Infectious Maggots - Cookie Jar (EP 1994)

Ya.. sebenarnya gua baru jek dapat kembali kaset ni.. dulu ada beli masa rilis tapi sudah hilang.. dan pada gua dan rakan2 pendengar music jenama sebegini, EP ini sudah menjadi antara item RARE kerana sgt susah nak dapat. Ok, apa kata kita selidik serba sedikit apa yang terkandung didalam EP bertajuk Cookie Jar dari Infectious Maggots ini.

Infectious Maggots - Cookie Jar (EP 1994)

Tracklist :
1 - First
2 - Second
3 - Third
4 - Fourth
5 - Jabba's Living Room
6 - Fifth Son Of The Fifth Son
7 - S.O.I.OX
8 - Cookies Stay Cool
9 - Seven Of Kind
10 - Who's At The Back
11 - Afraid

Ok, EP bertajuk Cookie Jar ini di rilis oleh Asylum Record (M) Sdn Bhd pada 1994 iaitu setahun selepas Infectious Maggots meriliskan sebuah album penuh bertajuk "Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red". Producer untuk EP ini ialah Bullet manakala kesemua lagu adalah garapan Fathul (vocalist). Gua ada juga terbaca komen Lan Bye (drummer Infectious Maggots) bahawa ini merupakan projek Fathul. 

Cookie Jar sebenarnya lari dari apa yang di hasilkan didalam album penuh mereka "Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red" kerana rata2 lagu didalam EP ini menggunakan programming dan loops. Satu eksperimentasi dari Fathul dalam meluaskan lagi skop music Infectious Maggots.

Hanya 2 buah lagu bervocal dirakam iaitu "Fourth" dan juga "Afraid" (merupakan lagu bertajuk Shapechanger yang diambil dari album penuh mereka). "Fourth merupakan sebuah track perlahan yang dinyanyikan Fathul tanpa menggunakan teknik growl atau scream. Cara nyanyian unik Fathul untuk track ini menjadikan Fourth antara lagu2 bervocal Infectious Maggots yang pelik dan menarik. tak semua orang pernah mendengar lagu ini rasanya.. haha..

Afraid atau Shapechanger versi Cookie Jar pula merupakan track yang punya unsur industrial yang kuat dimana bunyi2an ini dilayerkan diatas track asal Shapechanger. Walaupun adakalanya kedengaran seakan out of tempo tetapi bunyi bunyian ini menghidupkan lagu ini. Errr berapa orang ye yang punya track ini? haha..

Ok, setakat ini dahulu, dan jika anda pembaca  semua terjumpa kaset ini, sila lah beli kerana ianya sekarang menjadi antara item rare yang menjadi buruan collector2 di luar sana. Yeahhh!!!!

Infectious Maggots - Shapechanger

Kenali Infectious maggots melalui laman facebook mereka dibawah ini. Terima Kasih!

0 feedbacks: