Stringthesizers: High Hopes and Low Expectation

CD ni diterima lebih kurang 3 minggu lepas dan sebenarnya gua dah banyak kali duk dengar. Malang sekali takde pulak kesempatan nak review EP ni memandangkan ehem...macam biasa komitmen kerja, malas sedikit-sebanyak dan ya, sejak-sejak bergelar pelajar sekarang, terasa makin sibuk. But anyway, akhirnya ada jugak masa nak review.

Band ini menghubungi kami dekat page DtE di Facebook (ha cepat like kami!) dan meminta kami review produk mereka. Terima kasih ya Stringthesizers di atas effort menghubungi kami. EP yang berjudul High Hopes and Low Expectation ni rasanya baru sahaja diterbitkan (takde maklumat disertakan pada EP) dengan 5 track disertakan. Kalau ikut dekat Facebook mereka, Stringthesizers ni memainkan Prog Alt Rock.



Treason
Puppet Dolls
No Mercy
A Broken Lyre
A Broken Lyre (accoustic version)

Luke - Vox
Ax - Guitarist/Lead
Feirza - Guitarist/Rythm
Pdot - Bass
Apie - Drums/Percussion

Stringthesizers pada gua memainkan alternative yang bertempo sederhana dan banyak revolve dengan emosi (berdasarkan tajuk lagu,dan lirik takdisertakan pfttt).

Treason - Trek pembuka untuk EP ni. Solo gitar yang mewarnai lagu ni boleh dikatakan okay. Vokalis seperti sedikit termengah-mengah dan memaksa. Yang jadi persoalan di sini adakah drum menggunakan programming sebab bunyi kurang natural.

Puppet Dolls - Salah satu trek pilihan gua untuk EP ni. Sebab gua dapat rasakan effort dan passion yang meluap-luap sepanjang lagu ni. Agak surprising juga sebab vokalis shrieking di satu dua tempat yang memberikan idea bahawa lagu ni memang ada unsur kemarahan. Penyampaian vokal yang bagus. Solo gitar juga cemerlang. Tapi still, drum tak organik.

No Mercy - Selepas penyampaian awesome di trek ke 2, tiba-tiba trek ni macam filler je rasa. Barangkali penyampaian vokal seperti nak cakap terkial-kial buat gua rasa bosan. Gua skip half way sebab rasa lagu ni tak punchy.

A Broken Lyre - Ni pun jadi trek favorite gua. Santai dan penuh perasaan. Lagu ni boleh bawak untuk majlis makan malam perpisahan tingkatan 5. Ok, bergurau. Vokalis memang menyinar dalam lagu ni. Definitely lagu ni yang terbaik untuk EP ni. Juga instruments lain, cukup perisa. Macam dengar lagu Disagree.Sekali dengar macam typical modern rock song, tapi layan pe! Efek echo/cave di awal lagu memberi idea lagu ni pasal errr, barangkali pasal kekecewaan. Whatever the message intend to be, good job.

A Broken Lyre (accoustic) - Sama macam di atas. Lagu ni bagus.Aset mahal dah tentu penyampaian vokal yang mendayu.

Overall, EP ni boleh lah dikira okay. Tidak teruk, tidak juga impressive. Gua cuma nak complain packaging yang terlalu simple: takde lirik, tiada info pasal recording, tiada apa-apa melainkan contact address dan tracklist.Mereka patut considerlah hal-hal camni. Lagi satu, drum tu live ke programming? Pelik lah tone dia. Production kualiti, untuk sebuah Ep dan barangkali release yang pertama dari mereka, boleh dikatakan so-so. But anyway, good effort Stingthesizers!

Stringthesizers boleh dihubungi di sini dan sini.

0 feedbacks: