekarang hingga 1 Januari 2011. Lepas tarikh tu jualan tiket presale ditutup. Juga gua nak ingatkan pembelian presale tiket ini juga melayakkan lu orang untuk cabutan bertuah. Fuh macam annual dinner company lah!

Jadi lu orang dapatkan tiket dengan menghubungi nombor-nombor berikut:
-0176504914 (KAPAK)
-0176901830 (TULANG)
-0176243538 (APIT)

Kenapa lu orang kena pergi gig ni:

- As Sahar adalah headliner gig ni!
- As Sahar bakal release album terbaru sekitar April 2011, jadi ada kemungkinan lu orang berpeluang jadi orang terawal untuk mendengar lagu-lagu terbaru album tu (currently tajuk album tu masih tak dketahui - ed)
-Band-band yang bermain adalah menarik dan barangkali lu orang tak pernah dengar, mana tahu lu orang akan minat dengan mereka!


Untuk informasi lanjut tentang band-band berikut lu orang boleh klik nama-nama band di atas. Gua dah sediakan link ke page mereka.

Gua akan terus update page in jadi rajin-rajin jenguk balik dari masa ke semasa!

Update as of 5 Disember 2010:

Gua baru sahaja pulang bertemu organizer. Tiket pre-sale kini telah bersedia dan boleh dibeli! Selain daripada hubungi nombor-nombor di atas, lu orang juga boleh dapatkan tiket pre-sale di Nebiula Heavy Metal Shop, Campbell mulai minggu depan! ngat ya, tiket pre-sale hanya  dijual sampai 1 Januari 2011 sahaja! Stay tuned!


Update as of 6 Disember 2010:

Nah preview freebies dan tiket untuk gig ini!




Tiket telah mula dijual! Stay tuned!