Crown Ov Horns - Infernus Dominatus (2011)


Crown Ov Horns merupakan sebuah band dari Kota Kinabalu Sabah. Baru sahaja meriliskan sebuah album bertajuk "Infernus Dominatus" (5 daripada lagunya daripada EP 2009 bertajuk "Ungodly Supremacy") dibawah label Evil Dead Production. Untuk rilisan terbaru ini, line up Crown Ov Horns hanyalah K. Helvete - Guitar/Bass, Shaun - Drums dan untuk bahagian vocal mereka menggunakan khidmat Rajj (Akagrish).

Crown Ov Horns

 Cover artwork oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :
1 - Dethrone The Emperor
2 - Firestorm Of Hate
3 - From Dust To Oblivion
4 - Warfare and Bloodshed
5 - Hill Of The Poisonous Trees
6 - The Oriental Sun
7 - Operation Searchlight
8 - The Machete

Album yang mengandungi 8 buah lagu ini benar2 menggegarkan kepala. Pakej lengkap sound rakaman dan permainan instrument yang baek oleh setiap line up yang terlibat. Rakaman album ini dilakukan di 2 buah studio berasingan dimana untuk track gitar dan bass menggunakan Helvete Studio (gua rasa ini home studio gitarist band ini sendiri) manakala untuk rakaman vocal dan drum dilakukan di Eyes & Ears Studio. Proses mixing dan mastering turut dilakukan sendiri oleh K. Helvete Ok, apa kata kita hayati setiap track didalam album Infernus Dominatus ini.

Track pertama berjudul Dethrone The Emperor bermula dengan sample bunyi khalayak ramai namun ianya tidak berlarutan dimana kemasukan music yang ganas serta merta menyerang. Track pertama yang tiada belas kasihan. Riffing yang memberi tekanan serta ketukan drum yang konsisten. Juga kedengaran seakan ada penggunaan trigger pada drum (gua kurang arif maybe trigger atau pedal drum di EQ). Lagu ini sungguh padat susunannya. Juga kawalan vocalist undangan untuk album ini yang tiada cacat cela namun mungkin memerlukan sedikit sahaja lagi penghayatan untuk lagu2 sebegini.

Firestorm Of Hate turut bermula dengan bunyi sample peperangan, kemudian kemasukkan music sekali lagi tidak memberi sebarang ruang didalam lagu ini. ya music Crown Ov Horns sangat padat. Solo yang menarik walaupun seakan sedikit tenggelam namun solo tersebut tetap memenuhi mood lagu ini.

Sekali lagi untuk track ketiga bertajuk From Dust To Oblivion, band ini menggunakan sample bunyi sebagai intro. sama seperti lagu pertama dan kedua, tiada ruang diberikan setelah kemasukkan music. Kelajuan lagu yang masih sama seperti track awal.

Track ke4 Warfare and Bloodshed juga menggunakan sedikit bunyi sample. Susunan music permulaan yg menampilkan penggunaan twin pedal namun riffing seterusnya agak berbentuk pelahan.Namun tidak keseluruhan lagu ini perlahan kerana pertengahan lagu kelajuan tempo dipertingkatkan. Tetap menyamai kelajuan lagu2 terawal. Permainan yang hebat dari Shaun. Solo gitar juga mendayu untuk track ini. Penghujung durasi ke 5 (minit) kedengaran vokal seakan bercakap seolah2 seorang diktator. Menarik!

Track ke5 bertajuk Hill Of The Poisonous Trees tanpa sebarang sample bunyi serta merta menyerang gegendang telinga dengan attack drum dan riffing yang menekan! Untuk track ini bunyi snare agak berlainan dari track2 terawal. Namun ia tidak menjadi masalah untuk music sebegini.

The Oriental Sun, sebuah track laju yang serta merta disadung attack drum menggila. Sebuah lagu yang mungkin paling ganas untuk album ini. Paling menarik perubahan mood pada durasi 1:21, sesuatu yang sukar dimainkan secara live tanpa latihan berkumpulan secukupnya. Perubahan mood ini diulangi sebanyak 2X untuk track ini.

Operation Searchlight juga membawa mood seakan The Oriental Sun, menarik permainan drum didalam lagu ini dimana kawalan china-boy tidak mengikut kelajuan snare dan pedal yang sedang grind. Sebuah lagu yang punya struktur permainan drum yang menarik.

Track terakhir merupakan lagu terpanjang didalam album ini iaitu The Machete. Permulaan yang punya pengaruh kuat Deicide. Tidak terlalu laju (pedal sahaja laju! terbaek!) Sebuah lagu yang punya mood yang mampu membuatkan crowd headbang mengikut alunan riffing. Boleh juga dikatakan track ini punya penagruh old skool yang agak kuat. Namun mood perlahan ini tidak berterusan apabila ditengah2 track Crown Ov Horns kembali melajukan tempo permainan. Merupakan track penutup yang antara track2 terbaek untuk album ini.

Pada gua mutu rakaman keseluruhan album ini sangat memuaskan dan menjadi antara album terbaek awal 2011 ini. Kesemua instrument kedengaran jelas dan mencapai tahap sebenar sesebuah album. Mungkin tidak keterlaluan jika gua katakan album ini mencapai standard international. Tahap permainan instrument oleh line up juga menepati kehendak genre sebegini.

Kepada penggemar irama Death Metal yang punya campuran Black Metal, album ini adalah disarankan. Dapatkan album ini dari Evil Dead Production, gua pasti anda tidak akan menyesal dengan hasil Crown Ov Horns - Infernus Dominatus (2011) ini.

Hubungi Crown Ov Horns atau Evil Dead Production melalui link dibawah video live mereka dibawah ini

Crown Ov Horns - Dethrone The Emperor


Crown Ov Horns - Operation Searchlight (with A.P on guest vocal)


Crown ov Horns - Satanas (Sarcofago Cover with Ein dari band Brain Dead

Crown Ov Horns

Evil Dead Production

2 feedbacks:

Kamil Nekroblast said...

hari tu malay power, ni black metal pulak. hahahaha

Contramen said...

music itu universal.. nak aku review endang estorina?