Subculture - Love & Hate (1994)

Subculture merupakan antara band2 terawal bergenre Punk Rock yang muncul mewarnai persada pentas underground dikala ketika tersebut pentas2 gig di dominasi band2 Thrash Metal tanahair. Walaupun jika dikaji sejarah penubuhan Subculture, tidak dapat dipisahkan dengan nama2 besar band punk terawal tanahair seperti Carburetor Dung dimana sebelum penubuhan rasmi Carburetor Dung, Azreen yang merupakan tonggak utama Subculture pernah bersama Joe Kid dan Fendi didalam band Stormfish (bertukar nama kepada Carburetor Dung selepas itu). Mendapat pelawaan Eddie Hamid (tiba2 nama komposer ni jugak naik..haha anda kena tau sejarah silam mamat ni di kala zaman awal underground dulu) untuk sebuah kompilasi Circle Of Friends lantas setahun kemudian merakamkan sebuah album penuh bertajuk Love & Hate.

Subculture - Love & Hate (1994)
Logo Subculture dihasilkan oleh Bob 4U2C

Tracklist :

1 - Fun Friends
2 - Crack Me
3 - Blue Skirt Baby
4 - In Love
5 - Substance Seducer
6 - She
7 - Fever
8 - Daddy Get Sick
9 - My Baby Don't Wanna Play With You
10 - I Wanna Be Happy
11 - Brainstorm

Hate & Love di terbitkan oleh SZS Production. Melalui proses rakaman di Sound Studio Cheras dan Lion Studio Singapore (gua rasa ni untuk proses mix dan mastring kot). Produser untuk album ini ialah Sazs manakala Subculture sendiri bertindak sebagai Co-Produser. Engineer untuk album ini adalah Steven, Vincent, Amir dan Sazs (gua haram xtau sapa mereka ni..hehe). Proses mixing dilakukan oleh Gary Edward manakala mastering dilakukan oleh Han's. Ya tidak lupa satu nama yang mungkin anda pembaca pernah dengar iaitu Lan Laga yang bertindak sebagai producer untuk bahagian vocal. haha tadi Eddie Hamid sekarang Lan Laga plak.. Valentine Sound Productions menjadi pengedar untuk album pertama Subculture ini.

 Azwan - Guitar, Azreen - Vocal/Guitar, Izmir - Bass, Sani - Drum

Melalui inteview2 bersama Subculture melalui zine2, blog dan merata2 lagi ada dinyatakan bahawa penjualan album Love & Hate ini mencecah 5,000 unit pada 2 minggu pertama dan terpaksa re-print untuk edisi kedua sebanyak 10,000 unit dan sold out dalam masa sebulan. Selepas itu album ini dicetak sekali lagi sebanyak 15,000 unit dan juga sold out dalam masa sebulan. Perghhh dah sold out print lagi.. brapa ribu unit terjual gua pon xtau.. Zaman sekarang ada ke artis yang mampu bikin sale album ini macam? haha artis AF pun blom tentu beb...

Album ini sebenarnya tidak lah berbau kotor atau seperti band2 punk yang kasar kerana Subculture punya ramuan dalam penciptaan lagu2 mereka yang lebih bermelodi serta catchy. Music mereka ringan dan mudah diterima pendengar. Track ke 7 bertajuk Fever merupakan rakaman semula track bertajuk G6T 3 yang terkandung didalam kompilasi Circle Of Friends pada 1993.

Sound produksi album ini adalah pada tahap terbaik dan menepati sound punk rock garapan Subculture yang ringan, bermelodi dan catchy. Jika diteliti lagu2 didalam album ini lebih kepada mood happy atau gembira. Bersesuaian dengan darah muda Subculture pada 1994.

Album ini juga merupakan antara rilisan2 terawal band2 punk rock tanahair selain The Pilgrims dengan album Perfume Garden (1992) dan Carburetor Dung - Songs For Friends (1993). Juga pada zaman yang sama pengaruh band2 punk rock luar negara boleh dihidu dengan kemasukan kaset2 dari The Offspring, The Klover, The Ramones dan sebagainya.

Ok itu sahaja untuk kisah2 lampau dan Subculture masih aktif dan mungkin bakal menghasilkan album ke 4 dalam masa terdekat. Single terbaru mereka bertajuk Dilemma memperlihatkan kematangan music Subculture dan rasanya hasil terbaru mereka kelak pasti akan lebih hebat!

Subculture - Dilemma (Live at Muzik Muzik)

Facebook
Myspace

Kredit imej : Facebook Subculture
Kredit video : Youtube
Sumber : Google, zine2 lama (sori lupa dah lama sangat) dan kulit album.

0 feedbacks: