Infectious Maggots - Cookie Jar (EP 1994)

Ya.. sebenarnya gua baru jek dapat kembali kaset ni.. dulu ada beli masa rilis tapi sudah hilang.. dan pada gua dan rakan2 pendengar music jenama sebegini, EP ini sudah menjadi antara item RARE kerana sgt susah nak dapat. Ok, apa kata kita selidik serba sedikit apa yang terkandung didalam EP bertajuk Cookie Jar dari Infectious Maggots ini.

Infectious Maggots - Cookie Jar (EP 1994)

Tracklist :
1 - First
2 - Second
3 - Third
4 - Fourth
5 - Jabba's Living Room
6 - Fifth Son Of The Fifth Son
7 - S.O.I.OX
8 - Cookies Stay Cool
9 - Seven Of Kind
10 - Who's At The Back
11 - Afraid

Ok, EP bertajuk Cookie Jar ini di rilis oleh Asylum Record (M) Sdn Bhd pada 1994 iaitu setahun selepas Infectious Maggots meriliskan sebuah album penuh bertajuk "Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red". Producer untuk EP ini ialah Bullet manakala kesemua lagu adalah garapan Fathul (vocalist). Gua ada juga terbaca komen Lan Bye (drummer Infectious Maggots) bahawa ini merupakan projek Fathul. 

Cookie Jar sebenarnya lari dari apa yang di hasilkan didalam album penuh mereka "Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red" kerana rata2 lagu didalam EP ini menggunakan programming dan loops. Satu eksperimentasi dari Fathul dalam meluaskan lagi skop music Infectious Maggots.

Hanya 2 buah lagu bervocal dirakam iaitu "Fourth" dan juga "Afraid" (merupakan lagu bertajuk Shapechanger yang diambil dari album penuh mereka). "Fourth merupakan sebuah track perlahan yang dinyanyikan Fathul tanpa menggunakan teknik growl atau scream. Cara nyanyian unik Fathul untuk track ini menjadikan Fourth antara lagu2 bervocal Infectious Maggots yang pelik dan menarik. tak semua orang pernah mendengar lagu ini rasanya.. haha..

Afraid atau Shapechanger versi Cookie Jar pula merupakan track yang punya unsur industrial yang kuat dimana bunyi2an ini dilayerkan diatas track asal Shapechanger. Walaupun adakalanya kedengaran seakan out of tempo tetapi bunyi bunyian ini menghidupkan lagu ini. Errr berapa orang ye yang punya track ini? haha..

Ok, setakat ini dahulu, dan jika anda pembaca  semua terjumpa kaset ini, sila lah beli kerana ianya sekarang menjadi antara item rare yang menjadi buruan collector2 di luar sana. Yeahhh!!!!

Infectious Maggots - Shapechanger

Kenali Infectious maggots melalui laman facebook mereka dibawah ini. Terima Kasih!

Al Farabi Band - The Album (2010)

Music itu tiada batasan. begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh band cuba DtE ketengahkan kali ini. Dengan membawa mesej dakwah dan mengajak pendengar ke arah kebaikan, Al Farabi Band muncul dengan keberanian yang menggunakan acuan music Rock sebagai landasan konsep musical mereka.

 Al Farabi Band

Ahmad Nasie Mohd Nawawi (vocalist)
Mohd Nazri Alias (vocalist dan pemain guitar utama)
Fazrina Ghazali (guitar kedua)
Mohd Nizam Alias (bass)
Abdul Razaque Samuel Fakhr Dzukifli (keyboard 1)
Mohd Akmaluddin Mat Zawawi (keyboard 2)
Mohd Shuhaimi Elias (dram)

Al Farabi Band telah menghasilkan sebuah EP pada 2009 dimana terkandung 5 buah lagu dan ianya dijual sendiri oleh mereka.Hasil sambutan menggalakkan terhadap konsep musical yang agak "janggal" di Malaysia ini, mereka maju setapak lagi apabila menghasilkan sebuah album penuh pada penghujung 2010. Album bertajuk "The Album" ini rilis dalam bentuk double disc dimana disc kedua merupakan track2 yang dirakam secara akustik. "The Album" dirakam di Al Farabi Muziqa Studio.

Al Farabi Band - The Album (2010)

Tracklist :

DISC 1
1 - Never Turn Back (Instrumental)
2 - Amanat
3 - Searching The Truth
4 - Evolusi
5 - Sunnah Berjuang
6 - Apa Sebenarnya
7 - My Loving Child
8 - Selawat AFB

DISC 2
(versi akustik)

1 - Selawat AFB
2 - Never Turn Back
3 - Evolusi
4 - Searching The Truth
5 - Sunnah Berjuang

Perlu dinyatakan juga "The Album" sebenarnya terdiri dari 5 buah lagu yang turut terdapat didalam EP pertama mereka. penambahan 3 buah lagu baru (track 6,7 dan 8) serta sebuah disc istimewa versi akustik menjadikan The Album sebuah album yang harus dimiliki terutama oleh pendengar nasyid atau yang mencari kelaianan dalam music.

Track pertama bertajuk "Never Turn Back" merupakan sebuah instrumental yang punya susunan melodi yang menarik. Kawalan gitar yang baik namun mungkin ada beberapa bahagian yang kedengaran agak terkucil. namun melodi yang dimainkan berjaya menampung kekurangan tersebut. Ermmm pertama kali mendengar lagu ini terus gua terbayangkan bagaimana seorang yang berserban punya skill solo gitar yang baik. haha. ada sikit2 pengaruh Satriani dalam lagu ini walaupun solo tidak bergulung macam Alexi Laiho.. haha

Amanat yang menjadi track kedua punya susunan music yang moderate dan disulami solo gitar dan juga verse yang menampilkan pulm-muting dari pemain gitar. Solo kali ini juga menampakkan keberanian dan diselang seli bunyi keyboard. Sebelum verse penghujung lagu sekali lagi menampilkan solo gila berbisa. Feel!

Searching The Truth yang merupakan track ke3 punya hook yang menarik dan penyampaian vocal wanita yang hanya seakan bercakap atau separa bersajak.Drum untuk lagu ini mengingatkan gua pada lagu2 alternative atau grunge yang pernah menggegarkan persada music tanahair satu ketika dahulu. Haha satu percubaan berani dari Al Farabi Band.

Evolusi, track ke 4 juga sebuah lagu yang menarik. kawalan instrument yang baik. Cuma pada gua solo pertama kurang level. mungkin patut ditonjolkan. Pertengahan lagu ini juga menampilkan elemen arabic namun ianya tidak berlarutan panjang apabila tiba chorus. Ohh tidak dilupakan juga pada lagu ini terdapat solo dari keyboardist mereka.

Track ke 5 bertajuk Sunnah Berjuang punya mood yang santai. pada gua lagu ini antara lagu yang menarik dan sedap didengar. penggunaan gtar akustik menambah perisa untuk track ini. Seakan sedikit folks juga lagu ini sebenarnya di beberapa bahagian. Satu gabungan idea yang menarik.Juga solo dan penyampaian vocal yang baik.

Track ke 6 iaitu Apa Sebenarnya punya mood intro seakan2 track ke2 dan 3, namun mood tersebut berubah dengan riffing yang berbau deep Purple. haha.. Kejutan pada lagu ini ialah "rapping" yang didendangkan. Ya kali ini betul2 music itu tiada sempadan!

My Loving Child yang menjadi track ke 6 terpaksa gua akui merupakan track pilihan gua. sebuah lagu perlahan. penyampaian nyanyian yang benar2 kena dengan mood lagu ini. Seakan mendengar lagu Stairway To Heaven. haha.. Verse dan chorus yang benar2 menyentuh perasaan. Melodi yang dihasilkan sungguh solid ditambah dengan penghayatan dari segi nyanyian oleh vocalist band ini. Penghujung lagu ini mungkin seakan hilang terus segala "kemurnian" music Al Farabi Band apabila mereka benar2 rockin sehingga tamat lagu.

Track terakhir bertajuk Selawat AFB merupakan sebuah lagu yang punya susunan menarik serta melodi vocal yang baik. lagu ini juga kedengaran seakan sedikit symphonic. Solo menarik juga ditonjolkan walaupun dalam durasi yang pendek sahaja. Juga merupakan sebuah lagu yang menarik.

Jika diamati music yang dihasilkan Al Farabi Band bukanlah sekadar nasyid (jika di lihat pada lirik mungkin benar) kerana penggunaan gitar berdistortion, drum stroke yang kadangkala ada juga kedengaran seakan alternative (tidak berapa ketara) malah gandingan 2 keyboardist juga berjaya menghasilkan alunan melodi yang indah terutama pada lagu2 perlahan mereka. Produksi album ini juga baik namun masih boleh diperbaiki mutu rakaman serta proses mixing nya. Terdapat beberapa track yang punya bunyi bass yang sedikit keterlaluan serta ada beberapa bahagian solo yang patut dinaikkan level nya. Keseluruhannya, The Album punya kekuatannya yang tersendiri.

Al Farabi Band - Never Turn Back

Untuk mendapatkan album ini, anda boleh membelinya secara online melalui website mereka yang akan pihak DtE sediakan dibawah ini. Juga laman Facebook serta Myspace mereka. Untuk yang mahukan music yang punya pakej berbeza dari segi konsep dan penampilan, Al Farabi Band mungkin perlu menjadi perhatian anda kali ini.

Official Website

VoTW : Hereafter - Orang Jahat

Sebuah video klip dari band tempatan.. Yeahhh Orang Jahat dari Hereafter!

What? No Update? - Part II

ahaa.. sori kepada pembaca kerana gua dan A, Is for Anomaly agak sibuk dgn tugasan masing2 malah hanya sempat bersama lebih kurang 30 minit pada 21/2 yg lepas..


dan gua juga ada beberapa "barang2" yang nk didengar kerana boleh dikatakan "dapat semula" khazanah2 nih yg dulu nya pernah gua miliki dan lesap plus beberapa rilisan terbaru.. yang pastinya akan ada lebih preview selepas ini..


regards,
Contramen

What? No updates?!

Yes that's right, February is the busiest month so far for us! Things are getting hectic whether in Bangsar or Prai, our body clock seems to malfunctioned these days. I guess to make it up, let me just come up with a special photo entry of....


Yes, Dimmu Borgir - Abrahadabra. Should have got myself a digipak or special version +_______+. Whatever. So we did a review on this album last year, which was done by Contramen. Click here to read the article. So anyway, have a good weekend everybody!

regards,
A is for Anomaly

VoTW : Dissection "Night's Blood" (vocal cover / karaoke)

kali ini mungkin agak kelakar tapi errr.. xtau gua nk cakap.. lu orang tgk sendiri.. hehehe.. tp sebelum tu gua copy paste description video nih dr empunya tuan video (Deadzid) dr youtube..

"I improvised my vocal style in this song. It's more towards death metal vocal style, with a lil' bit of black metal screams. Feel free to comment on my vocal performance in this song...

This video is not an attempt, in any way, to insult Dissection or the black metal music in general. I prefer putting up crappy video clips like this rather than boring still images throughout the entire song. Better yet, don't watch the video, just listen to the audio!

Thanx for watching / listening... all hail Dissection!"


Prognosis: Death! - Kami Bawa Muzik Yang Memberi Harapan Berani!

Gua rasa kebanyakan lu orang dah pun membaca review tentang EP band koboi KL, yakni Prognosis: Death! tempoh hari. Jadi tibalah masanya untuk gua hidangkan pulak interview line up band ini. Interview dijalankan secara online dan dijawab oleh Hanif dan ahli-ahli yang lain.


Hi Hanif, can you tell us a brief history of Prognosis: Death?

P:D! was formed somewhere in 2007, but at that time we went under the Trinity Blood moniker (nama anime ka?-ed) and founded by Fadhli (bass) and Ayie (guitar). Ayie then brought in hanif (guitar) and beginning from that point Prognosis: Death! is used, which was suggested by Hanif. Several line up changes occured after that because we were looking for chemistry among the line up. As of 2007, P:D! consists of Hanif (vocals), Fadhli (Guitars), Fizi (Guitars), Adzier (Bass) and Hadi (Drums). P:D! is a project band since Fadhli is still tied to his main band, Asthalin

I heard Prognosis: Death!'s name few years back but never get the chance to listen to any of the stuff, but I strongly feel back in those days you guys were more into standard Metalcore, and today, P:D! plays Southern Metal. Why?

Uh no, not metalcore.Back then we were pretty much into experimenting and trying this and that. You can say we were into post-hardcore therefore we played with the likes of Underoath, The Bled, From First To Last, Drop Dead Gorgeous etc. But we grown tired of that because there were countless bands out there sounded more or less like us (or we sounded like them). And at that time Metalcore was the 'in' thing, everybody was very much into it hahah! So we tried not to be typical and that's how Southern Metal came into the picture. Hanif was looking for infos on the former vocalist of Underoath, Dallas Taylor when he stumbled upon Maylene and the Sons of Disaster. He believed he finally found what he is looking for when he listend to MatSoD or as he put it "Ini yang aku cari, yeah!" (hahah-ed)


You lads agree if I say P:D! is the pioneering Southern Metal band in Malaysia? So tell us how's the feedback from listeners when they learnt that your music is quite...strange in Malaysia?

Whoa, we are not really sure we are the first in Malaysia! I think Bannbodo also plays Southern Metal a-la Pantera. Well the feedback..I rather say it's divided. those who familiar with us usually go crazy over it while those who are not, they are pretty much clueless :D Honestly Southern Metal/ Rock in Malaysia is too small and almost non existent. The kids find it a little bit tdifficult o digest but never mind. We play because of passion, and so we will carry on. ( bunyi merajuk pasai apa ni?-ed)

The EP is finally released. What's next?

We don't really have solid plannings since P:D! is just a side project. We are just hoping by year end we'll be able to enter studio for our first album. 10-12 songs that will do. God willing heh. Oh gig pun slow :( 


Tell us about your inflluences. Any individual?Bands?Books? Pantera? Metallica 'Load' period? Wyatt Earp?

I'd say our influences are more to the 3rd-4th generations of Southern Rock/Metal (I have no idea what is he talking about!-ed). However in our 2010 EP, we are more directed by bands such as Maylene and the Sons Of Disaster, He Is Legend and Memphis May Fire. Southern Metal/Rock is wide to be honest. Hey maybe you guys should write something on Southern Metal/Rock :D ! (noted Anep!-ed)


I got the CD and listened to 'em. Overall I am quite impressed with the end product. But wouldn't it be cooler if you put harmonica or harp in one or two of the songs, eh? Or maybe you lads already have it in mind to include it in the next release?

Yes in fact we are planning to! But sadly there are nobody that capable of playing those instruments. Anyway yes we are planning to, so sit back and prepare for our next release!

What's DIY to you? Do you think your recent CD is a total DIY product?

To move the band as independent entity (DIY), it's a good to do actually. Even better if everybody in the community do things DIY, therefore DIY will be much valued, especially the bands, their effort will not go to waste if everybody learns the hardship of doing in DIY-way. As for our EP, we funded everything from recording to packaging. However distribution and launching party were made with partnerships with close friends. In total, we think this is a real as it gets to DIY spirit. (hell yeah-ed)

So uhh tell us about the lyrical theme. What do you guys talk about in the songs? Personal experience maybe?
I wrote most of the lyrics (Hanif). Pardon me of my broken English (ah chill ah dude, wa pun!-ed) but what I really wanted to represent are the challenges of life and personal experience. In a way I want listeners to think that despite of neverending challenges, there are always opportunities and chances for a better life. Do not give up. Get out and face the world kind of spirit-lah, get me? Haha!



Do you think music is equally important like music? I've seen band these days ignoring this aspect, some even gone to the extent of wearing slippers on stage! what do you think?

Dude, sekarang orang pakai selipar pun stylo (really, am I really out of fashion then?lol!-ed). I don't really think image is an issue but here people tend to judge based on appearance. But in the independent music scene, this doesn't really matters, unless you are going to appear on TV, wearing slippers would be a taboo!

So tell us, any messages you are trying to promote?

Aii this is like the lyrical theme question uh? Anyway we want people to enjoy and get excited when they listen to P:D!. We don't play emo, depressive stuff etc. "Kami bawak muzik yg memberi harapan berani. Kami nak org bersemangat dan ceria. Macam hati kental dan bersemangat dengan muka senyum nampak gigi." Kahkah! (haha!is it?-ed)

Let's say a fan contacted you thru email and requested a download link of your EP? What would you do? Are you against music downloading?

If he's asking for the full EP, of course not! I don't really mind if it's only for 1 or 2 songs. Support your local bands, pal! You want the full EP, buy the CD aite.Have some respects for DIY bands.If  that band is from abroad, do as  you please, but not to local bands. I'm just saying.

Let's say P:D! is invited to play for a benefit show for gays and transvestite, would you lads accept the offer?

What? Is that even possible? Ahahah! We might play if we have our friends playing together. Kalo band kami je, takut gak. Kang ade yg jatuh cinta ngan kami kang apa kami nak jawab kat mak bapak kami? Wahahah. Killer sial soklan nih! (haha pwetty boys!- ed)

Did you ever get ripped off  by organizer? What's the best gig you guys have ever played?

Nope, we never get ripped off. Yeah countless of good gigs we played. The best gig, I would say This is A Gig, Dude! (2008) and there was one gig at Muar. Overall all the gigs we played were good eventhough there are times there were only like 3 or 4 people in front of us, we nevertheless enjoyed every gigs we played, yeah!



A perfect performance, according to you.

Zero mistake. Balanced sound and tempo. Consistent. Things like that.

Cassette or CD. Which one do you prefer?

CD. Easier to store and handle. Cassette is classic, but they are almost obsolete. The evolution of technology, you can't blame them.

Did P:D! get offer from any labels?

Nope. From the beginning until now, no labels came forward or approach us. Hahaha. (ayat merajuk ke hahah-ed)

Malaysian bands that deserve an attention, in your opinion.

- I think it's rare to find a post-HC band like them these days. I like their compositions and approach, fresh and unique!

-They sound like Avenged Sevenfold. Disebabkan sekarang ni aku tgk budak2 asal nak buat band je msti nk main metalcore yg ganas stock breakdown 8 part satu lagu, at least Bizharo ni ada la part2 goreng dan nyanyian merdu. So boleh lari sikit dari ke-tipikal-an band2 metalcore yg ada skrg ni.(haha i love this part so much that I intentionally left this in Bahasa!-ed)

-I grew up during the period where post HC were in their prime, and Avalon's Whisper has totally grew up. From Alesana like sound, to punk HC sound and now to more accessible easy listening. They rock! It's their music arrangement that made them stand out and deserve a better attention!

Thank you Hanif and the rest of P:D! band members for their time. We had a good time listening to their CD and surely they need improvements this and there but we pretty sure, they will :) Don't forget to read our review on their EP, We're Still Swingin' here! Thank you!

Credit:
-Images taken from Prognosis: Death! FB

In Peccatvm - Antilia EP (2002)

Terdapat perbezaan yang jelas antara Peccatum dan In Peccatvm. Pertamanya, Peccatum tu dari Norway manakala In Peccatvm dari Portugal. Yang kedua Peccatum adalah projek muzik laki bini iaitu Ihsahn (Emperor) dan Ihriel manakala In Peccatvm...bukan projek muzik laki bini hahaha dan terakhir sekali Peccatum bermain Metal yang bersadur Avantgarde manakala In Peccatvm bermain Doom/Gothic Metal. Ya jadi kali ni gua bawakan In Peccatvm - Antilia. Berikut adalah line up yang paling terkini:
 
António Neves - Vocals, Guitar
Hélder Almeida - Guitar
André Gouveia - Bass
Bruno "Spell" Santos - Keys
João Oliveira - Drums

Band yang berasal dari Azores, Portugal ini bermula pada tahun 1998 dengan demo In Beauty. Sekalipun telah wujud lebih daripada 10 tahun, In Peccatvm sebenarnya belum pernah mengeluarkan album penuh. Antilia adalah EP berkonsep (as opposed to concept album-ed) yang diterbitkan pada tahun 2002 dengan 5 buah lagu iaitu:



Septem Aquae
Everlasting Delicacy
Watery Portrait
Till Daylight Comes...
Sustained In The Nebula

Mengikut Metal Archives, EP ini adalah bertemakan mitos Sete Cidades (sebuah tempat di Azores), jadi boleh expect some atmospheric stuff lah ye, which is true. 

Septem Aquae - Antilia (uii macam nama awek siyut-ed) dimulakan dengan sebuah instrumental bertajuk Septem Aquae (secara kasar bermaksud 7 kawasan perairan, atau kalau dah diterjemah dengan betul,bermaksud 7 kawasan). Lagu ini merujuk kepada asal nama Sete Cidades dalam bahasa Latin iaitu Insula Septem Civitatum (Island of the Seven Cities).Intro ini berbunyi classical kerana ia dimainkan oleh String Quartet dan ada perisa konon-konon Baroque hehe. Tapi memang cantik untuk set mood.

Everlasting Delicacy - Dimulakan dengan pace yang serba slow dan doom-ish dengan harmoni gitar serta kibod sebelum double pedal memecah masuk. Track kegemaran gua untuk EP ni sebab kuat sekali bau doom/gothic terutama dengan kemunculan vokal wanita di pertengahan lagu. Instrument gitar Azore pun diselit masuk di bahagian tengah lagu.Tapi drum lepas tu dah macam tak konsisten pula terutama di bahagian double pedal.

Watery Potrait - Ini lagu jiwang. Mood yang memang gemalai dari awal sehingga akhir lagu (sekalipun ada part yang fast). Keyboard memberi perisa kuntum yang secukupnya.

Til Daylight Comes... - Seolah-olah kesinambungan dari Watery Potrait. Bila dah masuk lagu ni gua baru perasan tone guitar In Pecattvm sebenarnya tak tajam pun. Dan tak berat pun. Fuh piano lagu ni membangkitkan rasa tenang. Fikir balik, ni bukan doom yang membangkitkan rasa despair!

Sustained in the Nebula - Penutup yang sangat beautiful. Tapi pendek sangat, tau-tau saja dah habis! Classical gitar membuat penampilan di sini.

Sebuah effort yang takde la gempak sangat, tapi cukup untuk menunjukkan In Peccatvm layak diberi perhatian. Doom/ Gothic yang bersih. Gua berkenan sangat dengan elemen Azore dan classical gitar tu, macam satu bonus pulak. Ini adalah sebuah material lama dari band Portugal ini. Rasanya bila jenguk website diorang ada mention pra-produksi album pertama sedang berjalan, tapi tak tahu la tu berita basi ke apa sebab nampak macam tak dikemaskini je tu.

Gua bagi rating 6.5/10 untuk EP ni. By the way, band ni mengingatkan gua kepada sebuah band dari Germany iaitu Empyrium yang more or less macam diorang jugak. In Peccatvm boleh dicapai di sini dan sini.

Kredit:
-Google
-Web rasmi In Peccatvm

Crown Ov Horns - Infernus Dominatus (2011)


Crown Ov Horns merupakan sebuah band dari Kota Kinabalu Sabah. Baru sahaja meriliskan sebuah album bertajuk "Infernus Dominatus" (5 daripada lagunya daripada EP 2009 bertajuk "Ungodly Supremacy") dibawah label Evil Dead Production. Untuk rilisan terbaru ini, line up Crown Ov Horns hanyalah K. Helvete - Guitar/Bass, Shaun - Drums dan untuk bahagian vocal mereka menggunakan khidmat Rajj (Akagrish).

Crown Ov Horns

 Cover artwork oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :
1 - Dethrone The Emperor
2 - Firestorm Of Hate
3 - From Dust To Oblivion
4 - Warfare and Bloodshed
5 - Hill Of The Poisonous Trees
6 - The Oriental Sun
7 - Operation Searchlight
8 - The Machete

Album yang mengandungi 8 buah lagu ini benar2 menggegarkan kepala. Pakej lengkap sound rakaman dan permainan instrument yang baek oleh setiap line up yang terlibat. Rakaman album ini dilakukan di 2 buah studio berasingan dimana untuk track gitar dan bass menggunakan Helvete Studio (gua rasa ini home studio gitarist band ini sendiri) manakala untuk rakaman vocal dan drum dilakukan di Eyes & Ears Studio. Proses mixing dan mastering turut dilakukan sendiri oleh K. Helvete Ok, apa kata kita hayati setiap track didalam album Infernus Dominatus ini.

Track pertama berjudul Dethrone The Emperor bermula dengan sample bunyi khalayak ramai namun ianya tidak berlarutan dimana kemasukan music yang ganas serta merta menyerang. Track pertama yang tiada belas kasihan. Riffing yang memberi tekanan serta ketukan drum yang konsisten. Juga kedengaran seakan ada penggunaan trigger pada drum (gua kurang arif maybe trigger atau pedal drum di EQ). Lagu ini sungguh padat susunannya. Juga kawalan vocalist undangan untuk album ini yang tiada cacat cela namun mungkin memerlukan sedikit sahaja lagi penghayatan untuk lagu2 sebegini.

Firestorm Of Hate turut bermula dengan bunyi sample peperangan, kemudian kemasukkan music sekali lagi tidak memberi sebarang ruang didalam lagu ini. ya music Crown Ov Horns sangat padat. Solo yang menarik walaupun seakan sedikit tenggelam namun solo tersebut tetap memenuhi mood lagu ini.

Sekali lagi untuk track ketiga bertajuk From Dust To Oblivion, band ini menggunakan sample bunyi sebagai intro. sama seperti lagu pertama dan kedua, tiada ruang diberikan setelah kemasukkan music. Kelajuan lagu yang masih sama seperti track awal.

Track ke4 Warfare and Bloodshed juga menggunakan sedikit bunyi sample. Susunan music permulaan yg menampilkan penggunaan twin pedal namun riffing seterusnya agak berbentuk pelahan.Namun tidak keseluruhan lagu ini perlahan kerana pertengahan lagu kelajuan tempo dipertingkatkan. Tetap menyamai kelajuan lagu2 terawal. Permainan yang hebat dari Shaun. Solo gitar juga mendayu untuk track ini. Penghujung durasi ke 5 (minit) kedengaran vokal seakan bercakap seolah2 seorang diktator. Menarik!

Track ke5 bertajuk Hill Of The Poisonous Trees tanpa sebarang sample bunyi serta merta menyerang gegendang telinga dengan attack drum dan riffing yang menekan! Untuk track ini bunyi snare agak berlainan dari track2 terawal. Namun ia tidak menjadi masalah untuk music sebegini.

The Oriental Sun, sebuah track laju yang serta merta disadung attack drum menggila. Sebuah lagu yang mungkin paling ganas untuk album ini. Paling menarik perubahan mood pada durasi 1:21, sesuatu yang sukar dimainkan secara live tanpa latihan berkumpulan secukupnya. Perubahan mood ini diulangi sebanyak 2X untuk track ini.

Operation Searchlight juga membawa mood seakan The Oriental Sun, menarik permainan drum didalam lagu ini dimana kawalan china-boy tidak mengikut kelajuan snare dan pedal yang sedang grind. Sebuah lagu yang punya struktur permainan drum yang menarik.

Track terakhir merupakan lagu terpanjang didalam album ini iaitu The Machete. Permulaan yang punya pengaruh kuat Deicide. Tidak terlalu laju (pedal sahaja laju! terbaek!) Sebuah lagu yang punya mood yang mampu membuatkan crowd headbang mengikut alunan riffing. Boleh juga dikatakan track ini punya penagruh old skool yang agak kuat. Namun mood perlahan ini tidak berterusan apabila ditengah2 track Crown Ov Horns kembali melajukan tempo permainan. Merupakan track penutup yang antara track2 terbaek untuk album ini.

Pada gua mutu rakaman keseluruhan album ini sangat memuaskan dan menjadi antara album terbaek awal 2011 ini. Kesemua instrument kedengaran jelas dan mencapai tahap sebenar sesebuah album. Mungkin tidak keterlaluan jika gua katakan album ini mencapai standard international. Tahap permainan instrument oleh line up juga menepati kehendak genre sebegini.

Kepada penggemar irama Death Metal yang punya campuran Black Metal, album ini adalah disarankan. Dapatkan album ini dari Evil Dead Production, gua pasti anda tidak akan menyesal dengan hasil Crown Ov Horns - Infernus Dominatus (2011) ini.

Hubungi Crown Ov Horns atau Evil Dead Production melalui link dibawah video live mereka dibawah ini

Crown Ov Horns - Dethrone The Emperor


Crown Ov Horns - Operation Searchlight (with A.P on guest vocal)


Crown ov Horns - Satanas (Sarcofago Cover with Ein dari band Brain Dead

Crown Ov Horns

Evil Dead Production

VoTW: Grafzerk - Dunkelheit

VoTW kembali lagi! Kali ni gua bawakan sebuah one man band yang membawa lagu cover daripada Burzum, iaitu Dunkelheit! Band yang gua maksudkan ini ialah Grafzerk yang berasal dari Belarus. Sebenarnya gua pun tak pernah dengar nama Grafzerk ni, malahan tak pasti samada ia adalah sebuah band yang real atau sekadar one off project. Anyway lagu Dunkelheit ni barangkali adalah lagu Burzum yang paling banyak dicover sekali oleh band-band yang berinspirasikan Burzum, tak kira la band raw Black Metal atau pun dark ambient mahupun band surf (serius ni -ed). Disebabkan terlalu banyak band yang dah cover lagu ni, Dunkelheit somehow sudah hilang nilai eksklusifnya. Jadi Grafzerk muncul dengan approach tersendiri terhadap lagu ini yakni arrangement secara orkestra! Boleh tengok videonya di bawah!


Facts:
-Dunkelheit adalah track pertama daripada album Filosofem yang diterbitkan pada 1996.
-Tajuk asalnya adalah Burzum (yang bermaksud Darkness dalam Black Speech).
-Varg...err barangkali adalah fanboy JRR Tolkien.
-Burzum bakal keluar dengan album terbaru Mac 2011 ini yang bertajuk Fallen.

Sehingga bertemu lagi! Tata!