In Flames - Sounds Of A Playground Fading (2011)

Siapa yang tidak kenal dengan In Flames? Antara pendokong guthernberg sound satu ketika dahulu. Album2 lama mereka yang masih menjadi pegangan orang2 lama pencinta music melodic metal. Penampakan perubahan music yg sedikit samar ketika Clayman dan perubahan drastic ketika Reroute To Remains. Perubahan musical yang sebenarnya tidaklah menyimpang jauh dari landasan sebenar tetapi perubahan tersebut juga sedikit member impak terhadap tahap minat pendengar tegar yang mengagungkan In Flames satu ketika dahulu.

Sounds Of A Playground Fading (2011)
muncul setelah In Flames bergelut dengan penarikan diri guitarist yang juga boleh dikatakan pencetus In Flames iaitu Jesper Strömblad. Album yang mengambil masa yang agak lama ini menemui peminat sekitar June 2011 dengan 13 buah track terbaru untuk santapan pendengar setia In Flames.

 
Tracklist :

1 - Sounds Of A Playground Fading
2 - Deliver Us
3 - All For Me
4 - The Puzzle
5 - Fear Is The Weakness
6 - Where The Dead Ships Dwell
7 - The Attic
8 - Darker Times
9 - Ropes
10 -  Enter Tragedy
11 - Jester's Door
12 - A New Dawn
13 – Liberation

3 lagu pertama iaitu Sounds Of A Playground Fading, Deliver Us (merupakan single terawal In Flames untuk album ini) dan All For Me melihatkan In Flames lebih bermain dengan emosi didalam setiap lagu. Sehingga apabila muncul track ke4 bertajuk The Puzzle yang mula menyerang dengan hentakan drum laju namun cara nyanyian Anders Fridén agak lari dari riffing. Track ini mungkin boleh menjadi sedikit penyelamat kepada kerinduan peminat2 lama In Flames yang mahukan In Flames kembali ke root asal mereka.

Fear Is The Weakness pada gua seakan bukan lagu In Flames (hahaha) setelah meneliti susunan permulaan lagu ini. Seperti biasa formula lagu2 baru In Flames dibahagian chorusnya pasti akan memberi focus kepada melodi yang lebih dari segi melodi vocal. Ermm lagu ini pada gua belum mencapai tahap sebenar kemampuan In Flames. Hehe..

Where The Dead Ships Dwell membuatkan gua terasa seperti mendengar track Only For the Weaked dari album Reroute To Remains. Ya ianya seakan sambungan lagu tersebut. Kekuatan lagu ini lagi sekali pada bahagian chorusnya. Melodi serta lenggok vocal yang baek dari Anders Fridén walaupun diselangi clean vocal olehnya.

The Attic merupakan sebuah track perlahan (nak kata ballad x sesuai tapi ini track slow) yang seakan susulan Metaphor juga dr Reroute To Remains. Untuk track Darker Times mungkin tiada apa perlu diperkatakan kecuali solo nya yang menarik.

Ropes sebuah lagu bermelodi yang rasanya lebih banyak clean vocal digunakan. Walaupun pada gua music nya menarik juga tetapi seperti rasanya belum ada sesuatu yang boleh membuatkan gua teruja dengan track ini.

Enter Tragedy bermula dengan riffing bermelodi disusuli drum laju tetapi sound guitar pada verse seakan bunyi yang kurang enak digarap sebagai sound In Flames. Solo guitar menyelamatkan lagu ini.

Jester’s Door hanya sebuah track Anders Fridén membaca sesuatu sehingga ¾ lagu dan disusuli music berlatarkan drum programming.

A New Dawn bermula dengan memberi gua sedikit senyuman dimana ini merupakan trademark asal In Flames walaupun struktur lagu sedikit berubah selepas itu. Verse pertama masih belum mengecewakan sehingga clean vocal menyusul tetapi chorus lagu menyelamatkan keadaan. Sebuah lagu yang walaupun tidak laju tetapi 80% masih berbau music In Flames yang sebenar. Terdapat penggunaan instrument cello sebelum solo menyusul. Mungkin salah satu terbaek dari album ini dari sudut pendengaran gua. Anda mungkin berbeza.

Track terakhir bertajuk Liberation seakan sebuah lagu cari makan (sori kalau gua guna ayat tersebut tadi) kerana lagu ini selang antara part perlahan dan heavy (tidak heavy sangat pun hanya sekadar penambahan part distortion). Sebuah lagu yang mungkin mengharapkan terpacul diradio barangkali. Lagu ini layak dikatakan track menguji tahap vocal Anders Fridén dalam menyampaikan lagu secara nyanyian yang sebenar tanpa jeritan.

Pendapat peribadi gua, keseluruhan album ini boleh dikatakan hanya mampu menghilang kerinduan pada material2 baru In Flames namun rasa kecewa tetap menyelubungi gua selaku pendengar music In Flames. Mungkin kehilangan Jesper sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada asas lagu2 in Flames. Dibenak gua masih mempersoalkan bilakah agaknya In Flames akan kembali dengan keagungan music ciptaan mereka suatu masa dahulu.

Kenali In Flames melalui :
Official Homepage
Myspace
Facebook


3 feedbacks:

Dr. Ben said...

aku masih fan IN FLAMES!

Anonymous said...

mase kecik kita rasa "alat permainan" benda yang paling seronok kat dunia,tapi bila kita besar benda2 tu kita akan mula bosan. sama lah macam in flames, takkan diorang nak duduk di takok lama duk asik main riff2 basic berasaskan 3 power chord atau 4.Bagi aku musician sebenar bukan nak puaskan peminat tapi puaskan diri sendiri and main benda yang diorang suke.In flames baru bagi aku diorang cube nak fresh kan sound diorang dengan masa yang same element2 lama still ada lagi dalam lagu baru diorang.

Contramen said...

rasanya style baru Inflames ni dah dipraktiskan dlm band projek diorg dulu nama Passanger dan ada rilis 1 album thun 2003 under century media (kalau xsilap).