Penang Metal Tyrants – For More Supreme Form Ov Warlords… The Beginning (2008)

Penang Metal tyrant merupakan sebuah tajuk kompilasi yang dihasilkan oleh pemusik2 bawah tanah utara tanahair. Menampilkan 11 buah band seperti Dissectomy, Cadaverous Invader, Inersia X, Ghastly of Gill, Virus V, Brabazom, Reaching Horizon, Diversion 24/7, Sylphectres, Psyrosix serta penampilan Mistik sebagai band penutup kompilasi ini.
11 buah track tersebut adalah :

1 - An Ancient Treachery - Dissectomy
2 - The Ghost of Killer Profession - Cadaverous Invader
3 – Diakhirnya – Inersia X
4 - Damnation of Eternity - Ghastly of Gill
5 – Coma – Vyrus V
6 – Beast of Mortality - Brabazom
7 - Knight Immortal Fire (Luca Turilli Cover) – Reaching Horizon
8 – Contaminate – Diversion 24/7
9 – Awake – Sylphectres
10 – Armageddon Before Earth – Psyrosix
11 – Warfaat - Mistik

Beberapa studio menjadi tempat rakaman bagi band2 terlibat seperti Hitz Recording Studio, Shishouki Studio, Retrax Studio, Prognesia Studio, Sound Maker Studio, I Seek Studio, Seven Sound Studio dan Fingerworks Studio. Tidak dinyatakan proses mastering dilakukan oleh siapa namun kompilasi ini diriliskan oleh Angka Kematian Productions.
 
 Dissectomy


Track pertama dari Dissectomy bertajuk An Ancient Treachery membuatkan akan terpaculnya nama Behemoth dan At The Gates kerana track ini punya pengaruh terbesar dari 2 band yang dinyatakan tersebut. Sebuah rakaman yang agak professional dimana kesemua instrument dapat didengar dengan jelas. Juga elemen harmoni dari riffing bermelodic dapat dihayati dari track ini. Sebuah track berbau Death Metal yang sedikit bermelodi.

 Cadaverous Invader

The Ghost of Killer Profession dari Cadaverous Invader menjadi track kedua untuk kompilasi ini. Sound produksi yang berada didalam tahap demo dan bunyi sebegini membuatkan track ini kedengaran kurang menyerlah. Mungkin ini yang dimahukan oleh band yg berelemen Gore Grind sebegini.

 Inersia X

Inersia X sebuah band bergenre progressive metal menghidangkan lagu bertajuk Diakhirnya. Susunan music yang kompleks dan kuat. Pada gua Inersia X perlu membuat rakaman yang lebih professional kerana kualiti bunyi untuk track ini agak kurang seimbang walaupun rata2 instrument dapat didengar namun proses mixing perlu dilakukan dengan lebih teliti. Permainan instrument yang baek oleh setiap line up serta susunan lagu yang baik. Cuma kurang di bahagian rakaman. Vocalist yang pada gua perlu lebih melakukan kajian pada pembawaan vocalist2 hebat genre sebegini untuk membawa melodi dengan lebih baik untuk keluaran masa hadapan.

 Ghastly of Gill


Damnation of Eternity dari Ghastly of Gill menjadi track ke 6 dimana band yang membawa konsep melodic black metal ini kedengaran lebih kearah Dimmu Borgir lama dan Old Men’s Child. Sebuah track yang lebih menonjolkan mood yang dihasilkan oleh instrument keyboard. Merupakan antara track pendek yang jarang dihasilkan oleh band2 sealiran mereka.

 Vyruz V

Vyruz V muncul dengan track bertajuk Coma. Sebuah band yang boleh dikatakan membawa konsep Technical Death Metal jika diperhatikan pada susunan music mereka. Merupakan band projek dari line up Mandatory dan Sympozium. Susunan music yang pantas serta punya keupayaan scream dan growl dari vocalistnya.

 Brabazom

Brabazom menghidangkan track berjudul Beast of Mortality. Dengan konsep Black Metal mereka Berjaya membawakan lagu ini dengan baik. Juga pada gua mereka perlu menghasilkan rakaman yang lebih baek dimasa hadapan kerana kualiti bunyi masih ditahap demo. Brabazom punya masa depan yang baek dan memerlukan perhatian sebagai penyambung legasi band2 Black Metal tempatan yang sedang meningkat usia.

Reaching Horizon


Reaching Horizon menjadi band ke7 untuk kompilasi ini dengan menyediakan kepada pendengar sebuah lagu cover dari Luca Turilli bertajuk Knight Immortal Fire. Band yang membawa genre power metal ini sebenarnya merupakan serpihan dari band2 seperti Heart’s of Fire, Steel Torment, Mystical Angelique dan Predicate Not Defined. Jika disebut power metal pasti akan berbayang guitar hero, alunan keyboard, paduan pedal drum yang laju serta vocal high pitch. Ya itulah yang dipamerkan oleh Reaching Horizon. Sukar untuk mentafsir music sebenar Reaching Horizon tanpa mendengar lagu ciptaan mereka sendiri.

Diversion 24/7

Contaminate dari Diversion 24/7 merupakan salah satu genre paling berlainan jika dilihat dari senarai band2 serta genre yang dibawa. Diversion 24/7 yang hanya dibarisi dua orang pemuzik serta guest vocal untuk track ini membawa konsep Math Metal seperti yang dibawa oleh Meshuggah, Textures. Satu jenis music yang memerlukan persefahaman yang baek untuk dihasilkan kerana susunan lagu yang majoritinya offbeat. Untuk track ini mungkin vocalist perlu lebih meningkatkan lagi usaha untuk menghasilkan keupayaan yang lebih bertenaga.

 Sylphectres

Awake dari Sylphectres juga sedikit menyedihkan dari segi mutu bunyi dan berada pada tahap demo. Namun lagu yang dihasilkan masih kuat serta kekuatan utama track ini pada gua ialah pada vocalist yang punya mutu scream yang agak mengerikan. Dinyatakan juga konsep music Sylphectres adalah gabungan Melodic Death dan Black Metal.

 Psyrosix


Armageddon Before Earth oleh Psyrosix juga kedengaran agak kritikal walaupun idea lagu harus dibanggakan. Susunan yang kompleks, brutal dan teknikal namun mutu bunyi yang dihasilkan sungguh menyedihkan. Ngauman vocal yang sudah cukup merbahaya namun mutu rakaman yang hancur agak merosakkan lagu ini.

 Mistik


Mistik menutup senarai kompilasi dengan track berjudul Warfaat. Tidak perlu dikatakan lagi berkenaan band ini kerana mereka sememangnya cukup berpengalaman serta mutu rakaman juga antara terbaek dikalangan band2 yang terlibat. Pada gua sebagai special appearance mungkin Mistik perlu tampil dengan track terbaru namun Warfaat (track dari album kompilasi mereka) dipilih untuk menghangatkan kompilasi ini.

Pada gua keseluruhan kompilasi ini berada didalam tahap amatur walaupun beberapa band merakamkan lagu2 secara professional. Beberapa band punya potensi namun mutu rakaman dan bunyi yang dihasilkan agak lemah dan perlu diperbaiki untuk menaikkan kembali scene metal Pulau Pinang. Alternatif lain perlu dilakukan sebagai contohnya pemilihan studio rakaman yang baek serta jururakam yang bagus untuk proses rakaman, adunan serta mastering bukan sekadar leveling malah kualiti bunyi diperingkat akhir juga perlu dititik beratkan.

Ok itu sahaja untuk kali ini. Dikhabarkan juga kompilasi ini agak terhad dan ada rumour mengatakan sudah sold out. Namun anda masih boleh menghubungi Angka Kematian Productions untuk bertanyakan copy untuk koleksi anda.

Band2 terlibat boleh dihubungi melalui link dibawah (maaf tidak semua band terlibat masih aktif malah ada yang sudah RIP)

Dissectomy
Cadaverous Invader
Inersia X
Ghastly of Gill
Vyruz V
Brabazom
Reaching Horizon
Diversion 24/7
Sylphectres
Psyrosix
Mistik


1 feedbacks:

Dr. Ben said...

best kompilasi macam ni... boleh preview band2 yang kita nak dengar.