Black Wings Of Vengeance - Hammer From Hell (2010)

Black Wings Of Vengeance atau lebih mudah disebut BWOV merupakan sebuah band yang membawa irama Blacken Crusty. Mungkin merupakan sejenis genre yang jarang2 dipelopori oleh band2 tanahair. Telah melahirkan beberapa demo & EP seperti Genocide Supremacy pada 2006, Penetration of Evil pada 2006 yang lebih dikira sebagai unreleased track (dirilis kembali pada 2011 bersama EP Genocide Supremacy dalam format CDR). Juga terlibat didalam sebuah split album bersama Discrusher dan Hellexist bertajuk 3 way Split Humanity Brutality pada 2009 dibawah kelolaan 4 buah label iaitu Kasyorga Record, Deathmutt Record, Indiependent Distro dan Sukma Records.

Material2 awal BWOV lebih kearah D-Beat + Black Crusty dimana gaya pembawaan music yang raw serta teknik growl pada vocal. Juga mengenengahkan elemen grind pada drum. Namun untuk material terbaru ini,  bawaan music BWOV agak perlahan namun kedengaran berat serta punya pengaruh Darkthrone (baru) serta sedikit bau2an Motorhead.

  
Hammer of Hell merupakan MCD terbaru dari BWOV yg rilis pada penghujung 2010 dalam format kaset dan hanya rilis sebanyak 150 unit dibawah label Morbid Invasion. Line up yang terlibat didalam mini album ini ialah Vormit Lord selaku vocalist, Torchburner diposisi gitar dan bass (untuk persembahan live BWOV tidak menggunakan pemain bass) manakala Warhammer menggalas posisi sebagai pemain drum.

Tracklist :

1 – Buried Beneath the Bones
2 – Cold Cold Nights
3 – Filled With Rage
4 – The Ride of Doom
5 – Heavy Metal Fist
6 – Nocturnal Devastation

Keenam-enam track dirakam di Burning Church Studio sekitar Oktober 2010. Tidak dinyatakan siapa engineer yang bertanggungjawap didalam proses rakaman, mixing dan mastering.

Track pertama bertajuk Buried Beneath The Bones merupakan track pembukaan yang hanya berdurasi 1 minit 36 saat. Merupakan sebuah track pendek yang hanya menggunakan beberapa riffing sahaja.  Penggunaan solo ringkas (layakkah dipanggil solo?) yang menyelinap ditengah2 riffing menambah aura bunyi crusty pada lagu ini ditambah dengan ketukan drum berbunyi d-beat dari mula sehingga akhir lagu.

Cold Cold Nights merupakan track kedua yang awal2 lagi telah dipublish di laman youtube sebagai pengenalan music acuan terbaru dari BWOV. Track ini punya pengaruh kental dari darkthrone (baru) serta sedikit Motorhead. Kedengaran juga seakan Doom Metal dengan bunyiaan yang agak meleret2. Pembawan vocal juga kena dengan music sebegini. Tiada elemen grind seperti lagu2 terawal mereka dahulu. Hanya sebuah lagu yang seakan membawa mood stoner!

Track ketiga bertajuk Filled With Rage juga punya mood seakan track sebelum ini. Mood yang agak meleret dan perlahan. Namun rasanya ianya antara track2 yang boleh bikin kepala anda berasa berat! Hahaha.. Solo lagu juga begitu mudah dan pada ketika ini mood lagu agak dilajukan dan drum juga membedil snare dengan elemen trash namun pedal drum lebih ke irama d-beat.

The Ride Of Doom merupakan track yang agak agresif. Sesuai sekali dimainkan di atas pentas. Sebuah lagu yang pasti membuatkan crowd tidak senang duduk ketika lagu ini berkumandang. Juga dapat dihidu pengaruh punk yang agak kental namun lagu ini tidak berdurasi lama. Hanya 2 minit, gagal membuatkan anda puas dengan permainan music sebegini.

Heavy Metal Fist seakan sebuah track yang menjadi anthem untuk menonjolkan music bawaan terkini BWOV. Sebuah lagu fast dan track ini menyaksikan Torchburner selaku pemain gitar melakukan sedikit solo yang lebih advance dari track2 lain. Ending track pula seakan memaparkan keadaan dan semangat heavy metal pada setiap line up BWOV.

Track terakhir bertajuk Nocturnal Devastation juga menjadi penutup mini album ini sebagai antara fast track dari BWOV. Juga merupakan antara lagu2 terawal di publish untuk pendengaran pendengar melalui laman youtube. Pengaruh heavy metal, crusty dan punk yang cukup kental dari track ini.

Keseluruhan mini album ini sukar untuk dikatakan perlu untuk mencapai standard album kerana hasil produksi sebegini sememangnya adalah bersesuaian dengan tema music sebegini. Oleh itu gua mengatakan ini merupakan sebuah mini album yang harus dimiliki oleh pendengar2 music kotor (bunyian raw dan tidak clean) seperti ini. Untuk projek terdekat BWOV bakal merakamkan sebuah lagu Split album bersama sebuah band Thrash Metal dari kajang iaitu Lobotomy.

Pada gua mungkin pendengaran gua memerlukan BWOV mengahsilkan lebih banyak lagu didalam sebuah album penuh kerana majority durasi sesebuah lagu BWOV ialah hanya 2 minit atau lebih tepat dibawah 3 minit. Juga perlu dinyatakan BWOV telah mempunyai himpunan sebanyak 23 lagu yang telah terakam sejak demo, EP, split dan MCD terbaru ini.


Black Wings Of Vengeance boleh dilawati melalui :

1 feedbacks:

Dr. Ben said...

salib besor tu... moga Allah bagi hidayah.