Kherow - Bintang Timoer (2011)

Sebuah rilisan dari band yang berasal dari Borneo. Kherow yang berasal dari Kuching, Sarawak ini muncul dengan sebuah album penuh bertajuk Bintang Timoer dan diriliskan oleh Faithcraft Productions iaitu label yang dimiliki oleh saudara Rammy (Au Revoir). Kherow pada gua membawa genre yang sebenarnya berskill tinggi (sukar nak kata progressive metal pun ada jugak, nak kata thrash pun ada, solo menggila keluar api pun ada.. so baca je lah review gua satu persatu) dan untuk album ini menggunakan seorang wanita diposisi vocal. Err ini bukan nyanyian saprano seperti Tarja atau Simone Simons tapi teknik growl ok!

Line up terkini Kherow
Bob - Vocal/Bassist
Zizie - Guitars
Afdzal - Drums

Kherow - Bintang Timoer (2011)
Art direction & design oleh Remy & Apiz Karanaz

Line up album Bintang Timoer bersama Priscilla Kristy (vocal)
Dikhabarkan juga vocalist untuk album ini iaitu Priscilla Kristy telah ditendang keluar dan tugas sementara vocalist digalas oleh Bob yang juga merangkap posisi pemain bass band ini.

Tracklist :

1 - The Rapture
2 - Requiem For The Fools
3 - Phantom Caretaker
4 - Choked With Your Lies (Pointless)
5 - Savages of Yesterday
6 - Rise of Uranium
7 - Instrumental Petang Peti
8 - Bintang Timoer

Bintang Timoer dirakam di Studio Skye, Kuching Sarawak oleh Jo'o Mantheravatee dan persiapan teknikal studio diselenggara oleh Mr Dwin. Proses adunan dan mastering juga dilakukan oleh Jo'o di studio miliknya sendiri di Johor.

Apabila sahaja gua mula mendengar track pertama bertajuk The Rapture, terus sahaja ngauman dari Priscilla Kristy memancul disamping hentakan twin pedal dari Afdzal diposisi drum serta riffing yang mengiringi yang bersahaja sahaja. Track yang pada gua punya banyak penonjolan pada instrument gitar (turut ada harmoni riffing). Solo gitar yang menarik dari Zizie tidak dapat disangkal lagi malah awal2 lagi gua sudah berkata Zizie merupakan seorang guitar shredder yang mampu melakukan solo2 bergulung. Ermm track pertama ini pada gua sebuah track yang sedikit menghampiri irama thrash metal dan melangkau dari music hard rock/heavy metal kerana kelajuannya.

Requiem For The Fools menjadi track kedua yang pada gua lebih agresif dari lagu pertama. Bahagian chorus lagu yang lebih bersahaja. Explorasi gitar menggunakan sedikit efek wah2 turut digunakan. Solo? kali ni mungkin lebih menyerlah dan makin berapi. Gabungan rhytm (riffing) dan solo lagu ini seakan mendengar Dream Theater atau band2 seangkatannya. Tahap vocal Priscilla Kristy juga makin meningkat untuk track ini.

Track yang merupakan track terpanjang dengan durasi 7 minit 15 saat ini bertajuk Phantom Caretaker bermula dengan mood perlahan sebelum penggunaan distortion bermula. Riffing verse pertama yang kental pengaruh hard rock nya dan kedengaran juga growl latar di stereo lagu ini menyahut pekikan dari Priscilla. menariknya track ini ditengah2 track kedengaran mood music asia seakan2 arabic dan juga india. Permainan bass oleh Bob juga tidak ketinggalan dimana beliau turut melakukan tapping (level ketika ini tak berapa kuat dan tak berapa menonjol). Solo sekali lagi memukau dengan penggunaan arpeggio pada tahap maksimum oleh Zizie. Ending menarik dari pemuzik2 Kherow untuk track ini.

Track keempat bertajuk Choked With Your Lies (Pointless) bermula dengan solo berapi dari Zizie. Sebelum vocalist mengambil alih tugas berserta serangan padu dari twin pedal dari Afdzal. Wahh solo merata2 untuk track ini dan tak lupa juga bunyi menggigit dari gitar Zizie. Sebuah track yang heavy dan fast!

Savages of Yesterday merupakan track ke 5 yang juga bermula dengan susunan music perlahan dan merupakan track ke2 terpanjang untuk album ini dengan durasi selama 6 minit 19 saat. Masuk jek part heavy terus tangkap kepala. namun perubahan mood mengejut dengan solo harmoni ketika chorus lagu ini. Drum juga semakin mengganas dengan melakukan grind pada beberapa ketika. Progression lagu yang solid untuk  durasi 3:23 dengan susunan music yang mendamaikan. Solo ketika ini punya bau Steve Vai (tetiba teringat album Passion and Warfare..hehe) sebelum lagu menjadi heavy semula. Sebuah lagu yang menarik. Ermm gua pilih ini sebagai pilihan lagu terbaek gua untuk album ini.

Track ke 6 bertajuk Rise of Uranium punya intro solo memukau (tringat Metalasia plak) bila kala dwi solo dimainkan. Sekali lagi dapat diagak chorus lagu akan dilatari harmoni riffing untuk kiri dan kanan speaker anda. Solo utama untuk track ini juga memukau. Penonjolan solo gitar yang bukan kosong. Riffing serta solo pada durasi 4:11 juga sungguh indah walaupun tidaklah seribut solo2 track sebelum. Sebelum menutup lagu, solo yang sama seperti pembukaan lagu ini tadi dimainkan sehingga tamat.

Sebuah instrumental berdurasi 1 minit 23 saat bertajuk Instrumental Petang Peti yang hanya menggunakan instrument gitar dan bass.

Track penutup bertajuk Bintang Timoer merupakan sebuah track duet. Antara ngauman Priscilla Kristy dan clean vocal lelaki (mungkin Bob gua rasa - tidak dinyatakan siapa penyanyi lelaki untuk track ini). Track ini merupakan satu satunya track berbahasa melayu yang terdapat didalam album ini. Sebuah track yang hanya berdurasi 3 minit 54 saat.

Keseluruhan album ini boleh gua simpulkan sebagai sebuah album yang punya kekuatan dari segi music nya. Jika dibuang vocal, music Kherow masih kuat. Kredit harus diberikan kepada Zizie selaku pemain gitar band ini kerana kemampuan permainannya yang penuh skill. Sesetengah lagu punya pertukaran riff yang mengejut (gua suka part sebegini) dan solo2 yang berjiwa boleh didengar dari setiap lagu yang terkandung didalam Bintang Timoer. Pembawaan vocal dari Priscilla Kristy mungkin perlu di pertingkatkan lagi jika mahu mencapai tahap Angela (Arch Enemy) namun gua rasa setakat ini mungkin beliau antara vocalist wanita yang mampu melakukan growl (pada gua ni antara scream yg bersuara besar) yang merbahaya di Malaysia selain Hilda dari Predicate Not Defined. Ermmm pada gua, kedua2 vocalist wanita ini perlu lebih usaha jika mahu jadi Angela yang gua sendiri sakit hati dengan suara setannya! Hahahaha..

Mutu produksi Bintang Timoer pada gua mungkin 85% mencapai tahap profesional kualiti album sebenar. Mungkin juga ini rakaman profesional pertama Kherow dalam mencari sound rakaman mereka tersendiri. Diharap rilisan akan datang akan menghasilkan mutu bunyi yang berkualiti kerana music Kherow sendiri sudah punya kekuatan tersendiri dan tidak kosong.

Secara peribadinya, gua berpendapat Kherow sudah memiliki identiti music nya sendiri. Sukar untuk ditafsirkan dengan penulisan namun secara ringkasnya dapat disimpulkan solo shred, gabungan dwi harmoni gitar, perubahan mood dan arrangement berbau hard rock dan sedikit thrashing menjadi ramuan music Kherow. Mungkin hasil terbaru yang akan menemui pendengar hujung tahun ini (ada diwar warkan didalam blog Faitcraft production sebelum ini) bersama vocalist terbaru akan lebih membuka mata pengkritik2 music. Sama2 kita nantikan.

Kenali Kherow melalui link di bawah video ini. layan!!!!

Kherow - The Rapture

4 feedbacks:

Dr. Ben said...

adalah antara sebuah band berpotensi dari bumi kenyalang.

Contramen said...

mereka perlu diberi perhatian.

Anonymous said...

boleh x kalo post setiap band punyer facebook profile...nak dengar lagu diorang studio version pon susah....

Contramen said...

sila cek bawah video tu..
setiap band yg direview akan kami selitkan link untuk anda pendengar diluar sana untuk mengenali music mereka. kecuali band2 yg telah RIP sbb zaman dulu kalau ada website dh kira moden abes dah la..