[Sticky] We're Still Swingin': The Contest!

Yeahhh kami dah review CD mereka malahan telah interview mereka pada entry-entry lepas. Siapa lagi kalau bukan band koboi KL, Prognosis: Death! . kalau lu orang masih tak puas hati lagi kali ni kami bawakan lagi pulak siri contest yang terbaru iaitu We're Still Swingin': The Contest! Abang-abang koboi ini dengan murah hatinya ingin memberi 3 (tiga) keping EP mereka yang terbaru dengan percuma kepada para pembaca DtE, tapi dengan bersyarat!


Jika lu orang berhasrat untuk mendapatkan CD ini dengan percuma,senang saja. Hanya e-melkan kepada kami sebab kenapa lu orang layak untuk dapat CD ni dengan percuma bersama-sama dengan contact details lu orang seperti nombor telefon dan nama.

Contohnya seperti di bawah:

Nama: Muhammad Kamil Ramli
No Tel: 0163471395

Bro, gua rasa gua patut dapat CD Prognosis: Death! tu sekeping sebab gua fan gila dengan band ni. Lagipun gua rasa sebagai fan sejati gua patut bukan patut simpan sekeping CD depa, tapi DUA! Jadi tolong la ek, kasi gua je lah CD tu. Kthxbye.

Amacam? Senang je ya dok? Penyertaan yang paling menarik, convincing dan kreatif akan memenangi free copy EP We're Still Swingin'. TAPI tak semestinya lu orang boleh buat camni saja. Lu orang boleh rekod video tentang pendapat lu orang kenapa lu orang layak menang CD ni dan upload di Youtube (sebagai contoh) dan email kami URL video tersebut, atau rekod dalam audio format atau whatever, asalkan kreatif dan menarik, lu orang mungkin berpeluang untuk menang! Ingat, hanya tiga (3) keping sahaja untuk direbut! Contest berakhir pada 31 Mac 12 malam.

E-mailkan penyertaan ke:

Contest ini bagaimanapun tertakluk kepada perubahan.

Sebarang keraguan boleh ditinggalkan di FB kami atau di ruang komen sini atau ke inbox e mail kami

Stay tuned!

Update [24th February 2011]

Yes people, I created an event in Facebook called We're Still Swingin': The Contest. Feel free to invite your friends. Oh yeah and Hanif decided to give us a peek on the 3 copies of EP they would like to give away. So to skepticals, we hope we cleared your confusion okay?



VotW: Reckless Tide - Kleemähendeäbte ( Black Metal Is War ;-)

VotW kembali lagi! Kali ni membawakan band Thrash Metal dari Germany iaitu Reckless Tide. Hahaha lagu ni memang funny sebab menggabungkan nursery rhyme, nonsense jokes dan juga poke fun terhadap Black Metal (gua rasa-ed). Have fun!

p/s: maaf, terlalu sibuk dengan kerja. even Sabtu pun kena kerja grrr!

Ballerina - Dance Of Ballet (2007)

Kali ini gua tulis agak panjang lebar. Kerana music mereka bagus dan mungkin juga antara hasil terbaik dari Asia Tenggara. Ok, boleh gua berceloteh sekarang?

Ini bukan sebarangan band. Mereka membawa music Progressive Metal. Genre music yang memerlukan skill yang tinggi atau lebih tepat dikatakan sejenis genre yang sukar untuk dimainkan. Ballerina, band yang berasal dari Bandung, Indonesia ini ditubuhkan pada 1998 dengan nama "Suhunan Root". Walaupun bermula dengan music komersil indie sehingga terbitnya album pertama bertajuk "Hayal" pada 2003, namun kemunculan album kedua bertajuk "Dance Of Ballet" benar-benar membuka mata pendengar kerana perubahan konsep yang sangat ketara kerana pemilihn genre Progressive Metal menjadi direction utama music mereka sehingga sekarang.

Ballerina dianggotai oleh :

Opi (Vocal)
Nico (Guitars)
Ghani (Bass) - merupakan bassist asal yang menggantikan Boyke.
Riky (Drum & Percussion)

Cover artwork oleh Apenk

Tracklist :

1 - Dance Of Ballet
2 - Final Breath
3 - Desert Of Hypocrite
4 - Desolation
5 - Lost
6 - Abadi
7 - Lepas
8 - Faith
9 - Antara Jiwa
10 - Rock n Roll Saja Lah.. (Bonus Track)

Dance Of Ballet rilis pada 2007. Producer bagi album ini ialah Nico Sugiharto manakala Andy Julias bertindak selaku executive producer. Flange Music Corner bandung menjadi studio rakaman kesemua track. Proses mixing dilakukan oleh Nico Sugiharto manakala mastering dilakukan oleh Imran,St Sati di Sound Station. Album ini dikeluarkan oleh PRS Record dan untuk pasaran yang lebih global Ballerina telah mendapat kerjasama dari sebuah label besar iaitu SONY BMG Music Entertainment.

Rata2 lagu didalam album bertajuk Dance Of Ballet ini berdurasi 3-4 minit namun track pertama dan ke 9 merupakan track yang berdurasi panjang iaitu 14 minit 57 saat untuk track permulaan berbentuk instrumental merangkap tajuk album ini iaitu Dance Of Ballet, manakala track ke 9 iaitu Antara Jiwa berdurasi 12 minit 7 saat.

Track pertama berjudul Dance Of Ballet yang merupakan sebuah instrumental adalah sangat bersesuaian sebagai lagu pembukaan dimana ia sekaligus menunjukkan perubahan ketara direction musical mereka ke arah Progressive Metal. Sebuah track yang mencabar dan memerlukan skill yang tinggi. Beberapa rentak offbeat boleh di dengr melalui track pertama ini. Juga sedikit bau jazz diselitkan walaupun tidak terlalu ketara. Pengaruh Dream Theater, Lemur Voice mungkin dapat dikesan untuk track ini. Kesemua instrument memainkan peranan yang penting dan keseragaman dalam tempo yang berbeza2 membuktikan band ini bukan sebarangan band. Solo2 yang berjiwa turut dapat didengari melalui track ini. Ekplorasi keatas efek2 guitar turut kedengaran terutama pada bahagian2 solo. Wow terlalu banyak perlu diperkatakan berkenaan track ini. Memadailah ianya merupakan track terpanjang iaitu 14 minit 57 saat. Sebuah track yang indah!

Final Breath merupakan lagu bervocal pertama untuk album ini. Bermula dengan riffing dan mood yang lebih terarah kepada album "Six Degrees Of Inner Turbulence" track ini kedengaran agak heavy namun mood yang berubah-ubah menjadikan track ini seakan punya jalan cerita yang pelbagai. Vocal dan nyanyian Opi (legenda dari band Jamrud) sesuai sekali dengan music sebegini. pembawaan vocal yang baik dalam menggayakan struktur dan melodi didalam track ini. Emm mungkin juga boleh dikatakan berbau James Labrie.

Desert Of Hypocrite juga merupakan sebuah track heavy dan kali ini kemampuan vocal dari Opi diperdendangkan dengan baik sekali. Walaupun ketika bahagian2 perlahan namun gaya serta lenggok nyanyian Opi benar2 memukau. Beberapa struktur arrangement yang berbentuk offbeat tersedia diperdendangkan oleh ballerina untuk track ini. Juga sebuah track yang hebat.

Desolation masih membawa mood seperti 3 lagu terawal. Permainan teknikal, nyanyian berkualiti dan struktur lagu yang menarik benar2 memukau. Namun lagu ini kedengaran benar2 seakan lagu Dream Theater. hahaha.. Solo arpeggio yang mudah dimainkan namun keserasian bersama riffing latar membuatkan track ini punya keistimewaan tersendiri. Lagu yang mengingatkan gua pada album Scene Of A Memories dari Dream Theater. (Haha.. Dream Theater lagi..)

Jika track ke4 mengingatkan gua pada album SOAM, tetapi track ke5 bertajuk Lost ini seakan mengingatkan gua pada Images And Words dan Falling Into Infinity. Sebuah track yang berjiwa. Punya mood yang bertukar-tukar dari heavy kepada mood yang perlahan. Kredit kepada Opi yang berjaya menjiwai dan menghidupkan lagi lagu ini.

Abadi merupakan track pertama yang menggunakan bahasa ibunda mereka. Mungkin agak sedikit janggal apabila mereka berani menggunakan lirik sebegini, namun susunan music yang terbaik dapat menenggelamkan sedikit kejanggalan dari segi diction atau sebuatan nyanyian. Melodi vocal juga kedengaran sedikit tipikal seperti yang biasa didengar dari band2 dari Indonesia. namun dari segi musical, ballerina tetap hebat!

Track berbahasa ibunda bertajuk Lepas mungkin dapat lari dari kejanggalan diction atau sebutan. Mungkin melodi vocal track ini menyelamatkan keadaan serta sekali lagi susunan music yang pelbagai menjadikan track ini kuat. Solo yang menonjol dari Nico untuk track ini menyebabkan gua lali seketika. Hahaha.. Riffing menarik, odd signature serta drum stroke pelbagai dari Riky menambah keistimewaan lagu ini.

Faith kembali kepada penggunaan bahasa inggeris. Track yang masih punyai mood yang sama seperti lagu2 sebelum. Chorus dengan lenggok nyanyian bersahaja oleh Opi serta riffing yang mencabar, solo yang laju, drum stroke yang kurang menggunakan formasi 4X4 serta dilatari rhytm gitar yang sekata memnyaksikan track ini bukan calang-calang track untuk dimainkan.

Antara Jiwa bermula seakan sebuah lagu ballad dengan plucking gitar disusuli bunyi latar keyboard. Kemasukan solo piano mengakhiri permulaan ballad lantas serangan dalam tempo laju menjelma. Kedengaran penggunaan twin padel dalam kadar laju sebelum riffing dan solo mengimbangi track ini. Sekali lagi kepelbagaian bentuk music diterapkan kedalam track ini. Sebuah track instrumental yang punya pengaruh Dream Theater yang sangat pekat. Mungkin solo-solo oleh Nico agak membezakan gaya permainannya dengan John Petrucci. Juga diselitkan riffing2 seakan music kartun didalam track ini. Sebuah track yang mengasyikkan dan musicnya yang boleh ditafsirkan dengan berbagai suasana. Track kedua terhebat selepas track pertama Dance Of Ballet.

Rock n Roll Saja Lah.. merupakan sebuah bonus track untuk album ini. Juga sebuah track yang menggunakan bahasa ibunda. Riffing agak mencabar untuk verse pertama. Namun sedikit janggal pada pembawan vocal dengan sebutan berbahasa ibunda ini. Gua berimaginasi sejenak dengan membayangkan vocalist band ini menyanyikan dalam bahasa inggeris mungkin dapat menghidupkan lagi lagu ini. Susunan music masih progressive yang mantap di selangi seketika mood perlahan. Juga menonjolkan teknik slapping dari bassist band ini sebelum solo berapi mengkucar kacirkan trck ini. Sebuah lagu yang agak moderate walaupun progression musicnya masih seperti lagu2 di track2 sebelumnya.

Keseluruhan album ini pada gua adalah antara masterpiece terbaik dari Ballerina untuk dunia Progressive Metal. Suatu music yang segar dan indah lahir dari rantau Asia Tenggara. Kesemua track memiliki keistimewaan tersendiri dari segi komposisi lagu, melodi vocal serta permainan instrument yang memerlukan kemahiran dan skill yang tinggi. Terfikir juga gua bagaimana mereka mencipta lagu2 sebegini (sebelum ni gua ada la tgk Dream Theater bikin lagu dlm video diorang..) dan apabila sahaja mendengar track2 dari Ballerina mengingatkan gua pada sebuah band beraliran sama dari utara tanahair iaitu Heart's On Fire yang mungkin juga sudah berkubur setelah ahli2 nya menubuhkan Inersia X, Reaching Horizon serta ada yang memulakan projek solo. Sesekali teringat juga Chosen (senyap setelah merakam album kedua) yang gua harapkan antara band beraliran sama tetapi agak sedikit keras dibahagian vocal yang boleh menggegarkan dengan kemunculan album kedua yang seakan tidak rilis.


Ballerina - Faith

Ballerina - Dance Of Ballet (Live Part I)

Ballerina - Dance Of Ballet (Live Part II)

Ok, untuk mengenali Ballerina, kami pihak DtE menyediakan link2 dibawah ini untuk anda hubungi, berkongsi idea music atau apa2 sahaja (mungkin invite diorang buat show kt Malaysia barangkali)..

Pickcell - EP2001AD - Kehilangan pemuzik bertopeng Malaysia.

EP2001AD merupakan sebuah EP yang menjadikan titik permulaan dimana band yang bernama Pickcell menjadi sebutan. Ini kerana pada ketika itu mereka mendominasi persembahan pentas dengan imej pelik serta kadar adrenalin yang tinggi yang mampu merobohkan stage! Bersesuaian dengan imej bertopeng dan pada ketika yang sama Malaysia mula diterjah music gila dari band gila Slipknot dari Iowa, Pickcell muncul dengan gaya serta music ganas tanpa belas kasihan. Kemunculan mereka benar2 membawa impak keatas scene music underground tempatan pada ketika itu. Malah turut ada segelintir pengunjung gig yang datang hanya kerana ingin menyaksikan sendiri penangan dominasi agresif Pickcell di atas pentas. Ok kali ini apakata kita kembali bersembang mengenai Pickcell dan EP bertajuk EP2001AD ini.

Logo band Pickcell oleh Momok

Pickcell - EP2001AD
artwork oleh Juxtapoze Design 

Tracklist :

1 - Illusion
2 - Descend
3 - Away
4 - Fear
5 - Sux It!

EP bertajuk EP2001AD ini diterbitkan oleh Music Trax Sdn Bhd. Juga terdapat sedikit kontraversi ketika EP ini diriliskan oleh Chaotic Repulsion (ok gua xmau cakap hal ini). Tidak dinyatakan secara jelas dimana studio rakaman yang digunakan untuk rakaman EP ini namun ada dinyatakan ianya dirakam sekitar May-Jun 2001 disekitar Petaling Jaya. Producer bagi EP ini adalah Fourstar dan Pickcell manakala Fai dan Johan merupakan executive producer. Line up yang terlibat dalam penghasilan rakaman EP ini adalah Ayie (Vocal), Ejump (Vocal), Af-1 (Guitars), Rizal (Guitars), Fathul (Drums), Hazrin (Bass), Gary (Media, Sampler * sesi rakaman dilakukan oleh Najib).

Line up yang terlibat ketika KL Tower Music Fest 2010.

Ok, track pertama bertajuk Illusion, bersesuaian sekali rentak huru hara sebagai sesi perkenalan umum kepada band ini. Sebuah track yang menyaksikan serangan duo vocalist ditambah dengan tempo laju oleh line up yang menjawat posisi dibahagian instrument. Drum serta gitar memainkan peranan penting dalam membawa mood lagu ini ke tahap maksimum.

Track ke2 bertajuk Descend menyaksikan penggunaan sampler dan lagu ini boleh dikatakan sebuah lagu yang beremosi. Mood seakan track pertama bermula setelah tamat verse pertama bersama bunyian sampler. Track ini juga menyaksikan Pickcell menyumbangkan clean vocal yang mungkin boleh dikenali trademark atau lenggok vocal sebegini pada lagu2 Slipknot alunan Corey Taylor. Juga terdapat bahagian breakdown pada track ini. Track ini berakhir sepertimana permulaan track ini tadi.

Away merupakan track ke3 yang permulaannya boleh membawa mood kucar kacir di pentas. Jeritan duo-vocal untuk bunyi stereonya menambah mood lagu ini terutama dibahagian korus lagu. Juga terdapat alunan nyanyian seakan Corey Taylor untuk lagu ini. Sebuah lagu yang baik serta punya elemen nu metal yang kental melalui beberapa riffing.

Track bertajuk Fear menjadi serangan ke4. Sebuah track yang berat diselangi nyanyian clean vocal serta jeritan serta permainan drum yang baik tanpa meninggalkan setiap bunyi kosong didalam permainannya. Track ini juga punya penangan hardcore yang agak kental dan tidak lupa juga vocalist seakan2 melakukan rapping namun tidak keterlaluan.

Track terakhir bertajuk Sux It! merupakan sebuah lagu paling kejam dan laju jika dibandingkan dengan kesemua track didalam EP ini. Riffing serta drumming tanpa belas kasihan serta jeritan bertalu2 dari kedua2 vocalist menambah huru hara lagu ini. Sebuah track yang hanya berdurasi 2 minit 16 saat namun track ini seakan track lepas geram serta punya gabungan pengaruh Death Metal, Hardcore malah drummer mereka sempat melakukan sedikit grind dihujung lagu. Sebuah lagu yang hebat!

Aksi agresif Pickcell di atas pentas

Keseluruhan EP ini belum mencapai mutu bunyian tahap profesional recording namun kesemua instrument dapat didengar dengan jelas. proses mixing juga berjaya mengimbangi setiap bunyian instrument tanpa ada bunyi timbul tenggelam. Kredit mungkin perlu diberi pada setiap line up dalam menghasilkan rakaman ini namun pada gua, gua memilih drummer mereka kerana permaianan yang kreatif. Tidak lupa juga pada kedua2 vocalist yang benar2 menambah huru hara keatas setiap lagu mereka. Bunyi gitar untuk EP ini boleh dikatakan agak berat jika dibandingkan dengan sound2 band seangkatan mereka pada ketika itu. Tidak dinafikan juga sound gitar sebegini mula menjadi igauan gitarist2 malaysia terutamanya setelah pemuzik2 luar berekplorasi dengan penggunaan drop tune serta banyak juga band yang cuba menghasilkan bunyi berat dengan tuning drop-D pada ketika itu.

Selepas melahirkan EP2001AD, Pickcell telah mengahsilkan sebuah single bertajuk Hypnotic namun selepas itu mereka seakan menyepi ditambah dengan pengunduran beberapa line up diposisi vocal, sampler, drum, dan guitar. Perkara ini ditambah lagi dengan komitmen beberapa line up yang turut memberi keringat untuk band masing2 seperti Restraint, Sensory, Insecure, Corrosion dan Nervewreck.




Pada 2010, Pickcell kembali memeriahkan scene music berat tempatan dengan kemunculan mereka untuk gig Tribute To Paul Grey (Slipknot) serta KL Tower Music Fest 2010. Adakah kembalinya mereka hanya untuk reunion atau mereka bakal menggegarkan kembali scene music berat tempatan seperti apa yang telah mereka lakukan sekitar awal 2000 dahulu? Just wait and bleed....

Pickcell - Live at Food Not Bomb, Bangsar KL (aksi tanpa topeng)

Kredit imej : Myspace Pickcell
Kredit imej EP2001AD : DtE

The Bollocks - My Friend (Demo 1995)

Kita kembali ke tahun 90an dimana pada ketika itu sebuah demo tape berbau Punk Rock kental telah menjadi santapan telinga gua hasil dari kawan gua sendiri yg berasal sedaerah dengan band ini. Band yg gua nk expose disini ialah The Bollocks. Sebuah band dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan hari ini gua nak imbas kembali kenangan lama gua dengan demo tape mereka bertajuk "My Friend" yang rilis pada 1995.

The Bollocks - My Friend (Demo 1995)
versi LP rilis under Tian An Men (gua pon xtau label mana ni?)

Tracklist :

1 - Police Federation
2 - Neo Arqam Punk
3 - The Bitch
4 - Chaos KP
5 - My Friend
6 - Obat (tribute kepada Allahyarham P.Ramlee)

Untuk demo bertajuk My Friend ini, The Bollocks dianggotai oleh Farid (vocal), Ajip (guitar), Tom (bass) dan Adik (drum) serta Asri Boy selaku band manager. 

Track pertama bertajuk Police Federation merupakan sebuah lagu rebel yang punya rasa tak puas hati pada pihak berkuasa. Susunan music yang straight forward. juga cara nyanyian yang tepat sekali punya nada punk yg tegar. Vocal sebegini mengingatkan gua pada sebuah band dari utara iaitu Acid Rain terutama melalui Demo/EP mereka bertajuk Coup'D"Etat. Bunyi gitar yang hanya mengunlangi 3-4 chord sahaja dan drum beat yang tidak memerlukan stroke berskill.

Neo Arqam Punk merupakan track kedua yang pada gua antara track yang gua xbleh lupa sampai mati. haha. Sebuah lagu yang boleh dikira sebagai lagu yang agak bermelodi jika dibandingkan dengan track2 lain. Sebuah lagu yang mungkin lahir sempena kes Asyaari Muhammad (pemimpin gerakan Al-Arqam pada 90an).
malah nama pemimpin tersebut juga ada disebut di penghujung lagu. Tidak lupa juga track ini merupakan antara lagu2 yang kerap berkumandang di studio2 jamming sekitar zaman tersebut.

Track ketiga bertajuk The Bitch merupakan antara track2 terpendek yang berdurasi tidak sampai 2 minit. Juga sebuah lagu yang straight forward sesuai dengan identiti music punk rock itu sendiri.

Chaos KP yang menjadi track keempat menjadi anthem kepada perjuangan gerakan Punk di daerah mereka iaitu Kuala Pilah. Juga merupakan sebuah lagi track pendek yang berdurasi dibawah 2 minit.

My Friend yang merupakan tajuk demo ini merupakan lagu paling pendek berdurasi 1 minit 33 saat. terlalu ringkas dan hanya mengulangi sebutan My Friend di hujung lagu sehingga tamat.

Obat (Medicine) merupakan sebuah lagu saduran dari ciptaan Allahyarham P. Ramlee menerusi filem Bujang Lapok nya. Dibawa dengan elemen punk rock dengan penuh gaya oleh The Bollock. Track ini merupakan sebuah rakaman yang dilakukan secara live ketika persembahan mereka di Kuala Lumpur.

Keseluruhan demo tape ini boleh dikatakan bukanlah rakaman profesional kerana ianya hanyalah sebuah rakaman penghasilan demo. Kualaiti rakaman sebenarnya agak ok jika dibandingkan dengan demo2 yang tenggelam timbul dikala zaman analog dahulu. Music The Bollocks merupakan sejenis punk yang straight forward dan tidak perlu menunjuk2 skill kerana ini lah punk yang kental pada masa dan ketika itu. Juga merupakan sebuah demo tape yang menjadi antara yang terlaris. LP yang dirilis oleh Tian An Men pula hanya sebanyak 500 unit sahaja. Ianya limited dan untuk hari ini ianya sememangnya tersenarai antara item2 rare dan menjadi kegilaan kepada collector2 sebenar!

The Bollock masih lagi aktif dan berkemungkinan besar akan menghasilkan album penuh pada tahun ini.

Kenali The Bollocks melalui laman Myspace dan Facebook mereka dibawah ini.

Disini jua bagi yg x pernah dgr apa itu The Bollocks, gua sediakan sebuah rakaman sesi jamming antara gua dan kawan2 gua dulu. Lu orang bleh klik url dibawah ini.

Stringthesizers: High Hopes and Low Expectation

CD ni diterima lebih kurang 3 minggu lepas dan sebenarnya gua dah banyak kali duk dengar. Malang sekali takde pulak kesempatan nak review EP ni memandangkan ehem...macam biasa komitmen kerja, malas sedikit-sebanyak dan ya, sejak-sejak bergelar pelajar sekarang, terasa makin sibuk. But anyway, akhirnya ada jugak masa nak review.

Band ini menghubungi kami dekat page DtE di Facebook (ha cepat like kami!) dan meminta kami review produk mereka. Terima kasih ya Stringthesizers di atas effort menghubungi kami. EP yang berjudul High Hopes and Low Expectation ni rasanya baru sahaja diterbitkan (takde maklumat disertakan pada EP) dengan 5 track disertakan. Kalau ikut dekat Facebook mereka, Stringthesizers ni memainkan Prog Alt Rock.



Treason
Puppet Dolls
No Mercy
A Broken Lyre
A Broken Lyre (accoustic version)

Luke - Vox
Ax - Guitarist/Lead
Feirza - Guitarist/Rythm
Pdot - Bass
Apie - Drums/Percussion

Stringthesizers pada gua memainkan alternative yang bertempo sederhana dan banyak revolve dengan emosi (berdasarkan tajuk lagu,dan lirik takdisertakan pfttt).

Treason - Trek pembuka untuk EP ni. Solo gitar yang mewarnai lagu ni boleh dikatakan okay. Vokalis seperti sedikit termengah-mengah dan memaksa. Yang jadi persoalan di sini adakah drum menggunakan programming sebab bunyi kurang natural.

Puppet Dolls - Salah satu trek pilihan gua untuk EP ni. Sebab gua dapat rasakan effort dan passion yang meluap-luap sepanjang lagu ni. Agak surprising juga sebab vokalis shrieking di satu dua tempat yang memberikan idea bahawa lagu ni memang ada unsur kemarahan. Penyampaian vokal yang bagus. Solo gitar juga cemerlang. Tapi still, drum tak organik.

No Mercy - Selepas penyampaian awesome di trek ke 2, tiba-tiba trek ni macam filler je rasa. Barangkali penyampaian vokal seperti nak cakap terkial-kial buat gua rasa bosan. Gua skip half way sebab rasa lagu ni tak punchy.

A Broken Lyre - Ni pun jadi trek favorite gua. Santai dan penuh perasaan. Lagu ni boleh bawak untuk majlis makan malam perpisahan tingkatan 5. Ok, bergurau. Vokalis memang menyinar dalam lagu ni. Definitely lagu ni yang terbaik untuk EP ni. Juga instruments lain, cukup perisa. Macam dengar lagu Disagree.Sekali dengar macam typical modern rock song, tapi layan pe! Efek echo/cave di awal lagu memberi idea lagu ni pasal errr, barangkali pasal kekecewaan. Whatever the message intend to be, good job.

A Broken Lyre (accoustic) - Sama macam di atas. Lagu ni bagus.Aset mahal dah tentu penyampaian vokal yang mendayu.

Overall, EP ni boleh lah dikira okay. Tidak teruk, tidak juga impressive. Gua cuma nak complain packaging yang terlalu simple: takde lirik, tiada info pasal recording, tiada apa-apa melainkan contact address dan tracklist.Mereka patut considerlah hal-hal camni. Lagi satu, drum tu live ke programming? Pelik lah tone dia. Production kualiti, untuk sebuah Ep dan barangkali release yang pertama dari mereka, boleh dikatakan so-so. But anyway, good effort Stingthesizers!

Stringthesizers boleh dihubungi di sini dan sini.