The Bollocks - My Friend (Demo 1995)

Kita kembali ke tahun 90an dimana pada ketika itu sebuah demo tape berbau Punk Rock kental telah menjadi santapan telinga gua hasil dari kawan gua sendiri yg berasal sedaerah dengan band ini. Band yg gua nk expose disini ialah The Bollocks. Sebuah band dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan hari ini gua nak imbas kembali kenangan lama gua dengan demo tape mereka bertajuk "My Friend" yang rilis pada 1995.

The Bollocks - My Friend (Demo 1995)
versi LP rilis under Tian An Men (gua pon xtau label mana ni?)

Tracklist :

1 - Police Federation
2 - Neo Arqam Punk
3 - The Bitch
4 - Chaos KP
5 - My Friend
6 - Obat (tribute kepada Allahyarham P.Ramlee)

Untuk demo bertajuk My Friend ini, The Bollocks dianggotai oleh Farid (vocal), Ajip (guitar), Tom (bass) dan Adik (drum) serta Asri Boy selaku band manager. 

Track pertama bertajuk Police Federation merupakan sebuah lagu rebel yang punya rasa tak puas hati pada pihak berkuasa. Susunan music yang straight forward. juga cara nyanyian yang tepat sekali punya nada punk yg tegar. Vocal sebegini mengingatkan gua pada sebuah band dari utara iaitu Acid Rain terutama melalui Demo/EP mereka bertajuk Coup'D"Etat. Bunyi gitar yang hanya mengunlangi 3-4 chord sahaja dan drum beat yang tidak memerlukan stroke berskill.

Neo Arqam Punk merupakan track kedua yang pada gua antara track yang gua xbleh lupa sampai mati. haha. Sebuah lagu yang boleh dikira sebagai lagu yang agak bermelodi jika dibandingkan dengan track2 lain. Sebuah lagu yang mungkin lahir sempena kes Asyaari Muhammad (pemimpin gerakan Al-Arqam pada 90an).
malah nama pemimpin tersebut juga ada disebut di penghujung lagu. Tidak lupa juga track ini merupakan antara lagu2 yang kerap berkumandang di studio2 jamming sekitar zaman tersebut.

Track ketiga bertajuk The Bitch merupakan antara track2 terpendek yang berdurasi tidak sampai 2 minit. Juga sebuah lagu yang straight forward sesuai dengan identiti music punk rock itu sendiri.

Chaos KP yang menjadi track keempat menjadi anthem kepada perjuangan gerakan Punk di daerah mereka iaitu Kuala Pilah. Juga merupakan sebuah lagi track pendek yang berdurasi dibawah 2 minit.

My Friend yang merupakan tajuk demo ini merupakan lagu paling pendek berdurasi 1 minit 33 saat. terlalu ringkas dan hanya mengulangi sebutan My Friend di hujung lagu sehingga tamat.

Obat (Medicine) merupakan sebuah lagu saduran dari ciptaan Allahyarham P. Ramlee menerusi filem Bujang Lapok nya. Dibawa dengan elemen punk rock dengan penuh gaya oleh The Bollock. Track ini merupakan sebuah rakaman yang dilakukan secara live ketika persembahan mereka di Kuala Lumpur.

Keseluruhan demo tape ini boleh dikatakan bukanlah rakaman profesional kerana ianya hanyalah sebuah rakaman penghasilan demo. Kualaiti rakaman sebenarnya agak ok jika dibandingkan dengan demo2 yang tenggelam timbul dikala zaman analog dahulu. Music The Bollocks merupakan sejenis punk yang straight forward dan tidak perlu menunjuk2 skill kerana ini lah punk yang kental pada masa dan ketika itu. Juga merupakan sebuah demo tape yang menjadi antara yang terlaris. LP yang dirilis oleh Tian An Men pula hanya sebanyak 500 unit sahaja. Ianya limited dan untuk hari ini ianya sememangnya tersenarai antara item2 rare dan menjadi kegilaan kepada collector2 sebenar!

The Bollock masih lagi aktif dan berkemungkinan besar akan menghasilkan album penuh pada tahun ini.

Kenali The Bollocks melalui laman Myspace dan Facebook mereka dibawah ini.

Disini jua bagi yg x pernah dgr apa itu The Bollocks, gua sediakan sebuah rakaman sesi jamming antara gua dan kawan2 gua dulu. Lu orang bleh klik url dibawah ini.

5 feedbacks:

Harun Salim Bachiks said...

thank banget,100 thn dicari skrg bru jmpa album ni.

Contramen said...

errr, url download tu bukan lagu asal dari demo ni..

Harun Salim Bachiks said...

Pak cik tau,mmg bukan lagu asal pn.Ni dibawah ni pakcik bg link utk demo tu=

http://www.megaupload.com/?d=6ZJVB6U9

share is caring

Contramen said...

dr facebook diorg ada tulis 2011 ni diorg akan rilis album penuh..

Anonymous said...

tian an men label perancis