Naked Butterfly - Dreamwalk (1995) – Rilisan melangkau zaman

DtE kembali dengan sebuah review keluaran lama iaitu dari sebuah album dari band yang pada gua lagu2nya melangkau zaman. Sebuah band yang punya potensi besar namun ianya telah berkubur dan untuk menyaksikan band ini kembali adalah mustahil kerana kedua2 gitarist band ini telah kembali ke rahmatullah. Ya kali ini DtE akan membuat sedikit ulasan berkenaan album bertajuk Dreamwalk dari Naked Butterfly.

Terlebih dahulu ada baeknya jika diperkenalkan line up Naked Butterfly yang terlibat didalam album ini.

 Adrin – Vocal, Boy & Oz – guitar, Mamal – Bass, Che Mat (Drum-Sesionist)

Dreamwalk mengandungi 10 buah track dan salah sebuah track adalah rakaman demo version.


1 – Mundance Existense
2 – Victim of Situation
3 – Shiny Big Full Moon
4 – Obliged
5 – Gotta Wait
6 – 8 Hours
7 – In Blue Circle
8 – Tone Sheet
9 – Adios
10 – Victim of Situation (Demo Version)

Kesemua lagu didalam album ini dihasilkan oleh Naked Butterfly. Producer dan engineer untuk album ini ialah Bullet. Bullet juga bertindak sebagai juruadun dan proses mastering juga dilakukan olehnya di Dream Studio Kuala Lumpur. Rakaman album ini boleh dikatakan terbahagi kepada 4 sesi dimana kesemua lagu dirakamkan di Dreamwalk Studio Petaling Jaya sekitar June – August 1994 kecuali track Adios dan In Blue Circle direkod di Dream Studio sekitar April – May 1995. Victim of Situation (track 10) pula dirakam di Naked Butterfly Home Studio pada July 1993 (demo sebenarnya) manakala Tone Sheet dirakam secara live ketika KL Alternative Music Showcase 1995. Album ini di distribute oleh sebuah label besar yang banyak merilis kaset2 band rock besar ketika itu iaitu Warnada Sdn. Bhd.

Jika diteliti music garapan Naked Butterfly lebih menjurus kearah campuran Funky, Rock, Grunge (sedikit), Heavy Metal (juga terlalu sedikit) dan pada zaman ini (90an) tidak terdapat satu band pon yang membawa music seteknikal Naked Butterfly. EKA mungkin sebuah kumpulan berskill tinggi serta memainkan music teknikal namun jurang perbezaan music bawaan EKA lebih kea rah Heavy dan Speed Metal, jauh dari direction Naked Butterfly yang lebih ringan alunan musicnya.

Riffing2 ciptaan arwah Boys dan Oz sungguh berlainan dari apa yang selalu didengari pada ketika tersebut. Susunan music yang kompleks juga menjadi kekuatan music Naked Butterfly. Naked Butterfly bukanlah sebuah band yang berat tetapi groove dan hook yang dihasilkan dalam setiap lagu mereka sungguh menampilkan kelainan. Mungkin RHCP merupakan idola utama penghasilan music Naked Butterfly.

Kekuatan Naked Butterfly sebenarnya terletak pada keserasian serta kejayaan gabungan skill individual setiap line up nya. Dari melodi vocal alunan Adrin yang mampu menyanyi seakan2 rap (hampir2 rap dah sebenarnya) hingga kepada jeritan yang masih didalam key sebenar. Adrin merupakan penyanyi yang berkebolehan untuk genre sebegini. Riffing2 menarik dari arwah kedua2 gitarist juga harus diteliti kerana seperti yang dinyatakan tadi tiada lagi band yang menggunakan riffing2 fresh sebegini dalam arus music tanahair ketika itu tidak kira underground atau mainstream. Bayangkan juga penggunaan efek2 yang limited ketika itu digunakan sepenuhnya oleh gitarist2 ini untuk menghasilkan mood lagu yang menarik. Bassist yang punya tone menarik (memang tone bass nya menyerlah dan timbul dalam rakaman setiap lagu) serta teknik slapping yang bersesuaian dengan mood dan situasi lagu menambah lagi perisa music ciptaan Naked Butterfly. Drum yang dimainkan oleh sahabat mereka iaitu Che Mat (kalau x silap Che Mat pernah bersama Silkhannaz, Silent Death di awal kemunculan mereka) juga tidak menonjol2 tetapi cukup sekadar menyedapkan serta tidak menenggelamkan keistimewaan yg dimainkan oleh instrument lain. Mungkin jika zaman ini mereka memainkan arrangement yg lebih offbeat bakal membuatkan mata anda terbuka luas! Haha!

Untuk album ini secara peribadinya gua beranggapan kesemua track adalah kuat namun gua memilih track Mundance Existense, Victim of Situation, Adios dan In Blue Circle sebagai track pilihan.

Naked Butterfly – Dreamwalk (1995) adalah sebuah album terbaek sepanjang zaman bagi gua. Sayangnya mereka hanya sempat menghadiahkan kita hanya dengan sebuah album sahaja. Sebuah album melangkau zaman dan tidak seharusnya rilis dizaman tersebut kerana zaman tersebut majoriti pendengar tidak dapat menghadam music Naked Butterfly yang kompleks. Apatah lagi mencernanya. Hahaha.. Selepas kehilangan Naked Butterfly, muncul pula band2 pelapis seperti Happy Nightmare yang sedikit hamper menyerupai Naked Butterfly namun ternyata ramuan music Naked Butterfly sukar disaingi.

Naked Butterfly – Dreamwalk (1995) sebuah khazanah berharga tanahair. Mungkin juga patut dijadikan rujukan masa kini. Kerana mereka sememangnya melangkau zaman.

Victims of Situation - Live at I Thrash Therefore I am Gig (01082004)

Kredit :
Imej : Ricecooker
Video : Zizie Hashim

4 feedbacks:

Anonymous said...

THANKS BRO FOR ALL THE INFO...BAND YG MMG XDE PENGGANTI LG...NAKED BUTTERFLY FOREVER...

gila babas said...

mintak tolong tuliskan lirik jika ada kelapangan who care u care i care evrbdy care no prob..

Lamberjack 7773 said...

Gile laaaa...aku dgr lgu ni pon time umur aku 13tahun.skrg umur aku dah 32 thn.tp slalu jumpe arwah abg oz.basking area petaling street mlm2.Al- fatihah

Lamberjack 7773 said...

Gila laa..aku dgr lgu ni time umur13thn.skrg umur 32thn.perghh.anyway teringat dkt arwah abg oz.slalu.basking tiap2 mlm area petaling street . Al- fatihah.Naked butterfly.thanks