Prognosis Death - We're Still Swingin' (EP 2010)

Prognosis : Death merupakan sebuah band yang lahir dari kesatuan beberapa line up dari band2 seperti Dicktracy, Asthalin dan My Precious Wish. Pada gua, sejak pertama kali membaca biografi band ini, terdetik dihati gua apabila mereka menyatakan mereka membawakan konsep Metalcore yang di mix kan bersama unsur Southern Rock/Metal. Ok, disini dinyatakan rasanya belum ada band di Malaysia yang serius membawa elemen Southern Metal secara amnya. Jika di teliti, band yang terkenal dengan irama sebegini ialah Pantera (lebih kepada Groove / Southern Metal) dan juga Down (Rex dan Phil Anselmo juga dari Pantera). Malah tidak sah juga jika menyebut Southern Metal tetapi tidak berfikir Sludge Metal serta bunyi2an cowboy! Yeahhh!


Prognosis : Death terdiri dari :

Anep - Vocal
Tom - Guitar
Fizi - Guitar
Adzier - Bass
Adee - Drums

Pada 23/10/2010 Prognosis : Death secara rasminya meriliskan EP bertajuk We're Still Swingin' (EP ini rilis awal dari tarikh ini secara unofficial) dimana tarikh tersebut juga turut menjadikan tarikh official launching dimana mereka serta beberapa band lagi berpeluang menunjukkan bakat tersendiri bertempat di MyEco Clubhouse, Pandan Indah Kuala Lumpur.

Prognosis  Death - We're Still Swingin' (EP 2010)

Tracklist :

1 - Across These Roads, We'll Survive
2 - Your Mouth, Your Gun
3 - Spit (For Satisfaction)
4 - The Sandstorm
5 - Off Sweats and Sins
6 - Goodnight, Mr Lonely

"We're Still Swingin'" telah menjalani rakaman di the Band Shop Studio taman Melawati dan proses rakaman, mixing dan mastering dilakukan oleh Nash (gua rasa ini pasti bukan Nash Lefthanded..haha). Ok, apa kata kalau gua review setiap lagu yang terkandung didalam EP bertajuk "We're Still Swingin'" ini. Mungkin membuahkan minat untuk anda pembaca semua untuk memiliki EP ini..

Track pertama bertajuk "Across These Roads, We'll Survive" membuka perkenalan kepada music bawaan mereka. Bermula dengan intro seakan suara kartun namun ianya tidak melalut untuk lagu bermula. Oh ya, ini bukan produk kepada mereka yang meminati genre mengejar kelajuan kerana track pertama ini lebih kepada pengawalan instrument juga keseragaman setiap line up dalam membawa lagu ini menjadi sesuatu hebat. Sesuatu yang menonjol buat pertama kali mendengar lagu ini ialah kawalan nyanyian oleh Anep selaku vocalist dimana beliau bukan sekadar mampu melakukan jeritan malah kemampuan mendendangkan melodi vocal patut dipuji. ya, bukan semua vocalist band metal mampu menyanyi (ada beza antara jeritan dan nyanyian dlm irama metal). Gua terhidu mungkin juga vocalist band ini membuat kajian tentang vocalist2 band metal yang mampu menyanyi dengan baik seperti Lajon dari Sevendust dan Phil Anselmo dari Pantera. Dan pada gua juga track pertama ini mempunyai struktur susunan yang baik jika dibandingkan dengan lagu2 berikutnya.

"Your Mouth, Your Gun" merupakan track kedua yang mana mood nya juga seakan2 track pertama namun disini kedengaran pengaruh metalcore yang agak kuat terutama pada riffing gitar namun ianya diselangi dengan riffing berbau Southern Metal. Vocal banyak melakukan jeritan pada lagu ini dan drum juga agak sedikit laju dari lagu pertama.

Track ketiga bertajuk "Spit (For Satisfaction)" dengan riffing melodic metalcore dan satu percubaan vocalist dalam melakukan nyanyian dalam cara jeritan dan masih boleh dikesan melodi vocalnya disini. Beberapa bahagian gitar juga terdapat elemen harmonic yang dimainkan oleh kedua2 gitarist. Backup vocal yang dilakukan bersama2 di hujung lagu juga menampakkan pengaruh old skool hardcore turut diselitkan kedalam music Prognosis : Death.

"The Sandstorm" menjadi track keempat dimana permulaan lagu bermula dengan agak laju dengan dentuman drum yang agak statik. Sekali lagi vocalist band ini melakukan tugas dengan menggunakan teknik nyanyian yang baik pada chorus lagu ini. Riffing yang bersesuaian dengan alunan melodi vocal oleh penyanyi. Track ini boleh dikatakan menarik juga diantara track2 lain. Penghujung lagu sekali lagi vocalist melakukan tugas yang baek dengan membawa alunan melodi dalam nyanyiannya.

"Off Sweats and Sins" yang menjadi track kelima merupakan sebuah lagu perlahan (ini bukan lagu pop atau ballad) yang terkandung didalam EP ini. Satu percubaan berani dengan memasukkan track sebegini didalam rilisan bergenre Metal. Sebuah lagu yang pada gua antara track yang bagus. Mempunyai pengaruh Southern metal yang kuat walaupun dibawa dalam mood yang perlahan. Kesemua line up memainkan peranan yang baik dalam penghasilan lagu ini. begitu juga dengan vocalist yang mampu menyanyikan lagu ini dengan baik walaupun terdapat bahagian2 yang memerlukan beliau melakukan jeritan pada tahap yang agak tinggi. Ok, pada gua vocalist band ini punya kesesuaian dalam menyanyikan lagu dalam genre sebegini. Mungkin untuk menambah perisa cowboy dalam lagu ini, mereka boleh memasukkan bunyi harmonica barangkali. Lebih kedengaran seakan seorang cowboy di Texas! Yeahhhh! Dan ini adalah track pilihan gua!

"Goodnight, Mr Lonely" yang menjadi track terakhir tidak menunggu lama untuk bermula dimana riffing beserta hentakan drum dan alunan vocal terus memecahkan gegendang anda setelah berehat sejenak dengan track ke5 tadi. "Goodnight, Mr Lonely" kedengaran agak metalcore jika dibandingkan dengan track2 lain. Namun seperti track2 lain, riffing berbau Southern Metal tetap diselitkan didalam lagu ini.

Sound produksi EP ini memuaskan pendengaran semua yang mendengar kerana kesemua instrument dapat didengar dengan baik namun pada track kedua terdapat sedikit bunyi yang agak melambung (bass yang menenggelamkan sedikit bunyi instrument lain) yang mungkin tidak disedari ketika proses mixing dijalankan. Overall sound adalah terbaek dan antara produk terbaek jika mahu dikaji dari segi mutu rakaman local band.

Dari segi packaging CD pula ianya didatangkan didalam bentuk Cardboard Jacket dan terdapat lirik yang disertakan bersama kertas bersaiz A5. Ianya nampak simple tetapi menarik. Namun lebih baik jika CD (cakera padat) ini turut dilakukan pro-printed memandangkan hasil bunyian dari rakaman adalah memuaskan. Mungkin juga mereka kekurangan budget kerana segala urusan adalah atas mereka sendiri kerana Prognosis : Death tidak bernaung dibawah mana2 label.

Ini 1 produk bagi anda yg tersa ingin kelainan dari hasil tempatan. Mungkin sesuatu yang segar untuk pendengaran anda dari rock dan metal local scene kita.

Dapatkan CD original Prognosis  Death - We're Still Swingin' (EP 2010) dengan harga RM7 dengan kontek mereka melalui link2 dibawah atau email mereka di progdeath@yahoo.com

Facebook

1 feedbacks:

Ombie said...

for fans Maylene...