Osman Tikos - Dare To Rise (EP 2011)

Dare To Rise merupakan sebuah EP yang dihasilkan oleh sebuah band yang berpengkalan di Bangi, Selangor iaitu sebuah band yang menggunakan nama yang agak unik iaitu Osman Tikos. Sebelum ini mereka pernah menghasilkan beberapa split serta demo bertajuk "Karma" pada 2009. Sebelum kelahiran EP ini mereka juga turut menghasilkan sebuah split CD bersama sebuah band bernama Distrust iaitu pada 2010. Music garapan tiga pemuda iaitu Borhan (Guitar), Ahmad Izani (Bass/Vocal) dan Yusth (Drum/Vocal) ini boleh dikatogerikan diantara crusty, core dan grind.
Osman Tikos

Layout oleh SS

Tracklist :
1 – Eternal Patriarchy
2 – Envitable Desolation
3 – Dare To Rise
4 – Religion Demise

Dare To Rise menjalani sesi rakamannya pada February 2010 bertempat di ISeekMusic Studio milik Mokhtar (ex-SCTS). Proses mixing dan mastering turut dilakukan distudio ini. Dare To Rise dirilis oleh label mereka sendiri iaitu Bullwhip Records.

Eternal Patriarchy memulakan sesi pengenalan dengan permulaan hentaman tom2 drum sebelum music menyerang. Kedengaran riffing2 biasa yang boleh didengari pada band2 crusty namun drumnya agak lebih berat, laju dan lebih kental. Mungkin sedikit berberat penambahan beratnya dikala vocal menyanyikan bahagiannya dimana penggunaan nyanyian growl dipersembahkan. Kedengaran agak sedikit metal dan grindcore.

Envitable Desolation bermula dengan riffing yang agak “layan kepala”, riffing yang berat dan meleret2 sebelum kelajuan maksima menghujani rentak2 beat drum yang kental. Gauman growl dari vocalist juga tidak member sebarang ruang didalam track ini. Kedengaran seakan sebuah lagu yang langsung tidak punya belas kasihan.

Dare To Rise tanpa intro yang panjang2, terus menyerang riffing, hentaman drum serta growl yang mendadak. Track yang kedengaran lebih perasa metalnya. Tidak ketinggalan jika dikatakan track ini turut berbau hardcore. Menariknya terdapat solo gitar untuk track ini. Dare To Rise boleh diklasifikasikan track paling kejam dan berat. Sesuai dengan riffing, drum groove serta penyampaian vocal yang kental. Solo terakhir menjadi penamat untuk track ini.

Religion Demise juga sebuah fast track yang menarik. Kedengaran drummer band ini memainkan beat2 yang agak sukar. Juga sebuah track yang agak kental. Track yang menampakkan penggunaan twin padel pada bahagian drum. Sebuah track yang punya elemen metal dan hardcore yang kental.

Keseluruhannya pada gua, Dare To Rise merupakan sebuah EP yang membawa genre yang rata2 hasil produksinya agak sederhana namun Osman Tikos seakan punya matlamat yang bagus dimana pada gua penghasilan bunyi rakaman Dare To Rise ini berada pada tahap terbaek jika dibandingkan dengan produk2 genre sealiran mereka. Dari segi permainan instrument kredit patut diberi kepada setiap line up kerana pertama Berjaya menghasilkan music berkualiti kerana punya sedikit elemen teknikal dalam permainan mereka. Keduanya gua patut member kredit tertinggi kepada drummer band ini kerana kepelbagaian stroke yang dihasilkan olehnya. Pelbagai elemen dapat didengar dalam setiap track yang terakam seperti d-beat, grindcore, hardcore dan metal.

Untuk mendapatkan EP ini, ianya diterbitkan didalam 2 format iaitu kaset dan CD-R. Sebuah produk yang menarik untuk dimiliki. Osman Tikos bukan sebarangan band (serius gua cakap). Memiliki music yang kompleks dan sedikit teknikal dan EP ini berjaya dari segi penghasilan konsepnya.




Osman Tikos boleh dihubungi melalui :
osmantikos@yahoo.com
www.myspace.com/osmantikos

atau email kepada label mereka sendiri iaitu :
bullwhiprecs@yahoo.com

atau melayari blog mereka :
bullwhiprecs.blogspot.com

All These While - Insulters Of God

Kali ni DtE kembali dengan sebuah rilisan yang agak gelap walaupon bukan lah dari kategori Black Metal (kang mesti abu Kemeyan bising2 ni..haha). Band ini diperkenalkan oleh seorang kawan gua semasa gua kena outstation di Shah Alam 2-3 bulan lepas.. Dan ketika gua belek2 cover sleeve album ni, gua rasa gua perlu dapatkan album ni, lantas beberapa tokey label di kontek untuk dapatkan album ini. Okey setelah lebih kurang sebulan menjadi santapan telinga rasanya dah tiba masa gua cerita pasal band ini iaitu All These While... beserta rilisan bertajuk Insulters Of God.

All These While... dianggotai oleh Aidil Inferior 666, Shammir life on the edge, Terence means no an end, Zan 6 Dead dan Ryl Elegy.

All These While - Insulters Of God
(di rilis dalam bentuk kaset sahaja)

Tracklist :

1 - Insulters Of God
2 - Silent Sorrow
3 - Fast God Fucking Violence
4 - Voidable Agreements
5 - Alcohol for a Sinner
6 - Frankly, I Hate You
7 - Erase and Destroy
8 - Back In The Hole

Insulters Of God dirakam pada March 2005 bertempat di TNT Studio Singapore. Proses engineered dan mastering dilakukan oleh Ah Boy dan All These While... Dirilis oleh Inferior 666 Records dan Sengsara Records.

Rata2 track didalam album ini hanya berdurasi kurang dari 1 minit dan hanya track Voidable Agreements berdurasi 1 minit lebih dan track terakhir bertajuk Back In Hole yang agak meleret2 sehingga mencecah durasi 3 minit.

Jika diamati music bawaan All These While... adalah garapan dari genre punk, crust, grind dan juga speedcore. Sukar dinyatakan genre sebenar mereka namun cara nyanyian lebih kepada hardcore punk, drumming yang kadangkala berbau metal serta riffing straight forward.

Mungkin sesuatu yang agak menarik untuk disentuh ialah lirik2 mereka yang agak blasphemy dan tiada sebarang kekangan. Lirik yang rebel dan rasanya tidak perlu di nyatakan disini, cukup untuk anda sendiri dapatkan rilisan ini dan cuba menghadamnya.

Sukar untuk mendapatkan maklumat berkenaan band ini. Hanya email dibawah disertakan dalam rilisan ini untuk di hubungi.

Orang Malaysia tak layak main Black Metal!

Hello posers sekalian,aku kembali lagi.Tak aku sangka dalam sekelip mata saja aku dah kumpul sebilangan golongan pembenci.tak mengapa,pada aku haters ni macam lalat.Dihalau pun akan tetap kembali.Yang penting kau orang tak boleh bunuh semangat aku yang pastinya makin membara tiap hari.

Kali ni aku nak bicara pasal golongan yang main Black Metal di Malaysia ni. Satu perkataan saja nak gambarkan haprak poyo ni = POSER.Sebab apa?Orang Malaysia takkan mampu main Black Metal.Aku sentuh pasal elemen satanism kemudian. Pertama sekali,aku rasa barua-barua Black Metal di Malaysia ni sebenarnya tak tau apa yang mereka nak main.Hoi kayu!Black Metal adalah muzik untuk rebellion!Kalau rebel, kau orang tak patut mengalah dan melatah!Ini Mastika baru cucuk sikit sudah terkinja-kinja,mengalahkan golongan Freemason aje.Rebellion apa macam tu.Taik! Sudahlah macam tu,imejnya bawa macam menyembah syaitan habis kahkahkah!Bercorpse paint bermacam corak, dah macam pesta World Cup.Pakai pentagramlah, spike 18 inci sampai nak tercucuk muka sendiri,katanya main Black Metal, lirik pun ada juga sentuh setan semua bila disoal cepat-cepat menafikan sembah syaitan.HAHAHAHAHAHAHA!Poser!Hoi,kalau kau sudah acknowledge elemen macam tu dalam persembahan dan album kau,lagi nak nafikan?Haha bodoh!



Kemudian nak mengeluh pihak berkuasa dah halang giglah,kena raidlah.Hei para rebel sekalian,kalau kena macam tu,pandai-pandailah nak gunakan apa-apa yang ada. Gunakan otak korang yang penuh dengan darkness,hatred dan rebellion tu, bahalol!Aku malas nak ajar,nanti asyik nak kena suap aje bila nak jadi True Black Metal?Hahahahhah!Kalau tempat gig kena raid,tak payah buat gig kat venue macam tu.Buatlah dekat banglo ke,basement ke kan? Senang cakap,kau orang main Black Metal untuk apa?Kalau main Black Metal mesti sanggup hadapi kontroversi, sebab Black Metal adalah anti kepada segalanya!Kalau kau dan band kau dah dapat perhatian media,baguslah misi kau orang dah tercapai.Buat apa nak melatah,betul?Lepas tu salahkan Mastika, Harian Metro lah,Variasari lah.Eh,apa ni?Black Metal adalah cara untuk kau dapatkan perhatian orang!Hipokrit kau orang ni ptuihhh!Jadi nasihat aku kepada yang baru nak main Black Metal, atau otai yang still main Black Metal,berhenti jelah.Baik kau lepak kedai kopi tengok wrestling.Atau kepada yang jobless tu,pergi cari kerja!Bodoh tak boleh nak diajar.

Aku boleh terus-menerus tulis pasal topik ni tapi ada baik aku keluar menikmati aiskrim vanilla. Hail!

VotW: Quo Vadis - Silence Calls the Storm (live)

Whaddup bitches! Amacam Ahad lu orang? Ada baik breakfast sosej dengan telur? Ni kali gua nak letak video live Quo Vadis, band technical melodic death metal dari Kanada, jiran Amerika di mana Justin Bieber dan Cryptopsy berasal. Pada gua band ni memang fucking phenomenal! Studio version lagu ni menampilkan pemain bass tahap kayangan iaitu Steve DiGiorgio (Death, Sadus dll) yang membuatkan mana-mana pemain bass entry level rasa nak berhenti bermain terus! Okay, enjoy semua dan selamat beriadah dengan keluarga....atau berseorangan, macam gua.

Hey we are on Formspring now!

Beloved readers,

We are happy to announce that we are also on Formspring right now! So if you feel like asking us questions or dropping a comment or two, feel free to do so! Due to growing number of Abu Kemenyan haters, this might be a good time to shoot him questions whether he's a true Metal or simply a nerd masquerading as tough Metal douchebag. DtE Formspring is handled by all of us, including Abu Kemenyan. I just hope he will not mess this up though. That would be all.

click HERE!

yours truly,
Dissecting the Euphony editorial team

VoTW: Kara - Mister

Video of the Week kembali lagi. Gua macam ada sikit rasa kecik hati dengan entry bawah. Tapi takpe ah kalau gua sentap nampak sangat gua hati kaca eh? Consider this as a subtle retaliation to Abu Kemenyan 666, a stuck up Metalhead. Lighten up bro, serius sangat nape? Heh.


I hope you like skinny girls with mindblowing dance skills, because the only thing you capable of is standing straight acting tough the whole day :D


Hails! Aku datang untuk menghapuskan false Metal!

Hail! Nama aku kau orang tak payah tahu tapi memadai ajelah korang kenali aku sebagai Abu Kemenyan. Pertama sekali, aku nak bagitahu ni kali pertama aku menulis untuk blog, jadi dalam beberapa entry akan datang aku akan melalui fasa untuk biasakan diri, Jujur aku cakap, aku tak reti guna Internet, akaun Facebook pun aku takde. Jadi bila aku dapat tawaran untuk menulis untuk webzine bodoh ni, aku terima sebab aku nak educate dua ekor baghal poser yang kendali blog ni tentang makna Metal sebenar.

Dua hari lepas si gemuk mat clubbing A is Anomaly dengan mat kilang kerempeng Contramen ada menelefon aku dan secara peribadi menawarkan tempat untuk menulis di blog ni setelah aku email mereka tentang content mereka yang entah apa-apa. Aku ingat mereka nak merajuk dan mengamuk , ternyata mereka nak aku bantu perbetulkan blog mereka ni Pada mulanya aku ragu-ragu nak terima, pertamanya sebab aku seboleh-bolehnya cuba untuk menjauhkan diri daripada segala unsur berkaitan dengan scene muzik Malaysia. Pada aku scene muzik Malaysia memang poyo dan penuh dengan poser, tak kiralah dengan budak baru atau otai scene (kalau layak digelar otai) semuanya memualkan isi perut aku, Keduanya, aku pernah baca webzine ni, yang jujurnya aku cakap webzine ni memang sampah dari segi content! Aku tak faham apa tujuan dua ekor mangkuk ni cuba buat, takde semangat old school langsung! Aku tak rasa pun Metal yang dua ekor beruk ni dengar layak dikelaskan sebagai Metal pun! Jadi aku terima tawaran ni dengan penuh rasa tanggungjawab. Aku akan didik semua warga Internet, warga scene muzik Malaysia terutamanya bangsat dua ekor ni tentang erti Metal sebenar. Biar aku jelaskan semula tujuan aku dekat blog ni ya, aku nak hapuskan semua golongan false Metal di Malaysia ni, jadi ini adalah langkah pertama aku.

Aku nak bagi peringatan ya. Penulisan aku memang pedas dan tak bertapis. Siapa aku tak suka aku cakap terus terang. Dan jujur ya, aku memang bencikan semua orang. Kau orang tak suka aku itu bukan masalah aku.

Baiklah, aku rasa cukuplah untuk pengenalan diri. Aku akan kembali lain kali. Hails!

Abu Kemenyan 666


Ballad for Layla - The Awakening EP (2011)

Maaf gua terlalu occupied dengan kerja-kerja 2,3 bulan ni. Disamping dengan tugasan biasa yang makin bertambah (iya event-event club terlalu banyak untuk dihadiri termasuk juga konsert-konsert!), ditambah pula dengan freelancing yang gua saja gatal-gatal ambik (check it out gua ada kolum dekat majalah Karisma sekarang yay!) makin tak tentu hidup jadinya. Anyway, kali ni gua nak review EP daripada band Metalcore KL yakni Ballad for Layla. Sebenarnya CD ni gua dah dapat dalam 2 bulan lepas kot, tapi disebabkan kesempitan masa gua nyaris lupa nak usik pasal CD ni. Ok jom mula!

Merupakan release pertama daripada band yang berasal dari Gombak, Ballad For Layla membawakan metalcore dengan tema yang sedikit lari daripada kebiasaan band metalcore iaitu perang dan semangat setiakawan (yang ni biasa kot brotherhood spirits). EP The Awakening mengandungi 5 trek termasuk intro dan interlude. 



Setelah banyak kali memutar EP ini gua dapati sound synth/keyboard memainkan peranan dalam membentuk kesemua trek dalam EP ni, gua rasa kalau soundnya lebih fat dan pelbagai serta lebih organik, tak mustahil diorang boleh tarik perhatian mamat-mamat metal yang gemar sound symphonic metal. Guitars pula memainkan peranan yang selengkapnya dengan riffing yang sentiasa berat dan harmonik. Gua puas jugak dengar ada selit solo-solo gitar yang okay lah takde nak bikin solo wankering tapi naisssss bak kata budak-budak sekarang. Vokal One Jet (yang juga bermain untuk Massacre Conspiracy) alternate dengan low growl dan jugak fry screams diselangi dengan clean vokal lemak bersari di bahagian korus memberi dimensi yang lebih meluas kepada gaya muzik BFL. Cuma yang gua sedikit kesal adalah dengan drum nya. Obviously drum dalam EP ni tidak menggunakan pemain drum sebenar atau dalam bahasa mudahnya menggunakan programmed drum. Gua tak tau apa sebabnya diorang enggan nak guna drummer diorang dalam recording, dan gua kecewa gak sebenarnya sebab takde feel organik dalam recording EP ni. Lagi satu adalah packaging: gua gemar kalau band yang release physical copies kalau disertakan dengan lyrics dan jugak gambar-gambar serta info yang lebih details. Malangnya dalam bab ni BFL kureng sikit ah. Okay jom tengok satu persatu trek dalam EP ni.

Prologue - Intro kepada EP ni. Memberi pendengar semangat kepada trek-trek yang mendatang. Agak epic juga dengan keyboard yang berbunyi simfonik dan kalau teliti lu orang dengar ada rasa macam rentak marching sket. Barangkali nak bagi feel marching ke medan perang? Atau nak bagi rasa vibe berada di tengah-tengah battle? Apa pun ia satu attempt yang bagus sungguhpun bunyi synth Syamim macam soundtrack game zaman komputer masih guna sistem DOS. Sekali dengar macam soundtrack game Warcraft 2.

Trudy Trueblood - Merupakan fan favourite. Dan jugak favourite gua. Gitar dan keyboard menyinar dalam trek ni. Vokal juga menunjukkan vokalis cuba mempelbagaikan pembawaan vokal yang berselang seli. Faveret gua adalah build up moment sebelum chorus di bahagian akhir yang bagi gua membawa semangat terus berkobar-kobar untuk terus bermoshing! Mesti dengar.

Beyond the Aurora - Permulaan lagu ala-ala lagu balada, siap dengan vokal lemah lembut, tapi gua salah rupanya sebab lepas tu terus meletup dengan intensity yang lu orang boleh expect bagi sebuah band Metalcore. Menjelang tengah trek gua dah sedikit muak dengar sebab gua rasa macam pembawaan vokal macam takde variasi sangat namun diselamatkan oleh solo gitar di penghujung lagu. Boleh layan lah.

Riddles of the Dark - Interlude, hanya instrumental dimainkan oleh synth/keyboard dan drum. Syamim adalah seorang keyboardist yang decent!

The Awakening - For some reason gua lebih suka skip lagu ni dari dengar sampai habis. Barangkali dia punya vibe dekat-dekat macam trek kedua. Apa pun gitar solo memang penyelamat untuk lagu ni. Kredit untuk kreativiti kedua-dua gitaris.

The Dead Marshes - Panjang durasi lagu ni. Gua expect sesuatu yang epik. Dan BFL berjaya deliver dengan baik.Antar trek yang menjadi fan para peminat BFL.Wah siap ada break di tengah lagu bagi chance part piano jadi highlight. Sekali lagi gitar memang menyinar, bukan takat main riff-riff berat sahaja. Penamat lagu diakhiri dengan piano piece yang bagi gambaran aftermath of a battle. Hiba, penat dan kecewa. Entah, dengar la sendiri ya!

Pro: Tema peperangan/struggle yang unik, keyboard dan gitar menjadi highlight untuk EP ni.
Cons: Penggunaan drum machine agak merendahkan markah untuk EP ni.

Rate: 6.5/10

Ballad for Layla boleh dihubungi di sini.

*Crap. Gua tak jumpa cover EP ni kat Internet! Nampaknya gua kena scan la cover EP tu. Nanti gua update lagi

Beginning - Compilation 1994

Kembali semula ke zaman silam..Haha.. ini kes gua dapat semula kaset2 lama lah ni. Ok kali ni pihak DtE akan membuat sedikit ulasan sebuah kompilasi yang rilis sekitar 1994 dahulu yang secara konsepnya lebih kepada music alternative dan punk. Sebuah kompilasi yang diberi judul Beginning. Membariskan beberapa band seperti Happy Nightmare, ABC DEAD, Saturnine, Barmy System dan T.R.Y yang setiap band menyumbangkan 2 buah lagu.

Illustrasi oleh DC-AD-Impact

Tracklist :

1 - Barmy System - Stupid
2 - ABC DEAD - Lost In Space
3 - T.R.Y - Fear Zone
4 - Happy Nightmare - Nice people Beside You
5 - Saturine - Liquid Love
6 - T.R.Y - Liar
7 - Barmy System - Social Chaos
8 - Happy Nightmare - On Your Own
9 - Saturnine - Flower Tree
10 - ABC DEAD - Would I'd Lied
11 - Saturnine - Liquid Love (Instrumental)

Kompilasi ini tidak dinyatakan dimana studio rakamannya namun ianya diterbitkan oleh Jig dan melalui proses rakaman oleh Eddy, Reza dan Sam manakala proses adunan dilakukan oleh Wayne, Zairi dan Jacky. Album kompilasi ini diedarkan oleh Life Record.

Jika dilihat pada penglibatan band2 boleh dikatakan mereka2 ini adalah antara penggerak local underground scene malah ada antara band2 terlibat ini masih lagi bernafas sehingga kini. malah boleh juga dikatakan kompilasi ini juga seperti tapak permulaan beberapa band terlibat untuk melahirkan album penuh beberapa tahun kemudiannya.

Barmy System yang merupakan band pertama menyumbangkan lagu bertajuk Stupid untuk kompilasi ini dianggotai oleh Bob selaku lead guitar, Raja Azhar diposisi rhytm gitar, Ajai merangkap pemain bass, Irwan sebagai pemain drum dan Zul selaku vocalist.  Band yang berinfluencekan band2 bergenre British Hardcore seperti Exploited, G.B.H, Youth Of Today ini mempunyai kekuatan suara yang lantang. Untuk kompilasi ini mereka bukanlah antara kumpulan lama kerana Barmy System ditubuhkan setahun sebelum kompilasi ini dilahirkan iaitu pada 1993.




ABC..DEAD yang terdiri dari beberapa line up Infectious Maggots serta Bob (KU2) dan ajak dari band Catarrh sebenarnya merupakan sebuah band projek namun tetap memeriahkan gig2 tempatan dan 2 buah lagu untuk kompilasi ini iaitu Lost In Space dan Would I'd Lied kedengaran berbau punk dan sedikit hardcore.


Sebuah band yang membawa genre berlainan dari band2 lain (termaktub dalam kompilasi ini) ialah Happy Nightmare. Dianggotai oleh Shahrin diposisi vocal, K-Roll dibahagian bass, Katam drum dan Ogie diposisi guitar. Membawa genre yang berbau funky yang seakan penyambung legasi Naked Butterfly. membawa dua buah lagu bertajuk Nice People Beside You dan On Your Own, Happy Nightmare tampak lebih punya sesuatu didalam music mereka. Kredit untuk pemain bass yang pada gua sentiasa memainkan running chord yang mengancam. Jarang juga untuk mendengar band2 tempatan pada zaman awal underground membawa music2 seakan RHCP. 2 tahun selepas rilisnya kompilasi ini happy Nightmare turut merakamkan sebuah album penuh yang juga diberi tajuk Happy Nightmare.

T.R.Y seakan sebuah kumpulan misteri didalam kompilasi ini kerana tidak dinyatakan lineup namun 2 buah lagu mereka bertajuk Fear Zone dan Liar. Kedengaran sedikit ringan kadar punk nya. lebih bermelodi dan santai. Music mereka diantara pertengahan punk dan alternative.

Saturnine, sebuah nama yang cukup gah dipersada music alternative tempatan. Terdiri dari line up yang majoritinya punya kelebihan dibidang studio rakaman. menyumbangkan 2 buah lagu bertajuk Liquid Love dan Flower Tree serta instrumental untuk Liquid Love. Mereka muncul dengan 2 buah album selepas terlibat dengan kompilasi ini. Album pertama bertajuk Grey pada 1995 dan Raining Grace pada 1997. Pada 2009 Saturnine muncul kembali dan memeriahkan pesta Rock the World dan menyumbangkan 2 buah lagu baru untuk kompilasi Banyak Bunyik pada 2011.

Begitulah serba sedikit ulasan sebuah kompilasi tahun 1994 yang muncul dikala malaysia dilanda demam music alternative, grunge dan punk! Seperti biasa jika anda menjumpai kompilasi ini, sila rembat sebelum x berkesempatan mendapatkannya lagi.. hahaha..

Sumber :
- Imej dari Kaset Beginning
- Muzikrock.com 

VotW : Tool - Vicarious

Sebuah band yang hidup dalam dunia penuh abstrak dan juga penuh unsur artistik.. perhatikan setiap seni visual nya juga.. music??? sukar nak hadam.. haha..


Apa pendapat anda?????

"BRO, LINK DOWNLOADNYA MANA?"

Hai.. tetiba teringin nak menulis secara spontan dan terus publish tanpa edit.. haha

Nampak tajuk entry ni? Sempoi kan? Sebenarnya gua terpanggil untuk menulis perihal tabiat ini kerana sejak akhir2 ini tabiat atau gejala sebegini seakan tidak disedari oleh pendengar2 music yang pada amnya akan berkata "fulamak lagu ni feel siyallll" atau "perghhhh music sebegini lah yang gua cari selama ni" atau juga "gua harap band ni akan terus kekal (dalam hati berbunyi begini -> bagus kalau sampai aku tua pun still bleh dgr music sebegini..) lama dan xkan luput". Apa??? korang x ngaku..Tipu lahhh.. 

Tabiat ini sebenarnya satu perlakuan tidak sihat dan acapkali gua terlihat ada juga beberapa pendengar yg kononnya support gile dan puja band tu mcm dewa tapi selambek minta link donlod dari line up band tu atau dr webpage band itu sendiri. Wahhh .. dah ada yang kata kurang ajar tapi ada jugak yang kata "lantak lah..." ok sila tengok gambar dibawah sebelum baca apa gua nk bebel pasni..

Sekadar gambar hiasan...

Ok DtE bukan nak burukkan sesiapa, tapi dari ayat2 yang gua gariskan diatas menyatakan anda support band atau artis itu. dan berharap rilisan2 atau lagu2 akan datang akan still bikin anda happy apabila mendengarnya kelak. Tapi tahukah anda bagaimana sesuatu seni music itu dihasilkan. Ok malas cakap bab RM lagi, satgi gua cakap bab RM plak.. bagi individu yang bergerak solo dan merakamkan album, mereka memerlukan khidmat komposer dan ada juga lagu yang mereka hasilkan sendiri selain dari lagu2 yang disedekah oleh rakan2. Ok itu bab lagu, rasanya bagi artis solo yang hanya punya bakat suara yang lunak, khidmat komposer diperlukan dan mereka, jika secara indiependentnya akan mengeluarkan sen sendiri untuk membayar komposer tersebut untuk setiap lagu. Ok, jika satu lagu contohnya bernilai rm300 (ni kalau lu orang mintak M.Nasir atau nama2 besar lagi besar la lu nk kena sediakan sen), sila darabkan dengan bilangan lagu dalam album anda itu. Jika ada 10 lagu bermakna RM3000 di perlukan (ini angka paling cikai untuk komposer x ternama) dan... weiiiii dah RM3000 tu.. belum rakaman nak bayar studio + sessionist nak main music lagu tu lagi + sound engineer dan lain2 lagi...

Ok yang ni sebab tadi wa kata xmau cakap lagi bab RM tapi dah termasuk gak pasal hal2 studio so sini wa nak bebel pasal kos2 rakaman pulak. pada kakak2 yang x pernah jejak ke studio jamming adalah di beritahu secikai2 studio jamming mungkin ada RM15/jam tu pun equipment sekadar bleh sekali main jek pastu terus kelam kabut jadinya. Rate studio jamming yg ok mungkin serendah RM25 untuk masa terkini. Ok itu studio jamming, bukan studio rakaman yang macam Anuar Zain atau Hazami dok rakam album tu. Setakat gua kenal music lebih kurang 15 tahun ni paling rendah studio rakaman yg kasi baget rekoding ialah RM40/jam. Ini untuk track by track. dan untuk live rekoding macam Def Gab C dan Wings pernah buat tu kos gua sendiri xtau sebab sound engineer memang tahap dewa boleh miking, mixing sume kasi level cun dan tip top. Ok cukup kalau wa kata band main thrash metal mcm FTG pun rekod ponycanyon (tukar jd interglobal pastu bungkus gak kalau x silap) labur RM30K untuk sesi rekoding iaitu bayar sewa studio, upah sound engineer untuk kerja2 dalaman studio seperti mixing, mastering dan lain2. Itu FTG, camana plak dengan artis pujaan anda dari AF, OIAM, atau kumpulan2 besar seperti Search mahupun Scorpions????? anda tahu jawapannya kot?

Ok, dah nak jual mesti ada CD nya atau kasetnya atau yg lagi kita semua jarang mainkan iaitu piring hitam. CD misalnya perlu di lakukan pressing. takkan artis besar macam Elton John nak jual cd dia harga RM47.90 hanya dengan guna CDR yang ada dijual kat kedai stationery sebelah umah gua kan? Di Malaysia ni, wa kasi kasitau kalau nk print 1000 copies CD tolong sediakan paling lekeh RM1000. lagi sikit harga seunit lagi mahal. Dah ada CD, cover sleeve (kertas yang lu belek2 baca lirik apa semua tu) pun mau cetak. takkan nk bungkus dengan daun pisang kot CD tu kan? Ok untuk 1000 unit coversleeve (paling lekeh lipat dua atau double fold lu kena sediakan dalam RM600-800. tu paling lekeh punya cover sleeve. kalau digipack??? sila sediakan 4 angka ya tuan2.. haha tu artwork kat cover sleeve tu grafik designer buat kerja jugak. takkan buat amal jek??? ehh cun ke buat design album guna Paint? Grafik designer guna adobe lah.. nak perah idea buat artwork kena bayar. Itu kerja dia. grafik designer..hehe..

"Bro, link donlodnya mana?" Wahhhh indah sungguh ayat tersebut.. Beginikah cara anda untuk melihat artis tersebut terus berkarya dimasa hadapan? Dari manakah sumber kewangan yang akan dikorek oleh artis2 atau band tersebut untuk terus merakam lagu2 yang akan keluar masuk di telinga anda? lagu2 yang akan membuatkan lu orang rasa happy sejenak apabila dirundung kerunsingan, kebiyolan atau dalam emosi x keruan? Jika anda terus mendonlod karya2 artis pujaan anda, bermakna anda menutup peluang mereka untuk terus berkarya dan kelak pasti anda juga akan berkata "industri music Malaysia memang x bleh nak maju"... amboii sila amik cermin dan belek muka anda sambil menyebut "industri music kita xkan maju kalau ada orang macam aku"...

"Bro, wa tengok kat internet berlambak blog untuk donlod dari oversea.. apasal lu nak marah gua donlod?"
Ok, kalau di luar negara, aktiviti mendonlod adalah sekadar preview. preview disini bermaksud cubaan mendengar dan jika best dapatkan CD. Ini adalah mentaliti orang diluar sana. Kerana diluar sana mereka menghargai seni dan music merupakan satu pendidikan yang tidak putus sehingga ke sekolah menengah. Cuba bagitau gua kita di sini last main rekorder masa darjah berapa? ini bezanya tahap penghargaan terhadap music antara kita dan luar. Belum faham? Cuba cari kawan2 yang amik jurusan music di universiti2 atau kolej2 music tempatan. Mereka ada jawapan tepat!

Ermmm mungkin akan masuk dua page kalau nak cakap bab ni.. Harap mungkin penulisan kali ini boleh buka minda kita untuk berfikir sejenak. Tipu lah jika pc anda tempat anda mengadap bebelan gua ni takde seketol mp3 pun.. kan? Ok, download is download, tapi pastikan anda, gua dan semua punya inisiatif untuk tidak memusnahkan industri music terutamanya industri music tempatan.

Tanpa cover sleeve, mungkin anda tidak tahu yg mungkin lagu yang anda dengar nyanyian artis tempatan itu dirakam oleh Peter Tagtgren. Mungkin suara perempuan dalam lagu Jamal Abdilah kepunyaan Madonna. lagu terkejut kalau kata Blues Gang punya album pertama rekoding kat oversea. kan? Anda tak tahu... mp3 takde tulis..

Ok, ini saja bebelan gua untuk kali ini... Dan gua sertakan sekali cover artwork album pertama band hardcore tempatan iaitu Cassandra untuk tatapan anda..

 Cassandra - Pay Us Suicide Torn And Forgot

Bahagian kedua bakal menyusul penulisan oleh A, is for Anomaly. Bila gua x jamin tapi pasti menyusul.. Papai...