[Sticky]Contest - Deforming Torture - Pacifier (Demo 2011)

Ok, lama x buat contest.. sebenarnya gua ada berhubung dengan line up Deforming Torture sebelum diorg rilis 2nd demo diorg Pacifier yang mengandungi 9 track ini. Dan ketika gua bagitau gua nak beli 1 copy CD tapi salah sorang line up band ni kata "takkan nak pos sekeping jek ke Penang?" lantas gua dapat la beberapa keping untuk tujuan promosi di wilayah utara tanahair ni. Gua fikir2 semula dan berbincang dengan sorang lagi editor DtE iaitu A for Anomaly, ada baeknya gua bikin contest selain bagi free untuk promosi di utara ni. 1 akan bikin orang yang cuba nak jawap contest ni berusaha mengenali band ni (x kira la google ke, ushar gig2 ke apa ke..) dari gua kasi free silap2 org x hargai hasil rilisan band ini.

Deforming Torture - Pacifier (Demo 2011)

 Deforming Torture

Ok cakap banyak xmau aaa.. contest ni mudah jek.. jawap 3 soalan dan emailkan kepada pihak DtE. Gile kacang!! haha.. Ok sila follow arahan2 yang kami berikan..

ARAHAN PERTAMA :
Sila klik email ini -> dissecting.the.euphony@gmail.com

ARAHAN KEDUA :
anda cuma perlu jawap 3 soalan yang pihak DtE berikan berkaitan band ini.

Soalan 1 :
Senaraikan line up terkini Deforming Torture.

Soalan 2 :
Apakah tajuk demo pertama Deforming Torture?

Soalan 3 :
Namakan studio rakaman yang digunakan Deforming Torture untuk demo Pacifier ini?

Ok dah tau jawapannya????

Mudah dan kacang kan? klik SEND!!!!

Ok, pihak DtE akan menghubungi pemenang2 dalam masa seminggu selepas tarikh berakhir contest ini iaitu pada 30 September 2011.

Ok dah selesai menjawap? apakata layan seround sample lagu terbaru Deforming Torture melalui youtube dibawah serta jangan lupa layari dan kenali Deforming Torture melalui link dibawah video ini. GRINDDDDDDDDDDD!!!!!!

Deforming Torture - Through Their Devastation

0 feedbacks: