Teroka Minda (Tulus Perjalanan)

Ini merupakan review gig yang pertama dilakukan oleh Dissecting the Euphony. Gig yang dianjurkan oleh NEM Productions bertajuk Teroka Minda (Tulus Perjalanan) ini merupakan episod kedua setelah kejayaan Teroka Minda pertama pada 2009 dahulu. Juga bertempat di Pulau Pinang, Teroka Minda (Tulus Perjalanan) berlangsung di Dewan Serbaguna Seberang Perai dan sekali lagi menampilkan band2 yang sememangnya meningkat naik malah ada diantaranya pernah menggegarkan pentas2 music pada permulaan era music underground bertapak di tanahair dahulu. Bertarikh pada 9 April 2011, sekali lagi bumi Penang digegarkan dengan letusan irama berat bukan sahaja dari band negara kita, malah turut diundang ialah band Tormentress dari Singapura dan juga Trauma (menggantikan band Inner Beauty) dari Indonesia. Wakil dari negara kita pula adalah Infectious Maggots (old line up), Kitanaichi, Profane Creation, Langsuyr, Forbid Traction, Damaq dan Violator. Manakala band yang gagal beraksi pada tarikh tersebut adalah Qharinth dan Thorns of Hate.


Terlebih dahulu gua ingin meminta maaf kerana pihak DtE tidak dapat memberi ulasan lengkap berkenaan opening band iaitu Forbid Traction yang lebih kearah Metal Hardcore atau lebih tepat berpaksikan music buatan Max Cavalera seperti Soulfly, Sepultura, Nailbomb dan Cavalera Conspiracy. Ini kerana kehadiran kami sekadar bermula ketika band kedua (Damaq) sudah menerajui pentas. Namun dari khabar yang diperolehi, Forbid Traction tetap memberikan persembahan memberansangkan malah turut membawakan cover song dari Sepultura bertajuk Territory dari album Chaos AD.

Forbid Traction - Territory (Sepultura)

Band kedua Damaq merupakan sebuah band yang datangnya dari Kulim Kedah. Membawa konsep Melodic Black Metal. Pernah melahirkan sebuah demo tape pada tahun 1998 bertajuk Whisper Of The Night Winds, mereka kembali memeriahkan industri music metal tempatan kira2 dua tahun lepas. Teroka Minda II menjadi antara pentas untuk menyaksikan mereka kembali dalam kancah music gelap Malaysia. Rata2 lagu yang disampaikan dalam durasi yang agak panjang. Damaq membawakan lagu2 ciptaan mereka sendiri malah mereka turut mempersembahkan lagu dari band ternama iaitu Dimmu Borgir. Crowd dilihat sudah membanjiri moshpit malah ada yang berheadbang.

Damaq

Selesai sahaja Damaq meninggalkan pentas, crowd disajikan pula dengan band dari taiping iaitu Violator. Berbekalkan irama Thrash Metal, band dari Taiping ini benar2 menguasai pentas dengan persembahan yang sungguh tight. Juga bersama line up kali ini (telah bersama untuk gig di Kuala Lumpur sebelum ini) ialah Ein yang juga merupakan vocalist Brain Dead yang mengisi posisi sebagai pemain gitar kedua Violator. Persembahan yang mantap dari Violator turut disusuli dengan beberapa cover song dari Sodom dan Destruction malah mereka turut memainkan sebuah lagu dari Brain Dead bertajuk Sacred yang dipetik dari album From The Ecstacy (1993). Tidak lupa mereka turut memainkan sebuah lagu yang telah tersenarai didalam kompilasi Metal to Metal II iaitu Flame of Hate.

Violator - Bestial Invasion (Destruction)

Band yang sepatutnya merupakan all girls iaitu Tormentress dari Singapura muncul sebagai band keempat tanpa pemain bassnya namun dibantu oleh pemain bass dari band Yakamashii. Pentas sekali lagi dipenuhi crowd yang rata2 jarang sekali melihat sebuah band line up wanita bermain music Old School Thrash Metal. Memainkan lagu2 sendiri dari EP bertajuk Thrashing Disorder seperti Why?, Trashing Disorder dan Kuasa Wanita, mereka turut membawakan lagu cover dari band2 luar malah ketika membawakan lagu bertajuk Tormentor dari Kreator, crowd seakan menggila dan lagu ini mendapat sambutan yang baik dari crowd. Kredit mungkin patut diberikan kepada pemain drum dan vocalist yang mampu membawa lagu2 tersebut dengan baik.

Tormentress - Tormentor (Kreator)

Band Ipoh bernama Profane Creation yang membawa genre paling sukar Teknikal Death Metal muncul dengan susunan music paling kompleks. Juga merupakan band yang membuat comeback kira2 setahun dua ini, membawakan lagu2 sendiri dari kompilasi Intrusion of Dark Journey iaitu On The Grave We Wept, serta lagu2 baru yang bakal dimuatkan didalam kompilasi terbaru Ipoh Metal Militant II yang bakal menemui pendengar tidak lama lagi. Permulaan persembahan agak sedikit ralat apabila masalah teknikal berlaku pada gitar Jadam dimana beliau terpaksa meninggalkan pentas seketika meninggalkan line up lain meneruskan persembahan. Mungkin sedikit kecewa kerana sound yang dihasilkan dari amp Laney gitarist utama mereka juga kedengaran sedikit bermasalah. namun dengan sikap profesional mereka tetap meneruskan persembahan sehingga ke lagu terakhir iaitu sebuah cover song dari Morbid Angel sebelum gig dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada waktu Maghrib.


 Imej sementara menanti video persembahan dari Profane Creation.

Kitanaichi yang juga sebuah kumpulan lama naik ke pentas dengan susunan music old skool yang rata2 crowd agak terpinga dengan arah music mereka. Keadaan yang sama berlaku ketika rator membuat persembahan terakhir di Kuala Lumpur tahun lepas. Hahaha.. Lagu2 yang agak janggal didengar namun yang pasti sebuah lagu yang juga terkandung didalam kompilasi Intrusion of Dark Journey yang bertajuk Scattered Emotion  turut dimainkan. Juga lagu cover dari Rotting Christ turut dimainkan. Persembahan yang mantap dari setiap line up serta suara Sam selaku vokalist band ini masih ngeri dan menggerunkan.

Kitanaichi

Gig dihentikan sekali lagi untuk memberi laluan kepada waktu solat Isyak. Ketika ini dilihat crowd mengambil masa untuk berehat serta mengisi perut malah surau yang terletak berhampiran turut dipenuhi mat mat metal yang hadir pada gig ini. Errr, Mastika tak mau tulis ke pasal ni???? haha..

Imej yg belom pernah publish dalam mana2 majalah atau akhbar di negara kita.

Belum pun gua sempat menjengah kembali kedalam dewan, Fathul sudah mula berceloteh diatas pentas menandakan Infectious Maggots bakal menggegarkan pentas dengan irama Grindcore mereka. Membawakan lagu2 dari album pertama sahaja iaitu Deep Within Our Grief Factory Milks Run Red (1993), band ini tidak memberi sebarang ruang malah crowd ternyata terhibur dengan lagu2 berat dan laju ditambah celoteh fathul yang membuatkan crowd tertawa. Infectious turut membawakan lagu2 wajib mereka seperti Shapechanger, Cookies, Dive malah turut memainkan lagu Black Ritual Ceremony. Gimik terakhir mereka antara perkara paling tidak boleh dilupakan. hanya pada yang hadir tahu gimik lawak dari Infectious Maggots, Hahaha..

Infectious Maggots

Band dari Ipoh seterusnya yang telah lama tidak menggegarkan Penang ialah Langsuyr. Dengan formasi terbaru Langsuyr tampak lebih kuat dan pada gua persembahan terbaik Teroka Minda kali ini adalah milik Langsuyr. Mereka berjaya mengimbangi sistem bunyian dengan baik malah showmanship serta susunan lagu yang dipersembahkan juga membuatkan wajah2 crowd kelihatan seperti puas. Mempersembahkan lagu2 dari demo Occultus Mysticm, EP Eastern Cruelty serta Asyik, mereka benar2 menguasai pentas. lagu2 seperti The Seventh One, In The Name of Silkhannas, My Oath For Thee sudah sinonim rasanya pada pendengaran mat metal tepu Penang. malah lagi Bedal dan Sunut dari album Asyik turut dimainkan dengan jayanya. Ya perlu dinyatakan juga Ajiz kembali ke posisi asal beliau bersama Langsuyr iaitu sebagai drummer.

Langsuyr - My Oath For Thee

Didatangkan dari Indonesia, mereka sebenarnya menggantikan sebuah lagi band yang gagal beraksi iaitu Inner Beauty, kali ini sebuah band bergenre Death Metal iaitu Trauma menjadi headliner Teroka Minda kali kedua ini. Membawakan lagu2 mereka sendiri dari beberapa buah album terdahulu serta lagu terbaru, mereka turut memainkan sebuah lagu cover dari Amon Amarth bertajuk The Pursuit of Vikings.

  Trauma - The Pursuit of Vikings (Amon Amarth)

Secara keseluruhan persembahan dari Trauma adalah bagus dari segi balancing sound dan showmanship. Walaupun kelihatan crowd sudah keletihan untuk headbang namun profesionalisme dari band ini harus dipuji kerana mereka tidak tersentak dengan sambutan dari crowd. Kekuatan vocalist Nino memang tidak dapat disangkal lagi. Growl yang cukup baek dan menggegarkan dewan. Juga kemampuan line up lain yang sama2 membuatkan persembahan Trauma tampah utuh tanpa cacat cela.

Ok, setakat ini dulu review Teroka Minda (Tulus Perjalanan) dari DtE. Dan maaf sekali lagi dipinta kerana kelewatan untuk menyaksikan persembahan dari Forbid Traction serta video dari Profane Creation yang belum diupload.Ok, semoga berjumpa lagi di review gig akan datang. All the best!

Sumber video dan imej kredit kepada :
Loxxlaxx
Khysweb
Nem Productions

0 feedbacks: