Au Revoir - Engine of My Heart (2011) - Old skool yang suram dan gelap.

Assalamualaikum..
Salam old skool semua..

Ok, Engine Of My Heart ini merupakan sebuah rilisan terbaru. Rilis pada 1 June 2011 dibawah label Faithcraft Production. Au Revoir sebenarnya merupakan sebuah band yang di tunjangi oleh Rammy yang pernah menubuhkan The Raven (R.I.P) dan Faithcraft Production juga merupakan sebuah label miliknya sendiri yang berpengkalan diutara tanahair iaitu dinegeri Perlis Indera Kayangan. Au Revoir juga telah meriliskan beberapa demo serta sebuah official album bertajuk Key Of Misery pada 2009 dan disusuli oleh mini album bertajuk Su'ul Katimah pada tahun berikutnya. Namun Au Revoir juga secara unofficially nya telah merilis beberapa demo seperti Make Her Suffer (2007) Psycho Charmer (2006), The Knife (2004) serta beberapa single yang boleh didapati di myspace mereka.

Engine of My Heart merupakan rilisan terbaru Au Revoir dimana terdapat 8 buah track termasuk sebuah instrumental untuk track terakhir. Proses rakaman, adunan dan mastering dilakukan sendiri oleh Rammy di studio miliknya yang bernama Faithcraft Studio. Untuk rakaman album ini Au Revoir di barisi oleh Rammy (Vocals, backing vocals, drums, gitar, bass dan synth, Yem diposisi gitar utama (diberitakan menarik diri di akhir2 sesi rakaman) dan penampilan Syed dari Devastator untuk posisi bass dan backing vocals.

Cover design juga oleh Rammy

Tracklist :

1 - Engine of My Heart
2 - Shattered
3 - Edul Fitri Night
4 - Be My Women
5 - Perisher
6 - I Came From The North
7 - Five-A-Night
8 - Walk Me Astray (Instrumental)

Track pertama yang juga merupakan tajuk album ini iaitu Engine Of My Heart merupakan sebuah permulaan yang menampakkan root rock yang agak bermelodi namun bermood gelap dan suram. Sesuatu yang memang menjadi trademark music Au Revoir jika anda benar2 pernah mengamati karya2 ciptaan Rammy sebelum ini. Sebuah track yang bertepatan dengan lirik yang juga agak suram. Pada gua kekuatan lagu ini terletak pada melodi bahagian chorus yang agak catchy serta mudah bermain2 di minda setelah anda mendengar nya berkali kali.

Shattered merupakan track kedua yang bermula dengan intro dialog berdurasi 1 minit 13 saat. Apabila music bermula, sekali lagi kedengaran riffing old skool rock heavy metal menerusi riffingnya. Verse lagu yang mengingatkan gua pada lagu The Games Girls Play dari mini album Su'ul Katimah. Riffing yang berat namun ditengah2 lagu mood perlahan dimainkan. Sekali lagi melodi2 yang catchy digunakan menerusi solo2 bersahaja yang menyelinap di setiap riffing. Sebuah track yang fast!

Edul Fitri Night merupakan track ketiga yang ditulis pada malam 1 Syawal 1431 hijrah. Riffing berat namun tidak mencecah sebarang kelajuan maksima dimana pada gua track ini sebenarnya seakan bermain dengan emosi menerusi lirik yang dihasilkan. Sebuah lagu yang punya unsur dakwah. 

Track ke4 mungkin boleh menjadi sebuah lagu yang layak didengari dicorong2 radio jika sistem penyiaran kita bersikap adil. Sebuah track bertajuk Be My Women yang boleh dikatakan sebuah lagu yang paling radio friendly (layakkah music idaman kita sebegini di keudarakan oleh DJ2 radio kesyangan anda?..hahaha). Kekuatan lagu ini ialah ianya simple, punya melodi catchy  namun mungkin dibenci oleh jejaka2 sangap di luar sana.. haha.. Be My Women merupakan antara track pilihan gua sendiri! melodinya kerap bermain2 di kepala gua sekarang ini! Yeahhh!

Perisher track ke5 sebuah track unik dimana ianya dirakam secara live tanpa bunyi gitar kerana ianya merupakan sesi jamming (juga ada sebuah track bertajuk Bleedjob merupakan sesi rakaman jamming dari album Key Of Misery dahulu) yang menggunakan 2 buah bass dimainkan oleh Haidir dan Syed. Perisher jika diamati punya kualiti lebih baik dari Bleedjob yang rilis 2009 dahulu dan Perisher juga punya vocal yang berjaya diadun dengan baek oleh Rammy.

I Came From The North yang menjadi track ke6 yang terpaksa gua akui menjadi track yang gua dengar berulang2 kali buat ketika ini (mungkin juga gua gila lagu2 seperti ini). Punya struktur lagu yang boleh bikin anda untuk headbang dengan hentakan drum mengiringi lagu yang fast sebelum verse yang sungguh beremosi (bukan music emo ok!). Riffing yang mudah namun mood yang dihasilkan benar2 hidup membuatkan gua terbayang keadaan pentas jika lagu ini dimainkan ketika era kegemilangan Paradise Lost dahulu. Sebuah track yang "berat" namun bukanlah totally fast song! Sebuah lagu yang menarik!

Track ke7 bertajuk Five-A-Night seakan mendengar Motorhead pun ada. Tidak ketinggalan juga Paradise Lost. hahaha.. Track yang kedengaran agak stoned sesuai dengan riffing serta gaya pembawaan vocal oleh Rammy seakan berkeadaan pening2 (mabuk) namun solo track ini agak sedikit lain dari note2 riffing asal.

Walk Me Astray merupakan track terakhir (sama seperti mini album Su'ul Katimah dimana track terakhir merupakan sebuah instrumental). Track yang mood dicipta oleh bunyi synth diatas layer rhythm riffing gitar. 

Keseluruhan album Engine Of My Heart ini masih menampakkan sound asal Au Revoir. Namun jika anda pernah memiliki kesemua karya2 Au Revoir anda mungkin akan mengatakan album ini merupakan album paling "ringan" jika dibandingkan dengan rilisan2 lepas. Pada gua istilah "ringan" itu tidak bermaksud perlahan seperti ballada atau pop tetapi album ini lebih banyak bermain dengan melodi2 catchy yang mampu untuk melekat di minda anda terutama bahagian2 chorus nya. Engine Of My Heart dan Be My Women mampu membuatkan anda berasa sedikit segar manakala Shattered merupakan sebuah fast track yang mengimbau sejarah music keras dipenghujung 80an.

Sound produksi album ini juga lebih baek dari rilisan2 terdahulu. Sound gitar masih lagi trademark Au Revoir dari rilisan Key Of Misery (upgrade sikit dari Psycho Charmer), kedengaran kotor tetapi apa nk peduli untuk menghasilkan sound old skool sebegini. Ini bukan Inflames atau Children Of Bodom! Peningkatan juga tampak dari segi kematangan penciptaan lagu yang mana maksud gua progres atau peringkat kematangan dari setiap rilisan dari masa kesemasa. Sebenarnya gua sedari kematangan music Au Revoir bermula dari rilisan Su'ul Katimah dan setelah diwar war kan Au Revoir dalam sesi rakaman terbaru, membuatkan gua ingin benar mendengar progres seterusnya dari mereka. dan ini lah hasilnya... Engine of My Heart...

CD ini boleh didapati secara terus dari Au Revoir melalui Faithcraft Production dengan harga RM15 (pos laju) atau dengan harga pakej RM20 beserta sekeping sticker kalis air termasuk pos dan packaging.

Au Revoir boleh dihubungi melalui laman blog Faithcraft Production serta facebook dan myspace Au Revoir sendiri dibawah video yang disertakan ini.

Rakaman track Perisher


Official Faithcraft Productions Blog
Faithcraft Production - Facebook
Au Revoir - Myspace
Au Revoir - FacebookAu Revoir - Reverbnation

1 feedbacks:

Dr. Ben said...

baru dapat CD ni hari ni... tak sempat dengor