Pardon Me- Only One EP (2011)

Ah akhirnya keluar jugak product mereka ni. Band alt rock dari Shah Alam ni telah pun mengeluarkan EP sulung mereka yang berjudul Only One. Kalau lu orang sebelum ni pernah baca interview dengan mereka, lu orang barangkali dah tau macam mana sound diorang kannn. Apa, lu orang tak baca lagi interview DtE dengan diorang? Baca kat sini! Okay EP ni telah keluar pada tahun ni jugak sekitar April/May rasanya mengandungi 3 trek yang mana dua daripadanya sebelum ini telah diterbitkan dan diedar secara atas talian secara percuma di page Reverb Nation mereka, tapi telah diberi nafas baru untuk EP ini.

Terdapat pertukaran ahli sewaktu rakaman EP Only One berlangsung, tapi tak pasti pulak disebabkan ini sound mereka nyata mengalami perubahan. Well, mungkin telinga gua je kot.

Shana- vokal (Corsets)
Erman- gitar (Rocking Queen)
Tareeq- gitar (The Only Cure is Dying)
Darryl- bass (The Only Cure is Dying)



EP Only One mengandungi 3 trek yakni:
Only One
Power in Me
Di Sana

Tak banyak informasi yang diberi pada inlay CD, in fact takde pun inlay! Info hanya tercatat di belakang cover CD. Artwork cover sangat simple tak perlu pening-pening tapi in a way macam rasa half baked effort pula. I don't know, lu orang rasa? Tapi barangkali Pardon Me nak stay minimalist kot.

Only One- Pembuka EP ini. Buat yang pernah dengar demo track lagu ni (yang pernah release dekat Reverbnation mereka) akan rasa macam pelik sedikit sebab arrangement telah ditukar. Dan gua mengalami WTF? moment pada pertama kali memainkan CD ni. It's essentially the same Only One cuma dah ditukar sana sini tapi masih boleh hadam pada pendengaran gua. Tapi gua macam agak frust sikit sebab energy nya macam dah tak sama seperti versi lama. Vokal Shana..aihh macam mana nak cakap. It's there but it's not as lively (and lovely) like the old version. Barangkali hanya gua tapi macam lemah sikitlah. Gitar agak ditenggelami bunyi dram yang nyata diprogramkan. Dan solo Erman, kurang impressive macam versi lama. Namun ada part-part yang menarik untuk versi baru ni,jadi takde la mengecewakan, dan bila banyak kali gua dengar it's kinda grew on me.

Power in Me - Trek baru. Personal favourite gua untuk EP ni. Lirik pun menarik, ada nilai-nilai positif wahkahkah,well,seriously cuba dengar betul-betul. Power in Me menampilkan variasi vokal yang pelbagai berbanding dua lagi trek. Gitar pun berbunyi bersungguh-sungguh. Ya tuan-tuan dan puan-puan, bunyi dram masih lagi annoying as fuck. Terlalu ke depan. Bukan itu sahaja malahan bunyi yang tak organik (bass drum clicking terlalu kuat serta cymbal yang sepesen) telah mencuri point yang bagus untuk trek ni.

Di Sana - Whoa lajunya lagu ni! Dentuman snare yang sedikit menggila di awal lagu memberi perasa pop punk kat lagu ni. Vokal Shana di awal macam tak cukup makan tapi menjadi stabil di pertengahan lagu. Lagu ni masih retain vibe dari versi lama cuma gua rasa lagi laju! Gua kurang fan dengan lagu ni sebab lenggok vokal macam tertahan-tahan, weh come on la kasi keluar semua! Di Sana merupakan sebuah trek yang biasa-biasa dan kurang bertenaga.

Overall EP Only One adalah sebuah produk yang seolah-olah terkejar-kejar (rushed), baik dari packaging hinggalah ke production, particularly. Gua rasa Pardon Me sebenarnya capable lebih dari ni tapi entah kenapa kurang menyengat. On the brighter side, lagu-lagu mereka ni memang radio friendly dan ada potensi untuk rise to the top, in due time. Personally gua rasa drum machine adalah sangat annoying dan menenggelamkan gitar dan kadang-kala, vokal. Shana dan kawan-kawan patut consider untuk pakai live drum pada recording akan datang. 3 lagu untuk EP ni adalah sedikit dan tak puas, tapi gua teka barangkali financial factor membuatkan mereka limit kepada 3 lagu sahaja. Mereka jugak patut sertakan inlay serta lirik, sebab pada gua mempunyai physical copy sesebuah produk muzik mestilah disertakan dengan menda-menda camni, barulah complete. Gua menunggu Pardon Me untuk keluar sesuatu yang lebih ooomph di masa akan datang. A so-so effort from a potential band. Come on PM, show us more!Gua tetap positif Pardon Me boleh menghasilkan produk yang lebih gempak dari yang ini.

Pardon Me boleh dilawati di sini dan sini.

Rating: 6/10

1 feedbacks:

Anonymous said...

http://www.facebook.com/PardonMeOfficial