Heavy Metal – Live at Wacken 2007 (DVD)

Sebuah pesta music heavy metal tahunan yang menjadi igauan mat2 metal seluruh dunia. Haha itulah yang boleh digambarkan setiap kali perkataan Wacken disebut. Ok, kali ini DtE akan membuat sedikit review berkenaan DVD Wacken 2007. By the way, sebenanya gua agak termis DVD ini ketika mula2 ianya sampai diMalaysia sekitar 1 tahun lepas dan kemudian keluaran ini tiada namun baru2 ini gua agak beruntung kerana terjumpa kembali DVD yang menjanjikan kehangatan dari persembahan 3 hari dari seleksi 2 buah DVD yang disertakan dalam pakej ini. Horns Up!


Disc pertama terbahagi kepada 4 bahagian itu Documentary, Day 1, Behind The Scene dan Camp Life manakala disc kedua pula merupakan seleksi persembahan Day 2 dan Day 3.

Disc pertama yang memaparkan section documentary turut menyelitkan persembahan dari beberapa band seperti Sacred Reich, Napalm Death, Sodom, Rage, Lacuna Coil, Type O Negative, Rose Tattoo, Iced Earth, Blind Guardian, Saxon, Dimmu Borgir, Immortal, Cannibal Corpse dan Overkill.

Beberapa band yang menjadi tumpuan sekitar Wacken 2007 adalah Sacred Reich, Napalm Death, Sodom, Moonspell, Dimmu Borgir, Blind Guardian dan banyak lagi. Mungkin juga boleh dikatakan persembahan Type o Negative juga dinantikan dengan struktur music pelik mereka beserta penampilan yang jarang ditiru band2 lain.


Antara band2 yang beraksi pada hari pertama adalah Blitzkrieg, Rose Tattoo, Neara, Narziss, Gutbucket, The Sorrow, Sodom, Animal Alpha, TYR, Electric Eel Shock, Hatesphere, Maroon, Overkill dan Saxon. Tarikan utama pada hari pertama mungkin pada lagenda trash metal dunia iaitu Sodom (juga berasal dari German) dan ini dapat diperhatikan ketika klip video Ausgebombt (sebenarnya dipaparkan pada sesi documentary disc 1) dimana moshpit menjadi kucar kacir dengan lagu yg boleh dikatakan mencapai status kult ini! Juga persembahan dari TYR yang lebih kepada Viking metal dengan penampilan seakan barbarian yang menjadi tarikan utama pengunjung. Overkill dan Saxon juga antara nama lama yang menjadi dua band terakhir yang mengakhiri persembahan pada hari pertama.


Sodom - Ausgebombt

Pada hari kedua pula band2 yang terlibat adalah Suidakra, Napalm Death, Therion, Volbeat, Mennen, Drone, Possesed, Falconer, Chthonic, J.B.O, Balphegor, Enslaved, lacuna Coil, Schandmaul, Blind Guardian, Iced Earth, Samael, Dimmu Borgir dan Die Apokalyptischen Raiter. Persembahan hari kedua sebenarnya agak hebat2 belaka dengan band2 yang agak kuat. Antara klip menarik hari kedua didalam DVD ini adalah dari Napalm Death iaitu Punk Nazi Fuck Off, Therion dengan bilangan vocalist yang ramai, Possessed dengan serangan old skool Thrash Metal bersama vocalist yang menyanyi diatas kerusi roda, Samael dengan persembahan berlatarkan drum machine, Dimmu Borgir untuk track The Chosen Legacy, persembahan folk metal dari band penutup Die Apokalyptischen Raiter yang benar2 bikin goyang kepala! Untuk hari kedua juga perlu diperhatikan sebuah band bergenre Black Metal dari Asia iaitu Chthonic (Taiwan) beraksi dengan track bertajuk Grab Your Soul To Hell yang mana music mereka lebih mirip kearah Cradle Of Filth. Sesuatu yang perlu dibanggakan untuk wakil dari Asia.

Die Apokalyptischen Raiter - Raitermania

Band2 yang beraksi untuk hari ketiga pula adalah Sonic Syndicate, Disillusion, Sacred Reich, Heaven Shall Burn, Moonspell, Dimension Zero, Die En Grey, Norther, Rage, Destruction, Turisas, Torture Squad, Type O Negative, Stormwarrior, Haggard, Immortal, Cannibal Corpse dan Subway To Sally. Hari terakhir menyaksikan tumpuan utama diberikan kepada kemunculan semula Immortal yang menyepi sejenak selepas album terakhir Son Of Northern Darkness (2002). Rata2 ramai yang menanti untuk menyaksikan sendiri kehadiran 3 line up Immortal ini beraksi. Withstand The Fall Of Time dan Unsilent Storms In The North Abyss (terdapat dalam disc 1 documentary) merupakan 2 klip persembahan live mereka untuk DVD ini. Persembahan three piece yang nyata bertenaga dan perlu dikagumi! Selain itu Sacred Reich juga menjadi tarikan mungkin kerana mereka antara penggerak2 awal trash heavy metal dunia, Moonspell dengan irama suram mereka, Norther yang semirip Children of Bodom dan Enseferium, Destruction dgn old skool Thrash Metal, Haggard yang memenuhi stage dengan featuring musician mereka, Heaven Shall Burn yg pada gua antara band diantara hardcore dan metalcore tapi dgn music yg laju dan ganas mampu memuaskan penonton dengan persembahan bertenaga mereka.

Immortal - Withstand The Fall Of Time

Turut diselitkan ialah sebuah band yang terpilih untuk menyertai Wacken 2007 iaitu Torture Squad. Sebuah band punya line up yg cukup mantap dan mendendangkan irama Thrash Metal yang hebat. Walaupun beraksi untuk stage kecil (dalam khemah lagi tu) namun kawalan instrument mereka ternyata hebat. Pemain bass yang turut melakukan running chord seperti guitarist serta drummer yang hebat membuatkan band ini satu asset music Thrash Metal untuk masa hadapan.

Torture Squad - The Beast Within

Wacken 2007 menyaksikan kehadiran sekitar 70 ribu pengunjung serata dunia dan sesuatu yang pasti tidak diketahui oleh majority pembenci music berat tanahair ialah bagaimana kehadiran puluhan ribu pengunjung ini menyatukan manusia dari seluruh pelusuk dunia. Penerimaan penduduk dengan kehadiran pengunjung2 malah bagi penduduk berdekatan wacken sudah menjadi antara upacara tahunan yang dinantikan oleh mereka semua. Satu yang tiada di Negara kita, barangkali lg 50 tahun mungkin ianya bakal berlaku di tanahair kita ini. Itu pun mungkin tidak.. haha

Ok, DVD ini oleh didapati denagn harga RM26.90 dan didistribute oleh Perniagaan Unggul Telawi. Dapatkan dipasaran sementara stok masih ada. Apa lagi anda mahu? 2 disc dengan persembahan live yang bertenaga hanya dengan RM26.90. puas hati!!!!

Untuk berita terkini mengenai Wacken, anda boleh melayari link dibawah ini..
Wacken


2 feedbacks:

Dr. Ben said...

sumber ekonomi German ni

Contramen said...

penduduk situ kata festival ni meningkatkan perpaduan.. sebab dari mana hala pelusok dunia mai tapi semua bleh lepak sama2.. even penduduk pun suka 9sebab kedai makan dan stall2 depa laku).