VoTW: Jervy Hou featuring Bri Gonzales - Friday (cover)

So some of you have watched Rebecca Black's Friday on Youtube. What do you think? Bad? Apparently she was made an instant Internet celebrity because of the video and numerous artists had covered Friday. But none of them are good as this. I present you this week's VoTW, Jervy Hou featuring Bri Gonzales with their own rendition of Friday! What can I say? Epic! Especially at the end of the video! Have fun!

Teroka Minda (Tulus Perjalanan)

Ini merupakan review gig yang pertama dilakukan oleh Dissecting the Euphony. Gig yang dianjurkan oleh NEM Productions bertajuk Teroka Minda (Tulus Perjalanan) ini merupakan episod kedua setelah kejayaan Teroka Minda pertama pada 2009 dahulu. Juga bertempat di Pulau Pinang, Teroka Minda (Tulus Perjalanan) berlangsung di Dewan Serbaguna Seberang Perai dan sekali lagi menampilkan band2 yang sememangnya meningkat naik malah ada diantaranya pernah menggegarkan pentas2 music pada permulaan era music underground bertapak di tanahair dahulu. Bertarikh pada 9 April 2011, sekali lagi bumi Penang digegarkan dengan letusan irama berat bukan sahaja dari band negara kita, malah turut diundang ialah band Tormentress dari Singapura dan juga Trauma (menggantikan band Inner Beauty) dari Indonesia. Wakil dari negara kita pula adalah Infectious Maggots (old line up), Kitanaichi, Profane Creation, Langsuyr, Forbid Traction, Damaq dan Violator. Manakala band yang gagal beraksi pada tarikh tersebut adalah Qharinth dan Thorns of Hate.


Terlebih dahulu gua ingin meminta maaf kerana pihak DtE tidak dapat memberi ulasan lengkap berkenaan opening band iaitu Forbid Traction yang lebih kearah Metal Hardcore atau lebih tepat berpaksikan music buatan Max Cavalera seperti Soulfly, Sepultura, Nailbomb dan Cavalera Conspiracy. Ini kerana kehadiran kami sekadar bermula ketika band kedua (Damaq) sudah menerajui pentas. Namun dari khabar yang diperolehi, Forbid Traction tetap memberikan persembahan memberansangkan malah turut membawakan cover song dari Sepultura bertajuk Territory dari album Chaos AD.

Forbid Traction - Territory (Sepultura)

Band kedua Damaq merupakan sebuah band yang datangnya dari Kulim Kedah. Membawa konsep Melodic Black Metal. Pernah melahirkan sebuah demo tape pada tahun 1998 bertajuk Whisper Of The Night Winds, mereka kembali memeriahkan industri music metal tempatan kira2 dua tahun lepas. Teroka Minda II menjadi antara pentas untuk menyaksikan mereka kembali dalam kancah music gelap Malaysia. Rata2 lagu yang disampaikan dalam durasi yang agak panjang. Damaq membawakan lagu2 ciptaan mereka sendiri malah mereka turut mempersembahkan lagu dari band ternama iaitu Dimmu Borgir. Crowd dilihat sudah membanjiri moshpit malah ada yang berheadbang.

Damaq

Selesai sahaja Damaq meninggalkan pentas, crowd disajikan pula dengan band dari taiping iaitu Violator. Berbekalkan irama Thrash Metal, band dari Taiping ini benar2 menguasai pentas dengan persembahan yang sungguh tight. Juga bersama line up kali ini (telah bersama untuk gig di Kuala Lumpur sebelum ini) ialah Ein yang juga merupakan vocalist Brain Dead yang mengisi posisi sebagai pemain gitar kedua Violator. Persembahan yang mantap dari Violator turut disusuli dengan beberapa cover song dari Sodom dan Destruction malah mereka turut memainkan sebuah lagu dari Brain Dead bertajuk Sacred yang dipetik dari album From The Ecstacy (1993). Tidak lupa mereka turut memainkan sebuah lagu yang telah tersenarai didalam kompilasi Metal to Metal II iaitu Flame of Hate.

Violator - Bestial Invasion (Destruction)

Band yang sepatutnya merupakan all girls iaitu Tormentress dari Singapura muncul sebagai band keempat tanpa pemain bassnya namun dibantu oleh pemain bass dari band Yakamashii. Pentas sekali lagi dipenuhi crowd yang rata2 jarang sekali melihat sebuah band line up wanita bermain music Old School Thrash Metal. Memainkan lagu2 sendiri dari EP bertajuk Thrashing Disorder seperti Why?, Trashing Disorder dan Kuasa Wanita, mereka turut membawakan lagu cover dari band2 luar malah ketika membawakan lagu bertajuk Tormentor dari Kreator, crowd seakan menggila dan lagu ini mendapat sambutan yang baik dari crowd. Kredit mungkin patut diberikan kepada pemain drum dan vocalist yang mampu membawa lagu2 tersebut dengan baik.

Tormentress - Tormentor (Kreator)

Band Ipoh bernama Profane Creation yang membawa genre paling sukar Teknikal Death Metal muncul dengan susunan music paling kompleks. Juga merupakan band yang membuat comeback kira2 setahun dua ini, membawakan lagu2 sendiri dari kompilasi Intrusion of Dark Journey iaitu On The Grave We Wept, serta lagu2 baru yang bakal dimuatkan didalam kompilasi terbaru Ipoh Metal Militant II yang bakal menemui pendengar tidak lama lagi. Permulaan persembahan agak sedikit ralat apabila masalah teknikal berlaku pada gitar Jadam dimana beliau terpaksa meninggalkan pentas seketika meninggalkan line up lain meneruskan persembahan. Mungkin sedikit kecewa kerana sound yang dihasilkan dari amp Laney gitarist utama mereka juga kedengaran sedikit bermasalah. namun dengan sikap profesional mereka tetap meneruskan persembahan sehingga ke lagu terakhir iaitu sebuah cover song dari Morbid Angel sebelum gig dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada waktu Maghrib.


 Imej sementara menanti video persembahan dari Profane Creation.

Kitanaichi yang juga sebuah kumpulan lama naik ke pentas dengan susunan music old skool yang rata2 crowd agak terpinga dengan arah music mereka. Keadaan yang sama berlaku ketika rator membuat persembahan terakhir di Kuala Lumpur tahun lepas. Hahaha.. Lagu2 yang agak janggal didengar namun yang pasti sebuah lagu yang juga terkandung didalam kompilasi Intrusion of Dark Journey yang bertajuk Scattered Emotion  turut dimainkan. Juga lagu cover dari Rotting Christ turut dimainkan. Persembahan yang mantap dari setiap line up serta suara Sam selaku vokalist band ini masih ngeri dan menggerunkan.

Kitanaichi

Gig dihentikan sekali lagi untuk memberi laluan kepada waktu solat Isyak. Ketika ini dilihat crowd mengambil masa untuk berehat serta mengisi perut malah surau yang terletak berhampiran turut dipenuhi mat mat metal yang hadir pada gig ini. Errr, Mastika tak mau tulis ke pasal ni???? haha..

Imej yg belom pernah publish dalam mana2 majalah atau akhbar di negara kita.

Belum pun gua sempat menjengah kembali kedalam dewan, Fathul sudah mula berceloteh diatas pentas menandakan Infectious Maggots bakal menggegarkan pentas dengan irama Grindcore mereka. Membawakan lagu2 dari album pertama sahaja iaitu Deep Within Our Grief Factory Milks Run Red (1993), band ini tidak memberi sebarang ruang malah crowd ternyata terhibur dengan lagu2 berat dan laju ditambah celoteh fathul yang membuatkan crowd tertawa. Infectious turut membawakan lagu2 wajib mereka seperti Shapechanger, Cookies, Dive malah turut memainkan lagu Black Ritual Ceremony. Gimik terakhir mereka antara perkara paling tidak boleh dilupakan. hanya pada yang hadir tahu gimik lawak dari Infectious Maggots, Hahaha..

Infectious Maggots

Band dari Ipoh seterusnya yang telah lama tidak menggegarkan Penang ialah Langsuyr. Dengan formasi terbaru Langsuyr tampak lebih kuat dan pada gua persembahan terbaik Teroka Minda kali ini adalah milik Langsuyr. Mereka berjaya mengimbangi sistem bunyian dengan baik malah showmanship serta susunan lagu yang dipersembahkan juga membuatkan wajah2 crowd kelihatan seperti puas. Mempersembahkan lagu2 dari demo Occultus Mysticm, EP Eastern Cruelty serta Asyik, mereka benar2 menguasai pentas. lagu2 seperti The Seventh One, In The Name of Silkhannas, My Oath For Thee sudah sinonim rasanya pada pendengaran mat metal tepu Penang. malah lagi Bedal dan Sunut dari album Asyik turut dimainkan dengan jayanya. Ya perlu dinyatakan juga Ajiz kembali ke posisi asal beliau bersama Langsuyr iaitu sebagai drummer.

Langsuyr - My Oath For Thee

Didatangkan dari Indonesia, mereka sebenarnya menggantikan sebuah lagi band yang gagal beraksi iaitu Inner Beauty, kali ini sebuah band bergenre Death Metal iaitu Trauma menjadi headliner Teroka Minda kali kedua ini. Membawakan lagu2 mereka sendiri dari beberapa buah album terdahulu serta lagu terbaru, mereka turut memainkan sebuah lagu cover dari Amon Amarth bertajuk The Pursuit of Vikings.

  Trauma - The Pursuit of Vikings (Amon Amarth)

Secara keseluruhan persembahan dari Trauma adalah bagus dari segi balancing sound dan showmanship. Walaupun kelihatan crowd sudah keletihan untuk headbang namun profesionalisme dari band ini harus dipuji kerana mereka tidak tersentak dengan sambutan dari crowd. Kekuatan vocalist Nino memang tidak dapat disangkal lagi. Growl yang cukup baek dan menggegarkan dewan. Juga kemampuan line up lain yang sama2 membuatkan persembahan Trauma tampah utuh tanpa cacat cela.

Ok, setakat ini dulu review Teroka Minda (Tulus Perjalanan) dari DtE. Dan maaf sekali lagi dipinta kerana kelewatan untuk menyaksikan persembahan dari Forbid Traction serta video dari Profane Creation yang belum diupload.Ok, semoga berjumpa lagi di review gig akan datang. All the best!

Sumber video dan imej kredit kepada :
Loxxlaxx
Khysweb
Nem Productions

Vortex has re-joined Borknagar!

It seems I barely have time for DtE for like..I don't know, since early this year? So I figure I better write something down, or else this blog is going to suffer lack of input anytime soon.





Have you not heard the good news? Fans of Borknagar, rejoice!ICS Vortex (ex Arcturus, ex Dimmu Borgir) has confirmed about his return to Borknagar! Vortex who departed from Borknagar in 2000 following an ultimatum given by Oystein G. Brun "either stay in studio with Borknagar and record the new album OR go tour with Dimmu Borgir and leave Borknagar", joined Dimmu Borgir as bassist/clean vocalist until somewhere in 2009 where he was fired from the band.

Personally I think this is probably going to be the most solid line up ever for Borknagar. I mean, you kidding me? Two vocalists in Borknagar? Two freaking unique vocalists I tell ya! And another good news is, Borknagar is again signed to Century Media.

For more info and press release about this please follow this link.

"Milleniums are falling.Milleniums are calling.Hail!.The dawn of a new era!" 

Karl Cromok - Shred It Back (2011)

Dissecting the Euphony kembali lagi tetapi kali ini dengan sebuah album solo dari seorang gitarist lagenda thrash dan heavy metal tanahair yang tidak lain dan tidak bukan iaitu Karl Cromok. Beliau mengundur diri dari Cromok atas sebab kesibukan iaitu ketiadaannya bermula ketika Cromok melahirkan album bertajuk What Left pada 2000. namun pada 2010 beliau seakan kembali memberi sinar dalam industri music berat tanahair apabila kembali aktif dengan jemputan kelas serta sebuah pertunjukkan pentas di MyEvo Club Kuala Lumpur bersama beberapa rakan. 2011 pula menyaksikan Karl kembali dengan buah tangan terbaru darinya yang bertajuk Shred It Back.

Karl Cromok - Shred It Back (2011)
Cover artwork oleh Wan Hasrol

Tracklist :

1 - Shred It Back
2 - Magnificent
3 - Expression In K Minor
4 - Petanda (Featuring Amy Search)
5 - I Don't Belong Here (Extended Version - Live at My Evo KL 2010)
6 - Misty (Extended Version - Live at My Evo KL 2010)
7 - Shred It Back (Minus Guitar)
 8 - Magnificent (Minus Guitar)
9 - Expression In K Minor (Minus Guitar)
10 - Petanda (Minus Guitar)

Album yang memuatkan 10 buah lagu ini dirakam di Hotsound Studio yang bertempat di Wangsa Maju. Producer untuk album ini ialah Karl sendiri manakala engineer album adalah gabungan Zahid dan Karl. Proses mixing dan mastering juga dilakukan di Hotsound Studio. Antara pemuzik2 yang terlibat disebalik music Shred It Back ialah Shah Sedious di posisi guitar (untuk track ke 3 dan 2 track live), Hafiz Fedora di posisi Bass (rakaman studio) manakala Affey untuk persembahan live. Posisi drum pula di laksanakan oleh Zalie Deathstroke. 

Keseluruhannya hanya terdapat 4 buah lagu terbaru yang mendapat sentuhan dari Karl iaitu Shred It Back, Magnificent, Expression In K Minor serta Petanda (ciptaan Redzuan Zain dan Zam Barongan). Karl turut bermain bass untuk track pertama bertajuk Shred It Back. Manakala 2 lagu yang diambil dari persembahan live adalah Misty dari album Image Of Purity (1989) dan I Dont Belong Here dari Forever In Time (1993).

Shred It Back merupakan sebuah instrumental yang menyaksikan skill serta riffing bersemangat dari Karl. Solo yang juga punya kekuatan yang mampu memberi semangat. Jika diteliti riffing2 track ini lebih kepada riffing diantara Hard Rock dan Heavy Metal. Sebuah track yang berdurasi 6 minit 8 saat. Sarat dengan solo2 laju namun kedengaran mendayu. Mood lagu yang sedikit lari dari konsep Cromok. Mungkin paling hampir seakan mood lagu I Dont Belong Here.

Magnificent merupakan sebuah instrumental perlahan. Namun mood track ini begitu menenangkan untuk didengari. Sebuah track yang pada gua sarat dengan solo2 sehingga ke akhir track. Anda akan mendengar solo2 yang dibawa tanpa distortion serta berdistortion. Terasa seakan mendengar album Gary Moore pula bila terlalu asyik dengan mood perlahan track berdurasi 6 minit 13 saat ini. Keistimewaan track ini ialah solo2 dari Karl yang tidak putus2 dari awal hingga akhir.

Expression In K Minor yang menjadi track ke3 lebih kepada genre Heavy Metal. Kedengaran juga beberapa bahagian harmonic guitar serta permainan twin padel yang membuatkan track ini agak heavy dari track2 sebelum. Solo2 juga agak ribut namun masih terkawal. Walaupun kedengaran beberapa kali perulangan riffing untuk bahagian rhytm namun solo2 yang dipersembahkan oleh karl adalah berlainan. Sebuah lagu yang agak heavy namun masih kedengaran bersih dan solid.

Petanda merupakan sebuah track yang mendapat sentuhan Amy Search di posisi vocal. Lebih kepada genre Rock. Juga merupakan antara rakaman terbaru untuk track bervocal didalam album ini. Satu gabungan menarik diantara Karl dan Amy. malah Petanda merupakan single pertama karl yang boleh didengar di corong2 radio atau internet.

I Dont Belong here dan Misty yang merupakan track ke 5 dan ke 6 merupakan rakaman live yang berlangsung di MyEvo  Kuala Lumpur. Dengan dibarisi pemuzik2 yang terlibat didalam rakaman album ini, anda akan dapat mendengar sendiri bagaimana track instrumental I Dont Belong here dibawa secara live oleh karl dan rakan2. Juga track bertajuk Misty yang menggunakan vocal Affey yang turut menggalas posisi sebagai pemain bass. Mungkin agak sedikit berlainan dengan versi nyanyian dari penyanyi asal Cromok iaitu Sam. juga kelainan solo permulaan untuk track ini yang tidak terdapat didalam album Image of Purity.

4 track selebihnya merupakan track instrumental yang turut boleh didengar dari 4 track awal. Juga track bervocal iaitu Petanda yang disediakan tanpa nyanyian dari Amy Search.

Secara keseluruhannya, Shred It Back merupakan petanda kembalinya Karl untuk memeriahkan industri music tempatan dan album ini juga merupakan antara masterpiece peribadi Karl yang diabadikan sebagai album solo pertamanya setelah bersama Cromok untuk sekian lamanya dahulu. Kelahiran album ini juga sekali lagi menandakan bahawa Karl bakal menghangatkan kembali pentas2 show kerana pada 1 May 2011, karl bakal beraksi bersama rakan2 nya ini di gig Metalcamp 4 yang akan berlangsung di One cafe Kuala Lumpur.

Selain album terbaru bertajuk Shred It Back ini, Karl turut meriliskan sebuah DVD khas yang dirakam sempena persembahan live nya di MyEvo. Dapatkan album Shred It Back dengan harga RM45, manakala DVD bertajuk "Inspiring Moment" pula dengan harga RM30. Jika anda inginkan diskaun, anda boleh membeli kedua2 produk sekaligus dengan harga RM60 (hanya untuk promotion bulan April) yang akan disertakan bersama sebuah poster.
Untuk urusan pembelian anda boleh berurusan secara terus menerusi laman web Karl yang akan kami sertakan dibawah video ini.

Petanda - Karl Cromok featuring Amy Search

Enorhted - Panegyric To The Iniquitous (2003)

Kali ini DtE kembali dengan irama keras bermelodi serta punya pengaruh progresive metal. Sebuah album yang datangnya dari Singapura. Pada gua album ini sepatutnya menjadi perhatian penggemar2 heavy metal kerana pengahsilan lagu2 nya yang berkualiti dan bukan music kosong semata2. Ok, kumpulan yang gua maksudkan ini bernama Enorhted. ditubuhkan pada sekitar 1997 dan terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Joseph Lim (Keyboards), James Bay (Bass) Justin (Guitars) dan Saravanan (Drums).

Enorhted - Panegyric To The Iniquitous (2003)

Tracklist :

1 - Whorific Nightmare
2 - Twisted Fabrics
3 - Liber Spritoom
4 - Stalwart
5 - Horizontal Nights
6 - Perpectual Sessions
7 - Inscratom
8 - The Shadow Key

Album penuh bertajuk "Panegyric To The Iniquitous" ini rilis dibawah label Sonic Wave Singapura pada 2003. Permasalahan line up yang sering bertukar ganti menyebabkan band ini seakan bertapa sejenak namun pada gua ini merupakan sebuah album yang menarik. Susunan music yang boleh dihidu punya pengaruh kuat dari band2 seperti Illnath, Children Of Bodom menyerlahkan lagi pembawaan music garapan Enorhted. Ok seterusnya gua ingin review setiap track didalam album ini.

Track pertama bertajuk "Whorific Nightmare" merupakan sebuah instrumental berdurasi 2 minit 31 saat. Sebuah track yang punya komposisi menarik. Permainan gitar yang sedikit progresive serta solo yang memukau membuatkan sesiapa yang pertama kali mendengar album ini pasti ingin mendengar track seterusnya.

Track kedua bertajuk "Twisted Fabrics" bermula dengan riffing yang mengingatkan pada band bernama Illnath. Juga solo arpeggio menarik sebelum vocal mengisi bahagian verse lagu. Permainan string (keyboard) yang mengisi ruangan kosong juga menambah mood lagu yang berentak progresive ini. Namun riffing menggunakan running chord yang penuh melodi menyebabkan lagu ini bertambah menarik. Ermm pengaruh Illnath yang sangat kuat. Solo utama didalam lagu ini juga menampilkan permainan arpeggio yang laju.

"Liber Spritoom" merupakan track ketiga yang menggunakan teknik strumming menggunakan gitar akustik yang dilatari bunyian atmosfera dari keyboard. Drum juga sekadar mengikut rentak irama lagu ini. Sebuah instrumental yang mengingatkan gua pada lagu Inflames dari album Reroute To Remains iaitu Metaphor. 

"Stalwart" menjadi track ke4 dimana ianya bermula dengan penonjolan instrument keyboard dan mood bertambah laju dimana ketika ini penggunaan sample seakan satu permualan mengiringi riffing tersebut. Tetapi vocal menambah perisa lagu ini mengikut melodi yang dihasilkan pada lagu. Sebuah lagu yang agak moderate mood nya namun dipertengahannya gitarist serta drummer menampilkan permainan progresive yang seakan sedikit offbeat. Pada waktu yang sama bassist juga menggunakan teknik slapping mengiringi rentak. Elemen progresive ini berterusan sehingga dipertengahan lagu. Sebelum penghujung lagu, Enorhted memberanikan diri menghasilkan rentak perlahan berbunyi sedikit jazzy. Sebuah track yang berdurasi 7 minit 10 saat.

"Horizontal Nights" merupakan instrumental ketiga mereka yang menampilkan permainan piano serta keyboard yang agak berbunyi klasikal. juga kedengaran seperti menggunakan instrument seakan organ. track ini hanya berdurasi 1 minit 31 saat.

"Perpectual Sessions" pula bermula dengan mood seakan sedikit orchestra dan tiba2 mood diperlahankan dengan plucking gitar dan berlatarkan chord2 melodic sebelum mood menjadi suram serta drum memainkan twin padel nya. ketika vocal menyampaikan melodinya, lagu ini seakan berbau Dark Tranquility. Kelajuan laju ini dapat didengar ketika pertengahan lagu. Nampak seakan Enorhted tidak dapat lari dari pengaruh Illnath namun solo yang mendayu dari gitarist band ini berjaya mewarnai music Enorhted menjadikan nya sebuah track menarik. Ermm.. Dark Tranquility + Illnath mungkin? Durasi track 7 minit 46 saat.

Sebuah lagi instrumental bertajuk "Inscratom". Berdurasi 2 minit 34 saat. Penggunaan keyboard yang mewarnai lagu seakan menggambarkan suasana satu situasi keadaan yang suram.

Track terakhir bertajuk "The Shadow Key" juga merupakan instrumental. Bermula dengan riffing berbau arabic scale. Bermula dengan mood laju berulang sebelum riffing bermelodi menyerang. Boleh dikatakan suku awal track ini menonjolkan skill dari gitarist kerana riffing2 yang dihasilkan banyak menampilkan solo2 laju. Begitu juga permainan drum yang agak menonjol ditengah2 lagu. Elemen progresive seperti odd signature turut boleh didengar di tengah2 lagu sebelum solo keyboard menghiasi track ini. Gimik pada track ini ialah track ini seakan tamat pada durasi ke 9 minit. Tiada sebarang permainan instrument selama 1 minit 15 minit sebelum tiba2 Enorhted kembali dengan irama yang punya mood yang seakan sedih dan perlahan. kedengaran juga seakan Enorhted menggunakan instrument arcodian dan percussion untuk ending lagu ini. Track penamat yang berdurasi 12 minit 47 saat.

Ok, keseluruhan album ini pada gua mencapai tahap permainan instrument yang membanggakan. Begitu juga komposisi lagu yang baek malah Enorhted berani bermain mood2 yang pelbagai didalam album ini. Line up yang berbakat namun mereka seakan menghilang seketika di arus dunia metal Singapura. pada yang kempunan irama melodic metal dari Illnath, album bertajuk "Panegyric To The Iniquitous" ini boleh dijadikan alternatif lain. Sebuah album yang pasti menjadi simpanan penggemar irama metal yang bermelodi.


Maaf kerana website rasmi band ini tidak lagi aktif namun anda masih boleh mengenali band ini melalui link dibawah :

VoTW: Sui Generis Umbra - Comayhem


This shit is so scary it makes any horror gothic bands look pale in comparison!You totally gonna wet your pants! Oh does this reminds you of that Japanese film, Ju-on you say eh? This is a sick Dark Ritual Ambient!


Katatonia - Dance of December Souls

Those who are into death/doom, you probably already know Anathema, Paradise Lost and My Dying Bride (collectively known as the Peaceville Three during their early days) as the pioneers of the genre. Albums such as Serenades (by Anathema), Lost Paradise (Paradise Lost) and As the Flower Withers (My Dying Bride) are highly regarded as monumental for doom/death metal movement, although I'm not quite sure whether these bands are the founders of this genre, but what the hell, my views could be different from you eh.So anyway, beside of these three bands (which emerged in the early 90s), there are handful of bands that also emerged around the same time, but probably got overshadowed by Peaceville Three. Well I could be wrong :p Katatonia is one of the bands formed in the arly 90s and played death/doom in their early albums.I gotta say I never heard of them until recently, and surprisingly they are in the same league of the Peaceville Three. I blame myself for not discovering them earlier!However Katatonia today plays a toned down doom metal somewhat borderline to depressive rock. Geez, I don't know haha.


I must say I totally dig their first full length "Dance of December Souls". Katatonia really sounded like the Peaceville Three! Some songs reminded me of Anathema and My Dying Bride, while the guitars are in the veins of early Paradise Lost; dirty and thin. Katatonia, like other doomsters (doomsters?lol), deals with issues such as loss, death,depression and suicide. Typical theme for a doom metal band. If you are expecting a rapid guitar riffing and drum blasting in this album, simply because it's death metal infused with doom metal, well you are dead wrong buddy. My Dying Bride and Paradise Lost might reflected their death metal root in their debut album (My Dying Bride even bordering to a pure death metal in AtFW album), but Katatonia opted to play a slow-to-death death/doom, similar to Anathema's Serenades.

Dance of December Souls was released on the 14th December 1994 (eh, nama album macam refer pada release date je haha-ed) by No Fashion Records with this line up:

Blackheim (Anders Nyström) - Guitars
Lord J. Renkse (Jonas Renkse)- Vocals & Drums
Israphel Wing (Guillaume Le Huche) - Bass

with Dan Swano as guest keyboardist (he also acted as the producer for DoDS)



Seven Dreaming Souls (Intro)
Gateways of Bereavement
In Silence Enshrined
Without God
Elohim Meth
Velvet Thorns (of Drynwhyl)
Tomb of Insomnia
Dancing December

I find every tracks in the album are good except the intro, which I think nothing but an ambient noise. I'd say this is a majestic and steady album, with minimal tempo changes. Oh, and depressive too, although not as depressing as any funeral doom metal, say Funeral for instance heheh.Traces of anti-religion/god theme is also evident here with songs such as Without God and Elohim Meth (which roughly translated as God is Dead). While the music is astounding, I can't say the same for the lyrics. I think it's awfully written and not that intelligent. However since they are from Sweden, I guess English is probably not their first language (I think they wrote it in Swedish and then translated the lyrics into English,maybe?)which explains why the lyrics are badly written.

I think all tracks are neatly done, except for some drumming parts that seems to be carelessly played, but umm it's just minor flaws. Overall sound is not that 'deep', with guitars seem to lacking sufficient energy, although the melodies are infectious and keep playing in my head even after I stopped listening hohoho. Dan Swano provided nice keyboard melodies that keeps me interested until the last track. I'd say the keyboard is probably one of the driving force of this album. As for the vocals,I think he did a good job, but nothing to shout about though.

I find every tracks in this album is worth for listening but I will only pick the best 3 tracks from this album.

Gateways of Bereavement
- weak lyrics, but awesome arrangement. This song sets the mood for the whole album.Depressive dohhh.A very My Dying Bride-ish song.

In Silence Enshrined - Geez, I'm beginning to feel the guitars are pretty much like My Ding Bride. But that's probably just me.Lagu ni penuh emosi wooo hoho.

Velvet Thorns (of Drynwhyl) - The longest track in the album. Depressive. I think I can overlook the weak and silly lyrics, because the music itself is fucking awesome!

I consider this is one of the important album for death/doom genre in general. To those who about to listen to death/doom, this album must be in your playlist!

Katatonia can be contacted here, here and here.

Hayagriva - Emperor Awaits (Single 2011)

Hayagriva merupakan sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi di ruang gelap genre metal tempatan. Telah menghasilkan beberapa buah album serta terlibat dalam beberapa buah kompilasi. Dengan membawa genre gelap Black Metal (Hayagriva melabelkan music mereka sebagai Shadow Black Metal), hayagriva bakal muncul dengan album terbaru pada 2011 ini, namun terlebih dahulu mereka meriliskan sebuah single bertajuk "Emperor Awaits" yang terkandung didalam nya 6 track termasuk remix, minus one, practice mix dan sebuah cover version dari SYJ (Sofea) iaitu Syurga Di Hujung .... (track sebenar dari SYJ bertajuk Syurga Dihujung Jarum).

Line up Hayagriva - Emperor Awaits

Aavimarga - Vocal
Mantheravathee - Guitar/Bass
Venkhateswehra - Synth/Keyboard
Nhajasakthee - Drum

Hayagriva - Emperor Awaits (Single 2011)

Tracklist :

1 - Emperor Awaits
2 - The Deep Breath Before The Plunge
3 - Intoxicated (Remix by DJ Jo'o of Emperor Awaits)
4 - Syurga Di Hujung.... (Cover Version - SYJ/Sofea)
5 - Emperor Awaits (Minus One)
6 - Emperor Awaits (Practice Mix)

Emperor Awaits rilis pada March 2011 dan merupakan advance track dari album penuh yang bakal muncul pada tahun ini juga. Dikeluarkan oleh Khakan Production yang berpengkalan di Ulu Kinta, Perak. Proses rakaman tidak dinyatakan dimana namun bakal dinyatakan dalam rilisan penuh pada September 2011 nanti. namun proses mixing dan mastering dilakukan di Shadow Studio, Senai Johor oleh Jo'o Mentheravathee.

Track pertama bertajuk Emperor Awaits dan track kedua The Deep Breath Before The Plunge merupakan track yang bakal berada bersama didalam rilisan album penuh September nanti. Manakala 4 track selebihnya adalah bonus track yang hanya terdapat didalam single ini. Ok, apakata kalau gua review kandungan track2 yang terdapat didalam CD single ini.

Emperor Awaits menjadi pembuka dimana pertama kali mendengarnya seakan terasa Hayagriva kembali menemui aura asalnya. Mungkin juga kerana gua antara pendengar asal rilisan rasmi mereka Silverian Art dahulu atau mungkin juga kerana kembalinya penyanyi asal mereka iaitu Aavimarga. Sebuah lagu yang beremosi dan punya mood yang berbagai. Sebuah lagu yang menarik dimana permainan string (keyboard) yang melatari verse vocal serta mood yang ditimbulkan seakan menyatakan suasana sebenar penceritaan lagu ini. Solo juga lebih berani jika di bandingkan dengan solo2 yang dihasilkan dari rilisan2 sebelum ini.

The Deep Breath Before The Plunge merupakan sebuah instrumental yang punya mood arab (juga penggunaan bahasa arab dalam penyampaian percakapan). Sebuah track seakan memberitahu seperti persediaan berperang (ini apa yang gua perasan bila dgr track ini, masing2 punya persepsi sendiri) di zaman pemerintahan kerajaan arab dahulu.

Track ketiga iaitu Intoxicated merupakan sebuah remix yang menggunakan loops dan sample. Track sebegini telah dilakukan oleh beberapa band oversea seperti Cradle Of Filth. Namun rasanya Hayagriva antara yang pertama melakukannya di Malaysia. Satu percubaan berani dari Hayagriva. Bersesuaian juga kerana bonus track ini hanya terdapat didalam CD Single ini sahaja.

Track keempat merupakan sebauh cover version dari SYJ/Sofea yang diolah dengan gaya music Hayagriva dan di beri judul Syurga Di Hujung.... track dari album Boneka Pentas (1989) ini seakan sebuah penghargaan Hayagriva kepada raja rock dan heavy metal Ipoh ini. Istimewanya track ini ialah vocalist untuk lagu ini bukanlah Aavimarga tetapi dinyanyikan oleh Mantheravathee (Guitar/Bass) dan Venkhateswehra (Keyboard). Tiada scream dari Aavimarga tetapi disampaikan dengan menggunakan clean vocal oleh kedua2 mereka. Sebuah track yang kedengaran lebih solid dengan bunyian keyboard yang menghidupkan mood lagu serta kedengaran lebih laju dari versi asal dari SYJ/Sofea.

Track ke 5 dan ke 6 merupakan versi minus one dan practice mix dan tidak perlu di review. Mungkin bagi yang ketagih menyanyi lagu hayagriva boleh berkaraoke dengan track minus one ini. Hahaha..

Keseluruhan single ini boleh dikatakan sebuah hasil yang menarik dan gua terasa Hayagriva bakal menggegar kembali arena music gelap tempatan. Kehadiran semula Aavimarga juga seakan memperkuatkan kembali dominasi Hayagriva dalam mengekalkan status mereka sebagai antara band Black Metal terbaek dirantau Asia.

CD single ini boleh didapati dengan harga RM9 (by hand) atau RM13 (post paid). Anda juga boleh dapatkan melalui beberapa distro seperti Meluk Ulau Underground Voices, Nem Production, Khakan Production, Eastern Voice Production, Metalzone Distro, RDL Distro, dan beberapa toko music terpilih atau direct melalui Hayagriva di beberapa laman website yang akan kami sertakan dibawah video live mereka ini.

Hayagriva - Live In Penang